Salam sejahtera semua,
Jika awak ada baca perkongsian saya yang sebelum ni (link), mesti awak dah tau sikit sebanyak bagaimana saya mula menulis tentang kewangan. Dan mesti awak dah tau kenapa penulisan saya beralih kepada topik EMAS selepas beberapa tahun, kan kan? Jadi.. harini saya nak sambung sikit lagi cerita haritu, boleh? 😋 Anggaplah macam Part 2.
Sebenarnya saya nak share tentang bagaimana lahirnya website yang awak tengah baca sekarang ni iaitu emasdulukiniselamanya.com. Kebetulan saya pon baru je selesai refurbish website ni. Bestnya blogging ni sebab kita boleh buat macam tulis diary, rekod pengalaman pahit dan manis kehidupan yang mana kita boleh baca balik bila dah berjaya nanti 😊
WRITE: Start menulis (January 2016 – March 2017)
Seperti yang saya ceritakan dalam Part 1, saya sebenarnya mula menulis di platform ‘Whatsapp Group’ je. Saya namakan group ni ‘Learn to Invest’ dan saya add kenalan yang berminat tentang isu kewangan dan pelaburan dalam group ni.
Saya biasanya praktis menulis sekali atau dua kali sebulan dalam group. Topik yang dikongsikan? Anything under the sun. Unit Trust, Emas, KWSP, Skim pencen, Skim persaraan swasta, Cashflow Quadrant, Cukai, Saham, Tip beli rumah, Tip beli kereta dan BANYAK lagi. Orang utara kata: macam pesemboq 🤭
Dah namanya pon cuba-cuba, bahagian paling penting ialah feedback. Maklumbalas yang saya dapat agak bagus jugak sebenarnya. Ramai juga yang kata mereka lebih celik atau faham sesuatu konsep kewangan lepas baca apa yang saya kongsikan. Namun ada je yang tak minat atau leave group tanpa bagi feedback, bagi saya itu tiada masalah. Sekalipon hanya 50% je pembaca yang dapat manfaat, itu sudah cukup bagus bagi saya ✍️
RE-Write 1: Mula blogging (April 2017 – November 2017)
Bila dah buat keputusan nak teruskan menulis, saya nak upgrade la skit. Kononnya nak pergi bertanding peringkat nasional la ni, haha. Saya setup blog dan FB Page yang saya namakan Celik Kewangan (Ya, saya memang TAK kreatif nak cari nama yang menarik 😅). Masa tu matlamatnya supaya penulisan saya dapat dibaca lebih ramai orang, dan tak terhad kepada ahli group wasap sahaje.
Oleh kerana saya masih menggunakan pendekatan rojak, saya selalu jadi dilema nak tulis entry sebab tak tau nak kongsi tentang tajuk kewangan yang mana. Harini nak tulis pasal wasiat ke pasal takaful? Esok nak share pasal emas ke pasal unit trust? Tulat nak komen tentang pasaran saham ke pasaran hartanah? Minggu depan nak rekomen produk hibah ke produk SSPN i-Plus? Sakit kepala..
Malah saya perasan yang menulis di blog ni lain audience-nya, semua orang kat luar sana boleh baca, bukannya kenalan kita je. Kalau dulu, audience ialah kawan-kawan saya yang berkarier (makan gaji). Mereka jenis yang nak melabur dan nak memiliki kewangan yang stabil, namun mereka sendiri takde masa nak belajar tentang kewangan. Audience macam ni memang sangat sesuai la kalau saya nak share topik kewangan yang basic kann
Tapi bila dah menulis blog ni audience jadi luas. Kot-kot ada mereka yang ‘lebih pakar’ terbaca blog entry saya yang sangat basic ni macam mana? Kalau mereka tengok ada salah silap pada entry saya? Takut jugak nanti kena ‘hentam’ karang.. 😨 Bila macam tu, saya jadi tak konfiden nak menulis, selalu jadi waswas.
