Belian Secara Ansuran iaitu
Shariah Easy Payment Purchase (EPP)
– Nota: cara pembelian ini dihentikan sementara sejak Januari 2026
1. Maksudnya:
Belian emas secara ansuran. Iaitu kita pilih item emas yang dimahukan, seterusnya ‘lock’ atau ‘kunci harga’-nya. Selepas ‘kunci harga’, kita buat pembayaran secara berperingkat sebanyak 4 kali bayar selama 4 bulan (hanya untuk pembelian item emas >RM500). Sesetengah item emas boleh dibayar ansuran 10 kali.
Setelah selesai pembayaran, ambil EMAS tersebut di cawangan Public Gold terdekat (untuk item emas >21.25gram). Bagi pembelian <21.25gram, item emas tersebut akan dihantar melalui courier terus ke alamat rumah anda. Cara pembelian ini disahkan patuh shariah.

2. Cara pembelian ni sesuai jika:
- Anda nak beli emas ketika harganya TURUN namun tak cukup modal. Dengan EPP, anda boleh ‘kunci harga’ emas ketika sedang rendah. Pergerakan harga emas SELEPAS ‘kunci harga’ TIDAK MENJEJASKAN jadual bayaran ansuran yang telah dipersetujui.
- Anda nak PAKSA DIRI menyimpan emas (Forced Savings). Dengan EPP, anda TERPAKSA patuh kepada jadual bayaran ansuran. Tak boleh culas atau berisiko dikenakan penalti.
- Anda suka main ‘kutu emas’. Cara pembelian ini macam bayar ‘kutu’. Habis bayar dapat emas.
- Anda nak beli item besar, tapi belum cukup modal atau enggan menggunakan kesemua cash sekaligus (contoh: pelabur membeli goldbar >100gram secara ansuran).
3. Item yang sesuai dibeli menggunakan kaedah ini:
- Goldbar 10gram dan ke atas (10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg)
- Syiling 1Dinar dan ke atas (1Dinar, 5Dinar, 10Dinar)
4. Cara kira jumlah bayaran:
Check harga semasa item emas yang dimahukan di laman web Public Gold (harga berubah setiap 20minit). Lihat contoh di bawah, harga 10gram goldbar ialah RM1,738 (rujuk harga PG Sell). Sekarang, tambahkan bayaran Premium Item dan Premium EPP (+RM1/gram) kepada harga tersebut. Nota: Premium item ibarat ‘upah tukang’ untuk penghasilan goldbar/dinar. Caj ini amat rendah jika dibandingkan dengan upah tukang barang kemas. Premium EPP tidak dikenakan bagi pembelian secara bayaran penuh (Full Payment).

Untuk pembelian item emas yang beratnya <21.25gram, servis Gold-In-Transit (GIT) akan digunakan. Ini merupakan servis penghantaran emas terus ke alamat rumah menggunakan courier berinsurans. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk menampung kos penghantaran ini (dipanggil Premium GIT).

*UPDATE 1: Mulai 8 Januari 2026, bayaran Premium Item telah dikemaskini seperti berikut:

*UPDATE 2: Mulai 1 April 2025, bayaran Premium GIT telah dikemaskini seperti berikut:

5. Cara buat pembelian:
1. Daftar akaun sementara Public Gold yang membolehkan anda login di website dan app Public Gold. Info yang diperlukan ialah nama penuh, nombor IC, email dan nombor telefon. Isi borang pendaftaran di sini (link).

2. Selesai mengisi borang, anda akan menerima email pengesahan pendaftaran daripada Public Gold. Sekarang anda boleh login ke website atau app Public Gold menggunakan username dan password sementara yang diberikan (link). Username tetap (PG Code) hanya akan diperoleh selepas anda membuat pembelian emas yang pertama.

3. Selepas login, klik ‘Order‘

4. Pilih ‘Purchase Order‘

5. Pilih ‘Item Emas‘ yang diinginkan (contoh: 1Dinar). Klik ‘Add to cart‘.

6. Di paparan seterusnya, pilih mana-mana branch Public Gold berdekatan bagi tujuan pengambilan emas yang dibeli (bagi item >21.25g sahaja). Pembelian item emas <21.25g akan dihantar terus ke alamat rumah menggunakan courier berinsurans (info lanjut seperti alamat boleh diisi later). Seterusnya, klik ‘Shariah Easy Payment Purchase‘ pada ‘Payment Option’ dan pilih tempoh bayaran (4bulan atau 10bulan).

7. Jadual bayaran ansuran akan dipaparkan on-the-spot. Tick pada kotak ‘Terms & Conditions‘. Semak order yang dibuat, sekiranya betul klik ‘Confirm and Proceed to Payment‘.
Nota Penting: sebaik anda place order (bermaksud anda sudah ‘kunci harga’ item emas tersebut), invois pembelian akan dikeluarkan secara automatik. Hati-hati kerana anda TIDAK BOLEH cancel order tersebut, sekiranya anda tidak membuat pembayaran maka akaun anda akan DIBEKUKAN.

8. Seterusnya, anda boleh terus membuat pembayaran PERTAMA secara FPX (macam bayar online shopping biasa). Alternatif: Pembayaran secara online transfer ke akaun Public Bank Public Gold Marketing Sdn Bhd, nombor akaun: 3167-52-0833. Pastikan anda upload resit online transfer tersebut semasa checkout. Teruskan bayaran ansuran untuk bulan-bulan seterusnya tanpa gagal (dealer anda akan tunjukkan caranya).

6. Pengambilan EMAS
Selesai pembayaran, anda boleh membuat temujanji untuk pengambilan emas yang dibeli di cawangan Public Gold terdekat (untuk item emas >21.25g), pastikan anda bawa IC ketika hadir ke branch ya. Bagi pembelian <21.25g, item emas tersebut akan dihantar terus ke alamat rumah anda melalui servis Gold-In-Transit.

ATAU lebih mudah boleh wasap saya di 014- 835 3773. Saya akan dapatkan quotation EPP, lock harga dan order item yang anda mahukan 🙂

