Salam sejahtera,
Sempena bulan Syawal yang mulia saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Antara topik yang trending ketika musim raya ialah menukar duit raya anak-anak kepada goldbar seperti yang pernah saya ceritakan dalam entry yang lepas (link 1, link 2).
Nampaknya fenomena menukar duit raya => goldbar raya semakin rancak selepas Public Gold memperkenalkan 1gram goldbar berbentuk ‘ketupat’ yang di-laminate pada kad design Aidilfitri. Hasilnya ialah ‘Ketupat Emas’ (or should I call it ‘Ketupat-Bar’?) seperti berikut:

Apa maksud Cash on Delivery (COD)?
Berbalik kepada topik harini, saya ingin bercerita tentang emas COD. Cash on Delivery bermaksud transaksi jual/beli sesuatu barang yang dilakukan ketika berjumpa pelanggan di rumahnya (atau lokasi lain yang telah ditetapkan). Sebagai contoh, seorang yang menjual kek secara COD akan aktif mempromosikan kek yang dijual di media sosial atau group wasap sebelum menghantar kek tersebut ke rumah pelanggan yang menempahnya. Bayaran dibuat ketika kek dihantar sama ada secara tunai atau online transfer/QR payment. Makanan ialah item yang biasa dijual secara COD kerana ia murah dan mudah, jarang-jarang sekali kita jumpa orang COD sesuatu yang berharga dan rumit seperti EMAS. Mengikut pengalaman saya, antara golongan yang suka jual/beli jongkong emas Public Gold secara COD ialah:
- Mereka yang kurang mahir teknologi seperti warga emas (platform online Public Gold agak rumit).
- Mereka yang lebih suka simpan duit di rumah berbanding simpan di institusi kewangan (bank).
- Mereka yang suka ‘tengok barang depan mata’ sebelum membeli sesuatu termasuk emas.
- Golongan collectors yang mencari emas RARE (sudah tidak dijual di kedai). Saya pernah share pengalaman membeli emas RARE secara COD dalam sharing yang lepas (link).
Sebenarnya menjual/beli emas secara COD ada risikonya kerana emas ialah item yang sangat bernilai (mahal harganya) dan complex (pelbagai ujian perlu dilakukan jika mahu mengesahkan ketulenannya). Sebab itulah jarang orang membeli emas secara COD melainkan dia betul-betul mempercayai ejen yang menjual emas tersebut.
Hati-hati emas FAKE
Baru-baru ini kecoh khabar angin mengatakan terdapat emas Public Gold yang palsu di pasaran. Emas tersebut merupakan jongkong emas 100gram versi Bunga Mas yang cuba dijual kepada seorang peniaga yang berjaya detect bahawa goldbar tersebut sebenarnya FAKE. Peniaga tersebut telah share gambar goldbar 100gram palsu tersebut di facebook seperti di bawah:

Sekali pandang, terdapat beberapa perbezaan yang jelas antara emas tulen dan yang palsu:
- Warna emas tulen 999 kuning sungguh, emas palsu seperti di atas nampak pudar/pucat jika dibandingkan dengan yang original.
- Dimensi emas palsu biasanya lebih tebal/panjang/lebar disebabkan kepadatan logam yang digunakan berbeza daripada emas sebenar. Contoh: goldbar 100gram palsu dalam gambar di atas jelas tebal sangat berbanding sepatutnya.
- Apabila ditimbang, berat emas palsu tak tepat (biasanya lari jauh berbanding berat yang ditulis pada sijil emas. Goldbar palsu di atas beratnya 108.04gram apabila ditimbang (lebih 8.04gram).
- Apabila goldbar palsu di atas diteliti secara terperinci, design Bunga Mas yang cuba ditiru TIDAK PRECISE coraknya berbanding yang original.
- Goldbar Public Gold yang terkini disertakan QR Code di belakang kad. Goldbar palsu di atas tiada QR Code.
So… Dari Manakah Datangnya Emas Palsu Tersebut?
Saya selalu memuji Public Gold sebagai syarikat yang trusted dalam perniagaan jual beli emas, buktinya setakat penulisan ini:
- Public Gold sudah beroperasi lebih 15tahun.
- Public Gold memiliki 18cawangan di Malaysia, 1cawangan di Singapura dan 7cawangan di Indonesia.
- Menara Public Gold (HQ) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur boleh dikunjungi sesiapa sahaja.
- Pelanggan Public Gold sudah melebihi 2,000,000 orang.
Sekiranya Public Gold menjual emas palsu kepada pelanggannya walau seorang sudah tentu reputasinya akan rosak binasa. Ia akan dilabel sebagai syarikat scammer yang tidak amanah, pelanggan akan lari dan akhirnya syarikat jatuh bankrap. Impossible syarikat emas yang tidak berintegriti mampu bertahan selama 18tahun, memiliki >20 cawangan serta berkembang di peringkat antarabangsa. Dalam erti kata lain, mustahil Goldbar Bungamas 100gram palsu seperti di atas dihasilkan atau dipasarkan oleh syarikat Public Gold. Persoalannya: siapa yang buat?
Tidak lain tidak bukan mesti ada sindiket tertentu yang terlibat dalam penghasilan goldbar palsu ini. Sebenarnya bukan emas Public Gold sahaja yang teraniaya, emas syarikat lain turut menjadi mangsa (contoh: PAMP Suisse). Modus operandi: pihak sindiket TIDAK menjual emas palsu secara rasmi di kedai atau premis berdaftar kerana risiko dikesan pihak berkuasa. Sebaliknya mereka akan hantar ‘ejen-ejen hantu’ (atau scammer) untuk menjual goldbar palsu tersebut ‘di luar’ secara Cash On Delivery (COD) dengan tarikan harga jauh lebih murah berbanding goldbar yang dijual di kedai untuk memerangkap mangsa.

