Salam sejahtera,

Harini saya ingin bercerita tentang pengurusan risiko (risk management). Hidup kita sentiasa diancam musibah yang membahayakan diri dan keluarga seperti bencana alam (banjir, tanah runtuh), jenayah (curi, rompak), kemalangan, dan sebagainya. Kita dinasihatkan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapinya, ini bermaksud kita mengambil langkah awal untuk mengehadkan komplikasi bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’. Sebagai contoh: jika beli rumah se-eloknya cari yang ada 3-tier security, baru nyenyak tido malam. Jika beli kereta se-eloknya cari yang ada 5-star safety rating, baru rasa konfiden nak drive jauh. Bukan apa, malang tak berbau, mengapa expose diri sendiri dan keluarga kepada risiko yang membahayakan nyawa sedangkan ada pilihan untuk memiliki rumah atau kenderaan yang lebih selamat? Tak gitu?

Selain aspek keselamatan, risiko lain yang perlu diambil-kira ialah risiko kewangan. Bila-bila masa tragedi kewangan boleh berlaku dan apabila ia terjadi kita memerlukan duit yang banyak sekaligus untuk menghadapinya. Antara musibah kewangan ialah hilang punca pendapatan (dibuang kerja, kematian pasangan, bisnes lingkup), kerosakan pada harta (rumah atau kereta rosak), dan sebagainya. Ketika musibah berlaku, memang susah nak cari orang yang sanggup membantu. Akhirnya kita mengharapkan kubu kewangan yang dibina selama ini mampu bertahan sehingga selesai segala masalah. Ada yang resort kepada hutang, walaupun membantu in the short term, sebenarnya hutang tersebut membebankan kita dalam jangka masa panjang, ibarat ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’.

GREAT WALL OF CHINA: Benteng ini dibina sebagai persediaan menghadapi musibah (musuh).

Macam mana nak bina Kubu Kewangan yang kukuh?

Dalam perkongsian sebelum ini saya pernah share kepentingan membina ‘kubu kewangan’ (link). Ini melibatkan disiplin menyimpan sebahagian duit gaji ketika waktu senang sebagai persediaan untuk menghadapi waktu susah. Kubu merupakan satu binaan atau kota yang melindungi penghuni di dalamnya daripada sebarang ancaman. Ia dikelilingi benteng/pagar yang menghalang musuh dari luar masuk ke dalam. Semakin banyak benteng yang dibina, semakin selamat kubu tersebut. Jika kita membayangkan satu fortress yang dibina di atas bukit, dikelilingi pagar yang tinggi serta dipantau askar setiap masa, maka kita boleh simpulkan bahawa kubu tersebut amat kukuh dan sukar ditawan. Selain kedudukan geografi yang strategik, benteng pagar dan pemantauan askar menjadi aset pertahanan yang sangat penting bagi kubu tersebut. Sekarang cuba relate pertahanan kubu fizikal ini dengan sesuatu yang lebih abstrak iaitu ‘kubu kewangan’. Sekiranya kita dilanda musibah one after another, sejauh manakah kubu kewangan kita boleh bertahan sebelum musibah tersebut memberi kesan negatif terhadap kehidupan kita. Harini saya ingin menghuraikan apakah produk kewangan yang sesuai dijadikan benteng bagi mengukuhkan kubu kewangan kita.

Terdapat banyak produk kewangan di Malaysia namun bukan semuanya sesuai dijadikan aset pertahanan. Apakah aset yang sesuai dijadikan benteng kewangan? Ciri-ciri yang kita mahukan ialah ‘cair’ dan ‘stabil’. Aset yang cair (high liquidity) bermaksud ia mudah ditukar kepada wang tunai. Aset low liquidity seperti hartanah TIDAK sesuai dijadikan benteng kewangan kerana ia mengambil masa yang lama untuk dijual (ditukar kepada wang tunai) sedangkan kita memerlukan duit tersebut sekarang. Ada yang menyarankan supaya refinance hartanah tersebut namun seperti yang saya katakan sebelum ini, berhutang ketika dilanda musibah membebankan kita dalam jangka masa panjang. Seterusnya, kita mahukan aset yang stabil (low volitility) yang bermaksud nilainya tidak berubah (naik/turun) secara drastik. Aset high volatility seperti saham tidak sesuai dijadikan benteng kewangan kerana aset begini memerlukan kita exit pada waktu tertentu sahaja (ketika sedang untung/saham sedang naik) sedangkan kita TAK TAHU bila musibah akan berlaku. Sekiranya kita diuji ketika pasaran saham sedang merudum, maka kita terpaksa ‘cair’kan saham tersebut (kepada wang tunai) dalam keadaan kita sedang rugi.

