Pengalaman saya memulakan simpanan emas fizikal


Pengembaraan emas saya bermula sekitar pertengahan tahun 2014. Ketika itu saya baru habis belajar Medic di Ireland di bawah tajaan MARA. Sebaik pulang ke tanah air, saya terus berhubung dengan pihak MARA kerana mahu selesaikan segera bayaran hutang pelajaran menggunakan wang biasiswa yang telah berjaya saya simpan sepanjang 5tahun di perantauan. Mengikut perjanjian, saya dikehendaki membayar 1% daripada jumlah keseluruhan biasiswa, Alhamdulillah saya berjaya selesaikannya tanpa sebarang masalah.

Alangkah bestnya bila dah settle bayar hutang pelajaran. Walaupun belum bekerja dan tiada pendapatan tetap, saya tetap bahagia kerana kepala tak serabut fikir tentang hutang pelajaran yang sering menghantui graduan zaman sekarang. Oleh kerana saya masih ada lebihan wang simpanan, saya fikir saya mahu laburkan wang tersebut kerana mahukan keuntungan yang lebih baik berbanding simpanan dalam Tabung Haji. Saya bertanya kepada orang sekeliling dan insan pertama yang recommend saya untuk membeli emas ialah bapa mertua saya.

Dia mencadangkan supaya saya mengalihkan sebahagian wang tunai kepada emas iaitu dengan membeli goldbar/dinar. Saya bertanya kepadanya soalan yang sama seperti orang yang tak pernah simpan emas bertanya kepada saya hari ini iaitu: “Mana untungnya simpan emas?”. Jawapan yang diberikan bapa mertua saya simple je iaitu: “Awak beli emas sekarang pada harga sekian-sekian, kelak apabila harga emas tu naik, awak jual balik emas tu untuk mendapatkan keuntungannya”. Masa tu takde pulak dia ceritakan kepada saya tentang kelebihan simpan emas yang lain. Mungkin dia pon tak tahu kot huhu.

Anyway, berbekalkan ‘info ringkas’ dari bapa mertua saya tadi, saya ‘tutup mata’ dan mula membeli emas untuk simpanan/pelaburan walaupun kurang faham lagi sebenarnya. Masa tu harga emas sekitar RM135/gram sahaja. Disebabkan kurang pengalaman dan takde guidance, saya telah menjual emas tersebut pada harga RM150/gram selepas setahun lebih. Niat masa tu: kononnya nak beli balik emas dalam kuantiti yang lebih banyak apabila harga emas turun balik nanti. Sebaliknya berlaku, harga emas naik dan terus naik sehingga mencecah hampir RM200/gram..! Rupa-rupanya tahun 2014 merupakan kali pertama dan terakhir saya lihat harga emas serendah RM135/gram. Huhu..!

Selepas lebih 10tahun menyimpan dan mendalami ilmu emas, sekarang baru saya faham apa yang dimaksudkan dengan NILAI EMAS. Tak mungkin saya dapat memahaminya jika saya tak ‘tutup mata’ dan beli terus emas ketika baru bermula dulu.. Memang betul orang kata ilmu menjadikan kita pandai, dan pengalaman menjadikan kita bijaksana. Harini saya mahu bantu anda memulakan simpanan emas dengan cara yang paling mudah, murah dan patuh shariah, inshaAllah 🙂


KELEBIHAN SIMPAN EMAS


Bila kita sebut tentang simpanan, kita selalu fikir nak simpan duit di mana? Dalam ASB, Tabung Haji ataupun Bank? Walaupun simpanan dalam bentuk wang kertas ada dividend, namun selepas ditolak inflasi tak banyak sangat pon hasilnya sebenarnya.

