Salam sejahtera,

Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia 🙂. Semoga kita sentiasa diberi perlindungan dan kekuatan dari Allah serta terpelihara dari penindasan dan kelemahan. Baru-baru ini saya ada share tentang Produk Emas LBMA Public Gold yang dihasilkan di Turki dan seterusnya diimport ke Malaysia (Nota: LBMA ialah singkatan kepada London Bullion Market Association). Awak boleh baca artikel tu di sini (link).

Di bahagian akhir artikel tersebut, saya ada kongsikan bahawa TIADA kilang emas di Malaysia yang berdaftar dengan LBMA setakat penulisan ini. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud produk emas yang dihasilkan di kilang emas tempatan tidak berkualiti atau tidak tulen. Bahkan perbezaannya lebih kepada kesan terhadap HARGA jongkong emas disebabkan aplikasi cukai GST (Goods and Services Tax) oleh kerajaan suatu ketika dahulu.

Sebagai contoh, syarikat Public Gold ialah syarikat emas tempatan yang memiliki refiner sendiri (atau dalam bahasa yang mudah, Public Gold ada kilang emas sendiri) yang menghasilkan produk emas seperti goldbar Bunga Mas dan Tai Fook. Walaupun status jongkong emas ini BUKAN LBMA, namun kualitinya sangat mengagumkan. Apa kata harini kita berkenalan dengan jongkong emas ini? Sebagai tambahan, di akhir perkongsian kali ini saya ada sertakan jadual perbandingan di antara Goldbar LBMA versus Goldbar Bunga Mas/Tai Fook sebagai rujukan kita semua 😊


Kisah Goldbar Bunga Mas (بوڠا ماس)

Menurut sejarah, Bunga Mas ialah sebuah pokok artifak setinggi 1.5meter dan seberat 15kilogram yang diperbuat daripada logam emas dan perak. Wow, tentu berjuta ringgit nilainya hari ini kan..! 😵 Pokok ini dibuat oleh Kesultanan Melayu dari empat buah negeri di sebelah utara iaitu Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk diberikan kepada Raja Siam sebagai ufti (hadiah) setiap 3 tahun sebagai tanda persahabatan. Ini menjadi tradisi mereka dari abad ke-19 sehingga British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu sekitar tahun 1906.

Mengambil inspirasi dari sejarah kehebatan Bunga Mas ni, Public Gold telah melancarkan jongkong emas versi Bunga Mas (dengan berat 10g, 20g, 50g dan 100g) pada 1 July 2013. Jongkong Bunga Mas memiliki design yang unik iaitu di bahagian hadapannya diukir ilustrasi bunga beserta tulisan kaligrafi jawi ‘بوڠا ماس’ (Bunga Mas) yang sangat cantik. Manakala di bahagian belakang pula dibuat ukiran songket yang sangat unik dan menakjubkan. Jongkong emas ini menjadi lambang kehebatan dan keistimewaan orang Melayu sejak dahulu kala.

Kiri: Bunga Mas di Muzium Negara (link)
Kanan: Jongkong emas versi Bunga Mas

Kisah Goldbar Tai Fook (大福)

Jika Bunga Mas menjadi lambang kehebatan dan keistimewaan orang Melayu, lambang Naga menjadi simbol tuah dan kekayaan bagi orang Cina. Dalam cerita tamadun Cina, Naga digambarkan sebagai haiwan yang dikaitkan dengan kekuasaan, kekuatan dan nasib yang baik. Diceritakan bahawa maharaja Cina biasanya akan menggunakan simbol-simbol Naga sebagai lambang kekuasaannya (contoh: memakai jubah yang ada gambar Naga).

Menggunakan simbol Naga, Public Gold telah melancarkan jongkong emas versi Tai Fook (dengan berat 10g, 20g, 50g dan 100g) pada 15 November 2012. Jongkong emas ini nampak simple bila tengok dari bahagian depan, iaitu hanya ada tulisan kaligrafi cina 大福 (Tai Fook) yang bermaksud sangat bertuah atau untung besar atau kemakmuran hebat atau maksud lain yang sewaktu dengannya. Namun apabila dilihat di bahagian belakang terdapat ukiran Naga 3D yang sangat mengagumkan (ada juga yang kata rupanya macam naga dragonball..! 🐉). Jongkong emas ini menjadi lambang kekayaan dan tuah bagi masyarakat Cina.

Kanan: Naga simbol kekayaan dan tuah bagi masyarakat cina
Kiri: Jongkong emas versi Tai Fook

Cerita Goldbar Bunga Mas/Tai Fook, GST dan LBMA

Setelah berkenalan dengan Goldbar Bunga Mas/Tai Fook iaitu jongkong emas versi tempatan (BUKAN LBMA), saya nak cerita sikit mengapa Public Gold ada dua jenis goldbar (BUKAN LBMA DAN LBMA). Sebenarnya, pada peringkat awal Public Gold HANYA menjual produk emas yang dihasilkan di kilangnya sendiri sehinggalah kerajaan Malaysia pada masa itu mengumumkan GST sebanyak 6% bakal dikenakan terhadap SEMUA produk emas di Malaysia bermula 1 April 2015 KECUALIinvestment precious metal‘ yang diiktiraf LBMA.

