Salam sejahtera semua 🙂
Saya harap awak semua sihat wal afiat. Just nak update, pada ketika saya menulis entry ni, harga emas sudah mencecah paras tertinggi dalam 7tahun iaitu USD1,640 per ounce (dalam nilaian Ringgit Malaysia, harga emas sekarang ialah RM230 per gram 😮). Kali terakhir harga emas setinggi ni ialah pada awal tahun 2013.. Bandingkan harga hari ni dengan harga emas yang pernah saya share sebelum ni iaitu:
Februari 2020: 1gram emas = RM230
July 2019: 1gram emas = RM200 (link)
Oktober 2018: 1gram emas = RM178 (link)
Ogos 2018: 1gram emas = RM166 (link)
Jadi.. persoalan yang awak nak tanya saya sekarang ialah..”kenapa harga emas naik mencanak begitu sekali ehh??”.. Betul kan? 🤭 Sebenarnya, ada banyak faktor yang mempengaruhi pergerakan harga emas sekarang ni. Semua faktor ni sama ada berkaitan dengan pattern graf harga emas atau berkaitan dengan apa yang dipanggil supply and demand untuk logam emas tu sendiri.
Ilmu mengkaji ‘supply and demand’ logam emas dinamakan analisa fundamental. Maksudnya: kita kaji jumlah emas yang berjaya dilombong dan dihasilkan (supply) dan kita bandingkan dengan permintaan terhadap logam emas dalam pasaran (demand). Contoh: sekarang ni demand untuk emas naik, maka harga emas pon turut NAIK. Kenaikan permintaan terhadap emas sekarang ni berlaku kerana sifatnya sebagai ‘Safe Heaven’ (link).
Ilmu mengenal ‘pattern graf harga emas’ pula dinamakan analisa teknikal. Maksudnya: kita meneliti graf harga emas dari dulu hingga sekarang, kemudian kita cuba teka pergerakan harga emas yang seterusnya (sama ada harga akan turun, statik atau naik) berdasarkan pattern graf tadi. Pattern ini berlaku secara berulang-ulang, ia terbentuk kerana harga emas dipengaruhi ‘psikologi pelabur’ yang membeli (atau menjual) emas secara berkelompok.
Intro: Technical Analysis 101
Jadi.. harini saya nak share skit tentang salah satu prinsip analisa teknikal yang sangat penting iaitu mengenalpasti trend pergerakan harga emas. Ia satu ilmu yang sangat simple dari segi konsep tapi sangat penting untuk kita pelajari. Dan ia akan membantu kita untuk memahami kenapa harga emas naik begitu mencanak sekali sekarang ni. Sebelum bermula, ada disclaimer skit ni 😬:
- Apa yang ditulis hanyalah perkongsian pendapat saya je, ia bukan satu paksaan untuk melabur dan bukan bermaksud untuk menggantikan penasihat kewangan anda. Jadi kalau ada yang alami kerugian, penulis tak bertanggungjawab
- Apa yang ditulis tak komprehensif, maksudnya saya share benda-benda yang basic je ni sedangkan ilmu analisa teknikal sebenarnya jauh lebih luas, memang tak muat nak masukkan semua dalam satu blog entry yang pendek ni.
- Saya bukan trader dan saya tak pandai teka pergerakan harga emas jangka masa pendek. Di sini saya share beberapa tip tentang trend untuk jangka masa sederhana dan panjang sahaja.
Tip 1: Cari ‘highs‘ dan ‘lows‘
Ramai orang yang baru mula simpan emas selalu risau dengan pergerakan harga dari hari ke hari. Contoh: semalam beli emas pada harga RM220/gram, tiba-tiba harini harga turun RM218/gram (mula risau), esok harga naik balik RM219/gram (rasa ok skit), tulat pula harga naik RM221/gram (woohoo dah untung singgit se gram). Pernah tengok senario begini? Usah khuatir, saya dulu masa mula-mula simpan emas pon macam ni jugak 😂
Sebenarnya, apa yang lagi penting ialah MOMENTUM pergerakan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang. Ini kerana harga emas dalam jangka masa pendek memang sentiasa volatile (harga berubah secara rawak macam roller coaster) dan biasanya golongan trader je yang fokus pada harga short-term. Untuk golongan biasa-biasa (macam saya), lebih baik kita tengok pada momentum harga medium to long-term.
