Belian Secara Ansuran iaitu
Shariah Easy Payment Purchase (EPP)


1. Maksudnya:

Belian emas secara bayaran ansuran. Iaitu anda pilih item emas yang anda mahu beli dan ‘lock’ atau kunci harganya hari ini. Selepas ‘kunci harga’, anda pilih untuk buat pembayaran secara berperingkat sebanyak 4 kali bayar selama 4 bulan. Setelah selesai pembayaran boleh ambil item EMAS yang dibeli di cawangan Public Gold terdekat. Syaratnya anda kena beli item yang berharga RM500 ke atas. Jika anda beli item goldbar 50 gram ke atas, anda layak untuk buat pembayaran secara ansuran sebanyak 10 kali. Cara pembelian ini disahkan patuh shariah.


2. Cara pembelian ni sesuai untuk:

  • Anda yang nak beli emas ketika harga emas sedang RENDAH namun tak cukup modal. Dengan EPP, boleh ‘kunci’ terus harga emas masa tengah murah-murah. Pergerakan harga emas selepas harga dikunci TAK MENJEJASKAN bayaran ansuran yang kita akan buat
  • Anda yang nak paksa diri untuk menyimpan (Forced Savings). Dengan EPP anda terpaksa menyimpan, tak boleh culas2.
  • Anda yang suka main kutu. Cara bayaran ni macam bayar kutu, lepas habis bayar dapat emas.
  • Anda yang nak beli item besar, tapi belum cukup modal. Dengan modal serendah RM250/bulan, anda boleh beli 1dinar secara EPP.  Jika modal RM550/bulan, anda boleh beli 10g goldbar secara EPP. Juga sesuai untuk anda yang nak beli item untuk pelaburan iaitu 100g, 250g dan 1kg goldbar tetapi tak mahu guna semua cash sekaligus

3. Item yang sesuai dibeli guna kaedah ini:

  • Goldbar 10gram dan ke atas (10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg)
  • Syiling 1 Dinar dan ke atas (1Dinar, 5Dinar, 10Dinar)
  • Tip tambahan: Goldbar 50g, 100g, 250g dan 1kilogram boleh buat ansuran sebanyak 10 kali

4. Cara kira jumlah bayaran:

Check harga semasa item emas yang anda mahu beli di laman web Public Gold (klik link) dan tambahkan bayaran Premium Item dan Premium EPP. Nota: harga berubah setiap 20minit.

Jika anda memilih untuk buat penghantaran item emas ke rumah melalui courier selepas habis bayaran EPP, anda perlu tambah bayaran premium Gold-In-Transit (untuk item 25gram ke bawah sahaja).


5. Cara buat pembelian:

1. Daftar akaun Public Gold secara percuma di sini (klik link). PG akan hantar email dengan Username dan Password sementara untuk anda guna platform online PG.

2. Log-in ke akaun sementara anda di laman web Public Gold menggunakan Username dan Password yang dihantar ke email anda tadi (klik link)

3. Tekan link ‘Order’

4. Pilih ‘Purchase Order’

5. Pilih item yang anda mahu dan checkout.

6. Pilih tempat anda nak ambil emas tu. Boleh pilih mana-mana branch Public Gold yang terdekat. Seterusnya, pilih ‘Easy Payment Purchase’ pada ruangan Purchase Option

7. Anda akan ditunjukkan plan ansuran on-the-spot. Tandakan kotak ‘Terms and Conditions’ dan tekan link ‘Confirm and Proceed to Payment’ jika anda setuju dengan pembelian tersebut

8. Seterusnya anda boleh terus buat pembayaran PERTAMA. Buat pembayaran menerusi online transfer dan upload resit tersebut semasa checkout. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn Bhd, nombor akaun: 5071-3410-4563. Sebagai alternatif, anda juga boleh buat pembayaran secara online banking FPX tanpa perlu upload resit (untuk bayaran pertama sahaja)

9. Buat bayaran untuk bulan-bulan seterusnya tanpa gagal. Ada staff akan ingatkan anda, boleh hantar bukti pembayaran kepadanya.


6. Pengambilan EMAS

Selepas buat bayaran yang terakhir, call cawangan Public Gold yang dipilih (klik sini untuk maklumat setiap cawangan PG). Jika stok sudah ada di branch, anda boleh terus ambil emas yang dibeli tu. Pastikan bawa IC dan seeloknya bawa juga salinan resit online transfer untuk setiap transaksi supaya mudah urusan di kaunter.

Jika anda memilih untuk buat penghantaran emas terus ke rumah melalui servis Gold-In-Transit, boleh ikuti langkah-langkah selanjutnya (klik link).


ATAU jika anda ingin lebih mudah, boleh call atau wasap saya di: 014- 835 3773. Saya akan tolong dapatkan quotation EPP, lock harga dan order item yang anda mahukan 🙂