Salam sejahtera,
Apa khabar awak semua? Semoga sihat-sihat sokmo. Saya harap kita semua terus-menerus menyimpan emas secara konsisten sampai kita memiliki paling kurang 100gram emas. Saya selalu sebut tentang 100gram emas dalam blog dan ebook yang saya tulis. Harini teringin pulak nak cerita kenapa saya sangat OBSES dengan 100GRAM ni hihi 😁
1. Nombor 100 lambang ‘kesempurnaan’
Apabila kita menilai atau memberi score kepada sesuatu, kita selalu sebut dalam bentuk PERATUS. Contoh: jika kita bagi markah 50% untuk rekabentuk Rumah A, maksudnya hanya separuh je design Rumah A yang menarik atau kena dengan taste kita. Jika kita bagi markah 100% maknanya design rumah tu memang cun melecun gitew.
Begitu juga menyimpan emas, anggaplah ia satu peperiksaan. Dah namanya pon peperiksaan, takkan la kita nak puas hati dengan markah 1% ye tak? Mesti la kita nak dapat markah sempurna 100%. Andaiannya begini, 1gram emas yang kita simpan tu ibarat markah 1%. Jika kita berjaya simpan 10gram emas, kiranya dah mencapai markah 10%. Agak-agak macam mana nak score markah perfect dalam peperiksaan ni? Teruskan menyimpan sehingga kita memiliki 100gram EMAS, maknanya kita dah mencapai markah tertinggi 100%. Mudah je kan? 😉
2. Jadikan 100gram emas ‘benteng kewangan’
Zaman sekarang ni penuh dengan cabaran dan risiko. Nak beli rumah kena cari yang paling kurang 3-tier security, baru boleh tido nyenyak malam-malam. Nak beli kereta kena cari yang 5-star safety rating, baru rasa konfiden nak jalan jauh. Bukan apa, malang ni tak berbau. Buat apa nak ambil risiko yang membahayakan nyawa sedangkan ada pilihan untuk sediakan ‘benteng’ yang lebih baik? Tak gitu?
Awak mesti nak tanya apa kaitannya dengan emas, ye tak? Sebenarnya kita ni tak pernah bebas dari risiko KEWANGAN. Bila-bila masa je tragedi boleh berlaku dan selalunya masa tu kita perlukan duit yang banyak sekaligus. Kena buang kerja, hilang punca pendapatan, kematian suami/isteri, kereta rosak, ditimpa penyakit atau cacat kekal dan sebagainya. Ketika musibah berlaku, susah nak cari orang yang sanggup membantu. Akhirnya kita mengharapkan ‘benteng kewangan’ yang kita bina selama ni mampu bertahan sehingga masalah kita selesai.
Selain tabung kecemasan, ‘benteng 100gram emas‘ akan membantu kita ketika susah. Nilai 100gram emas ketika penulisan ni lebih kurang RM20,000, iaitu cukup untuk dijadikan modal perniagaan kecil, dijadikan wang belanja sementara cari kerja baru, atau at least boleh elakkan kita dari mengemis/berhutang dengan orang lain. Ayuh mula bina benteng 100gram emas harini.
3. Tak terlalu sikit, tak terlalu banyak
Saya nak bagi satu tip. Apabila kita menetapkan suatu matlamat kewangan, pastikan matlamat itu tak terlampau mudah (kelak potensi diri kita yang sebenarnya tak dapat digilap). Namun jangan pula letak matlamat yang terlampau impossible, mudah putus asa pulak nanti..
Bagi saya effort yang diperlukan untuk memiliki 100gram EMAS tidaklah mudah dan tidak juga susah, just nice je. Bergantung kepada pendapatan masing-masing, ada orang berjaya simpan 100gram emas dalam masa 10tahun, 5tahun atau 1tahun.
Jika anda dari golongan have-have, saya cadangkan beli je terus 100gram emas segedebuk dan jadikannya salah satu aset dalam portfolio harta yang dimiliki. Jangan risau, duit anda tu ada, cuma bentuknya dialihkan dari kertas kepada EMAS 😊
4. Beli goldbar 100gram secara ansuran 10x bayar
Yang ni ramai orang tak tahu. Kita boleh beli emas menggunakan servis Shariah Easy Payment Purchase yang disediakan oleh syarikat Public Gold. Cara ni tentunya lebih ‘ringan’ untuk poket kita semua, tak gitu? Ye lah bukan semua orang mampu keluarkan duit RM20,000 sekaligus. Namun jika bayar RM2,000/bulan secara ansuran selama 10 bulan tentunya rasa lebih senang, tak gitu? 😊 Klik sini untuk beli emas 100gram secara ansuran (link).
5. Luaskan pintu rezeki kita dengan berzakat
Harta yang dimiliki (termasuk emas simpanan) perlu dizakatkan apabila cukup ‘haul’ dan ‘nisab’. ‘Nisab’ bagi simpanan emas ialah 85gram, dan ‘Haul’nya ialah 1tahun. Sekiranya kita memiliki emas sebanyak 100gram (iaitu lebih dari nisab), kita mesti keluarkan zakatnya selepas setahun.
Ada orang yang ‘hilang semangat’ bila tahu emas simpanan perlu dizakat. Katanya nak simpan emas sampai 80gram jee, supaya dapat mengelak dari keluarkan zakat emas. Heloo, saya nak tanya sikit ni, pernah ke korang jumpa orang yang bayar zakat jadi MAKIN MISKIN..? 🤔
Rebutlah peluang untuk luaskan lagi pintu rezeki kita. Mari simpan 100gram emas, dan mari keluarkan zakatnya bila tiba masanya. Kelak jangan terkejut jika tiba-tiba rezeki kita makin lama makin bertambah. Bukankah janji bantuan Allah bersama orang-orang bertaqwa? 😊
Awak dah ada 100gram emas?
Alhamdulillah, setakat ni saya sudah membantu 10% dari client saya untuk memiliki 100gram emas fizikal. Ada yang mula dari tangan kosong, ada yang pernah beli emas sebelum ni tapi tak konsisten, ada juga jenis yang memang dah ada duit dan nak simpan emas, cuma nakkan orang lain tolong ‘pujuk’ dan bagi motivasi baru nak beli 😋
Saya percaya anda juga mahu memiliki 100gram EMAS, tak gitu? 🙂. Jika anda perlukan seseorang untuk ‘tunjukkan jalan’, saya boleh membantu anda untuk memulakan simpanan emas dan beri bimbingan berterusan sehingga anda berjaya inshaAllah
Ikhlas dari sahabat emas anda,