Boleh ke jual atau beli emas Public Gold secara COD?
JAWAPAN RINGKAS: Boleh nak beli/jual emas Public Gold secara COD iaitu melalui Dealer Public Gold yang sah namun TIDAK digalakkan.
JAWAPAN PANJANG: Public Gold sentiasa menasihati pelanggan untuk berurusan secara direct dengan pihak syarikat menggunakan platform rasminya iaitu applikasi dan website Public Gold, serta boleh hadir ke Menara Public Gold atau cawangan terdekat (jika perlu).
Oleh kerana kebanyakan transaksi jual/beli emas Public Gold dilakukan secara online dan sistemnya agak rumit, Public Gold melantik ejen-ejen berdaftar (dipanggil Dealers) untuk membantu pelanggannya berurusan dengan pihak syarikat mengikut Standard of Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Dalam erti kata lain, tugas Dealer (seperti saya) ialah menunjukkan cara-cara untuk pelanggan membeli/menjual emas secara direct dengan Public Gold melalui platform rasminya, dan BUKANNYA sebagai orang tengah (middle-man). Ini ialah salah satu kelebihan Dealer Public Gold iaitu kita TIDAK PERLU simpan ‘stok emas’ di tangan kerana pelanggan akan membeli emas tersebut secara terus dengan Public Gold, Dealer hanya berfungsi sebagai ‘pemudah-cara’ atau ‘penunjuk-jalan’.
Namun begitu, tidak salah untuk Dealer menjadi orang tengah apabila berurusan dengan customer Public Gold yang ingin berjumpa ‘di luar’ atau enggan membeli secara online. Dalam kes ini, Dealer tersebut perlu membawa emas fizikal di tangan ketika berjumpa dengan customer dan menjualnya secara Cash On Delivery. Dealer serah emas, customer bagi cash atau transfer duit online on the spot.

Cabaran yang dihadapi Dealer Public Gold yang menjual emas secara COD
Sebagai Dealer Public Gold, saya ingin membantu semua orang memiliki EMAS. Kebanyakan client saya membeli emas secara direct dengan Public Gold namun ada antara mereka yang gemar cara COD. Maksudnya, mereka meminta saya bertindak sebagai orang tengah iaitu saya diamanahkan untuk beli goldbar/dinar (on behalf) dan kemudian menghantar emas tersebut kepada mereka. Walaupun terasa berat namun saya bersetuju kerana ingin membantu client memiliki emas. Namun pelbagai masalah berlaku seperti item emas yang dimahukan tiada stok, lokasi client nak COD jauh, dan yang paling perit ialah client cancel order sedangkan saya dah lock harga/guna duit sendiri untuk bayar goldbar/dinar yang dimahukan. Setelah bertahun-tahun menjual/beli emas secara COD, saya sudah arif dengan perangai pelanggan dan kini saya mengenakan pelbagai syarat untuk COD iaitu:
- Saya jual emas mengikut harga Gold Accumulation Program (GAP) sahaja kerana harga emas GAP lebih stabil dan bertukar 1x sehari sahaja (kecuali ketika harga emas sedang volatile). Info lanjut tentang akaun GAP di sini (link).
- Caj lain yang saya kenakan ialah Premium Item dan Gold-in-Transit (GIT) (seperti yang dikenakan oleh Public Gold untuk setiap pembelian goldbar/dinar). Saya jarang mengenakan kos tambahan lain kerana mahu client menikmati harga emas Public Gold yang murah dan berpatutan.
- Lokasi COD ditetapkan berdekatan tempat tinggal saya iaitu di Kuala Berang. Client dari jauh yang nak COD perlu bersetuju untuk emas tersebut di-pos atau dinasihatkan (lebih baik) beli direct dengan Public Gold.
- Item emas yang ingin dibeli mestilah ready stock (ada di tangan saya sekarang). Ini lebih mudah dan selesa untuk semua pihak.
- Sekiranya client ingin membeli item emas yang TIADA di tangan saya, dia mesti bersetuju untuk bayar dulu keseluruhan harga (pay in advance) DAN bersetuju untuk menunggu item emas yang dimahukan sampai ke saya sebelum diserahkan kepada mereka (lebih kurang dua minggu).
Seperti yang dapat dilihat, syarat yang saya kenakan memang ketat, namun kebanyakan client COD saya tiada masalah dengan syarat-syarat tersebut kerana apa yang mereka mahukan hanyalah seorang Dealer yang boleh dipercayai dalam urusan jual/beli emas. Tidak seperti ‘ejen hantu’ yang tidak dikenali sesiapa, muka saya dikenali semua orang yang berurusan dengan saya. Mereka tahu tempat tinggal saya, tempat kerja saya, nombor telefon saya, kenal isteri dan anak-anak saya. Kalau saya jual emas palsu memang cari pasal serta membahayakan diri dan keluarga. Kesimpulannya, mustahil saya ni seorang scammer. Kan kan?
Kesimpulan
Rumusan: untuk mengelakkan terbeli emas palsu di pasaran, seeloknya kita beli/jual emas direct dengan Public Gold namun jika atas sebab-sebab tertentu kita prefer beli secara COD, pastikan kita berurusan dengan Dealer yang sah, berdaftar dan boleh dipercayai. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Sekiranya anda perlukan bantuan untuk beli emas Public Gold boleh wasap saya.
Ikhlas dari sahabat emas anda,












