Salam Sejahtera,

Dalam perkongsian yang lepas, saya selalu kata harga emas Public Gold sangat berpatutan, malah bukan overstatement jika saya katakan Goldbar Public Gold antara yang ‘termurah’ di pasaran. Buktinya, saya pernah buat perbandingan premium-over-spot Goldbar Public Gold versus beberapa jenama yang lain, awak boleh baca artikel tersebut di sini (link). Namun tak ramai orang tahu Public Gold ada goldbar yang dihasilkan khusus untuk golongan have-have iaitu Goldbar AURORA.

Asal usul AURORA

Jenama AURORA registered under Aurora Italia Sdn Bhd yang mula beroperasi sejak 2017. Produk utamanya ialah barang kemas rekabentuk moden yang digemari golongan muda-mudi seperti cincin, ‘charms’ yang di-attach pada bangle, ‘pendants’ yang dipasang pada rantai, serta ‘brooch’ yang dipakai di tudung. Ketulenan jewelry AURORA ialah 750 (18K) dengan pelbagai campuran (Yellow Gold, White Gold, dan Rose Gold). Selain emas, bahan lain yang digunakan dalam pembuatan barang kemas AURORA ialah Cubic Zirconia seperti Preciosa dan Swarovski.

Antara barang kemas ‘hot’ ketika awal penubuhan Aurora Italia ialah ‘bracelet’ yang padanya dihiasi pelbagai jenis ‘charms’ seperti dalam gambar ni. Charms tu boleh beli sikit-sikit, boleh mix & match ikut tema, dsb.

Jika diteliti barang kemas AURORA, kita boleh lihat rekabentuk jewelry moden yang striking berbanding apa yang biasa dipakai di Malaysia. Ini kerana produk Aurora Italia direka untuk memenuhi permintaan global, setanding jenama antarabangsa yang lain seperti Pandora, Tiffany, etc. Selain perbezaan design, ketulenan barang kemas AURORA juga berbeza (kebanyakan local jewelry berketulenan 916 atau 999). Oleh kerana wanita overseas cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif, barang kemas 750 lebih sesuai kerana ia lebih ‘keras’ (boleh dipakai ketika melakukan aktiviti lasak). Barang kemas 916 (apatah lagi 999) lebih ‘lembut’ dan berisiko rosak sekiranya dipakai secara kasar. Produk Aurora Italia boleh dibeli secara retail di beberapa shopping mall terkemuka di Malaysia (KLCC, Mid Valley, Queensbay Mall, Gurney Plaza) atau secara online di website PG Mall (link).

Oleh kerana saya seorang lelaki, saya tak familiar dan tak pandai nak menaksir permintaan emas perhiasan di Malaysia. Namun demand terhadap barang kemas AURORA boleh dikatakan agak bagus kerana selepas beberapa tahun, syarikat Aurora Italia berjaya disenaraikan di pasaran saham tempatan (LEAP Market) iaitu pada 24 July 2020.

Welcome to LEAP Market: AURORA ITALIA INTERNATIONAL BERHAD

Goldbar AURORA

Selain jewelry, produk lain yang dihasilkan syarikat Aurora Italia ialah Goldbar berketulenan 999 yang beratnya 1gram, 0.5gram dan 0.25gram. Goldbar ini dihasilkan Public Gold Mint iaitu kilang emas tempatan milik Public Gold Group (link). Jika dilihat pada fizikal goldbar yang dihasilkan, apa yang membezakan Goldbar AURORA daripada Goldbar Public Gold yang lain ialah engraving pada emas yang memaparkan logo Aurora Italia.

Goldbar Batik Sogan (atas) versus Goldbar Frozen II (bawah). Sekali pandang dah tahu mana satu Goldbar AURORA.

Selain logo pada goldbar, terdapat perbezaan pada design kad Goldbar AURORA yang di-laminate pada kad eksklusif yang memaparkan ikon atau karakter jenama antarabangsa seperti MARVEL (Avengers, Spiderman, Black Panther, etc), WARNER BROS (Tom & Jerry, Looney Tunes, Harry Potter), DC COMICS (Superman, Batman, Aquaman), DISNEY (Frozen, Moana, Mickey) serta jenama tempatan seperti Boboiboy dan Ejen Ali.

