Apabila kos mencetak duit lebih MAHAL daripada nilai duit tu sendiri..

Salam sejahtera semua 

Harini terdetik di hati saya nak kongsi cerita tentang INFLASI. Inflasi ni macam musuh dalam selimut, belum sempat kita elak sedar-sedar dia dah tikam kita dari belakang.. Sebab tu penting untuk kita semua faham apa itu inflasi dan cara nak lindungi kekayaan kita dari inflasi.

Inflasi ialah HAKISAN NILAI pada duit yang menyebabkan kenaikan harga barang. Nak senang faham, boleh bandingkan nilai RM masa zaman kita kecik-kecik dulu dengan sekarang. Kalau dulu bawa RM50 ke supermarket boleh beli barang penuh troli, tapi skarang nak beli susu dan pampers anak pon tak lepas..! 

Inflasi akan terus berlaku selagi tu kita guna duit kertas yang senang dimanipulasi. Nak tau macam mana matawang dimanipulasi? Camni.. Individu biasa macam kita, bila tak cukup duit kita kena pergi kerja untuk hasilkan pendapatan, betul? Kalau kita tak jana pendapatan lebih, kita takkan dapat tampung keperluan hidup kita.. Takde cara lain melainkan kena kerja, betul?

Tapi ada satu entiti yang tak terikat kepada syarat ni iaitu KERAJAAN. Fikir camni, katakan kerajaan sesebuah negara takde duit dan mereka gagal jana pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan negara, takkan mereka nak ‘shut down‘ terus semua fasiliti dalam negara? Tak kan mereka nak tutup semua hospital, siapa nak rawat rakyat yang sakit nanti? Tak kan mereka nak tutup semua balai polis, siapa nak tangkap penjenayah? Tak kan mereka nak tutup semua sekolah, mana kanak-kanak nak pergi belajar?

Dipendekkan cerita, jika sesebuah negara gagal menghasilkan pendapatan yang cukup untuk tampung semua keperluan negara, kerajaan perlu buat sesuatu. Dan kerajaan ada satu ‘helah’ yang mereka boleh gunakan yang individu biasa macam kita tak boleh nak buat iaitu.. Jika mereka takde duit, mereka boleh CETAK duit kertas lebih dari sepatutnya untuk cukupkan keperluan negara 

Ya, semudah itu. Tak cukup duit? Kita print lagi banyak duit dan guna duit tu untuk bayar gaji pegawai kerajaan serta bil-bil fasiliti kerajaan. Genius..! Agak-agak la kan, duit yang dicetak lebih pada sepatutnya tu ADA NILAI ke? Tentulah TIDAK, duit tu hanyalah kertas semata-mata. Bila lama-lama buat gini, agak-agak apa akan terjadi? Saya pasti awak dah dapat teka.. Bila duit kertas dimanipulasi begini untuk jangka masa yang lama, matawang tu akan merudum NILAINYA. Dalam erti kata lain, inflasi akan berlaku.

 

Kajian kes: Kos cetak duit bolivar lebih MAHAL daripada nilai duit tu sendiri..

Sebab tu la semua matawang fiat terdedah kepada inflasi. Cuma ada negara yang lebih extreme inflasinya berbanding yang lain. Saya bagi contoh satu kajian kes yang terkini iaitu matawang Venezuela iaitu ‘bolivar’. Venezuela ialah negara yang kaya dengan sumber petroleum dan gas, yang menjadi sumber pendapatan utama untuk negara mereka. Sekitar tahun 2008-2014, harga minyak mentah dunia setinggi $100-$140 per barrel dan negara Venezuela kaya-raya hasil keuntungan jualan minyak ke seluruh dunia.

Bila ada banyak duit gitu, kerajaan Venezuela guna sebahagian besar kekayaan tu untuk naik-taraf infrastruktur kerajaan dan projek sosial (Nota: kerajaan Venezuela berfahaman sosialisma). Perbelanjaan kerajaan naik dengan banyak bila kerajaan ‘upgrade’ semua fasiliti ni. Ye la kan, bila beli infrastruktur mahal yang canggih-canggih, kos ‘membela’ infrastruktur ni pon akan naik. Silapnya kerajaan Venezuela terlampau mengharapkan kepada satu sumber pendapatan, dan mereka tak guna kelebihan masa senang ni untuk bina sumber pendapatan yang lain..

Selepas waktu senang, datang la waktu susah.. Pada tahun 2014, harga minyak mentah dunia jatuh menjunam hingga paras terendah sekitar $40 per barrel iaitu penurunan sekitar 70%. Bayangkan kalau tiba-tiba gaji kita dipotong sebanyak 70%, tak ke menggelabah kita dibuatnya?  Itulah yang berlaku kepada Venezuela. Pendapatan negara terjun gaung, sedangkan kos nak ‘menggerakkan’ negara sangat tinggi. Duit tak cukup, dan sumber pendapatan selain petrol tak mampu nak tampung keperluan negara.

Solusinya? Kerajaan Venezuela pilih untuk MENCETAK lebih banyak ‘bolivar’ dari sepatutnya dan guna duit kertas ‘fotostat’ ni untuk gerakkan negara.. Apa terjadi ialah satu keadaan HYPERINFLASI yang menyebabkan nilai bolivar jatuh merudum. Kadar inflasi di Venezuela bakal mencecah 1,000,000% akhir tahun ni menurut IMF. Bandingkan kadar inflasi menggila ni dengan kadar inflasi di Malaysia iaitu sekitar 3% setahun je.. Senang cerita, matawang bolivar ibarat dah takde nilai. Sekarang kos untuk mencetak duit bolivar tu lebih mahal daripada duit bolivar tu sendiri.. huhu 

Tonton video bawah ni:

Antara pengajaran yang kita boleh ambil daripada cerita kejatuhan ekonomi Venezuela ni ialah:

1. Jangan percaya 100% kepada duit kertas. Simpan sebahagian harta kita dalam bentuk logam berharga iaitu emas. Tidak seperti duit kertas, emas fizikal tak boleh dimanipulasi dan tak boleh dicetak, satu-satunya cara nak miliki emas fizikal ialah melalui perlombongan, kena korek dan keluarkan emas tu dari perut bumi. Sebab tu emas KALIS INFLASI.

2. Jangan harapkan pada satu sumber pendapatan sahaja. Bina juga sumber pendapatan kedua dan ketiga. Jika kita dibuang kerja atau tak boleh nak sambung kerja utama kita, paling kurang kita boleh tampung kehidupan melalui sumber pendapatan yang lain. Takde la kita dan keluarga terpaksa berhutang dengan orang lain atau mengemis di jalanan..

3. Jangan lupa diri ketika senang, kawal perbelanjaan dan bina dana kecemasan sebagai persediaan untuk hadapi sebarang bencana.

Akhir kata saya harap awak semua belajar sesuatu dari penulisan kali ini. Silakan share ye.

PS: Jika anda mahu simpan emas fizikal tapi tak tahu caranya, boleh call/wasap saya direct. Saya pemudahcara anda untuk simpan emas 

 

Ikhlas dari sahabat emas anda,

Nabil Aiman, PG00104489