Kelebihan Menyimpan Emas Public Gold


1. Patuh shariah

Seperti yang kita tahu, emas ialah item ‘ribawi’. Ini bermaksud jika transaksi jual/beli emas dibuat menyalahi panduan muamalat, kita terdedah dosa riba. Alhamdulillah sekarang kita tidak perlu gusar, Public Gold telah memperoleh sijil patuh shariah daripada Amanie Group yang diterajui Dato Dr Mohd Daud Bakar iaitu ahli panel shariah yang terkemuka di dunia 🤗. Boleh baca lebih lanjut tentang beliau di sini (link).


2. TRUSTED

Kita nak cari emas tulen bukan mudah, emas palsu ‘bersepah’ di luar sana. Syukur sekarang ada Public Gold. PG sudah beroperasi lebih 15 tahun dan jumlah pelanggan melebihi 2,000,000 orang. Sepanjang waktu tersebut TIADA seorang pon pelanggan PG yang ditipu atau tidak mendapat emasnya.

Sekiranya anda ingin membeli 1kg goldbar harini, bolehkah anda yakin bahawa emas yang dibeli tulen di luar DAN di dalam? Kita hanya akan yakin emas tersebut tulen sekiranya dibeli dari syarikat yang DIPERCAYAI, betul tak? Tambahan pula, emas PG diperakui kualiti dan ketulenannya di peringkat antarabangsa oleh London Bullion Market Association (LBMA).


3. Stok sentiasa ada dan jaminan buyback

Dulu-dulu nak beli emas gred pelaburan amat susah. Kebanyakan kedai hanya menjual barang kemas, jarang-jarang jumpa emas bullion (jongkong dan dinar), itu pon bukan selalu ada stok. Paling frust bila harga emas TURUN, kita nak beli jongkong emas namun semuanya habis disapu ‘jerung’ (pelabur-pelabur besar) SEBELUM ‘ikan bilis’ (pembeli modal kecil) macam saya sempat keluar rumah, huhu 😅.

Satu lagi masalah ialah susah nak cari pembeli apabila tiba masanya untuk kita jual emas yang telah lama disimpan. Apabila harga emas NAIK, ada yang ingin menjual emas untuk mendapatkan keuntungan, namun kebanyakan kedai enggan membeli dengan alasan tiada CASH.

Sekarang kedua-dua masalah ini tinggal sejarah. Membeli emas Public Gold sangat mudah kerana stok sentiasa ada (kalau setakat nak beli sekilo dua emas, tiada masalahnya hehe). Malah, kita boleh jual emas tersebut bila-bila masa kerana Public Gold beri jaminan buyback 100%, tak kira harga emas sedang tinggi atau rendah, tak kira anda nak jual sikit atau berkilo-kilo. Terbaiklah.


4. Murah dan Susut Nilai serendah 6%

Apabila kita membeli emas untuk pelaburan, antara faktor terpenting yang mempengaruhi keuntungan ialah spread (susut nilai). Spread bermaksud perbezaan harga jual versus harga beli pada sesuatu masa (dalam peratus). Ini memudahkan kita membuat pengiraan. Katakan spread 6%, dan harga emas naik sebanyak 10%, maka anggaran keuntungan kita ialah (10% – 6% = 4%). Bayangkan jika spread setinggi 20%, agak-agak lambat ke cepat untung? Kalau untung pon, agak-agak banyak ke sikit? 🤔

Kesimpulannya: semakin rendah susut nilai, semakin cepat dan banyak keuntungan yang diperoleh. Kebanyakan kedai mengenakan spread setinggi 15% – 20% untuk emas bullion, bandingkan dengan spread Public Gold iaitu 6% – 9% sahaja. Semakin besar item emas yang dibeli, semakin rendah susut nilainya. Nak tahu tak berapa spread barang kemas? Secara umum lebih kurang 25% – 30%, sebab itu emas perhiasan TIDAK sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan..


5. Pembelian secara online, 24 jam sehari, 365hari setahun

Seperti yang kita tahu, harga emas dunia berubah setiap masa. Katakan harga emas menjunam pada pukul 3AM dan kita ingin membeli, agak-agak boleh ke? Nak telefon kedai emas mana ye yang boleh terima order pukul 3AM? Rasa macam MISSION IMPOSSIBLE betul tak? 😖 Sebenarnya sekarang membeli emas pukul 3AM tak mustahil dengan menggunakan platform Public Gold. Memang terbaik.