  • MARVEL: Spider-Man

Selain didapati secara online di website PG Mall, Goldbar AURORA available di kesemua Gold ATM di seluruh Malaysia. Oh ye, sekiranya anda memiliki Akaun GAP (Gold Accumulation Program), anda boleh withdraw Goldbar AURORA daripada akaun tersebut bila-bila masa.

Ini screenshot Akaun GAP saya, kelihatan beberapa Goldbar AURORA yang boleh ditebus iaitu Moana 2, The Hulk dan Joker. Nota: Akaun GAP ialah servis Akaun Emas yang dikendalikan syarikat Public Gold (link).

Pengalaman Membeli Goldbar AURORA

Goldbar AURORA pertama kali dihasilkan pada tahun 2020 (beberapa bulan sebelum syarikat Aurora Italia disenaraikan di LEAP Market). Saya masih ingat situasi ketika itu, saya agak terkejut apabila Public Gold melancarkan goldbar 1gram Avengers Endgame yang design-nya teramat eksklusif berbanding goldbar lain sebelum ini (masa tu saya tak tahu goldbar ini dilancarkan di bawah jenama AURORA). Harga Goldbar Avengers Endgame ini ialah RM350 sekeping sedangkan harga 1gram Goldbar Public Gold yang biasa ketika itu hanya RM320 sekeping (less RM30). Saya berpendapat harga goldbar Avengers lebih mahal berbanding biasa kerana adanya kos tambahan seperti licensing fee yang perlu dibayar kepada MARVEL sebagai pemilik jenama Avengers.

Inilah Goldbar AURORA yang pertama dilancarkan.

Saya masih ingat pemikiran ketika Goldbar Avengers ini dilancarkan –  saya berkira-kira nak membeli goldbar tersebut kerana harganya yang agak ‘mahal’. Bukan apa, kenapa nak bayar extra +RM30 semata-mata untuk mendapatkan design tersebut sedangkan ada goldbar lain yang lebih jimat (dibuat di kilang yang sama pulak tu). Fikir punya fikir, saya teruskan jua keinginan untuk membeli goldbar tersebut. Ini kerana saya bertekad ingin memiliki kesemua design goldbar yang dihasilkan Public Gold (paling kurang sekeping setiap satu).

Selepas Avengers Endgame, goldbar versi Frozen II, Tom & Jerry, Black Panther, Boboiboy, Superman dan Batman pula dihasilkan di bawah jenama AURORA dan kesemuanya saya tempah paling kurang sekeping. Selepas menghabiskan beberapa ribu ringgit untuk membeli Goldbar AURORA, saya mula berfikir panjang kerana setiap satu goldbar harganya extra +RM30 berbanding goldbar Public Gold yang biasa.

Bayangkan ketika itu saya sudah membeli 26keping Goldbar AURORA, ini bermaksud saya sudah membayar extra +RM780 (26 x RM30) untuk memiliki 26gram emas. Duit RM780 ni sebenarnya sudah cukup untuk memiliki extra +2.5gram emas sekiranya saya membeli Goldbar Public Gold yang biasa. Pada masa ini baru-lah saya sedar bahawa Goldbar AURORA tak sesuai untuk mereka yang berkira-kira (budget conscious) macam saya, ia dihasilkan untuk memenuhi permintaan peminat karakter movie/animasi yang tak kisah berbelanja lebih untuk memiliki goldbar karakter kesukaan mereka.

Sebaik saya sedar bahawa Goldbar AURORA dihasilkan untuk memenuhi permintaan dunia fandom, saya tidak lagi membeli goldbar jenama tersebut. Ini kerana pendekatan saya lebih kepada seorang gold saver yang strateginya ialah membeli emas pada harga jimat. Bagi saya Goldbar AURORA merupakan simbol kemewahan yang dihasilkan untuk golongan elit dan collectors, manakala Goldbar Public Gold lebih sesuai (mampu milik) untuk golongan berpendapatan sederhana seperti saya.

Antara Goldbar AURORA yang sempat saya ‘tapau’ sebelum habis modal, huhu..

Pengalaman Menjual Goldbar AURORA

Seperti yang diceritakan di atas, saya memiliki 26keping Goldbar AURORA yang dibeli pada tahun 2020. Kesemua emas ini telah saya jual pada bulan Februari 2025. Saya pernah share reason saya bertukar posisi daripada ‘pembeli emas’ kepada ‘penjual emas’ pada tahun 2025 ialah kerana saya memerlukan duit untuk menyiapkan Rumah Impian (link).

