Salam sejahtera,
Semoga kita semua sentiasa sihat dan maju ke hadapan, banyak lagi impian yang perlu kita kejar dan usahakan, tak gitu? Harini saya fikir saya nak share dengan awak semua tentang kisah bagaimana saya mula menulis. Bukan apa, mana tau kot-kot boleh bagi motivasi kat golongan muda untuk berani buat sesuatu yang belum pernah dicuba sebelum ni 💪
Asalnya menulis ni bukan hobi saya pon. Saya ni sebenarnya lebih gemar membaca, sebab saya suka tambah pengetahuan dan suka cedok pengalaman serta rahsia kejayaan orang lain. Ini banyak membantu saya terutamanya ketika menyelesaikan masalah atau membuat keputusan yang penting dalam hidup.
Datangnya gerak hati untuk menulis..
Ketika saya baru habis belajar tahun 2014 dulu, saya sangat naive bab-bab kewangan dan pelaburan. Oleh kerana lama menganggur, saya manfaatkan masa tu untuk membaca buku dan pergi kelas berkaitan kewangan sebagai persediaan sebelum bekerja. Mujurlah begitu, hasilnya saya bernasib baik kerana ‘terselamat’ daripada masalah kewangan yang selalu memerangkap graduan muda seperti:
- Baru mula kerja dah terus ‘angkat’ kereta import. Pastu mula la semput nak bayar ‘kos membela’ kereta mewah. Tak sampai setahun terpaksa jual murah-murah.
- Setiap kali masuk gaji terus menjoli sampai licin, macam naik hantu.
- Simpanan kecemasan singgit pon takde. Kalau ada emergency, guna kad kredit je hujahnya.
- Selamba mengambil komitmen kewangan jangka panjang tanpa memahami apa kebaikan dan implikasinya (contoh: personal loan, premium takaful, etc).
- Dan lain-lain
Saya fikir: “Alangkah eloknya jika saya boleh share tentang tip kewangan SEBELUM mereka dah mula bergelumang dalam masalah tu. Banyak manfaatnya dan besar pahalanya inshaAllah”. Namun saya jadi was-was juga. Banyak persoalan yang timbul. Antaranya:
Bisikan 1: Layak ke saya nak share dengan orang ramai tentang kewangan? Saya bukannya pakar pon.
Persoalan ni acap juga mengganggu fikiran saya. Biasa la tu, semua orang ada ‘suara-suara kecil’ yang jika dilayan jawabnya tak ke mana la kita. Jika awak semua perasan, penulisan saya lebih kepada ‘perkongsian pendapat dan pengalaman’, dan bukannya dalam bentuk ‘analisis pakar’. Jadi bila saya menulis, saya tak la rasa inferior sangat, kongsi pendapat je kann 😁
Lagipon, saya memang ada kelulusan sebagai Unit Trust Consultant dan Private Retirement Consultant yang berdaftar dengan FIMM. Saya juga Authorised Dealer dan Speaker berdaftar dengan syarikat Public Gold. Jadi sebenarnya ada je ‘isi’ dalam penulisan saya harapnya hehe
Bisikan 2: Boleh ke saya menulis? Saya hanya pernah menulis masa student dulu je, tu pon karangan biasa dan assignment berbentuk fakta.
Oleh kerana saya banyak membaca buku, saya perhati ada pelbagai style penulisan. Lain penulis lain la teknik ‘mengayat’nya. Bab menulis ni saya memang tak pandai sangat. Tak pandai buat ayat catchy yang viral, tak pandai nak hurai benda kompleks supaya jadi simple, tak pandai nak bersastera, dan serba-serbi lagi tak pandai. Jadi saya pilih style menulis yang paling senang iaitu BERCERITA. Kelemahannya ialah banyak bahasa rojak dan bercampur-campur bahasa. Pedulikan.. janji boleh menulis, huhu
Bisikan 3: Ada ke orang yang dapat manfaat dari penulisan saya? Diaorang suka ke baca entry saya?
Masa mula-mula nak try menulis dulu, saya buat satu group wasap yang ahlinya kawan-kawan saya yang berminat bab kewangan. Jadi saya cuba test power dalam group kecik ni je dulu. Dari segi pengisian, feedback yang saya dapat agak bagus. Dari segi cara penyampaian, memang banyak la kelemahannya haha
Sebenarnya, tak perlu risau sangat pon tentang ‘tahap kesukaan’ pembaca. Be yourself, tulis je apa-apa yang bermanfaat dengan gaya tersendiri. Pelan-pelan kita akan tarik audience yang ‘sebulu’ dengan kita, ye tak?