Satu niche simpanan yang orang kita banyak tak tahu ialah kita boleh simpan logam berharga iaitu EMAS. Walaupun simpan emas tiada dividend, akan tetapi NILAInya sentiasa menaik dalam jangka masa panjang. Antara kelebihan simpan emas ialah:

KALIS INFLASI

KENAIKAN HARGA EMAS

EMAS IALAH DUIT

ASET MAMPU MILIK

BENTENG KEWANGAN

INSTRUMEN PELABURAN

SIMPANAN PERKAHWINAN

SIMPANAN BUAT RUMAH

SIMPANAN PENDIDIKAN

MAGNET KEKAYAAN

MUDAH DITUNAIKAN

PENYEJUK MATA


KELEBIHAN EMAS SYARIKAT PUBLIC GOLD


Orang selalu tanya saya, jenama jongkong emas mana yang paling bagus? Sebenarnya, mana-mana jenama pon bagus asalkan emas tu tulen. Tapi se-eloknya pilih la jenama yang dipercayai serta paling lengkap secara PAKEJ. Secara umum, kita nak jenama emas tu memenuhi ciri-ciri seperti:

  1. Harga rendah
  2. Susut nilai rendah (10% ke bawah)
  3. Stok tiada had (tak mengganggu pembelian)
  4. Jaminan 100% belian balik (senang nak jual balik)
  5. Banyak cawangan
  6. Sistem yang mudah dan TAK CEREWET

Saya lihat emas jenama Public Gold memenuhi semua kriteria ini. Jenama lain mungkin ada yang menawarkan harga atau susut nilai yang lebih rendah, namun mereka selalunya tak terima belian balik atau sangat cerewett 😖 Antara kelebihan menyimpan emas Public Gold ialah:


BAGAIMANA RUPA PRODUK EMAS PUBLIC GOLD?


Item emas gred simpanan (juga dipanggil BULLION) terdiri daripada emas berketulenan 999 berbentuk jongkong (goldbar) dan emas berbentuk koin (dinar).

Berat Goldbar:

0.5gram
1gram
5gram
10gram
20gram
50gram
100gram
250gram
1kilogram

Berat Dinar:

1 Dinar (4.25gram)
Half Dinar (2.125gram)
5 Dinar (21.25gram)
10 Dinar (42.5gram)

Tonton video produk emas Public Gold

APA KATA MEREKA YANG SUDAH MULA SIMPAN EMAS?


Terima kasih doc sebab perkenalkan akak dengan EMAS Public Gold. Kalau tak, sampai bila-bila akak takkan kenal GOLDBAR..

Puan Narimah

Saya ni dulu ‘bodoh sombong’ kononnya tak minat emas, lambat sangat rasanya celik emas. Zaman bujang-bujang dulu dapat gaji bukannya reti nak beli emas. Reti perabis je.. bukak kabinet dapur penuh barang plastik, tupperware, periuk belanga, rasa rugi je. Alangkah bagusnya kalau saya beli emas..

Cikgu Zaleha

Terima kasih atas perkongsian tentang emas. Dah habis baca, mantap penulisan tuan, rasa semangat lak nak simpan emas haha..

Dr Fazreen

Saya dulu beli jongkong emas di Pos Arrahnu yang tinggi harganya. Nasib baik doc nasihatkan saya untuk beli emas guna akaun GAP Public Gold. Memang jauh lebih murahh..

Hakimie

Saya jual 30% daripada simpanan emas saya untuk hantar anak pergi belajar ke Turki. Kebetulan harga emas tengah naik sekarang. Sayang juga nak jual emas tu sebenarnya. Tak apalah, janji tak berhutang..

Ustaz Megat

Jongkong emas Public Gold ni dah la murah nak beli, harga jual balik tinggi pulak tu. Public Gold tawar harga RM1,920 untuk jongkong emas 10gram jenama XXX yang saya mahu jual baru-baru ni (11% bawah harga pasaran). Sedangkan bila saya tanya di kedai asal saya beli jongkong tu, harga yang ditawarkan hanya RM1,820 (15% bawah harga pasaran).

Cikgu Nurizan

Recommended PG Dealer, very helpful and full of knowledge.

Dr Md Hazwan

AKHIR KATA..


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca cerita saya sampai habis. Sekiranya ingin mendalami ilmu emas, silakan membaca mana-mana sharing serta ebook yang ada dalam blog ini atau boleh direct wasap saya sekiranya ada apa-apa persoalan (014-835 3773). Akhir kata, jika anda tak pernah simpan emas sebelum ini, saya nasihatkan beri peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru, ayuh mula simpan emas dengan modal serendah RM100.


MULA SIMPAN EMAS PUBLIC GOLD HARI INI
KLIK LINK DI BAWAH