Salam sejahtera,
Sepanjang menulis blog EDKS, most of the time saya hanya bercerita tentang emas, emas dan emas sahaja. Jarang-jarang sekali saya sebut tentang PERAK iaitu logam yang berstatus ‘adik’ kepada logam emas. Bukan apa, saya berpendapat topik emas ialah asas yang paling basic yang perlu difahami secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum kita belajar topik yang lebih complex seperti perak.
Hari ini saya ingin share artikel pertama yang khusus bercerita tentang logam perak. Saya ingin membincangkan tajuk yang ‘ringan-ringan’ je iaitu berkaitan sejarah DIRHAM, duit syiling perak tamadun Islam. Untuk mengelakkan salah faham berkaitan terma ‘perak’ (ada negeri di Malaysia yang dinamakan Perak), mulai sekarang saya akan menggunakan terma SILVER apabila berbicara tentang logam perak.
Emas Nombor 1, Silver Nombor 2
Selalu kita dengar kan, pemenang sesuatu pertandingan atau acara sukan akan diberikan medal EMAS bagi tempat pertama dan SILVER bagi tempat kedua. Secara subjektif, ini menunjukkan ‘keinginan hati manusia’ terhadap emas lebih kuat berbanding silver. Manakala dari sudut objektif, kita boleh lihat harga emas se-memang-nya sentiasa lebih mahal daripada silver. Sebagai contoh: Harga 1gram emas hari ini ialah RM428/gram manakala 1gram silver hanya RM5.39/gram. Begitu jauh sekali bezanya, jika di-nisbah-kan harga emas : silver hari ini, nilainya akan menjadi 79 : 1 (ini dipanggil Gold/Silver Ratio). Konsep ini memudahkan kita faham mengapa silver selama-lamanya akan berada di tempat kedua berbanding emas. It’s all about humans’ desire..!
So.. apa gunanya ada silver? Ada emas pon cukup dah la kan since emas tu lebih berharga daripada silver? Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin bincangkan soalan lain yang berkaitan iaitu: “Apa gunanya duit kertas RM1 atau RM10 sedangkan kita dah ada duit kertas RM100?”. Jawapannya ialah untuk memudahkan transaksi jual beli kerana setiap barang berbeza-beza nilai dan harganya.
Harus kita ingat, manusia tamadun purba menggunakan ‘syiling logam’ sebagai DUIT mereka. Nak mudah faham cuba kita bayangkan syiling dinar = duit RM100, syiling perak = duit RM10, dan syiling tembaga = RM1 (perbandingan untuk kefahaman sahaja, bukan berdasarkan nilai sebenar logam tersebut). Sebagai contoh, kalau setakat nak beli roti, takkan la nak bayar dengan syiling emas (susah nak dipulangkan bakinya), memadai-lah guna syiling tembaga atau silver. Dalam situasi pembelian barangan yang mahal seperti seekor kuda atau unta (yang berfungsi sebagai kenderaan pada zaman dahulu), takkan la nak bayar dengan syiling tembaga nanti berguni-guni syiling diperlukan kelak. Penggunaan syiling emas atau silver tentunya lebih praktikal dalam kes ini. Daripada contoh ini saya harap awak faham kepentingan adanya syiling emas, silver, dan logam lain seperti tembaga.
Asal usul DIRHAM
Ketika zaman Rasulullah SAW, semenanjung Tanah Arab TIADA matawang mereka sendiri. Duit silver yang digunakan ketika itu ialah Denarius (berasal dari tamadun Rom) dan Drachm (berasal dari tamadun Parsi) kerana kedua-dua empayar besar ini terletak berhampiran Tanah Arab. Saya pernah bincangkan topik ini secara detail ketika menghuraikan sejarah DINAR iaitu duit emas tamadun Islam (link).
Kenapa orang Arab memanggil syiling silver sebagai dirham? Menurut sejarah, tamadun Parsi pernah diserang Alexander The Great dari Macedonia (kerajaan Yunani) dan ini mendorong masyarakat Parsi menamakan syiling perak mereka dengan panggilan Drachm yang berasal dari perkataan Yunani Purba, drakhma yang bermaksud ‘se-genggam’. Andaian saya, apabila perkataan drachm ini disebut dalam ‘loghat Bahasa Arab’ maka terbitlah nama DIRHAM.
Dari segi piawaian, berat 1Dirham telah di-standard-kan bermula zaman pemerintahan Sayyidina Umar Al-Khattab RA yang menetapkan berat 1Dirham bersamaan 3gram silver (atau lebih tepat: 2.975gram). Ketika itu, piawaian yang ditetapkan ialah berat 7Dinar bersamaan 10Dirham. Oleh kerana 1Dinar beratnya 4.25gram, selepas buat kira-kira maka terbitlah berat 1Dirham bersamaan 2.975gram. Piawaian ini masih digunakan sehingga ke hari ini.
Syiling DIRHAM Public Gold
Untuk pengetahuan semua, selain produk emas, Public Gold juga menjual produk silver dalam bentuk jongkong (silver bar) dan syiling (dirham). Suatu ketika dahulu, silver bar dan dirham Public Gold dihasilkan syarikat Nadir Metal Rafineri (NMR) di Turkiye yang kemudiannya diimport dan dijual di Malaysia. Mengapa import produk silver dari Turkiye? Sebenarnya NMR merupakan pengilang yang mendapat pengiktirafan LBMA (London Bullion Market Association), ini membolehkan pelabur membeli investment-grade silver tanpa GST (Goods and Services Tax) ketika ia di-implementasi sekitar tahun 2015 – 2018. Ini berubah selepas GST dimansuhkan kerana kedua-dua produk silver tersebut kini dihasilkan di kilang tempatan milik Public Gold (LOCAL). Anda boleh baca kesan GST terhadap pelaburan emas dan perak dalam perkongsian saya yang terdahulu (link).
Hari ini saya ingin memperincikan produk dirham Public Gold. Seperti yang telah dinyatakan di atas, dirham ialah logam silver yang ditempa dalam bentuk syiling (coin) yang digunakan sebagai matawang suatu ketika dahulu, namun kini fungsinya terhad sebagai pelaburan, koleksi atau hadiah sahaja. Terdapat dua produk dirham Public Gold iaitu syiling 5Dirham dan 10Dirham yang berketulenan 999. Syiling 5Dirham beratnya 14.875gram manakala syiling 10Dirham beratnya 29.75gram. Alangkah baiknya sekiranya Public Gold mengeluarkan syiling 1Dirham. Mungkin ia tidak dihasilkan kerana terlampau ringan dan tak cost-effective (2.975gram silver sahaja).
Oleh kerana produk dirham Public Gold telah di-fixed-kan harganya (TIDAK berubah mengikut pergerakan harga silver dunia), saya hanya recommend anda membelinya untuk tujuan koleksi atau hadiah sahaja. Ini kerana syiling dirham dijual pada harga retail yang jarang dikemaskini (versus harga silver bar yang di-update setiap 20minit mengikut pergerakan harga silver dunia). Kita boleh membeli syiling 5Dirham (link) dan 10Dirham (link) secara online di PG Jewel Store.
Penutup
Semoga perkongsian tentang silver buat julung kali ini membawa manfaat kepada awak semua. InshaAllah selepas ini saya akan slow-slow selit sharing berkaitan silver di samping terus aktif menulis tentang EMAS. Sekiranya ada yang kurang faham atau memerlukan bantuan untuk beli emas/silver, boleh wasap saya anytime, saya cuba bantu InshaAllah.
Ikhlas dari sahabat emas anda,