Belian Secara Outright Purchase (Full Payment)
1. Maksudnya:
Belian secara cash & carry. Iaitu kita ‘lock’ atau ‘kunci harga’ item emas yang ingin dibeli, buat pembayaran penuh, dan seterusnya ambil EMAS tersebut di cawangan Public Gold terdekat (untuk item emas >21.25gram). Bagi pembelian <21.25gram, item emas tersebut akan dihantar melalui courier terus ke alamat rumah anda. Cara pembelian ini disahkan patuh shariah.

2. Cara pembelian ni sesuai jika:
- Anda tengah ada banyak CASH di tangan sekarang. Anda boleh mempelbagaikan aset dengan mengalihkan sebahagian wang tunai tersebut kepada emas.
- Anda baru dapat bonus atau ‘durian runtuh’. Anda boleh cepat-cepat ‘selamatkan’ duit tersebut dengan mengalihkannya ke bentuk EMAS sebelum ia habis entah ke mana.
- Anda seorang investor/pelabur yang ingin membeli item emas yang besar seperti goldbar 100gram.
3. Item yang sesuai dibeli menggunakan kaedah ini:
- Goldbar 5gram ke atas (5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg, 12.5kg).
- Syiling 1Dinar ke atas (1Dinar, 5Dinar, 10Dinar).
- Tip Tambahan: Kaedah ini kurang sesuai untuk pembelian item emas yang kecil seperti goldbar 0.5g, 1g, Quarter-Dinar dan Half-Dinar. Ini kerana item ini lebih jimat jika pembelian dilakukan melalui akaun GAP.
4. Cara kira jumlah bayaran:
Check harga semasa item emas yang dimahukan di laman web Public Gold (harga berubah setiap 20minit). Lihat contoh di bawah, harga 10gram goldbar ialah RM1,738 (rujuk harga PG Sell). Sekarang, tambahkan bayaran Premium Item kepada harga tersebut. Premium item ibarat ‘upah tukang’ untuk penghasilan goldbar/dinar. Caj ini amat rendah jika dibandingkan dengan upah tukang barang kemas.

Untuk pembelian item emas yang beratnya <21.25gram, servis Gold-In-Transit (GIT) akan digunakan. Ini merupakan servis penghantaran emas terus ke alamat rumah menggunakan courier berinsurans. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk menampung kos penghantaran ini (dipanggil Premium GIT).

*UPDATE 1: Mulai 8 Januari 2026, bayaran Premium Item telah dikemaskini seperti berikut:

*UPDATE 2: Mulai 1 April 2025, bayaran Premium GIT telah dikemaskini seperti berikut:

5. Cara buat pembelian:
1. Daftar akaun sementara Public Gold yang membolehkan anda login di website dan app Public Gold. Info yang diperlukan ialah nama penuh, nombor IC, email dan nombor telefon. Isi borang pendaftaran di sini (link).

2. Selesai mengisi borang, anda akan menerima email pengesahan pendaftaran daripada Public Gold. Sekarang anda boleh login ke website atau app Public Gold menggunakan username dan password sementara yang diberikan (link). Username tetap (PG Code) hanya akan diperoleh selepas anda membuat pembelian emas yang pertama.

3. Selepas login, klik ‘Order‘

4. Pilih ‘Purchase Order‘

5. Pilih ‘Item Emas‘ yang diinginkan (contoh: 10gram goldbar). Klik ‘Add to cart‘.

6. Review order anda, isikan kuantiti yang diinginkan dan klik ‘Proceed to Next Page‘

7. Di paparan seterusnya, pilih mana-mana branch Public Gold berdekatan bagi tujuan pengambilan emas yang dibeli (bagi item >21.25g sahaja). Pembelian item emas <21.25g akan dihantar terus ke alamat rumah menggunakan courier berinsurans (info lanjut seperti alamat boleh diisi later).
Seterusnya, klik ‘Full Payment‘ pada ‘Payment Option’, dan tick pada kotak ‘Terms & Conditions‘. Semak order yang dibuat, sekiranya betul klik ‘Confirm and Proceed to Payment‘.
Nota Penting: sebaik anda place order (bermaksud anda sudah ‘kunci harga’ item emas tersebut), invois pembelian akan dikeluarkan secara automatik. Hati-hati kerana anda TIDAK BOLEH cancel order tersebut, sekiranya anda tidak membuat pembayaran maka akaun anda akan DIBEKUKAN.

8. Seterusnya anda boleh buat pembayaran secara FPX (macam bayar online shopping biasa). Alternatif: Pembayaran secara online transfer ke akaun Public Bank Public Gold Marketing Sdn Bhd, nombor akaun: 3167-52-0833. Pastikan anda upload resit online transfer tersebut semasa checkout.

6. Pengambilan EMAS
Selesai pembayaran, anda boleh membuat temujanji untuk pengambilan emas yang dibeli di cawangan Public Gold terdekat (untuk item emas >21.25g), pastikan anda bawa IC ketika hadir ke branch ya. Bagi pembelian <21.25g, item emas tersebut akan dihantar terus ke alamat rumah anda melalui servis Gold-In-Transit.

Jika anda ingin lebih mudah, boleh wasap saya di 014- 835 3773. Saya boleh tolong kunci harga dan order item yang anda mahukan 🙂

