Salam sejahtera,
Selalu kita dengar saranan mak/nenek untuk beli barang kemas kerana harganya semakin mahal seiring waktu. Ada benarnya kenyataan tersebut meskipun pelaburan emas lebih sinonim dengan emas bullion (jongkong atau syiling). Sejak sedekad yang lepas, semakin ramai celik kewangan dan melihat emas sebagai aset pelaburan, bukan perhiasan semata-mata.
Apabila dikenangkan situasi zaman dahulu, kedai yang menjual emas bullion agak rare sebenarnya. Sebab itu kebanyakan generasi ‘nenek atuk’ sekarang berasa janggal memegang goldbar. Sebelum ini mereka hanya tahu emas = barang kemas yang dipakai supaya nampak cantik.

Bagaimana Warga Emas Membeli Goldbar dan Dinar?
Harini saya nak share kisah peribadi berkaitan transaksi jual beli goldbar/dinar yang dilakukan warga emas iaitu ibu bapa saya sendiri. Untuk makluman, abah biasa melabur sejak zaman mudanya lagi, portfolionya merangkumi hartanah (rumah, tanah dan dusun), Unit Trust, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan sebagainya. Mak pula lebih conservative dan prefer simpan duit dalam Tabung Haji kerana mudah dan selamat. Kedua-dua ibu bapa saya TIDAK PERNAH menyimpan jongkong emas sehingga-lah mereka berumur 70tahun. Mak ada barang kemas namun BUKAN dibeli untuk pelaburan.
Isu pertama berkaitan warga emas ialah kebanyakannya TIDAK MAHIR berurusan secara online, oleh itu agak impossible mereka nak access platform Public Gold untuk beli emas. Oleh itu, transaksi jual beli dengan golongan ini kebanyakannya dilakukan secara tradisional iaitu jumpa depan-depan (face-to-face), mereka serah duit CASH dan ejen serah jongkong emas. Transaksi begini digelar emas COD (Cash-on-Delivery), saya pernah huraikan topik ini dengan teliti dalam perkongsian terdahulu (link).
Bukan semua ejen Public Gold sanggup jual emas secara COD kerana ia memerlukan komitmen yang besar dari segi masa, tenaga, duit dan keselamatan. Sebab itu agak sukar untuk warga emas beli goldbar. Bukan apa, rumit juga nak cari ejen yang boleh dipercayai untuk membeli sesuatu yang amat berharga seperti emas.

Ilmu Emas Penyuluh Jalan
Seperti yang dinyatakan di atas, bapa saya merupakan seorang investor namun kebanyakan transaksi dan aset pelaburannya diuruskan oleh consultant (abah tidak mahir selok-belok pelaburan yang diceburinya). Dalam bahasa mudah, abah merupakan seorang pelabur yang ‘ikut kata ejen’ dan bukan jenis independent. Menurutnya, sudah lama dia mengetahui kewujudan pelaburan emas namun gagal bertindak kerana ejen Unit Trust yang dihormatinya tidak menggalakkan pelaburan tersebut dan ketika itu juga terdapat banyak scam berkaitan emas yang mengelirukannya.
Oleh kerana saya seorang Dealer yang aktif berkongsi ilmu emas, abah terkena ‘tempiasnya’. Hasilnya dia mula faham dan berkeinginan untuk membeli jongkong emas. Apa yang menarik minatnya ialah kenaikan harga emas sejak 2014 – 2020 daripada RM130/gram kepada >RM200/gram sedangkan dalam tempoh masa yang sama nilai duit (Ringgit Malaysia) jatuh dengan teruk.
Ini membawa saya kepada tip seterusnya iaitu: warga emas memerlukan SATU tujuan sahaja untuk melabur. Dalam kes abah, tujuannya ialah untuk menikmati kenaikan harga emas jangka panjang. Meskipun emas mempunyai banyak kelebihan yang lain (contoh: emas boleh dicagar, emas tiada dalam sistem kewangan, emas tidak hangus jika rumah terbakar, tidak dimakan anai-anai, etc), namun abah tidak berminat dengan segala manfaat tersebut.

Rasa macam terlambat nak mula simpanan emas? Usah risau dan beli saja..!
There is always first time for everything. Pada 18/12/2020 (ketika berumur 70tahun), abah menyatakan hajatnya ingin ‘menukar’ duit sebanyak RM20,000 kepada jongkong emas. Walaupun mak prefer simpan duit tersebut dalam Tabung Haji, namun mak TIDAK menentang hasrat abah yang ingin melabur. Dipendekkan cerita, RM20,000 telah berjaya ditukarkan kepada 50gram goldbar, 20gram goldbar dan 1dinar dengan berat keseluruhan 74.25gram emas (purata harga: RM269/g).