Mana nak jual Goldbar AURORA? Jawapannya ialah di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, saya telah menjual Goldbar AURORA di Kota Bharu (kebetulan ada urusan penting di sana). Berkenaan harga jualan, saya ingin menekankan satu point yang sangat penting iaitu: harga buyback Goldbar AURORA SAMA seperti Goldbar Public Gold yang biasa (meskipun kita membelinya pada harga yang lebih mahal suatu ketika dahulu). Ini kerana Public Gold membeli goldbar tersebut atas dasar berat-nya sahaja TANPA mengambil kira design emas tersebut. Boleh rujuk resit bertarikh 11/2/2025 di bawah, saya telah menjual 26keping Goldbar AURORA  (pelbagai versi) + 1keping Goldbar Public Gold yang biasa (Batik Sogan). Kesemua goldbar tersebut beratnya 1gram dan harga buyback yang ditetapkan untuk kesemuanya sama sahaja iaitu RM414/pcs.

Goldbar Public Gold (versi Batik Sogan): Harga Jualan = RM414/gram (arrow hijau).
Goldbar AURORA (pelbagai versi): Harga Jualan = RM414/gram (arrow purple).

Kesimpulannya, apabila membeli Goldbar AURORA, kita perlu bayar harga yang lebih MAHAL berbanding Goldbar Public Gold yang biasa. Namun apabila ia dijual (buyback), kita akan dibayar harga yang SAMA seperti Goldbar Public Gold yang lain. Daripada statement ini timbul beberapa persoalan iaitu:

JAWAPAN: TIDAK, saya tetap untung kerana saya telah menjual goldbar tersebut pada harga yang lebih tinggi (RM414/pcs) berbanding harga belian (RM320 – RM350/pcs).

JAWAPAN: TIDAK, kos memiliki Goldbar AURORA lebih tinggi. Ini menyebabkan ‘hakisan’ pada keuntungan yang diperoleh. Dalam kes ini, saya ‘terlepas’ keuntungan extra +RM30/pcs yang sepatutnya diperoleh sekiranya saya membeli Goldbar Public Gold yang biasa dulu.

JAWAPAN: Bagi mereka yang ingin memaksimakan keuntungan jual beli emas, saya mencadangkan Goldbar Public Gold yang biasa. Saya berpendapat Goldbar AURORA lebih sesuai dijadikan koleksi peribadi atau dijadikan hadiah untuk insan tersayang kerana dalam kedua-dua situasi ini, pembeli Goldbar AURORA TIDAK berhajat untuk mengaut sebarang keuntungan daripada pembelian emas tersebut.

11/2/2025: Kesemua Goldbar AURORA telah saya jual di Public Gold cawangan Kota Bharu.

Penutup

Saya ingin mengakhiri perkongsian kali ini dengan carta product positioning di bawah:

Semakin ke kanan kedudukan goldbar, semakin mahal harganya.
Semakin ke atas kedudukan goldbar, semakin cantik designnya.

Seperti yang dapat kita lihat, kedua-dua jenama (Public Gold dan AURORA) menyasarkan customer segment yang berbeza. Jenama Public Gold menyasarkan pengguna budget concious yang mahukan emas pada ‘harga jimat’ (tak kisah design goldbar ‘biasa-biasa’). Jenama AURORA pula menyasarkan peminat goldbar design ‘mewah’ (yang sanggup ‘bayar mahal’ untuk memilikinya).

Nak mudah faham, lihat senarai produk syarikat automobil gergasi di Eropah iaitu Volkswagen. Contoh: Syarikat Volkswagen menghasilkan kereta jenama Audi untuk pengguna biasa-biasa, DAN pada masa yang sama turut menghasilkan kereta jenama Lamborghini untuk golongan high-end. Ini tidak bermaksud kereta Audi yang dihasilkan tidak berkualiti (bahkan di Malaysia mereka yang ada kereta Audi sudah dianggap kaya..!). Sebenarnya ini menunjukkan betapa mewah-nya sesiapa yang memiliki kereta Lamborghini. Begitu-lah perumpamaannya Goldbar Public Gold versus Goldbar AURORA, meskipun ditempa di kilang yang sama namun setiap satu dihasilkan untuk pelanggan yang berbeza.

Ikhlas dari sahabat emas anda,