3 CARA PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD


Syarikat Public Gold menyediakan platform yang terbaik untuk kita beli emas dengan cara yang mudah, murah dan patuh shariah. Ada 3 cara nak beli emas Public Gold iaitu:

  1. Pembelian emas melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP)
  2. Pembelian emas dengan cara Full Payment (Outright Purchase)
  3. Pembelian emas dengan cara Ansuran (Shariah Easy Payment Purchase)
  4. EXTRA: Pembelian barang kemas PG Jewel

Ketiga-tiga cara ini disediakan untuk memudahkan kita semua untuk memiliki emas fizikal. Pada peringkat awal, elok pilih SATU cara yang paling sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita (personal preference). Gunakan cara tersebut untuk simpan emas secara konsisten.


Nak tau cara yang paling sesuai dengan anda? Tanya diri sendiri beberapa soalan di bawah ni:

  1. Adakah modal anda kecil (kurang RM2,000)?
  2. Adakah anda risau nak simpan sendiri emas fizikal yang dibeli? (atas sebab-sebab keselamatan contohnya)
  3. Adakah anda menetap di luar negara (overseas)?
  4. Adakah anda ingin membuat pembelian emas secara automatik setiap bulan? (potongan gaji bulanan)

Jika jawapan anda ialah YA kepada mana-mana soalan di atas, maka cara pembelian yang paling sesuai ialah melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP):


Jika anda tiada isu-isu yang disebut di atas, tidak menjadi masalah untuk anda membuat pembelian dengan cara yang lain. Sekiranya anda mampu untuk membuat bayaran penuh, boleh buat pembelian ‘cash and carry’ melalui kaedah Full Payment:


Sekiranya anda tidak mampu untuk membuat bayaran penuh, maka boleh pilih bayaran ansuran melalui kaedah Shariah Easy Payment Purchase.


EXTRA: Jika anda lebih berminat memiliki emas perhiasan, boleh dapatkan barang kemas PG Jewel.