Risiko Pelaburan di Usia Senja
Pelaburan merupakan long-term game, ini bermaksud apabila kita membeli sesuatu aset, kita expect untuk ‘pegang’ aset tersebut untuk beberapa tahun sebelum nilainya naik dan meraih keuntungan. Ada aset yang mengambil masa 1tahun, 3tahun, 5tahun atau 10tahun untuk appreciate. Malah ada juga yang gagal membawa sebarang keuntungan meskipun sudah disimpan agak lama, ini merupakan sebahagian daripada risiko pelaburan. Sebab itu-lah kita disarankan untuk mula melabur di usia muda. Ini kerana orang muda boleh ‘peram’ aset yang dibeli untuk jangka masa yang lebih lama berbanding warga emas.
Sebagai pelabur veteran, tentunya bapa saya tahu risiko pelaburan. Saya pernah share dengannya bahawa paling lama saya terpaksa ‘hold’ pegangan emas dalam keadaan harganya statik ialah 3tahun+ iaitu sekitar tahun 2016 – 2019. Oleh kerana simpanan emas tiada dividend, maka pelaburan saya ketika itu boleh dikatakan tidak berhasil (tiada kenaikan harga emas + tiada dividend). Abah faham dan sanggup menerima risiko tersebut, lagipon ketika itu dia sangat sihat dan tiada masalah kesihatan yang serius.
Ini membawa saya ke point yang seterusnya iaitu: ‘warga emas’ boleh ditimpa penyakit kritikal (atau kematian) bila-bila masa. Katakan selepas membeli emas, tak sempat harganya naik tiba-tiba pelabur ditimpa masalah kesihatan yang memerlukannya jual emas tersebut, besar kemungkinan pelaburannya tak sempat membuahkan hasil. Inilah yang terjadi kepada bapa saya. Pada tahun 2022, abah dijangkiti virus Covid-19 dan kesihatannya mula merosot.
Abah diuji masalah memori (lupa perkara-perkara tertentu) dan kadangkala menjadi tidak sedar. Selepas menjalani pelbagai ujian, doktor mendapati abah menghadapi masalah degupan jantung yang perlahan (perlu pakai pacemaker) dan scan kepala mendapati tanda-tanda ‘parut’ pada otak (perlu makan ubat sawan). Alhamdulillah, selepas beberapa tahun menerima rawatan, abah kini sudah sihat, masih boleh drive sendiri ke masjid dan masih bekerja (abah jenis yang suka ‘cari kerja’ meskipun sudah pencen).
Untuk makluman, ketika kesihatan abah tidak stabil, mak terpaksa ‘mengambil alih’ beberapa tugas melibatkan pengurusan harta. Mak mengingatkan abah tentang aset-aset yang masih dimiliki dan merancang untuk trim down senarai tersebut secepat mungkin kerana risau kematian boleh datang bila-bila masa. Rumah-rumah mereka telah dibahagikan secara adil kepada setiap anak (‘tukar nama’ siap-siap) manakala ejen dilantik untuk menjual tanah/dusun di sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Banyak aset lain yang turut ‘dicairkan’ kerana mak berpendapat susah anak-anak nak trace harta yang ‘berterabur’ sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. Mak ingin maintain aset dalam bentuk CASH sahaja (wang tunai), lagipon duit tersebut boleh dimanfaatkan sementara mereka masih hidup (contoh: pergi umrah). Antara aset yang ‘dipancung’ ibu saya ketika itu ialah emas yang dibeli sebelum ini iaitu 20gram goldbar (dijual pada 25/6/2022 pada harga RM5,600) dan 1dinar (dijual pada 27/9/2023 pada harga RM1,347).
Semakin Lama Emas di-Peram, Semakin Tinggi Kenaikan Harganya
Somehow, saya berjaya memujuk mak agar TIDAK ‘memancung’ 50gram goldbar dan memintanya agar ‘memeram’ emas tersebut untuk beberapa tahun lagi, mujurlah mak bersetuju. Sebenarnya, saya tahu harga emas statik untuk beberapa tahun sahaja, selepas itu ia akan naik dengan banyak dan cepat.
Dalam analisa teknikal, pergerakan harga emas yang statik dipanggil consolidation dan pergerakan harga emas yang naik mencanak dipanggil breakout dan uptrending. Kebetulan selepas ibu bapa saya beli jongkong emas pada tahun 2020 dulu, harga emas TERUS masuk ke fasa consolidation. Ketika fasa ini lah bapa saya diuji kesihatannya menyebabkan ibu saya mengambil keputusan drastik untuk jual emas yang dibeli mereka walaupun harga masih statik.
Tunggu punya tunggu, akhirnya breakout berlaku dan harga emas meroket naik dari RM300/gram sehingga sekarang harganya sudah melebihi RM600/gram iaitu kenaikan melebihi 100%..! Ketika ini saya fikir sudah tiba masanya untuk parents jual 50gram goldbar (yang terakhir). Saya telah membawa emas tersebut ke cawangan Public Gold pada 2/9/2026 dan telah menjualnya pada harga RM27,814 dengan keuntungan sebanyak RM14,414 (+107%), Alhamdulillah.

Penutup
Akhir kata, saya ingin membuat beberapa rumusan berkaitan pelaburan emas:
- Tiada istilah terlewat, boleh saja mula simpan emas di usia senja. Seperti yang ditunjukkan di atas, parents saya tetap untung melabur emas meskipun baru bermula ketika berumur 70tahun.
- Semakin lama emas di-’peram’, semakin tinggi kenaikan harganya dan semakin besar lah keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut.
- Tempoh masa yang sesuai untuk ‘peram’ emas yang dibeli ialah >5tahun (paling kurang 3tahun). Hanya laburkan duit yang tak plan nak guna dalam tempoh masa tersebut supaya kita tak tergesa-gesa nak jual balik emas tu kelak.
- Fahami risiko pelaburan SEBELUM mula membeli emas. Ingat, tiada jaminan keuntungan dalam mana-mana pelaburan termasuk emas.
- Sediakan exit plan. Bagi mereka yang sudah berusia, niatkan siap-siap emas yang dibeli tu nak jual balik kemudian hari atau (sebagai alternatif) boleh juga diwariskan kepada keluarga selepas meninggal dunia kelak (tulis wasiat siap-siap).
Ikhlas dari sahabat emas anda,