Nak tulis tentang Unit Trust, takut ejen UT counter balik apa yang ditulis. Nak tulis tentang income tax, takut masalah dengan LHDN nanti. Nak tulis tentang takaful, nanti ada orang kata saya ni ejen takaful pulak. Memang sakit kepala.. Dipendekkan cerita saya memang ‘putus angin’ nak menulis tentang kewangan. Tak sampai setahun, saya berhenti terus dari menulis di blog celik-kewangan.com.
Disebabkan inferiority complex yang saya ceritakan tadi, lama juga saya tak menulis tentang kewangan. Masa tu macam tempoh muhasabah la skejap. Setelah berfikir panjang, saya buat keputusan untuk ambil pendekatan yang berbeza. Pertama, saya nak tulis tentang satu topik sahaja iaitu EMAS. Harapnya saya lebih konsisten la menulis lepas ni, tak yah nak pening-pening dah..
Kedua, saya nak lebihkan menulis tentang pengalaman dan pendapat peribadi, DAN kurangkan menulis tentang fakta dan analisa. Bila buat gini, penulisan saya jadi macam seorang abang yang menasihati adiknya 👦🏻 DAN bukannya seperti seorang pakar yang mengajar anak muridnya 👨🏻🏫. Ini sangat membantu dari segi psikologi, kira settle la masalah inferiority complex saya tadi, Alhamdulillah..
RE-Write 2: Mini-site (September 2017 – June 2018)
Sambung cerita, saya mula aktif menulis tentang EMAS. Asalnya saya hanya nak tulis satu sharing tentang kehebatan emas sebagai ASET KALIS INFLASI. Entah macam mana, ‘terpanjang’ pula sharingnya sampai hampir 50 muka surat..! 🤭
So.. takkan la saya nak buat blog entry sepanjang 50 muka surat kann.. Fikir punya fikir, saya buat keputusan untuk melanggan satu domain baru iaitu cerita-emas.com. Kot-kot awak berminat nak tahu, nama Cerita Emas tu dipilih kerana sharing 50 muka surat yang saya tulis tu ialah satu cerita, macam storybook gitew 📚
Domain ni saya jadikannya satu mini-site. Maksudnya celik-kewangan.com ialah website utama saya (masa tu saya belum tutup lagi website ni), dan cerita-emas.com ialah website mini saya (tempat pelawat baca storybook emas).
RE-Write 3: Sembang Santai Wang Emas (July 2018)
Tadi saya ada sebut tentang storybook kan? Apa kata susun semula isi penulisan 50 muka surat tadi dan compile dalam bentuk ebook terus? Itulah yang terlintas di fikiran saya masa tu 🧐 Dipendekkan cerita, saya copy paste penulisan saya tadi kepada ebook yang saya namakan ‘Sembang Santai Wang Emas’. Awak boleh baca ebook tu di sini (link)
RE-Write 4: Emasdulukiniselamanya.com V1 (August 2018 – Jan 2020)
Lepas dah bukukan Cerita Emas, saya buat keputusan untuk buat satu lagi website baru. Website ni saya namakannya emasdulukiniselamanya.com. Jika awak berminat nak tau mana datangnya nama yang panjang ni, boleh baca lebih lanjut kat sini 😅 (link).
Untuk website kali ni, saya nak experiment dengan pendekatan yang berbeza. Sebelum ni saya pernah try template blog dan mini-site, tapi saya tak pernah guna template homepage iaitu halaman depan website yang statik dan nampak (macam) professional. Bila guna template ni, muka depan website akan terus tayang produk emas Public Gold dan (ehem) saya sebagai Dealer.
Saya masih blogging sebenarnya, cuma susah sikit pelawat nak jumpa blog saya sebab mereka perlu klik pada link atas laman utama dulu baru la sampai ke segmen blog. Link kecik pulak tu, memang ramai la yang tak perasan saya ada blog bila guna template Versi 1 ni.
