Salam sejahtera,

Semoga kita semua sentiasa sihat wal afiat. Sebagai seorang consumer, sudah tentu kita suka membeli barang yang berkualiti dan authentic, kan? Malah setiap orang ada brand yang dipercayai bila nak membeli sesuatu produk, dan tentunya kita sanggup berbelanja lebih untuk memilikinya. Hari ini saya nak cerita tentang jenama yang dipercayai dalam dunia EMAS. Katakan hari ini kita nak membeli jongkong emas, apakah jenama yang kita yakin kualiti emasnya, yang tak diragui ketulenannya dan emasnya juga terbukti diiktiraf worldwide? Hmm.. 🤔

Siapakah LBMA?

Jawapan yang paling mudah untuk persoalan tadi ialah kita perlu cari jenama emas yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA) iaitu satu badan yang ditubuhkan oleh Central Bank of England pada tahun 1987 untuk mengawal selia dan melindungi pasaran emas dunia dari penyelewengan dan pemalsuan produk jongkong emas. LBMA berpusat di Kota London dan mereka telah memperkenalkan apa yang dikenali sebagai Good Delivery Standards. Ini bermaksud jongkong emas yang diiktiraf LBMA (juga digelar Good Delivery Bar) perlu memenuhi kriteria-kriteria yang strict seperti:

  1. Hanya refiners yang diiktiraf LBMA boleh menempa jongkong emas tersebut.
  2. Jongkong emas yang ditempa perlu memenuhi syarat-syaratnya (contoh: jongkong perlu ditempa mengikut dimensi yang telah ditetapkan, dengan ketulenan emas paling kurang 995. Selain itu, tahap ketulenan, cop logo syarikat dan serial number mesti diukir pada jongkong emas).
  3. Hanya assayers yang diiktiraf LBMA boleh menguji ketulenan jongkong emas yang ditempa.
  4. Jika jongkong emas yang dihasilkan gagal memenuhi mana-mana syarat, ia akan dicop sebagai NGD (bermaksud Non Good Delivery Bar)
  5. Hanya servis Bullion Couriers yang diiktiraf digunakan untuk transport jongkong emas tersebut.
  6. Jongkong emas yang telah sampai ke destinasinya mesti disimpan dalam peti besi yang diiktiraf dan sentiasa dipantau rapi.
  7. Setiap pergerakan jongkong emas akan direkod dengan teliti.

Seperti yang anda dapat lihat, Good Delivery Bars perlu memenuhi syarat yang sangat ketat sebelum ia sampai ke tangan pembeli iaitu kita semua. Malah, kualiti dan integriti Emas LBMA sangat dipercayai sehinggakan syarikat emas di serata dunia sanggup menerima Emas LBMA TANPA perlu membuat ujian ketulenan terlebih dahulu. Ini membolehkan transaksi jual beli emas dilakukan dengan lebih efficient (merendahkan kos operasi syarikat) dan seterusnya merendahkan harga emas yang dijual kepada kita semua sebagai end-consumer.

LBMA berpusat di Kota London

Perlu-kah kita pergi ke London untuk beli emas LBMA?

TIDAK. Walaupun persatuan LBMA menjual emas, namun jualan hanya dibuat secara PUKAL. Ini bukannya tempat orang biashe-biashe membeli emas, nak beli emas secara direct dengan LBMA kena buat pembelian minimum sebanyak 1,000 Oz (bersamaan 31kg emas) dan untuk perak, pembelian minimum ialah sebanyak 50,000 Oz (bersamaan 1,417kg silver). Kalau awak mampu beli emas sebanyak itu, silakan lah berurusan dengan LBMA.. 😬

Untuk rakyat marhaen, kita akan membeli dengan syarikat emas tempatan yang mengimport produk emas LBMA untuk dijual di Malaysia. Seperti yang saya terangkan di atas, setiap jongkong emas yang telah berjaya masuk ke jaringan LBMA circuit sangat dipercayai kerana ia telah melalui proses pembuatan, ujian ketulenan, pemeriksaan, pengangkutan, dan simpanan yang dikawal rapi. Malah setiap pergerakan emas direkod dan cross verification juga dibuat untuk memastikan tiada penyelewengan berlaku. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga jongkong emas tersebut akhirnya sampai ke tangan kita.

Mujur-lah ada syarikat emas tempatan yang dah tolong bawa emas LBMA ke Malaysia, kerana ini membolehkan kita membeli jongkong emas dalam kuantiti yang kecil pada harga yang sangat kompetitif. Awak rasa LBMA nak layan ke kalau kita setakat nak beli jongkong emas 0.5gram atau 1gram atau 1kilogram sekalipon? Memang tak la kan.. 😅 So, persoalannya sekarang ialah..

Mana nak cari emas yang diiktiraf LBMA di Malaysia?

