Salam sejahtera,

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya. Bertuah kita menjadi rakyat Malaysia berbilang kaum yang membolehkan kita merasai perbezaan budaya setiap etnik terutama ketika musim perayaan. Walaupun tidak menyambut Chinese New Year, paling kurang dapat public holiday ye tak?

Menyebut tentang musim perayaan, teringat pula perkongsian saya dulu-dulu berkaitan goldbar versi Hari Raya Aidilfitri, awak boleh membacanya di sini (link) dan di sini (link). Setakat ini tak pernah saya share tentang goldbar versi Chinese New Year. Saya ingin mengambil peluang Raya Cina kali ini untuk bercerita tentang goldbar versi Zodiac.

Goldbar Zodiac

Dalam Kalendar Cina, terdapat ‘kitaran 12tahun’ yang dipanggil Zodiac. Setiap Zodiac Year diwakili sejenis haiwan iaitu:

  1. Tikus (Year of The Rat)
  2. Lembu (Year of The Ox)
  3. Harimau (Year of The Tiger)
  4. Arnab (Year of The Rabbit)
  5. Naga (Year of The Dragon)
  6. Ular (Year of The Snake)
  7. Kuda (Year of The Horse)
  8. Kambing (Year of The Goat)
  9. Monyet (Year of The Monkey)
  10. Ayam (Year of The Rooster)
  11. Anjing (Year of The Dog)
  12. Khinzir (Year of The Boar)

Setiap tahun, Public Gold mengeluarkan goldbar siri haiwan Zodiac (seperti di atas) apabila menghampiri musim perayaan Tahun Baru Cina. Goldbar Zodiac yang dimaksudkan ialah sekeping kad (saiz macam kad pengenalan) yang di atasnya di-print haiwan Zodiac dan padanya di-laminate goldbar 1gram berketulenan 999. Sebenarnya, apa yang membezakan Goldbar Zodiac daripada yang lain hanyalah design pada kad dan bukannya goldbar itu sendiri. Ini kerana rupa 1gram goldbar tu standard je tak kira versi Raya Aidilfitri, Raya Cina, etc.


Goldbar versi Zodiac pertama kali dihasilkan Public Gold pada tahun 2015 iaitu Year of The Goat. Goldbar ini istimewa berbanding tahun-tahun Zodiac yang lain kerana plastic laminate-nya ‘timbul’ daripada permukaan kad. Terdapat sedikit ruang udara dalam plastic tersebut, ini membolehkan kita dengar bunyi goldbar bergerak-gerak apabila kad tersebut digoncang.

Untuk makluman, ini ialah batch goldbar 1gram Public Gold yang lama kerana batch terkini semua emasnya di-laminate ‘rata’ (sama level) dengan permukaan kad. Sebab itulah sesetengah collectors (pengumpul emas RARE) sanggup bayar lebih untuk mendapatkan ‘Goldbar Kambing’. Bukan apa, design ni sudah stop production, satu-satunya cara untuk memilikinya ialah dengan membelinya daripada penyimpan emas lain (yang sudah tentu akan meletakkan harga yang lebih mahal berbanding goldbar biasa).

Goldbar Kambing ni dah stop production (Public Gold tak jual dah). Sebab tu ia RARE.

Melihat kejayaan goldbar Year of The Goat, Public Gold meneruskan penghasilan Goldbar Zodiac kedua untuk tahun seterusnya iaitu Monyet. Saya memiliki kedua-dua goldbar Kambing dan Monyet walaupun saya hanya join Public Gold pada tahun 2017 (by that time, kedua-dua item ini sudah stop production). Ini kerana saya membelinya daripada seorang collector (yang juga sahabat saya) yang terpaksa menjual goldbar tersebut atas sebab kecemasan.

Salah satu kelebihan emas kecik-kecik dengan pelbagai design ialah kita cenderung nak buat koleksi. Inilah yang terjadi kepada saya, oleh kerana saya ingin mencukupkan koleksi Goldbar Zodiac, saya rela membayar harga premium untuk memiliki Goldbar Monyet dan Kambing. Ketika pembelian dibuat (awal tahun 2018), harga 1gram goldbar yang biasa ialah RM190 namun saya telah membayar RM200 (extra RM10) untuk Goldbar Monyet dan RM225 (extra RM35) untuk Goldbar Kambing. Walaupun terpaksa bayar mahal, saya redho kerana bagi saya mujur-lah ada orang yang sanggup nak jual goldbar RARE tersebut kepada saya, lagipon sambil-sambil tu boleh juga tolong member dalam kesusahan.

