Antara kelebihan simpan emas ialah:
1. Kalis Inflasi
Kuasa membeli emas terbukti kekal berabad lamanya. Buktinya: 1Dinar (4.25gram emas) ketika tamadun purba 1,500tahun dahulu boleh beli seekor kambing. Begitu juga hari ini, 1Dinar masih cukup untuk membeli seekor kambing. Bandingkan kuasa membeli wang ringgit yang semakin susut setiap tahun. Zaman ibu bapa kita kecik dulu, mereka bawa 10sen je pergi ke sekolah. 10sen tersebut sudah memadai untuk membeli sepinggan nasi. Harini 10sen nak beli biskut pon tak lepas.. Huhu.. 😖

2. Kenaikan harga emas jangka panjang
Walaupun simpanan emas tiada dividend, tapi NILAInya sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Apabila dilihat sejarah harga emas pada tahun-tahun sebelum ini, harga emas sentiasa berubah atau volatile short-term, namun long-term harganya memang terbukti sentiasa NAIK ke atas.
Tahun 2003: 1 gram emas = RM30
Tahun 2008: 1gram emas = RM80
Tahun 2015: 1gram emas = RM150
Tahun 2018: 1gram emas = RM180
Tahun 2020: 1gram emas = RM220

3. Emas ialah DUIT SEBENAR
Duit hadir dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit ialah duit kertas (fiat money). Manakala emas ialah duit dalam bentuk logam berharga (precious metal). Apabila kita membeli emas, sebenarnya kita hanya ‘mengalihkan’ sebahagian ‘duit kertas’ kepada ‘duit emas’, ia tetap ada cuma dalam bentuk yang lebih berharga iaitu EMAS 🥰.
Emas digunakan sebagai matawang oleh tamadun purba seperti Rome, Byzantine dan Islam. Hari ini, emas masih dianggap sebagai matawang namun kita perlu menukar bentuknya kepada wang ringgit terlebih dahulu (menjual emas tersebut) sebelum menjalankan transaksi jual beli moden.

4. ASET Mampu milik
Ketika ramai mengeluh tidak mampu membeli rumah, ada yang memilih untuk memiliki aset lain iaitu emas. Emas ialah aset fizikal yang nilainya sentiasa meningkat seperti hartanah. Istimewanya emas, kita boleh memiliki aset ini dengan modal serendah RM100. Beli sikit-sikit, kumpul lama-lama, nanti ada ‘sebukit emas’. Kelak bila emas dah banyak, boleh jual emas tersebut dan tukar ‘bentuk’nya kepada aset hartanah pula 🤩.

5. Benteng Kewangan
Bila sebut tentang kewangan, semua orang tahu ‘dana kecemasan’ iaitu wang back-up yang digunakan ketika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Masa senang tak nampak gunanya, kita akan menghargai dana kecemasan ketika dilanda musibah yang memerlukan duit yang banyak. Contoh: kereta rosak, dibuang kerja, ahli keluarga sakit, bisnes lingkup, dan lain-lain 😰.
Selain duit, emas turut berfungsi sebagai BENTENG kewangan. Jika perlu, kita boleh tunaikan ‘benteng emas’ yang dibina dengan menjual atau pajak emas tersebut untuk mendapatkan instant cash. Sebenarnya, ini banyak dilakukan kuasa besar ekonomi dunia seperti China dan Russia yang sentiasa menambah gold reserve mereka. Emas menjadi penyelamat negara apabila berlaku kegawatan ekonomi atau peperangan.

6. Instrumen Pelaburan
Emas merupakan instrumen pelaburan kerana harganya naik dan turun setiap masa. Dengan membeli emas pada harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi, kita boleh menjana keuntungan yang lumayan. Emas dikenali pelabur sebagai safe heaven yang bermaksud ia pelaburan yang selamat ketika ekonomi dan politik bergolak. Jika anda aktif melabur dalam pasaran saham, niaga hadapan atau hartanah yang berisiko tinggi, elok alihkan sebahagian modal kepada emas supaya portfolio pelaburan anda lebih stabil dan risiko lebih terkawal 🧐.

