Salam sejahtera,

Semoga awak semua sihat sentiasa. Hari ini saya nak update situasi semasa berkaitan website ini. Jika awak perasan, kali terakhir saya publish entry di blog emasdulukiniselamanya (EDKS) ialah setahun yang lalu iaitu pada bulan November 2023. Sebelum ini saya pernah ‘berehat panjang’ seperti ini iaitu dari Januari 2021 hingga Oktober 2022 (hampir 2tahun), ketika itu saya baru berhenti kerja kerajaan dan sibuk menguruskan klinik swasta yang baru dibuka (link). Namun ‘berehat’-nya saya kali ini BUKAN kerana sibuk menguruskan kerja lain. Apa yang berlaku ialah saya menghadapi masalah dengan Hosting Service yang dilanggan.

Apa itu Hosting Service?

Untuk menjadi seorang penulis di alam digital (website), saya perlu melanggan servis dari hosting company yang menyediakan ‘tapak’ untuk saya publish artikel-artikel yang ditulis. Syarikat ini menguruskan isu-isu berkaitan website seperti domain dan wordpress. Domain ialah ‘alamat’ yang ditaip apabila mahu melawat ke mana-mana website (contoh: domain website ini ialah emasdulukiniselamanya.com). WordPress pula merupakan satu aplikasi membina website/blog yang banyak digunakan website builder seperti saya.

Ketika mula-mula berjinak dengan penulisan blog suatu ketika dahulu, saya TAK buat kajian yang mendalam berkaitan hosting service dan TAK buat perbandingan teliti antara syarikat. Maklumlah, ketika itu saya TAK faham pon terminologi-terminologi yang digunakan hosting company berkaitan produk yang mereka tawarkan. Dipendekkan cerita, pada tahun 2017 saya end up melanggan pakej hosting dari syarikat Serverfreak kerana banyak testimoni penggunanya yang memuji after sales service yang diberikan pihak syarikat.

Sepanjang >7tahun bersama Serverfreak, boleh saya katakan support service yang diberikan amat bagus. Sebagai seorang total newbie, saya menghadapi banyak masalah teknikal namun setiap satunya berjaya diselesaikan pihak mereka. Namun begitu pada akhir tahun lepas, saya menghadapi satu masalah yang GAGAL diselesaikan technician iaitu saya TAK boleh nak siarkan artikel berstatus DRAFT yang telah lama ditulis dan disimpan online (namun belum di-publish).

Saya pernah cerita dalam perkongsian sebelum ini bahawa salah satu prinsip yang saya pegang sebagai seorang penulis amatur ialah ‘To Write is To Re-Write’ (link). Ini bermaksud artikel yang ditulis TAK MUNGKIN perfect on the first try. Oleh itu, setiap penulisan saya akan bermula sebagai draft yang akan di-edit berulang-ulang kali sebelum akhirnya ia di-publish (Nota: hanya artikel yang sudah di-publish boleh dibaca pengunjung website). Sebenarnya, saya ada BANYAK artikel yang disimpan dalam bentuk draft yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk disiarkan. Bayangkan betapa STRESS-nya saya apabila ditunjukkan paparan ini ketika cuba publish draft yang dimaksudkan:

Publishing failed. Could not insert post into the database.

Banyak kali saya cuba memohon bantuan technician Serverfreak untuk menyelesaikan masalah ini namun mereka insist TIADA masalah publishing yang dikesan, mereka suggest untuk clear cache namun ini tidak berkesan. Mungkin mereka salah faham berkaitan masalah yang diutarakan, kalau setakat nak publish artikel baru yang ditulis fresh memang NO PROBLEM. Masalah ini hanya berlaku apabila draft artikel yang telah LAMA ditulis cuba di-publish. Pelbagai ‘eksperimen’ telah saya lakukan untuk mengatasi masalah ini namun masih gagal. Saya stuck. Satu-satunya eksperimen yang masih belum dicuba ialah TUKAR hosting company.


Mengapa tukar Hosting Company?

Ada pelbagai sebab untuk seorang website builder beralih dari satu hosting company kepada yang lain seperti perbezaan harga (lebih murah), sistem sokongan yang lebih baik (technical support), kelajuan website (server berdekatan Malaysia loading lebih pantas), dan sebagainya.

Jujurnya jika bukan kerana isu publishing yang telah diceritakan sebelum ini, saya mungkin akan kekal lebih lama dengan Serverfreak. Saya cuba convince technician bahawa masalah saya berlaku semenjak mereka pindahkan website saya ke server yang baru, namun mereka masih berdegil dan insist TIADA masalah dikesan di pihak mereka sedangkan di pihak saya masalah tersebut masih berterusan.

Masalah publishing berlaku selepas server migration yang dilakukan pada bulan Disember 2013.

The nail in the coffin situation berlaku selepas hampir setahun saya menghadap masalah publishing. Ketika ini saya menerima email daripada cPanel (reliable source) menyatakan saya sudah menggunakan 100% disk space yang dilanggan iaitu sebanyak 25GB. Tanpa disk space yang mencukupi, saya akan menghadapi pelbagai masalah (contoh: proses backup website akan terganggu). Saya bertanya kepada technician tentang masalah ini namun sekali lagi mereka insist yang TIADA masalah dikesan oleh mereka sedangkan saya masih mengalami masalah tersebut.

Sekali lagi, saya di-syor untuk abaikan masalah yang saya TAK boleh nak abaikan.

Time to move on

Masalah berkaitan disk space merupakan final straw untuk saya. Bukan apa, setelah dilayan acuh tak acuh saya sudah tawar hati dengan pihak Serverfreak dan berhajat untuk berhijrah ke hosting company yang lain. Setelah membuat kajian yang terperinci serta membandingkan harga dan servis yang ditawarkan syarikat yang berbeza, saya membuat keputusan untuk mencuba servis yang ditawarkan syarikat Hostinger kerana user interface mereka nampak kemas dan mesra pengguna (selain memiliki server yang laju dan harganya pon berpatutan).

Tanpa berlengah lagi saya terus melanggan hosting plan bersama Hostinger dan migrate website/domain EDKS.

Apabila proses migration selesai, saya terus godek-godek control panel di platform Hostinger bagi mencari info berkaitan disk space. Disk space yang diberikan oleh Hostinger 4x ganda lebih banyak berbanding Serverfreak iaitu 100GB pada harga yang lebih kurang sama. Apabila melihat kepada paparan Resources Usage, terbukti firasat saya benar bahawa disk space yang telah saya gunakan sebelum ini sebenarnya sudah menghampiri had maksima yang diberikan Serverfreak iaitu 25GB dan BUKAN-lah 5.5GB atau 22% sahaja (seperti yang didakwa technician mereka). Nampaknya keputusan saya untuk berhijrah adalah tepat kerana sampai bila-bila pon masalah saya takkan selesai jika stay bersama mereka.

Terbukti 23GB disk space sudah digunakan dan bukannya 5.5GB seperti yang didakwa.

Semoga masa depan EDKS lebih cerah

Saya berharap keputusan saya untuk menukar hosting service EDKS membawa manfaat kepada semua followers blog ini. Semoga penghijrahan ini mengurangkan masalah teknikal pada masa hadapan, seterusnya membolehkan saya fokus kepada aspek yang lebih penting iaitu penulisan dan perkongsian ilmu.

Ikhlas dari sahabat emas anda,