Terdapat banyak produk kewangan yang ‘cair’ dan ‘stabil’ namun untuk perkongsian kali ini, saya ingin narrow down kepada tiga jenis aset pertahanan sahaja iaitu: Takaful, Duit Kecemasan dan Emas.

Takaful atau insurans ialah produk kewangan yang memerlukan kita bayar duit ketika sihat (caruman bulanan/tahunan) bagi mengelakkan situasi terpaksa mengeluarkan DUIT YANG BANYAK SEKALIGUS jika ditimpa musibah di kemudian hari.

Contoh situasi: 1) seorang yang menghadapi serangan jantung dan perlu menjalani rawatan angioplasty segera, 2) seorang yang sihat-wal-afiat tiba-tiba ditimpa kemalangan jalan raya dan perlu dibedah segera. Dalam kedua-dua kes ini, orang yang ditimpa musibah perlu membayar wang yang banyak sekaligus kepada pihak hospital bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin. Selain bayaran untuk rawatan, wang yang banyak diperlukan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga sehingga sembuh dan kembali bekerja. Bayangkan impak terhadap kewangan dan kehidupan seseorang apabila terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit sekaligus ketika musibah ini berlaku. Sebenarnya, situasi ini boleh dielakkan sekiranya kita mengambil Personal Accident Takaful dan Medical Card.

Terdapat banyak produk takaful di pasaran. Selain Medical Card dan Personal Accident Takaful yang telah disebut di atas, satu lagi perlindungan yang sangat penting ialah Takaful Hayat, juga dipanggil HIBAH atau income replacement. Hibah cover dua jenis musibah sahaja iaitu kematian (DEATH) dan cacat kekal (PERMANENT DISABILITY). Kedua-duanya merupakan musibah yang sangat besar terutama jika ia berlaku kepada pencari nafkah (breadwinner) kerana keluarga tersebut bukan sahaja kehilangan insan yang tersayang, malah turut kehilangan tempat mereka bergantung (financially). Keadaan ini mampu melumpuhkan mana-mana keluarga, bayangkan: siapa nak tanggung perbelanjaan dapur, persekolahan anak, bil dan sewa rumah serta komitmen lain jika satu-satunya pencari nafkah sudah meninggal dunia? Memang terpaksa bergantung kepada badan kebajikan atau belas kasihan orang.

Sebab itu sangat wajar kita bina Benteng Hibah bagi mempertahankan keluarga in case ajal menjemput ketika usia muda. Dengan melanggan produk Hibah, pampasan yang dibayar kepada ahli keluarga akan membantu mereka untuk terus survive tanpa bantuan sesiapa. Seeloknya ambil Hibah dengan nilai 10kali ganda gaji tahunan kita sekarang. Contoh: kalau gaji kita sekarang RM3,000/bulan (gaji tahunan RM36,000/tahun), maka ambil-lah Hibah sebanyak RM360,000. Ini membolehkan keluarga kita terus hidup selama 10tahun lamanya meskipun tiada sumber pendapatan lain setelah pemergian kita..

Duit Kecemasan ialah tabungan wang tunai yang TIDAK DIBENARKAN SENTUH sama sekali kecuali diuji musibah/kecemasan (hence the name). Kalau orang dulu-dulu, duit kecemasan disimpan dalam tabung buluh yang hanya dipecahkan bila keadaan memaksa. Zaman sekarang mungkin kita simpan duit kecemasan dalam Tabung Haji, ASB (nama panjang: Amanah Saham Bumiputera), atau Akaun Simpanan di bank (SELAIN bank yang kita selalu guna). Kenapa simpan dalam akaun macam ni? Sebab tangan kita sentiasa gatal nak guna duit tu untuk tujuan SELAIN kecemasan. Jika tak dialihkan duit tu ke akaun yang ‘tak nampak di mata’ memang nahas la.. Betul tak?

