Belian Barang Kemas PG Jewel


Mungkin anda seorang wanita yang gemar memakai emas perhiasan. Atau mungkin anda seorang lelaki sedang mencari cincin untuk dihadiahkan kepada insan tersayang. Boleh kata semua orang akan membeli barang kemas paling kurang sekali sepanjang hidupnya, kan kan? Jika sebelum ni anda tak tahu mana nak online shopping barang kemas yang ketulenannya dipercayai, kini anda tak perlu gusar kerana…

Anda boleh beli barang kemas 916/999 jenama PG Jewel yang bukan sahaja cantik dan berkualiti, bahkan berpatutan harganya. Ada banyak design cincin, gelang, subang, dan anklet yang moden dan terpaling trendy. Yang best, anda tak perlu susah-susah keluar rumah, barang kemas yang dibeli akan dihantar terus ke alamat rumah menggunakan courier yang diinsuranskan sepenuhnya. Goyang kaki tengok tv je sementara menunggu emas tu sampai hehe.

Barang kemas PG Jewel boleh dibeli di platform PG Mall iaitu salah satu platform online shopping yang terkenal di Malaysia (seperti Lazada dan Shopee). Proses pembelian di PG Mall memerlukan kita mendaftar sebagai pengguna, pilih barang kemas yang diminati, buat pembayaran dan isi maklumat penghantaran (sebagaimana platform beli-belah online yang lain). Usah risau, saya akan tunjukkan step-by-step cara membeli barang kemas PG Jewel untuk memudahkan anda.


Ikuti langkah-langkah berikut:

 

1. Daftar akaun percuma PG Mall sebagai shopper (link). Lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah dan klik ‘Register Now‘.

*Nota: jika anda sudah memiliki akaun Public Gold, anda tidak perlu daftar akaun PG Mall. Anda boleh login menggunakan PG Code dan password sedia ada.

2. Anda akan terima notis ‘pendaftaran berjaya’ seperti di bawah. Sekarang anda perlu membuat pengesahan email sebelum akaun anda aktif sepenuhnya.

3. Periksa email anda dan buat pengesahan (validation). Klik ‘Confirm Email‘.

4. Kini akaun PG Mall anda sudah aktif dan boleh digunakan untuk membeli di PG Mall. Klik login.

5. Masukkan email dan password anda dan tekan ‘login‘.

6. Anda akan dibawa ke paparan utama website PG Mall. Antara produk yang dijual di PG Mall ialah barangan runcit (seperti Nestle dan Mydin Store), produk elektronik (seperti Vivo), produk kesihatan (seperti Hubrix, Brands dan Ogawa) dan sebagainya. Oleh kerana kita nak beli barang kemas, kita perlu cari ‘Official Store’ PG Jewel.

7. Taip ‘pg jewel’ pada ruangan carian dan anda akan nampak paparan seperti di bawah. Klik PG Jewel dan anda akan dibawa ke galeri jualan barang kemas.

8. Sekarang anda boleh ‘cuci mata’ tengok semua koleksi barang kemas yang dijual di Galeri PG Jewel. Ada banyak pilihan seperti cincin, rantai, gelang, subang dan anklet pelbagai design. Kebanyakan barang kemas yang dijual berketulenan 916 namun ada juga yang berketulenan 999. Pilih mana-mana barang kemas yang berkenan dan klik pada gambar untuk baca perincian.

9. Di paparan seterusnya anda boleh lihat perincian barang kemas tersebut. Anda boleh pilih saiz dan kuantiti barang kemas yang anda ingin beli. Tekan ‘add to cart‘.

10. Tekan ‘checkout‘ jika anda selesai memilih.

11. Sekarang anda dibawa ke paparan ‘CART’ dan boleh periksa balik barang kemas yang dipilih. Jika ok, tekan ‘Continue‘.

*Nota: Jika anda ada coupon atau voucher, boleh isi di ruangan kod kupon sekarang

12. Oleh kerana ini pertama kali anda membeli di PG Mall, anda perlu memasukkan info berikut: Nama, Telefon dan Alamat. Tekan ‘Add New‘ dan borang seperti di bawah akan keluar. Isi sehingga penuh dan tekan ‘Save‘.

13. Semak sekali lagi dan pastikan alamat shipping betul (barang kemas anda akan dihantar ke situ). Jika ok, tekan ‘Proceed to Checkout‘.

*Nota: Barang kemas yang dihantar diinsuranskan sepenuhnya. Usah risau barang kemas tu rosak atau hilang di tengah jalan, anda dilindungi 🙂

14. Anda akan dibawa ke paparan rumusan. Periksa balik item yang dibeli, jumlah bayaran dan alamat penghantaran. Pastikan betul dan puas hati. Kemudian klik pada cara bayaran iaitu FPX (online banking) dan tick pada kotak terma dan syarat. Jika ok, klik ‘Place Order

15. Seterusnya anda akan dibawa ke platform online banking. Pilih bank anda dan buat pembayaran.


Siap..! Sekarang awak boleh goyang kaki di rumah sambil tunggu barang kemas sampai 🙂

*Nota: jika ada apa-apa masalah, boleh terus hubungi customer servis melalui nombor telefon: 6011 – 1050 9888 atau email enquiry@pgmall.my