Salam sejahtera semua,

Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog EDKS 🎉 Jika ada apa-apa salah dan silap, saya ingin memohon maaf zahir dan batin, kosong-kosong ye! 🙂

Sempena Syawal yang mulia ni saya nak cerita tentang jongkong emas versi Aidilfitri 1441H. Bagi saya jongkong emas ni tersangat-lah istimewa kerana ia menjadi kenangan kepada semua rakyat Malaysia yang TAK DAPAT BALIK KAMPUNG disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena wabak COVID-19. Tentunya memori pertama kali mengimamkan solat raya dan membaca khutbah raya di rumah takkan saya lupakan, huhu.

Aidilfitri 1441H: Jauh di mata, dekat di hati

Dua Design Edisi Terhad untuk Emas Raya 1441H

Mengapa hadiahkan Emas Raya dan bukannya Duit Raya? Tahun lepas saya ada tulis artikel tentang trend rakyat Malaysia sekarang mula menyimpan Emas Raya sebagai PENGGANTI Duit Raya anak-anak. Awak boleh baca sharing saya tu di sini (link). Selain kelebihan menyimpan emas dari segi kewangan, memiliki jongkong emas versi raya juga memiliki nilai sentimental kerana design-nya yang istimewa untuk Aidilfitri tahun itu sahaja 😊

Untuk Aidilfitri 1441H, Public Gold ada mengeluarkan DUA design jongkong emas untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia. Sebanyak 10,000 keping dihasilkan untuk setiap design. Design yang pertama (berwarna hijau) habis ‘disapu’ dalam masa SEMINGGU sahaje tauu! 😱 Manakala design yang kedua (berwarna purple) ok sikit, habis dalam masa 2bulan. Jika dicampur kedua-duanya, rakyat Malaysia telah membeli 20kg emas untuk raya tahun ni, HEBAT..! 💪

10,000 keping Emas Raya ni habis ‘disapu’ dalam masa seminggu sahaja..

Siapa cepat dia dapat..

Jika awak sudah biasa dengan produk emas Public Gold, tentunya awak tahu yang jongkong emas raya ni beratnya 1gram dan ia di-laminate bersama sijil ketulenannya (dalam bentuk kad). Sijil ketulenan ni ada pelbagai design yang setiap satunya dihasilkan dalam jumlah yang terhad. Oh ye sebelum saya lupa, Emas Raya ni dikilang di Turki dan diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA), jadi ia bukan emas biashe-biashe ye 😉

Oleh kerana jumlahnya yang terhad, emas Limited Edition ni bakal menjadi RARE tak lama lagi. Bukan apa, hanya 10,000 keping je ada dalam dunia ni. Siapa yang dah berjaya beli, dia memiliki sesuatu yang takkan dihasilkan lagi untuk selama-lamanya. Tentunya ia boleh dijual pada harga yang lebih tinggi pada masa hadapan. Biasanya golongan collectors sanggup membayar sehingga 2x ganda harga emas semasa untuk memiliki sesuatu yang RARE dan sangat istimewa seperti ini 🙂

Emas Raya 1441H Sempena CovEid menjadi kenang-kenangan

Akhir kata..

Aidilfitri lebih indah jika kita dapat bersama dengan keluarga tercinta, masak dan makan bersama, saling bermesra, bermaaf-maafan, dan saling ziarah-menziarahi. Walaupun ia tak dapat dilakukan tahun ni, namun kita tetap boleh berhubung dengan mereka melalui cara yang lain. Mesti ada hikmahnya, sebenarnya PKP ni untuk melindungi orang tua kita di kampung yang lebih tinggi risikonya jika dijangkiti COVID-19.

Semoga Aidilfitri tahun ni yang pertama DAN yang terakhir disambut secara ‘berkurung’. Memorinya takkan dapat dilupakan. Ia akan tetap bersemadi dalam hati kita DAN dalam Emas Raya yang telah dibeli. Chewwahh

Ikhlas dari sahabat emas anda,