6. Boleh pilih nak bayar secara Penuh atau Ansuran

Misi Public Gold ialah memudahkan kita semua memiliki jongkong emas, antaranya dengan menyediakan pilihan bayaran secara penuh (Full Payment) atau ansuran (Shariah Easy Payment Purchase) 😎. Katakan anda ingin beli Goldbar 100gram, boleh terus ‘kunci’ harga harini (contoh: RM20,000). Ada 3 pilihan bayaran: 1) bayar penuh RM20,000, 2) bayar ansuran 4x iaitu RM5,000 selama 4bulan, 3) bayar ansuran 10x iaitu RM2,000 selama 10 bulan. Kedua-dua cara bayaran ini disahkan patuh shariah.


7. Beli, simpan dan jual emas menerusi Akaun Emas GAP

Saya pasti kita semua ada paling kurang satu Akaun Bank kan? Bukan apa, kebanyakan wang ringgit disimpan dalam bank kerana lebih selamat berbanding simpanan di rumah. Dengan perkembangan teknologi, hampir semua transaksi kewangan boleh dilakukan secara online. Kita HANYA keluar rumah jika mahu withdraw duit di ATM untuk kegunaan harian.

Begitulah konsep Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP). Tujuannya untuk memudahkan kita beli, simpan dan jual emas TANPA perlu keluar dari rumah. Kita boleh tambah emas dalam akaun GAP dengan modal serendah RM100 (bersamaan 0.4+ gram) secara sikit-sikit sehingga ada banyak (jika mahu beli sekilo sekaligus pon boleh, hehe). Simpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma tanpa jumlah maksimum dan tiada had masa. Kita boleh withdraw jongkong emas dari akaun GAP atau nak jual terus emas tersebut pon boleh.

Kita HANYA keluar rumah jika ingin withdraw jongkong emas untuk disimpan sendiri. Contoh: katakan saya ada 20gram emas dalam akaun GAP, dan saya mahu withdraw goldbar bersaiz 5gram. Saya aturkan temujanji ke cawangan Public Gold yang terdekat. Di sana, staf PG akan menyerahkan goldbar 5gram kepada saya DAN pada masa yang sama, jumlah emas dalam akaun GAP akan ditolak (baki tinggal 15gram dalam akaun). Update terkini: pengeluaran item emas <21.25gram akan dihantar terus ke alamat rumah melalui courier menggunakan servis Gold-In-Transit 🤩.


8. Ada lebih 20 cawangan Public Gold di Malaysia dan Indonesia

Public Gold menyediakan kemudahan jual beli emas di Malaysia dan Indonesia (terdapat lebih 20 cawangan PG di kedua-dua negara). Tambahan pula, Menara Public Gold yang pertama terletak di TRX, Kuala Lumpur. InshaAllah akan ada lebih banyak menara PG pada masa hadapan 😀.


9. Mesra Ar-Rahnu

Nak tunggu harga emas naik bukan sekejap, kadang-kadang bertahun lamanya. Katakan berlaku kecemasan dan kita memerlukan duit segera, apa boleh buat? Usah risau, kita boleh tunaikan emas yang disimpan TANPA menjualnya menggunakan khidmat pajakan di Ar-Rahnu. Mudahnya simpan emas Public Gold kerana hampir kesemua syarikat Ar-Rahnu di Malaysia terima emas tersebut sebagai pajakan, antaranya:


10. Bimbingan dan ilmu emas percuma daripada Introducer

Salah satu kelebihan menyimpan emas dengan Public Gold ialah anda tak perlu risau tentang after-sale support kerana Introducer ialah pemudahcara anda. Ada amanah besar dipikul Introducer: salurkan ilmu, tips dan update terkini tentang emas, serta menjawab sebarang persoalan dari client. Elakkan introducer touch and go (lepas customer beli, dibiarkan begitu sahaja tanpa follow-up service). Jika anda ingin bimbingan berterusan dari mula beli emas sehingga bertahun lamanya, boleh jadikan saya sebagai sahabat emas (introducer) anda 🙂.