Belian Melalui Akaun Emas
Gold Accumulation Program (GAP)
1. Maksudnya:
Anda buka Akaun Emas Patuh Shariah GAP dan buat pembelian emas melalui akaun tersebut. Duit yang dibayar akan ditukar kepada EMAS mengikut harga semasa. Anda akan diberikan Username dan Password untuk login ke akaun GAP untuk urusan semakan, pembelian dan jualan emas. Online access ke akaun GAP aktif 24jam sehari, 365hari setahun. Akaun GAP ialah 100% emas fizikal. Jika mahu simpan sendiri, anda boleh withdraw atau keluarkan emas tersebut melalui salah satu cara berikut:
- Pengeluaran emas di cawangan Public Gold terdekat (untuk item emas >21.25gram).
- Penghantaran emas terus ke alamat rumah anda melalui courier berinsurans (untuk item emas <21.25gram).
- Pengeluaran emas melalui Gold ATM.


Contoh: Katakan harga emas semasa ialah RM180/gram. Sekiranya anda bayar RM180 harini, anda sudah memiliki 1GRAM emas dalam akaun GAP. Katakan bulan depan harga emas RM190/gram dan anda membuat pembayaran sebanyak RM380, jumlah emas anda akan bertambah sebanyak 2GRAM. Kini anda memiliki emas sebanyak 3GRAM dalam akaun GAP (1gram + 2gram).
Teruskan topup emas sedikit demi sedikit sampai jadi sebukit EMAS. Sekiranya mahu, anda boleh keluarkan emas yang disimpan dari akaun GAP. Goldbar terkecil yang boleh dikeluarkan ialah 0.5gram dan yang terbesar 1kilogram. Selain goldbar, kita boleh keluarkan mana-mana item dinar. Cara pembelian ini disahkan patuh shariah.

2. Cara pembelian ni sesuai untuk:
- Anda dengan bajet rendah. Melalui akaun GAP, anda boleh mula menyimpan emas dengan modal serendah RM100 (bersamaan 0.5+gram emas ketika penulisan ini dibuat). Simpan emas sikit-sikit secara konsisten, bila dah ‘cukup gram’ anda boleh keluarkan fizikal emas tersebut untuk disimpan sendiri (jika mahu).
- Anda yang ingin memiliki emas, namun risau nak simpan sendiri fizikal emas tu (contoh: faktor keselamatan). Simpanan emas dalam akaun GAP ialah PERCUMA, tiada had jumlah emas dan tiada had masa.
- Anda yang menetap overseas dan hanya pulang ke Malaysia sekali-sekala. Anda tak perlu terkejar-kejar untuk ambil emas yang dibeli. Tiada masalah jika anda beli emas GAP harini dan anda hanya sempat withdraw emas tersebut pada tahun depan.
- Anda yang tech savvy dan suka menguruskan kewangan secara online. Kini sudah ada app telefon untuk memudahkan anda memantau akaun GAP. Selain itu, anda boleh buat Standing Instruction untuk pembelian emas GAP secara automatik setiap bulan dengan membuat arahan tetap potongan bank.
- Anda sudah berkahwin dan memiliki anak. Anda boleh buka akaun emas GAP yang berasingan untuk setiap anak untuk masa depan mereka (contoh: simpanan pendidikan).
3. Item emas yang sesuai dibeli menggunakan kaedah ini:
- Semua Goldbar (0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg).
- Semua Dinar (Quarter Dinar, Half Dinar, 1Dinar, 5Dinar, 10Dinar).
- Tip tambahan: Akaun GAP sangat bagus untuk pembelian item emas bersaiz kecil (contoh: goldbar 0.5gram, 1gram dan half-dinar) pada harga yang lebih jimat berbanding kaedah retail.

4. Cara kira jumlah bayaran:
Check harga emas GAP yang terkini di laman web Public Gold (harga berubah setiap hari). Lihat contoh di bawah, harga emas dipaparkan dalam dua bentuk iaitu RM100 = 0.5747gram DAN RM174 = 1gram. Ini bermaksud sekiranya anda membayar RM100, 0.5747g emas akan dimasukkan ke akaun GAP anda. Jika anda lebih suka nombor bulat (tiada perpuluhan), maka anda boleh beli emas dalam gandaan gram (RM174 untuk 1g emas, RM348 untuk 2g emas, dan seterusnya).
Tiada bayaran lain dikenakan melainkan anda ingin withdraw fizikal emas tersebut dari akaun (perlu tambah bayaran Premium Item). Premium item ibarat ‘upah tukang’ untuk penghasilan goldbar/dinar yang ingin dikeluarkan. Caj ini amat rendah jika dibandingkan dengan upah tukang barang kemas.

Untuk pengeluaran item emas yang beratnya <21.25gram, servis Gold-In-Transit (GIT) akan digunakan. Ini merupakan servis penghantaran emas terus ke alamat rumah menggunakan courier berinsurans. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk menampung kos penghantaran ini (dipanggil Premium GIT).

*UPDATE 1: Mulai 8 Januari 2026, bayaran Premium Item telah dikemaskini seperti berikut:

*UPDATE 2: Mulai 1 April 2025, bayaran Premium GIT telah dikemaskini seperti berikut:

5. Cara buat pembelian pertama
1. Daftar akaun sementara Public Gold yang membolehkan anda login di website dan app Public Gold. Info yang diperlukan ialah nama penuh, nombor IC, email dan nombor telefon. Isi borang pendaftaran di sini (link). Jika anda ingin buka akaun untuk anak yang berumur <18tahun, klik sini (link).

2. Selesai mengisi borang, anda akan menerima email daripada Public Gold yang mengesahkan pendaftaran anda berjaya. Ini membolehkan anda login ke website atau app Public Gold menggunakan username dan password sementara yang diberikan. Akaun tetap (PG Code) hanya akan diperoleh selepas anda membuat pembelian emas yang pertama. Ikuti langkah dalam pdf berikut untuk membeli emas GAP serendah RM100:
6. Pengambilan EMAS
Anda boleh keluarkan emas dari akaun GAP dalam bentuk goldbar (0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 1kg) atau dinar (quarter-dinar, half-dinar, 1dinar, 5dinar dan 10dinar). Pengeluaran emas fizikal yang beratnya >21.25gram boleh dibuat di mana-mana cawangan Public Gold terdekat (link). Pastikan anda buat appointment sebelum pergi bagi memastikan stok item yang dimahukan sudah sampai ke cawangan tersebut. Bagi pengeluaran item emas <21.25gram, anda boleh menggunakan servis Gold-In-Transit. Emas tersebut akan dipos terus ke alamat rumah anda.

Jika anda ingin lebih mudah, boleh wasap saya di 014- 835 3773. Saya akan uruskan pembukaan akaun GAP untuk anda 🙂