Menyedari yang GST bakal menyebabkan pelabur emas terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi untuk membeli jumlah gram emas yang sama, Public Gold terus mencari jalan penyelesaian untuk membantu kita semua, iaitu dengan membuat partnership dengan pengilang emas LBMA di luar negara (Nadir Metal Rafinery). Dipendekkan cerita, Public Gold telah melancarkan produk emas LBMA pada bulan June 2013 dan statusnya sebagai BEBAS GST telah disahkan secara rasmi pada bulan Oktober 2014. Nak kata betapa proaktifnya syarikat Public Gold dalam menyelesaikan masalah kita, masih ada 6 bulan sebelum tarikh GST di-implimentasi namun Public Gold sudah menyediakan jalan keluar untuk kita membeli jongkong emas tanpa membayar GST. Hebat..! 👏 

Maka sejak GST bermula pada 1 April 2015, jongkong emas LBMA telah menjadi pilihan utama pelanggan Public Gold, manakala jongkong versi Bunga Mas/Tai Fook bagai di-‘anak tiri’-kan. Ye lah, siapa nak bayar extra 6% untuk goldbar yang sama berat dan kualitinya sedangkan ada pilihan yang lebih murah kan? Kiranya pada ketika ini, pelanggan yang membeli jongkong Bunga Mas/Tai Fook hanyalah mereka yang mahukannya untuk tujuan koleksi dan bukannya untuk pelaburan semata-mata.

Selepas beberapa tahun, telah berlaku pertukaran kerajaan di Malaysia dan implikasinya, sejak 1 June 2018, GST TIDAK lagi dikenakan di Malaysia. Malah, SST (iaitu pengganti GST) yang telah bermula pada 1 September 2018 TIDAK dikenakan kepada semua jenis produk emas di Malaysia. Ini bermaksud, goldbar versi Bunga Mas/Tai Fook TIDAK lagi dikenakan cukai dan ini membolehkan kita membelinya pada harga yang SAMA dengan goldbar versi LBMA. Sejak itu, jongkong Bunga Mas dan Tai Fook kembali popular di kalangan penyimpan dan pelabur emas di Malaysia (terutamanya selepas kadar susut nilai goldbar Bunga Mas/Tai Fook dan goldbar LBMA telah diseragamkan). Alhamdulillah..🙂


Goldbar mana-kah yang patut kita beli, LBMA atau Bungamas/Tai Fook?

Jongkong emas LBMA Public Gold dan Bunga Mas/Tai Fook TIADA BEZA-nya dari segi harga dan susut nilai. Ini sangat penting bagi pelabur emas kerana ia bermaksud membeli kedua-dua jenis goldbar ini adalah SAMA sahaja dari segi keuntungan pelaburan. Namun jika cukai GST kembali, maka membeli jongkong emas LBMA lebih menjimatkan kerana ia bebas GST. Sebaliknya, jongkong Bunga Mas/Tai Fook akan menjadi lebih mahal dengan adanya GST.

Selain keuntungan pelaburan, lagi satu isu yang perlu dipertimbangkan semasa memilih goldbar ialah dari segi penerimaannya di luar negara. Iaitu bagi mereka yang ingin membawa jongkong emas mereka ke luar negara (dan berkemungkinan menjual emas tersebut di sana), jongkong emas LBMA yang diiktiraf worldwide ialah pilihan yang lebih baik. Manakala bagi mereka yang suka mengumpul koleksi emas yang cantik-cantik, biasanya design goldbar Bunga Mas/Tai Fook lebih memikat hati 😘. Satu lagi saya nak bagitau, biasanya stok emas LBMA lebih lambat sampai berbanding Bunga Mas/Tai Fook, maklumlah kena shipping dari Turki kann..

Lagi satu faktor yang perlu diambil kira apabila memilih goldbar ialah penerimaan ArRahnu. Jika anda berhasrat nak pajak emas pada masa hadapan, mungkin anda boleh consider membeli goldbar Bunga Mas kerana bekas plastiknya boleh dibuka-tutup secara bebas untuk ujian ketulenan oleh mana-mana syarikat ArRahnu. Jika anda lebih gemar goldbar LBMA, anda masih boleh memajak emas tersebut namun saya cadangkan anda pajak di Pos ArRahnu atau ArRahnu KDE sahaja. Ini kerana kedua-dua syarikat ini menerima goldbar LBMA Public Gold TANPA melakukan ujian ketulenan (tak perlu buka seal) seterusnya mengelakkan kenaikan susut nilai goldbar LBMA. Manakala jika anda ingin memajak goldbar Tai Fook, anda boleh lakukannya di ArRahnu KDE kerana TAK SEMUA ArRahnu menerima jongkong emas ini atas sebab-sebab tertentu (Hint: ini berlaku sejak kempen BMF tengah rancak di Malaysia).

Perbandingan antara Goldbar LBMA dan Goldbar Bunga Mas/Tai Fook
Jongkong emas 10gram LBMA (kiri), Bungamas (tengah) dan Tai Fook (kanan)

Penutup

Saya harap perkongsian saya tentang jongkong emas LBMA dan Bunga Mas/Tai Fook memberi pencerahan kepada mereka yang konfius tentang perbezaannya. So.. Mana satu pilihan anda? Saya sendiri gemar kedua-duanya, dulu saya banyak beli jongkong emas versi LBMA namun selepas GST dibubarkan saya mula mengumpul goldbar versi Bunga Mas/Tai Fook pula.

Akhir kata, semoga inspirasi kehebatan Bunga Mas dan kekayaan Naga Emas menjadikan kita lebih bersemangat untuk mengejar kejayaan dan impian dalam hidup, inshaAllah. Jika anda perlukan bantuan untuk beli jongkong emas, boleh wasap saya.

Ikhlas dari sahabat emas anda,