Ada beberapa jenama jongkong dan syiling emas yang diiktiraf LBMA yang kita boleh beli di Malaysia. Antaranya ialah:

  1. Syiling emas Canadian Maple Leaf yang dijual oleh UOB, Tomei, etc
  2. Syiling emas Australian Kangaroos (Perth Mint) yang dijual oleh UOB, Tomei, etc
  3. Jongkong emas Perth Mint yang dijual oleh Bank Muamalat, Quantum Metal, etc
  4. Jongkong emas Argor-Heraeus yang dijual oleh Silver Bullion, etc
  5. Produk emas PAMP Suisse yang dijual oleh MKS Precious Metals, UOB, etc
  6. Produk Emas LBMA Public Gold yang dijual oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd

Antara kesemua pilihan di atas, produk Emas LBMA Public Gold ialah yang paling widely available di Malaysia dan yang paling mudah dimiliki kerana emas tersebut boleh dibeli di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura. Malah, jika anda nak beli jongkong emas secara online dan atur penghantaran emas terus ke rumah melalui pos pon bolehh.. Anda boleh check cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda di sini (link).

Antara jenama emas LBMA yang available di Malaysia

Produk Emas LBMA Public Gold

BUKAN SEMUA produk emas Public Gold berstatus LBMA. Ini kerana Public Gold ada refiner-nya sendiri. Dalam bahasa mudah, Public Gold ada kilang emas sendiri. Untuk pengetahuan anda, TIADA kilang emas di Malaysia yang berstatus LBMA setakat penulisan ini. Sebenarnya, produk emas Public Gold yang berstatus LBMA ditempa oleh syarikat Nadir Metal Rafinery dan diuji ketulenannya oleh Assayer Nadir yang berpusat di negara Turki. Produk emas LBMA ini kemudiannya diimport dan dijual di pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Produk Emas LBMA Public Gold boleh didapati dalam pelbagai saiz seperti di bawah:

Jongkong Emas LBMA:

0.5gram
1gram
5gram
10gram
20gram
50gram
100gram
250gram
1kilogram

Syiling Emas LBMA:

1 Dinar (4.25gram)
Half Dinar (2.125gram)
5 Dinar (21.25gram)
10 Dinar (42.5gram)

Senang je nak kenalpasti Produk Emas LBMA Public Gold kerana emas tu hadir bersama dengan sijil ketulenannya dalam bentuk kad (kecuali jongkong emas 250g dan 1kg yang hadir dengan sijil yang berasingan). Emas tersebut dipakej dengan kemas dalam plastik yang di-laminate dan seterusnya di’kunci’ dengan seal yang rupanya seperti sticker hologram di bahagian belakang kad. Di belakang kad ini juga terletaknya logo Nadir Metal Rafineri dan Assayer Nadir, serta maklumat dimensi jongkong emas tersebut seperti berat, panjang, lebar, diameter, ketebalan dan tahap ketulenan emas.

Arrow biru: Logo Nadir Metal Rafineri
Arrow purple: Sijil emas, maklumat dimensi dan ketulenan emas
Arrow oren: ‘Seal’ seperti sticker hologram yang menjamin emas di dalamnya tak pernah dimanipulasi

Produk Emas LBMA Public Gold diterima di seluruh dunia

Dalam perkongsian sebelum ini, saya ada cerita tentang bagaimana saya telah menjual sekeping syiling 1dinar LBMA Public Gold di kedai emas di Makkah ketika mengerjakan umrah. Awak boleh baca cerita penuh di sini (link). Rumusan cerita tersebut: selepas emas dikeluarkan dari seal, towkey kedai emas hanya menimbang emas tersebut dan TANPA menjalankan apa-apa ujian ketulenan, dia telah membeli 1dinar tu dari saya. Kesimpulannya, emas yang diiktiraf LBMA memang dipercayai dan diterima di mana-mana 😊

EMAS LBMA DITERIMA WORLDWIDE: Towkey kedai emas di Makkah telah membeli 1dinar LBMA Public Gold dari saya TANPA menjalankan apa-apa ujian ketulenan

Penutup

Emas LBMA diterima worldwide kerana kualitinya dikawal oleh satu organisasi international yang diiktiraf pedagang-pedagang emas dari seluruh dunia. Namun ia bukan bermaksud jongkong emas yang tiada kelulusan LBMA tak berharga. Banyak je jongkong emas di Malaysia yang bagus kualitinya walaupun tiada sijil LBMA.

Akhir kata, kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih produk yang original dan berkualiti. Kalau boleh, cuba elak dari membeli sesuatu yang berharga seperti emas daripada mereka yang tak boleh dipercayai, takut kena tipu pula nanti. Sebaliknya, beli lah emas daripada syarikat yang jujur, transparent dan trusted. Jika anda perlukan bantuan untuk beli Emas LBMA Public Gold, boleh wasap saya.

Ikhlas dari sahabat emas anda,