Salam sejahtera semua,

Harini saya nak share tentang salah satu fungsi emas yang ramai orang tak tahu atau tak perasan. Biasanya bila sebut je perkataan emas, kita hanya fikirkan barang kemas dan jongkong emas, tak gitu? So.. harini jom kita tengok kegunaan emas yang lain iaitu sebagai bahan mentah dalam industri pembuatan dan teknologi.

Zaman sekarang ni kita tak boleh lari dari penggunaan gajet, kan? Semua orang mesti ada guna handphone, tab atau laptop sama ada untuk kerja atau hiburan seperti update status di media sosial. Bila pulang ke rumah pula, mesti guna pelbagai alat elektronik yang lain seperti television, komputer, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.

Awak tahu tak sebenarnya alat elektronik yang kita guna setiap hari ini memerlukan sedikit EMAS dalam pembuatannya. Mungkin tak banyak, namun sifat emas sebagai logam konduktor yang tahan lasak dan tahan hakisan menjadikan emas bahan mentah yang tiada gantinya dalam gajet berteknologi tinggi. Mari tonton video di bawah:

Video link: https://www.youtube.com/watch?v=Bq7V1MhJSpE

Saya bagi satu contoh, 5G ialah teknologi rangkaian internet berkelajuan tinggi yang bakal menggegar dunia dalam masa beberapa tahun akan datang. Teknologi ini memerlukan pembinaan infrastruktur baru seperti menara pencawang, semikonduktor serta wiring yang mampu support rangkaian 5G. Pembinaan infrastruktur ini memerlukan bahan mentah yang banyak termasuklah logam EMAS. Ini akan meningkatkan permintaan terhadap EMAS seterusnya menaikkan harga EMAS dalam jangka masa panjang 😁

Istimewa kan logam emas? Simpan EMAS ni sangat berbaloi, permintaan dan nilainya akan sentiasa naik, sebaliknya nilai wang kertas sentiasa dihakis inflasi setiap tahun. Jika anda tak pasti bagaimana nak simpan emas, saya boleh bantu.

Ikhlas dari sahabat emas anda,