Salam sejahtera dan salam perkenalan awak semua 🙂
Excited plak nak tulis entry pertama ni hehe. Sebenarnya saya dah lama nak tulis blog tapi selalu tak sempatt. Alhamdulillah selepas berbulan-bulan setup website dan content, akhirnya saya dah ada blog sendiri untuk share pandangan dan pengalaman saya tentang emas dan kewangan (dan lain-lain). So, here it goess
Sebagai pengenalan, nama saya Nabil Aiman dan saya ialah Dealer dan Speaker Aktif Public Gold (PG Code: PG00104489). Maksudnya, saya boleh membantu anda memiliki emas fizikal gred simpanan dengan cara yang selamat, mudah, murah dan patuh shariah dengan menggunakan platform yang disediakan syarikat Public Gold.
Kenapa perlu memiliki emas? Ini kerana dengan teknik simpan emas yang betul, kebocoran wang dapat dielakkan, income kita akan bertahan lebih lama dan ini membantu kita untuk memiliki KESTABILAN kewangan, membina KEKAYAAN dan seterusnya mencapai IMPIAN HIDUP. InshaAllah 🙂
Bermulanya satu pengembaraan..
Saya mula simpan emas sejak tahun 2014. Harga emas termurah saya pernah beli ialah RM136/gram. Disebabkan kurang pengalaman dan takde guidance, saya telah jual emas tu pada harga RM150/gram selepas setahun lebih. Niat masa tu, kononnya nak beli balik emas dalam kuantiti yang lebih banyak bila harga emas turun balik nanti. Sebaliknya berlaku, harga emas terus naik hingga mencecah hampir RM200/gram. Huhu..!
Dari situ saya belajar yang saya lebih sesuai jadi ‘penyimpan emas’ dan bukannya ‘pelabur emas’. Kini saya lebih fokus kepada jumlah gram emas yang saya ada. Saya akan pastikan jumlah gram emas sentiasa bertambah setiap bulan. Masuk je gaji terus simpan emas. Kalau masa tu harga emas tengah tinggi, saya beli sikit. Kalau harga tengah rendah, saya borong. Janji jumlah gram emas saya sentiasa bertambah setiap bulan.
Kelebihan menyimpan emas
Setelah bertahun-tahun menyimpan emas, saya perasan yang kewangan saya lebih baik berbanding mereka yang TAK simpan emas. Bila simpan emas, asset kita sentiasa bertambah dan kewangan kita lebih stabil. Antara kelebihan simpan emas yang saya nampak:
1- Emas sebagai forced savings iaitu kita paksa diri kita terus simpan emas bila gaji masuk
2- Poket tak bocor kerana sentiasa rasa ‘TAK berduit’ (walaupun emas bertimbun dalam peti besi hehe)
3- Bila rasa tak berduit, hidup jadi berpada-pada. Tak boros berbelanja dan tak bermewah.
4- Tabung emas tahan lebih lama (berbanding tabung duit kertas yang selalu dikorek balik)
5- Jumlah emas sentiasa bertambah setiap bulan bila konsisten menyimpan
6- NILAI EMAS sentiasa naik dalam jangka masa panjang seiring kenaikan harga emas
7- dan lain-lain
Sebenarnya, ramai orang belum nampak peranan EMAS dalam kehidupan dan kewangan mereka. Kebanyakkannya anggap emas ni untuk perhiasan wanita atau untuk orang kaya je. Ada juga yang anggap simpan emas ni susah la, leceh la dan tak kurang juga yang mengatakan emas ni mahal.
Alangkah ruginya mereka! Sedangkan simpanan emas amat berbaloi untuk masa depan kita semua. Sebab tu saya jadikan ini misi saya, untuk bantu mereka simpan emas bermula hari ini, serta beri follow-up service yang berterusan dan terkini. InshaAllah.
Tugas Dealer Emas
Sebagai Dealer dan Speaker Public Gold, saya aktif menyebarkan ilmu dan bantu orang simpan emas melalui seminar, blog, media sosial dan face-to-face. Senang cerita, saya ialah pemudahcara untuk anda simpan emas.
Seperti yang anda tahu, ramai orang jadi pening lalat nak simpan emas ni sebab tak faham terminologi berkaitan emas, cara pembelian yang berbeza-beza, masalah teknikal berkaitan teknologi, kurang pengetahuan tentang teknik simpan emas dan banyak isu lain.
Sekarang anda tak perlu dah fikir semua masalah tu. Saya ialah pemudahcara anda, dan saya akan guide anda untuk simpan emas dengan lancar inshaAllah. Bagi saya, dapat bantu anda untuk menyimpan emas ialah satu satisfaction. Sebab tu saya aktif menulis sharing tentang emas dan kewangan dalam bentuk ebook dan posting di media sosial, supaya anda semua diperkasakan dengan ilmu di dada sebelum mula simpan emas. Jika anda mahu simpan emas di bawah bimbingan saya, boleh namakan saya sebagai Introducer ketika pertama kali beli emas Public Gold.
Ada amanah besar dipikul oleh introducer. Salurkan ilmu, tips dan update terkini tentang emas dan Public Gold. Paling penting ialah jawab pertanyaan client jika ada sebarang persoalan. Elakkan introducer touch and go. Lepas customer beli, dibiar macam tu je tanpa follow-up service. Kalau anda nak bimbingan berterusan dari mula beli emas sehingga bertahun lamanya, boleh jadikan saya sebagai sahabat emas anda 🙂
Anda belum pernah simpan emas? Ni ada berita baik
Pada waktu saya tulis entry ni, harga emas baru je ‘terjun gaung’ dan melantun kembali (rujuk graf merah bawah ni). Harga emas di ‘dasar gaung’ ni lebih kurang RM166/g je tauu- harga terendah sepanjang dua tahun ni. Sebagai rujukan, harga emas terendah tahun lepas (2017) ialah RM178/g dan tertinggi RM198/g. Bagi saya ni ialah peluang terbaik untuk awak tambah atau mula simpan emas (jika belum pernah start sebelum ni).
Nak tunggu harga emas turun lagi? Boleh, tapi takde jaminan harga akan terus menjunam. Boleh jadi harga naik balik dan terus naik. Masa tu menyesal pulak tak simpan emas masa tengah murah ni huhu. Pesanan penaja: bila cakap bab pergerakan harga emas, kita BELI DULU, baru tunggu pergerakan harga seterusnya. Bukannya tunggu dan tunggu, tapi tak beli-beli, akhirnya 1gram emas pon takde nanti 😉
Ikhlas dari sahabat emas anda,