Salam sejahtera,

Semoga awak semua sihat sentiasa 🙂 Bulan lepas saya ada tulis satu entry berkenaan tips untuk menjadi ‘pelabur’ emas (link). Dalam artikel kali ni saya nak komen pula tentang ciri-ciri ‘penyimpan’ emas.

Jika si ‘pelabur’ emas hanya inginkan duit yang dijana melalui jual beli emas, si ‘penyimpan’ emas pula fokus untuk tambah jumlah gram emas yang dimiliki. Yang penting untuk si ‘pelabur’ ialah berapa ringgit wang yang dimiliki, sebaliknya yang penting untuk si ‘penyimpan’ ialah berapa gram emas yang dimiliki.

Si ‘pelabur’ emas sentiasa aktif membeli dan menjual emas untuk dapatkan keuntungan maksimum. Si ‘penyimpan’ emas ni pula berada dalam posisi membeli setiap masa. Jarang-jarang sekali emasnya dijual, hanya bila terdesak sangat nak guna duit je dia jual.

Modal si ‘pelabur’ emas memang besar, sekali beli paling kurang 100gram, baru lah padu keuntungannya nanti. Si ‘penyimpan’ emas pula modalnya tak perlu besar, matlamatnya untuk menyimpan emas secara konsisten je. Ada modal sikit, simpan sikit, walau serendah RM100. Ada modal lebih, boleh simpan lebih. Paling penting: setiap bulan jumlah gram emas yang dimiliki bertambah.

Untuk si ‘pelabur’ emas, kejatuhan harga emas ialah satu malapetaka. Turun RM1/g rasa tak sedap hati, turun RM5/g start risau, turun RM10/g mula tak tido malam, turun RM20/g dah menangis dibuatnya dan kalau turun lebih pada tu memang rasa nak meninggal huhu 😭 Berbeza untuk si ‘penyimpan’ emas, turunnya harga emas ialah satu anugerah. Masa ni la nak borong, boleh topup jumlah gram emas sebanyak mungkin.

Kalau harga emas naik? Si ‘pelabur’ akan melompat kegembiraan manakala si ‘penyimpan’ mixed feelings. Rasa gembira pon ada sebab nilai emas dalam simpanan dah naik, rasa sedih pon ada sebab lepas ni dapat beli sikit je la emas setiap bulan huhu.

Di bawah ni saya nak kongsikan beberapa soalan yang orang selalu tanya saya tentang simpanan emas:


FAQ 1: Kenapa awak simpan emas?

Duit kertas sangat popular sebab mudah dibawa, mudah disimpan dan mudah digunakan untuk transaksi jual beli. Namun duit kertas ialah ‘penyimpan nilai’ yang gagal. Nilainya dihakis inflasi, mudah dimanipulasi dan boleh hapus terus jika negara matawang tersebut dijajah.

Sebaliknya emas fizikal sukar dibawa, sukar disimpan dan sukar digunakan untuk transaksi jual beli. Namun emas fizikal ialah ‘penyimpan nilai’ yang terbaikk. Emas kalis inflasi, harganya sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Masa saya beli emas pada tahun 2014 dulu, harganya RM140/g jee.. Sampai sekarang saya tertunggu-tunggu harga emas turun serendah tu lagi tapi apakan daya kita tak boleh kembali ke masa lepas 😥

Malah, jika negara dijajah sekalipon, kita boleh lari ke negara lain bersama emas fizikal yang kita simpan tu dan tadaa.. emas tu TETAP BERNILAI di negara tersebut tak kira di mana dalam dunia ni..

Emas KIM-THANH yang dibawa rakyat Vietnam ketika lari
dari negara mereka yang musnah diserang tentera Amerika (link)

FAQ 2: Kalau simpan barang kemas boleh ke?

Untuk tujuan simpanan, emas jongkong dan syiling ialah pilihan terbaik untuk maksimumkan keuntungan. Ini kerana susut nilai atau ‘spread‘ untuk barang kemas lebih tinggi dan upah tukang juga mahal. Namun, jika anda tetap nak simpan barang kemas, carilah yang jenis padu emasnya.

FAQ 3: Awak simpan semua emas fizikal di tangan sendiri? Tak takut ke?

Saya gemar membeli emas fizikal melalui ‘akaun emas’ kerana fizikal emas tersebut disimpan oleh syarikat secara percuma. Sebahagian besar emas saya disimpan dalam akaun tersebut, hanya sebahagian kecil je yang saya keluarkan dan simpan sendiri di tangan sebagai motivasi dan sample kepada orang lain. Boleh baca lebih lanjut tentang akaun emas di sini (link).

FAQ 4: Jenama emas mana yang bagus?

Mana-mana jenama pon ok asalkan emas tu tulen tapi saya personally cadangkan emas jenama Public Gold atau Kuwait Finance House.

FAQ 5: Kalau perlukan tunai macam mana?

Jika saya ada kecemasan dan perlukan tunai segera, saya boleh pilih sama ada mahu pajak (pinjam duit bercagarkan emas) atau jual emas yang disimpan. Rule of thumb, pajak emas kalau kita yakin boleh bayar pinjaman bulan-bulan. Kalau tak boleh (contoh: dibuang kerja dan tiada pendapatan) maka jual je la emas tu.

Jika kita dah sampai target iaitu niat asal kita simpan emas, maka jual la emas tu untuk dapatkan apa yang kita mahu. Katakan niat kita simpan emas untuk hantar anak belajar, bila anak dah besar boleh la jual emas tu. Jika niat asal kita simpan emas untuk buat downpayment rumah, maka jual je emas tu bila nak beli rumah impian kita kelak 🙂

FAQ 6: Berapa modal nak mula simpan emas?

Modal paling rendah untuk mula simpan emas ialah RM100 (bersamaan hampir 0.5gram Emas 999 harga semasa). Selalunya saya sarankan 10% daripada gaji bulanan kita disimpan dalam bentuk emas. Jangan overstretch pula, guna duit yang konfiden tak guna dalam masa terdekat je

FAQ 7: Apa nasihat untuk mereka yang baru nak mula simpan emas?

Untuk mereka yang berminat tapi belum pernah try simpan emas, nasihat saya mula je dulu sekalipon modal awak RM100 je. Lagi cepat awak mula, lagi cepat awak faham. Macam bayi yang baru nak berjalan, kena mula dengan bertatih dulu. Takleh takut-takut jatuh, nanti sampai bila-bila pon takkan pandai..

Untuk mereka yang sudah mula simpan emas, nasihat saya simpanlah secara konsisten walaupun sikit. Macam naik tangga, langkah satu demi satu lama-lama sampai la ke puncak tu. Disiplinkan diri, masuk je gaji tutup mata dan alihkan sebahagian kepada EMAS. Nak elok lagi boleh buat auto-debit supaya simpanan emas kita berjalan secara automatic setiap bulan.

Simpan emas tak perlu modal yang besar, yang penting KONSISTEN

So.. awak ni jenis ‘pelabur’ atau ‘penyimpan’ emas? Jika tak pasti nak ambil posisi yang mana boleh chit chat ngan saya 😉

Ikhlas dari sahabat emas anda,