Nak tahu momentum ni tak la susah sangat. Langkah pertama yang kita kena buat ialah kenalpasti high dan low dalam graf. Caranya, bayangkan bentuk graf tu macam satu barisan bukit-bukau yang ada ‘puncak’ dan ‘gaung’ silih berganti. Dalam graf, tempat yang bentuknya macam puncak tu ialah high, dan bentuk yang macam gaung tu ialah low. Cari dan label kesemuanya 🧐
Tip 2: Kenalpasti ‘Momentum‘
Harga emas bergerak dalam tiga arah sahaja iaitu: TURUN, NAIK atau STATIK/MENDATAR. Cuba kenalpasti momentum harga emas sedang bergerak ke arah yang mana
Dah berjaya jumpa harga puncak (high) dan harga gaung (low)? Sekarang boleh la kita tengok momentum pula. Caranya senang je, tengok graf dan kenalpasti ‘bukit-bukit’ yang duduk berdekatan. Kemudian cari ‘high‘ dan ‘low‘ untuk setiap bukit tadi dan tengok bentuk keseluruhannya.
- Jika bentuk graf menunjukkan ‘lower highs and lower lows‘ maka momentum MENURUN.
(dalam bahasa lain kedudukan puncak dan gaung makin lama makin rendah) - Jika bentuk graf menunjukkan ‘higher highs and higher lows‘ maka momentum MENAIK.
(dalam bahasa lain kedudukan puncak dan gaung makin lama makin tinggi) - Jika bentuk graf menunjukkan ‘horizontal highs and lows‘ maka momentum MENDATAR.
(dalam bahasa lain kedudukan puncak dan gaung sama sahaja)
Tip 3: Lukis ‘Trendline‘
Sekarang tentunya awak dah tau momentum harga emas sedang bergerak ke arah mana, kan? Jadi sekarang boleh la awak nak lukis trendline. Caranya:
- Jika momentum MENAIK, lukis garisan untuk menyambung ‘gaung pertama’ dengan ‘gaung seterusnya’ (dari low point 1 ke low point 2) – nama garisan ni ialah uptrend line
- Jika momentum MENURUN, lukis garisan untuk menyambung ‘puncak pertama’ dengan ‘puncak seterusnya’ (dari high point 1 ke high point 2) – nama garisan ni ialah downtrend line
- Jika momentum MENDATAR, lukis kedua-dua garisan (nombor 1 DAN nombor 2) – nama garisan ni ialah sideway trendline (atas dan bawah)
Mengapa perlu lukis trendline sedangkan kita dah tau momentum? Jawapannya sebab trendline bantu kita untuk berwaspada kot-kot akan berlaku perubahan arah. Jika harga emas bergerak melepasi GARISAN yang kita dah lukis tadi, kita kena berhati-hati kot-kot berlaku trend reversal.
Contoh: dari tahun 2004 hingga 2012, momentum harga emas MENAIK ikut uptrend line. Kemudian harga break GARISAN yang dilukis tadi, menandakan kita kena masuk mode waspada kot-kot berlaku trend reversal. True enough, tak lama lepas tu, harga emas beralih arah dan momentum harga emas MENURUN untuk 4 tahun yang seterusnya.
Namun, ini hanyalah satu panduan. Sebab kadang-kadang tu, kita nampak harga macam dah break trendline, tapi lepas tu dia adjust dan sambung balik momentum asal (tak berlaku trend reversal) 😅.