Makan-makan dulu sebelum beli ‘Goldbar Monyet’ (ada dalam folder atas meja tu).

Goldbar Year of The Rooster amat istimewa di hati saya kerana ini ialah item emas pertama yang saya simpan sendiri di tangan (kesemua emas yang saya beli sebelum ini disimpan secara online dalam Akaun Emas). Saya masih ingat ketika itu (tahun 2017) saya telah membuat pembelian emas GAP sebanyak 27gram dan telah mengeluarkan 2keping goldbar 1gram, goldbar yang pertama versi Classic LBMA (serial no: G75599) dan goldbar kedua versi Chinese New Year – Rooster (serial no: R18311). Nota: GAP ialah Gold Accumulation Program iaitu Akaun Emas Public Gold.

‘Goldbar Rooster’ ialah emas pertama yang saya simpan sendiri di tangan.

Dalam Islam, anjing dan khinzir ialah haiwan berstatus najis mughallazah. Ini bermaksud haiwan tersebut tak boleh dimakan, dan jika dipegang perlu basuh 7x termasuk basuhan air tanah (link). Oleh itu goldbar yang dihiasi design anjing adalah… TAK MENARIK. Public Gold hasilkan juga goldbar tersebut namun diletakkan gambar Puppy (anak anjing) agar tak terlampau jelik rupanya. Sebagai seorang Muslim, saya tak gemar goldbar ni namun saya beli juga supaya koleksi Goldbar Zodiac tetap complete.

Goldbar Puppy kurang mendapat sambutan di kalangan pelanggan Muslim.

Jika ikut template, tahun 2019 sepatutnya giliran ‘Goldbar Khinzir’ namun Public Gold tak buat la gituu.. Mungkin pihak syarikat mengambil kira demografi pelanggan (kebanyakan customer-nya Melayu Muslim) atau mungkin disebabkan prestasi Goldbar Puppy yang kurang mendapat sambutan (saya sendiri terasa susahnya nak promote emas tersebut kepada client). Oleh itu, Public Gold telah switch design Goldbar Year of The Boar kepada Zodiac Years yang memaparkan keseluruhan 12haiwan Zodiac pada kad tersebut.

Laku jugak Goldbar Year of The Boar ni, ramai client membeli. Bagus Public Gold ejas design mengikut kehendak pelanggan.

Taknak cakap banyak, just nak kata saya suka design Goldbar Year of The Rat kerana warna orange-nya yang striking. Hihi.

Memang striking warna ‘Goldbar Tikus’ ni.

Berkaitan Year of The Ox saya ingin share sesuatu yang menarik. Dari tahun 2014 hingga 2021, kesemua Goldbar Zodiac ditempa Nadir Metal Rafineri iaitu kilang emas yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA) yang berpusat di Turkiye (link). Jika awak masih ingat, tahun 2020 dan 2021 ialah tahun kita dilanda wabak Covid-19 disusuli perintah lockdown yang menyebabkan supply issues termasuk bekalan goldbar LBMA. Dipendekkan cerita, ‘Goldbar Lembu’ merupakan salah satu item yang ditimpa masalah tersebut menyebabkan Public Gold mula mencari alternative. Akibatnya, ‘Goldbar Lembu’ menjadi Goldbar Zodiac terakhir yang berstatus LBMA.

Maklumat pengilang boleh didapati pada ‘Sijil Emas’ di belakang kad. Nadir Metal Rafineri merupakan kilang emas di Turkiye yang mendapat pengiktirafan LBMA.

Seperti yang saya terangkan di atas, sebaik dunia berada di bawah perintah lockdown Covid-19, produksi barangan di kilang tergendala dan import/export terjejas termasuk emas. Untuk menyelesaikan masalah ini, Public Gold telah menghentikan sementara pengambilan item emas LBMA dari Turkiye dan fokus kepada penghasilan emas dari kilangnya sendiri. Antara goldbar terawal yang dihasilkan kilang tersebut ialah ‘Goldbar Harimau’. Jika awak tanya saya, kualiti goldbar tersebut tip-top dan world class meskipun dihasilkan kilang tempatan. Jujurnya, jika bukan kerana info yang terdapat pada sijil emas (di belakang kad), saya tak boleh nak bezakan pon goldbar tempatan (yang dihasilkan kilang Public Gold Mint) dengan goldbar import (yang dihasilkan kilang Nadir Metal Rafineri) – it’s that good.