Zaman sekarang ni kita hanya perlu google je apa-apa topik yang kita minat, nanti keluar la senarai panjang nama website yang berkaitan. Dalam banyak-banyak website tu, tentu ada beberapa yang kena dengan apa yang kita cari, dan penulisannya juga kena dengan jiwa kita. Dah tentu kita akan follow penulis tu bukan? Website yang lain tu bukannya tak bagus, cuma kita tak berkenan je. Begitu juga orang lain yang membaca hasil penulisan kita. Jika dia suka gaya kita, dia akan like dan follow kita. Jika tidak, mereka sambung cari website lain di google. Simple as that..! 😬
Bisikan 4: Susahnya nak cari idea untuk menulis, patut ke saya tulis semua benda yang terlintas di fikiran?
Sambung cerita tadi, berbekalkan semangat just do it, saya mula aktif menulis di blog dan FB page berkenaan tema personal finance. Rupanya bukan mudah nak menulis ni. Betul orang kata yang kita takkan dapat lakukan sesuatu secara sempurna at first time. Kita akan banyak buat silap dan belajar daripadanya.
Antara kesilapan utama saya dulu ialah saya TAK FOKUS pada satu-satu topik. Kononnya saya nak tulis semua isu termasuk simpanan, pelaburan, wasiat, takaful, emas, pinjaman, saham, unit trust, hartanah dan banyak lagi. Masa tu saya menulis di website celik-kewangan.com.
Bila bercampur-baur gini, kepala saya pon jadi pening. Harini nak tulis pasal wasiat ke pasal takaful? Esok nak share pasal emas ke pasal unit trust? Tulat nak komen tentang pasaran saham ke pasaran hartanah? Minggu depan nak rekomen produk hibah ke produk SSPN i-Plus? Sakit kepala..
Akhirnya saya pon hilang minat dan tak konsisten menulis.. Lagipon mana ada orang search semua benda sekaligus gitu, kita akan search SATU TOPIK je pada satu-satu masa.. kurang menarik kalau kita buat blog rojak gitu..
Jadi saya pon bermuhasabah. Saya tanya diri sendiri, apa sebenarnya topik kewangan yang PALING SAYA SUKA dan saya boleh menulis tentangnya tanpa jemu. Dan saya jumpa jawapannya iaitu EMAS. Maka lahirlah blog emasdulukiniselamanya.com 🌠
Kini setiap masa penulisan saya fokus kepada emas je. Omputih kata: “Keep It Super Simple (KISS)”. Cuma sekali-sekala saya selitkan juga sharing tentang aspek kewangan yang lain dan kisah kehidupan, boring jugak kalau takde perkongsian lain ye tak? Huhu
Bisikan 5: Macam takde orang baca je blog ni, perlu ke saya sambung menulis lagi?
Antara benda paling mengecewakan ialah apabila kita ‘tak nampak’ faedah dari penulisan kita. Bukan apa, takde orang komen, takde orang pm tepi, takde orang like. Kita pon tertanya-tanya, “Ada orang baca tak blog ni sebenarnya?” Huhu.
Masa awal penulisan, tak dinafikan kadang-kadang tu kita syok sendiri je sebenarnya.. Maksudnya, belum ada orang baca pon penulisan kita tu 😂 Saya guna ayat belum ada sebab suatu hari nanti ada la tu orang yang akan baca, suka dan dapat manfaat dari penulisan kita.
Saya ada mengenali seorang penulis blog dan buku kewangan yang terkenal di Malaysia. Terkejut juga saya bila dia bagitau yang 2 TAHUN dia jadi penulis blog yang ‘syok sendiri’ sebelum hasil tulisannya dapat perhatian orang 😯
Sebenarnya kita sendiri tentukan sama ada kita nak sambung menulis atau tak, terutamanya blog yang dikenakan bayaran tahunan. Saya sendiri akan terus menulis kerana saya percaya jika penulisan saya dapat memberi inspirasi, mendidik dan membaiki kewangan orang lain, saya turut dapat faedahnya di dunia dan di akhirat inshaAllah..
Penutup
Akhir kata, hidup ini satu pilihan. Tiada sesiapa yang menyuruh atau memaksa kita untuk menulis kan? Namun, sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Dan penulisan ialah salah satu cara untuk berbuat demikian 😊
P/S: saya ingin refurbish blog emasdulukiniselamanya.com, jadi website ni akan down untuk beberapa hari pada bulan Februari ni ye.
Ikhlas dari sahabat emas anda,