Tip 4: Strategi membeli emas fizikal
PERHATIAN: Susah awak nak faham strategi membeli emas yang saya nak share ni sekiranya awak belum start menyimpan emas jongkong. Jadi jika awak TAK PERNAH beli emas jongkong, silakan beli emas pertama dahulu sebelum terus membaca, klik sini untuk beli emas (link). So.. jika awak dah mula simpan emas, teruskan membaca dengan hati yang gembira 🙂
Strategi yang dirangka ni hanya mengambil kira analisa teknikal sahaja ye (semata-mata berdasarkan bentuk graf harga emas). Maksudnya saya TAK mengambil kira langsung keadaan ekonomi atau dunia semasa (faktor fundamental). Baiklah, dengan mengaplikasikan konsep ‘Momentum’ dan ‘Trendline’, di sini ada beberapa strategi untuk bantu kita membeli emas:
1. Semasa momentum MENAIK:
- Beli emas ketika berlaku correction. Biasanya on the way ke PUNCAK TERTINGGI, harga emas takkan naik secara terus, ada ketikanya harga emas turun sekejap untuk ‘berehat’. Biasanya harga ni dekat dengan uptrend line yang dilukis. Gunakan peluang ni untuk beli emas pada harga ‘diskaun’.
2. Semasa momentum MENURUN:
- Beli emas secara averaging iaitu pemurataan harga. Tak perlu tunggu harga paling bawah baru nak beli emas kerana kita TAKKAN tahu pon sejauh mana dan sampai bila harga emas akan turun. Sedar-sedar harga emas dah naik balik.
- Tip tambahan: Jika harga emas dah melintasi downtrend line yang dilukis, boleh la standby nak memBORONG (kot-kot la tu harga ‘dasar gaung’ kan?), tak mustahil untuk trend reversal berlaku bila harga emas dah break downtrend line.
3. Semasa momentum MENDATAR:
- Beli emas secara averaging. Biasanya harga akan lebih kurang sama je untuk beberapa tahun masa momentum tengah sideways ni.
- Tip tambahan: Sekiranya harga emas break garisan atas sideway trendline, boleh jadi momentum akan berubah jadi MENAIK (sesuai nak beli secara pukal masa ni). Sebaliknya, jika harga emas break garisan bawah sideway trendline, teruskan membeli secara averaging sahaja kerana ada kemungkinan momentum akan berubah kepada MENURUN.
Persoalannya, Sejauh manakah harga emas akan meroket?
JAWAPAN: TIADA SIAPA YANG TAHU 😅. Part ni paling susah sebenarnya. Bukan apa, nak baca graf ke belakang memang la senang sebab benda tu dah berlalu, nak cuba teka bentuk graf ke hadapan tu la yang impossible.. Dah namanya pon ‘tekaan’ atau ‘ramalan’, anggaplah ia macam satu idea yang terbit dari ilmu manusia yang cetek ni.. Hakikatnya, Tuhan yang Maha Luas Ilmunya sahaja yang tahu ke manakah harga emas akan pergi seterusnya.
Pada pendapat saya, dari segi teknikalnya, momentum harga emas sekarang masih lagi MENAIK, dan belum nampak tanda yang harganya akan lintas uptrend line dalam jangka masa terdekat (yang mungkin akan menyebabkan trend reversal). Ini bermaksud harga emas boleh NAIK LAGI.
Harga emas sekarang semakin menghampiri harga tertinggi ever recorded untuk emas iaitu sekitar USD1,900/ounce. Saya ada baca pendapat beberapa analysts dan ada antara mereka yang mengatakan harga emas boleh naik sehingga USD3,500 – USD5,000 per ounce dalam masa 12 hingga 24 bulan lagi. Dalam Ringgit Malaysia, nilai tersebut sekitar RM500-RM750 per gram emas.
Saya fikir-fikir, possible je untuk harga emas naik ke tahap ini. Lagipon jika harga emas berjaya melepasi tahap tertinggi sebelum ni (USD1,900/ounce), mesti ia akan cari harga tertinggi yang baru, kan? 🤔 Entah-entah harga tertinggi yang baru tu 2x ganda daripada harga tertinggi sebelum ni? Tak mustahil. Lebih-lebih lagi jika berlaku gold mania yang mana semua orang berebut-rebut nak beli emas macam naik hantu (seperti apa yang berlaku kepada bitcoin pada tahun 2017).
Wallahua’lam.
*Nota kaki: ketika entry ni disiarkan, harga emas sedang mengalami correction. Harga emas kini berada di sekitar USD1,580/ounce (bersamaan RM226/gram) selepas naik setinggi USD1,680/ounce (bersamaan RM238/gram) minggu lepas. Tentunya ini satu peluang keemasan untuk tambah emas fizikal kita 😉
Ikhlas dari sahabat emas anda,