Goldbar Harimau ini dihasilkan Public Gold Mint. Ia bukti kualiti emas tempatan setanding emas import.

‘Goldbar Rabbit’ merupakan Goldbar Zodiac terakhir yang saya beli, nampaknya saya tak berjaya nak complete-kan set tersebut, nak tahu kenapa? Nanti saya cerita.

Inilah Goldbar Zodiac terakhir yang berjaya masuk ke dalam folder emas saya.

Tahun 2024 merupakan tahun yang sangat bermakna untuk saya dan isteri kerana pembinaan Rumah Impian kami baru dimulakan. Oleh kerana banyak duit diperlukan untuk menyiapkan rumah tersebut, saya terpaksa reserve lebih banyak CASH dan tangguhkan dulu keinginan untuk membeli ‘Goldbar Naga’.

Saya selalu berpesan agar kita mengalihkan duit yang CONFIDENT TAK GUNA 3 TAHUN SAHAJA kepada emas. Ini kerana simpanan emas ada ‘susut nilai’ (spread), sekiranya kita terpaksa menjual emas yang dibeli SEBELUM harganya naik melebihi spread maka kita tak sempat nak ‘balik modal’. Secara umum, 3tahun ialah anggaran tempoh masa yang selamat untuk simpan emas.

Lawa sungguh Goldbar Naga ni, namun apakan daya duit yang ada perlu di-reserve untuk siapkan Rumah Impian..

Pembinaan Rumah Impian kami tamat pada awal tahun 2025. Kalau Year of The Dragon saya cuba menangguhkan pembelian emas, untuk Year of The Snake posisi saya bertukar terus daripada ‘pembeli’ kepada ‘penjual’ emas. Bukan apa, saya memerlukan banyak wang untuk membayar kos tambahan seperti pintu pagar, autogate, grill, concrete stamping, pemasangan langsir, pembelian perabot dan sebagainya. Mana nak cari duit berpuluh-puluh ribu ringgit? Jawabnya tiada cara lain, terpaksa jual koleksi 1gram goldbar yang telah bertahun-tahun saya kumpul dan simpan (termasuk kesemua Goldbar Zodiac). Meskipun gagal menyempurnakan koleksi Goldbar Zodiac namun pengorbanan tersebut tidak sia-sia kerana kesemua emas tersebut telah ‘selamat’ ditukarkan kepada Rumah Impian. Alhamdulillah.

Sekian tamat perjalanan saya mengumpul Goldbar Zodiac. Kesemuanya telah selamat di’tunai’kan untuk menyiapkan Rumah Impian.

Penutup

Seronok bercerita tentang Goldbar versi Chinese New Year ni kerana kita boleh tengok perubahan pada design goldbar yang dihasilkan Public Gold dari tahun ke tahun. Selain design emas, turut dapat dilihat ialah perubahan pada financial priorities.

Saya mula mengumpul Goldbar Zodiac (Rooster) ketika berumur 27tahun. Ketika itu saya masih di awal career, masih bertukar-tukar tempat kerja, masa depan masih kabur, tak tahu nak menetap di mana. Ketika itu financial priority saya ialah menyimpan emas sebanyak mungkin sementara tiada komitmen lain.

Lain situasinya ketika Goldbar Zodiac yang terakhir dibeli (Rabbit) iaitu semasa berumur 33tahun. Ketika itu saya sudah beralih dari ‘kerja gomen’ kepada klinik swasta (link), isteri pula sudah beralih dari kerja klinikal kepada kerja pejabat (kurang stress), anak sulong sudah bersekolah, dan anak bongsu sudah jumpa taska/pengasuh yang dependable. Tak dinafikan lagi ketika itu financial priority saya bukan untuk mengumpul emas, bahkan untuk memiliki rumah sendiri setelah 10tahun menginap rumah orang lain (8tahun menyewa + 2tahun menumpang rumah parents).

Akhir kata, walaupun Goldbar Zodiac ini tidak lagi saya miliki, namun ‘aura’nya tetap ada pada rumah kami sekarang. Chewah.

Ikhlas dari sahabat emas anda,