RE-Write 5: Emasdulukiniselamanya.com V2 (Februari 2020 – Sekarang)
Jujurnya, saya kurang gemar dengan template homepage pada website Versi 1. Pertama, pelawat website saya susah nak cari segmen blog sedangkan di situ la terletaknya semua perkongsian saya yang terkini. Kedua, design segmen blog sangat basic walaupun design homepage nampak sangat trendy. Ketiga dan yang paling utama, saya rasa terkongkong kerana website tu sangat SPESIFIK kepada emas. Takde benda lain, asyik cakap pasal emas je. Kadang-kadang tu saya teringin nak menulis tentang benda lain tapi tak masuk pula dengan tema website tu.
Memang stress.. tengok sejarah saya la.. saya ni memang jenis yang suka menulis style rojak pesemboq.. huhu.. kadang-kadang tu menggelepar nak tulis topik lain tapi rasa janggal pula bila tengok ada topik ‘luar kawasan’. Dah memang tema website tu spesifik sangat pada emas nak buat macam mana, huhu 😌
Setelah lama memendam perasaan, akhirnya saya berjaya refurbish kembali website saya ni. Dah lama nak buat sebenarnya, namun sekarang baru ada kelapangan.. Website Versi 2 ni berbeza dari segi luaran je, semua content lama tetap dikekalkan. Antara pembaharuan yang saya buat ialah..
Pertama, saya kembali kepada template blog (seperti template website celik-kewangan.com). Jadi bila pelawat tekan emasdulukiniselamanya.com, dia akan terus sampai ke blog saya dengan update yang terkini, tak perlu susah-susah nak cari link lain dah. Malah, template blog membolehkan saya FOKUS kepada pengalaman dan perkongsian saya tentang emas. Sebaliknya template homepage sebelum ni lebih fokus kepada produk emas Public Gold dan cara membelinya.
Kedua, jika sebelum ni saya dikongkong dengan penulisan emas, KINI TIDAK LAGI 😎 Saya ambil inspirasi daripada personal blogger lain yang mana mereka pilih SATU tema utama, dan tambah DUA ATAU TIGA tema lain yang sesuai dengan jiwa dan minat mereka.
Untuk blog ni, saya pilih EMAS sebagai tema utama. Dan saya pilih KEWANGAN dan KEHIDUPAN sebagai tema sampingan. Anda boleh klik pada mana-mana link (Emas, Kewangan, atau Kehidupan) jika anda mahu specifically baca tentang topik itu sahaja. Jangan risau, majoriti perkongsian saya tetap fokus pada EMAS. Cuma kadang-kadang je saya selit entry KEWANGAN dan KEHIDUPAN, hehe 😬
Penutup
To write is to re-write
Hidup ni ibarat mendaki bukit, kita perlu lalui semua rintangan, satu demi satu, hingga sampai ke puncaknya. Hidup ni BUKAN macam naik helicopter, sedar-sedar dah sampai kat atas.. Begitu juga dengan menulis. Kita takkan dapat menulis secara perfect dengan sekali cuba sahaja. Kita kena tulis lagi dan lagi sehingga kita berjaya jumpa niche dan style yang tersendiri.
Alhamdulillah.. Setelah hampir 5 tahun menulis tentang emas dan kewangan (malah 5 KALI RE-WRITE dalam tempoh masa tu 😅), akhirnya saya jumpa sweet spot yang saya suka. Sekarang saya rasa lebih seronok dan konfiden nak menulis tentang topik faveret saya iaitu EMAS. Dan pada masa yang sama, saya tidak lagi rasa janggal jika sekali sekala nak berkongsi tentang topik selain emas 🙂.
Jujur saya sangat gembira selepas refurbish design website emasdulukiniselamanya.com. Hasilnya ibarat ‘sejuk mata saya memandang’: nampak kemas, tak berterabur, mudah dan mesra pelawat, malah designnya pon nampak agak stylish dan tak overkill. InshaAllah harapan saya ini kali terakhir saya refurbish website ni, selepas ni saya nak fokus kepada menulis sharing sahaja.
Saya harap anda yang baca entry ni sampai habis juga suka facelift terbaru website emasdulukiniselamanya.com 😊
Ikhlas dari sahabat emas anda,