7. Mencapai impian dengan EMAS
Ingin berkahwin? Simpan Half-Dinar setiap bulan selama 2tahun. InshaAllah keseluruhan akan ada 12Dinar. Jadikan beberapa keping dinar sebagai mas kahwin/hantaran, selebihnya boleh ditunaikan untuk membiayai majlis perkahwinan.
Ingin beli rumah? Simpan Half-Dinar setiap bulan selama 5tahun. InshaAllah keseluruhan akan ada 30Dinar, cukup untuk bayar muka rumah banglo.
Ingin pergi umrah setiap tahun? Simpan Half-Dinar setiap bulan. Tiba bulan Oktober setiap tahun inshaAllah dah ada 5dinar, cukup untuk 1orang pergi umrah.
Ingin menabung untuk pendidikan anak? Simpan 0.5gram setiap bulan untuk setiap orang anak dari lahir sehingga umur 18tahun. InshaAllah keseluruhan ada dalam 100+gram emas, boleh ditunaikan untuk support anak sambung belajar atau mula bisnes sendiri.
Untuk setiap kes di atas, jangan risau tentang kenaikan kos sebab emas ni kalis inflasi, asalkan cukup jumlah gram emas inshaAllah tercapailah impian anda 🤗.

8. Magnet kekayaan
Banyak kali try simpan duit tapi selalu tak menjadi? Apa kata cuba simpan emas. Emas ialah MAGNET kekayaan. InshaAllah dengan emas, gaji bertahan lebih lama. Kita rasa ‘tak berduit’ walaupun peti besi penuh dengan emas. Disebabkan rasa ‘tak berduit’, kita belajar hidup bersederhana. Poket yang asyik bocor sebelum ni sudah berjaya di’tampal’. Kita secara automatik akan kurangkan pembelian barang-barang mewah. Kebanyakan gaji kita digunakan untuk membina aset masa depan. Buat gini 5 tahun dan tengok tahap kewangan anda berbanding mereka yang TIDAK menyimpan emas 😉.

9. Mudah ditunaikan
Apabila memerlukan duit, kita boleh tunaikan emas yang disimpan dengan menjualnya ATAU memajaknya. Biasanya kita JUAL emas tersebut jika harganya sudah naik banyak DAN kita khuatir tidak mampu menebus emas tersebut sekiranya dipajak.
Bagaimana kalau harga emas belum naik? Seperti yang kita tahu, nak tunggu harga emas naik secara ketara bukan sekejap, biasanya bertahun-tahun lamanya. Jangan risau, emas ni special.. Kita boleh tunaikan emas tersebut melalui PAJAKAN di Ar-Rahnu. Ini bermaksud kita meminjam duit dengan Ar-Rahnu menggunakan emas sebagai cagaran. Kita boleh tebus balik emas tersebut melalui ansuran bulanan 😊.

10. Dijadikan emas indah pada pandangan manusia
Maksudnya, manusia ni lumrahnya suka emas. Bila simpan emas, hati jadi seronok. Bila tengok emas dalam tabung semakin banyak, semakin bertambah seronoknya. Kadang-kadang teringin nak beli sport rim baru, tengok duit tak cukup ingat nak korek tabung.. Namun apabila ditengok dalam tabung ada EMAS, terus tak jadi nak beli.. Sebab sayang la nak ‘korbankan’ emas ni semata-mata untuk sport rim.. Kan?
Apabila betul-betul sampai masa untuk guna duit, hati terpaksa ‘lepaskan’ emas yang disimpan dengan hati yang berat.. Sebenarnya nak ‘peram’ lama lagi, namun apakan daya sudah terpaksa. Inilah ‘drama’ si penyimpan emas, sebab itu ‘tabung emas’ tahan lebih lama. Cuba bayangkan simpanan ‘duit kertas’, agak-agak ada feeling gitu ke? 😉