Sekalipon sudah ada perlindungan takaful, kita tetap memerlukan duit kecemasan kerana TAK SEMUA musibah dilindungi polisi takaful. Contoh: seorang yang dibuang kerja atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atas sebab tertentu, maka TIADA polisi takaful yang akan membantunya menghadapi bulan-bulan yang tidak bergaji kelak. Selain itu, duit kecemasan ialah duit yang kita ada sekarang dan boleh digunakan sekarang. Pampasan takaful melibatkan proses tuntutan (biasanya mengambil masa yang agak lama) sedangkan kita memerlukan duit tersebut sekarang. Sebab itu-lah kubu kewangan kita memerlukan kedua-dua benteng dan bukan salah satu sahaja. Dalam bahasa mudah: Benteng Duit Kecemasan mungkin tak banyak tapi boleh guna sekarang, Benteng Takaful pula ambil masa nak proses namun bila dah dapat boleh guna untuk bertahun-tahun lamanya. Gitu.

Berapa banyak duit yang perlu disimpan untuk kecemasan? Jika kita ‘makan gaji’ dan kerjaya stabil, maka simpanlah 3bulan hingga 6bulan nilai gaji kita sekarang. Contoh: kalau gaji sekarang RM3,000, simpanlah duit kecemasan sebanyak RM9,000 – RM18,000. Hikmahnya jika dibuang kerja, kita ada masa 3bulan – 6bulan untuk cari sumber pendapatan yang baru. Namun jika kita ‘kerja sendiri’ atau sumber pendapatan tak stabil, sebaiknya simpan lebih banyak duit kecemasan iaitu sekitar 6bulan hingga 1tahun nilai gaji kita sekarang.

Emas ialah satu niche simpanan yang jarang dipraktikkan kerana kurangnya pendedahan atau ilmu tentangnya. Sebenarnya, emas ialah produk kewangan yang sangat berguna ketika musibah kerana ia boleh dipajak (untuk mendapatkan pinjaman tunai) ATAU boleh dijual pada harga pasaran semasa. Saya bold perkataan ‘harga pasaran semasa’ kerana harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Bayangkan harga emas pada tahun 2014 hanya sekitar RM140/gram, sedangkan harga emas tahun ini (2024) sudah melebihi RM400/gram iaitu kenaikan sebanyak 185% dalam masa 10tahun..!

Bayangkan situasi ini: anda simpan ‘duit kecemasan’ sebanyak RM14,000 pada tahun 2014 dan anda langsung tidak menggunakannya sehingga sekarang. Pada tahun ini (2024), anda masih memiliki wang tersebut, namun tanya diri sendiri: Adakah nilai RM14,000 pada tahun 2024 sama kuasa membelinya dengan RM14,000 pada tahun 2014? Tentunya TIDAK kerana nilai duit dihakis inflasi dan harga barang sentiasa naik saban tahun.

Ubah situasi tersebut jadi gini: anda ada RM14,000 pada tahun 2014 dan ketika itu anda telah menggunakan wang tersebut untuk membina Benteng Emas sebanyak 100gram. Anda tidak menjual walau 1gram emas tersebut sehingga-lah ke hari ini. Tahun 2024 ni nilai 100gram emas tersebut telah naik, iaitu bersamaan >RM40,000 dahh. Benteng yang hanya bernilai RM14,000 10tahun lepas kini bernilai RM40,000 tanpa perlu anda top-up walau seringgit. Agak-agak berbaloi tak simpan EMAS sebagai benteng kewangan?

Berapa banyak emas diperlukan untuk membina kubu kewangan yang kukuh? Sebenarnya tiada jumlah yang spesifik. Saya sarankan jika gaji <RM10,000 maka bina-lah Benteng Emas sebanyak 100gram (link), manakala bagi mereka yang bergaji >RM10,000 kuatkan lagi benteng tersebut dengan 250gram emas. InshaAllah kita semua boleh lakukannya.

Ayuh kuatkan kubu kewangan kita dengan membina Benteng Emas 100gram atau 250gram

Bina Kubu Kewangan kita layer by layer

Benteng kewangan mana yang wajar dibina dahulu..? Jika anda tanya saya, benteng PERTAMA yang perlu dibina secepat mungkin ialah DUIT KECEMASAN. Ini kerana pada waktu emergency, anda boleh guna duit tersebut right here, right now. Sebaik mula bekerja terus menabung untuk cukupkan duit kecemasan, tangguhkan dulu keinginan bermewah supaya lebih banyak duit gaji digunakan untuk menyiapkan benteng ini. Se-eloknya tabung duit kecemasan disiapkan dalam masa 1tahun hingga 2tahun dari hari mula bekerja, ini memerlukan kita menyimpan 25% hingga 50% gaji kita setiap bulan. Boleh ke boleh?

Setelah menyiapkan benteng kewangan yang pertama, sekarang kita bina pula benteng yang KEDUA iaitu TAKAFUL. Antara semua jenis takaful, Hibah yang patut kita dahulukan. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pampasan Hibah jika diambil dalam kuantiti yang betul (serta diuruskan dengan cermat) mampu menyara keluarga kita sehingga 10tahun lamanya. Bandingkan tempoh ini dengan Benteng Duit Kecemasan yang bertahan selama 6bulan sahaja. Bagi produk takaful yang lain (contoh: Medical Card) anda pilih sendiri ikut keperluan dan kemampuan. Jangan oversubscribe. Ingat, caruman takaful ialah satu komitmen yang perlu dibayar untuk berpuluh-puluh tahun lamanya, oleh itu pilih yang kita betul-betul perlu sahaja.

Setelah menyimpan duit kecemasan DAN melanggan polisi takaful, maka kita boleh ‘kebal’-kan lagi kubu kewangan kita dengan membina benteng yang KETIGA iaitu menyimpan EMAS. Jika benteng pertama (duit kecemasan) dan kedua (takaful) disarankan untuk settle secepat mungkin, benteng ketiga (emas) boleh dibina secara santai. Gunakan lebihan duit gaji untuk beli emas, sikit-sikit pon takpe asalkan konsisten sehingga capai target gram yang telah ditetapkan. Namun jika anda dari golongan have-have, saya mencadangkan anda beli je terus 100gram segedebuk dan siapkan terus Benteng Emas anda. Benteng Emas ialah pelengkap kubu kewangan kita dan hanya digunakan jika duit kecemasan kita habis.

Saya suka membayangkan kubu kewangan kita dalam imej seperti di bawah. Di tengah-tengah kubu ialah diri kita bersama insan tersayang. Manakala di luar kubu ialah pelbagai jenis ‘malapetaka kewangan’ yang disimbolkan sebagai natural disaster seperti angin taufan, petir, tsunami, api kebakaran serta wabak penyakit. Apa yang melindungi kita daripada malapetaka tersebut ialah ‘benteng-benteng kewangan’ yang dibina secara berlapis-lapis. Jika benteng pertama pecah, masih ada benteng kedua dan ketiga yang boleh diharapkan. Semakin banyak benteng dibina, semakin kukuh kubu kewangan kita, dan semakin terlindung keluarga kita dari segala malapetaka yang melanda InshaAllah.

Benteng hijau (duit kecemasan): Benteng pertama yang melindungi kita dari setiap jenis malapetaka.
Benteng oren (emas): Benteng yang akan mempertahankan kita selepas duit kecemasan habis.
Benteng biru (takaful): Benteng yang paling lama bertahan namun hanya cover musibah tertentu sahaja. 

Penutup

Semoga perkongsian tentang aset pertahanan menarik minat awak untuk mendalami ilmu emas dan kewangan. Sebenarnya apa yang saya share ni hanyalah panduan mudah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ianya flexible, maksudnya awak adjust sendiri la kubu kewangan awak tu ikut kesesuaian (dari segi produk kewangan yang diinginkan, jumlah simpanan, etc2). Nak ikut sebijik-sebijik macam saya pon tiada masalah.

Just nak kongsikan sedikit personal experience. Saya sendiri sudah 2kali habiskan Benteng Duit Kecemasan, kedua-duanya disebabkan saya mengambil Cuti Tanpa Gaji (ketika stress bekerja di hospital kerajaan suatu ketika dahulu). Perkara pertama yang saya buat sebaik kembali bekerja ialah cepat-cepat bina balik benteng tersebut. Setakat penulisan ini, saya tidak pernah dilanda musibah yang memerlukan saya guna Benteng Emas yang dibina sejak 10tahun yang lepas. Saya juga melanggan polisi takaful (Hibah) namun saya berharap benteng ini selamanya tak perlu di-activate kerana saya tak berhasrat nak mati awal atau lumpuh atau ditimpa kemalangan/diserang penyakit yang mencacatkan, huhu.

Ikhlas dari sahabat emas anda,