Salam sejahtera

Harini saya nak share details tentang akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Saya menggalakkan semua orang buka akaun emas GAP, jadi ramai yang tanya saya ‘Apa maksud akaun GAP?‘. Untuk memahami apa itu GAP, kita kena faham apa itu AKAUN EMAS dulu.


Apa itu AKAUN EMAS?

Dulu-dulu memang susah kita nak simpan emas fizikal. Nak cari kedai jual jongkong emas susah, nak check harga emas terkini pon susah. Jika mahu beli jongkong emas mesti pergi ke kedai, tu pon tak gerenti stok masih ada. Jika stok habis, jawabnya membazir masa dan minyak je. Sebab tu dulu-dulu sangat jarang jumpa orang yang menyimpan jongkong emas kerana memang TAK mesra pengguna..

Tapi itu dulu, zaman dah berubah.. Mutakhir ni banyak syarikat offer servis AKAUN EMAS. Melalui Akaun Emas, menyimpan emas fizikal jadi sangat mudah. Semua transaksi boleh dibuat di hujung jari. Akaun Emas ibarat Akaun Bank cuma bukan untuk simpanan duit tunai, ia untuk simpanan emas fizikal.

Kita semua mesti ada paling kurang satu Akaun Bank kan? Buat apa pegang cash banyak-banyak di tangan sedangkan kita boleh simpan duit tunai tu dalam Akaun Bank. Menyimpan duit dalam Akaun Bank bukan sahaja lebih selamat, ia juga mudah. Anytime nak semak baki wang simpanan atau nak transfer duit boleh buat secara online TANPA perlu melangkah keluar rumah. Malah fikiran kita lebih tenang kerana tak perlu simpan duit banyak-banyak kat rumah.. betul?

Konsep yang sama diaplikasikan untuk Akaun Emas, cuma kita bukannya simpan duit tunai dalam akaun ini bahkan kita simpan EMAS FIZIKAL. Dengan Akaun Emas, kita boleh semak harga emas, beli, simpan, withdraw, pajak dan jual emas secara online TANPA perlu keluar dari rumah. Inilah REVOLUSI cara menyimpan jongkong emas alaf baru yang terkini.

Akaun Emas memudahkan kita menyimpan emas fizikal, semuanya di hujung jari.

Mana nak cari servis AKAUN EMAS?

Sebenarnya banyak syarikat di Malaysia menyediakan servis Akaun Emas, namun TAK semuanya patuh shariah. Contoh: ada syarikat/bank yang provide Akaun Emas namun pelanggannya TAK BOLEH keluarkan fizikal emas tersebut – TAK dibenarkan dalam sistem muamalat Islam. Setakat penulisan ini, servis akaun emas yang disahkan patuh shariah di Malaysia ialah:

  1. Gold Accumulation Program (GAP) by Public Gold
  2. Gold Account-i by Kuwait Finance House
  3. Gold-i by Al-Rajhi Bank
  4. Muamalat Gold-i by Bank Muamalat
  5. Affin Emas-i by Affin Hwang
  6. MIGA-i by Maybank Islamic
  7. Quantum Metal
  8. KABGold

Akaun Emas mana yang PALING BAGUS?

Setiap Akaun Emas ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebaiknya, pilih akaun emas yang ‘cukup pakej’, iaitu yang memenuhi kriteria-kriteria seperti: Modal yang rendah untuk buka Akaun Emas, susut nilai emas rendah (10% ke bawah), belian/jualan emas secara online boleh dibuat 24jam sehari, 365hari setahun (bukan office hour sahaja), TIADA caj simpanan, stok emas sentiasa ada (mudah nak beli) dan jaminan Buyback (mudah nak jual balik emas kelak). Selain itu, pilih-lah syarikat emas yang dipercayai dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia untuk memudahkan urusan pada masa hadapan.

Saya sudah menyimpan emas hampir 10tahun lamanya dan jika anda tanya pendapat saya tentang akaun emas yang paling bagus, saya akan mencadangkan akaun emas GAP Public Gold kerana ia memenuhi SEMUA kriteria di atas. Anda boleh baca perkongsian saya tentang mengapa saya memilih Akaun Emas Public Gold berbanding yang lain di sini (link).

Simpan emas fizikal dengan MUDAH, MURAH dan PATUH SHARIAH menggunakan Akaun GAP

Gold Accumulation Program (GAP) ialah Akaun Emas Fizikal berketulenan 24 karat (999.9) yang diperkenalkan oleh syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (Public Gold).

Kita boleh buka akaun emas GAP dengan membuat pembelian emas serendah 1gram atau RM100 (bersamaan 0.3+gram emas ketika penulisan ini). Pembelian atau jualan emas boleh dibuat 24jam sehari, 365hari setahun menggunakan platform online yang boleh dicapai melalui website atau aplikasi telefon. Akaun GAP disahkan patuh shariah oleh Amanie Advisors.

Jika mahu, kita boleh keluarkan fizikal emas yang disimpan dalam akaun GAP ni di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (sekiranya item emas >20gram). Atau kita boleh aturkan penghantaran emas terus ke rumah menggunakan servis courier berinsurans (bagi item emas <20gram). Sangat mudah bukan?

Mengapa mahu keluarkan fizikal emas dari akaun GAP? Sebenarnya ini hanyalah self preference. Ada orang lebih gemar pegang emas di tangan sendiri, dan ada yang rasa lebih selamat jika dibiarkan emas tersebut di dalam akaun GAP je. Tidak perlu risau tentang kos kerana emas dalam akaun GAP tidak dikenakan sebarang caj simpanan. Selain itu, sekiranya perlukan tunai, kita boleh jual atau pajak emas direct melalui akaun GAP terus ke Ar-Rahnu (tak perlu withdraw fizikal emas tersebut).

Nak mudah faham, anggaplah Akaun GAP seperti satu ‘tabung emas’ yang kita miliki. Tabung ini dijaga pihak Public Gold tanpa sebarang caj simpanan. Contoh: katakan harga emas RM300/gram dan saya membeli emas GAP sebanyak RM1,500, maka 5gram emas akan di-deposit-kan ke dalam ‘tabung emas’ a.k.a akaun GAP saya.

Siapa yang sesuai buka akaun GAP?

  • Mereka dengan bajet rendah. Melalui akaun GAP, kita boleh beli emas dengan modal serendah RM100. Even suri rumah dan student pon boleh simpan emas GAP guna lebihan duit poket.
  • Mereka yang nak melabur/menyimpan emas fizikal, namun risau nak simpan sendiri fizikal emas tersebut atas sebab-sebab keselamatan contohnya. Simpanan emas dalam akaun GAP ialah PERCUMA, tiada had emas dan tiada had masa.
  • Mereka yang menetap overseas. Tiada masalah sekiranya kita beli emas GAP sekarang iaitu ketika berada di luar negara. (Jika mahu) kita boleh withdraw emas tersebut apabila sudah pulang ke tanah air.
  • Mereka yang tech savvy dan suka mengurus kewangan dan pelaburan secara online. Selain website, kini sudah ada aplikasi telefon untuk memudahkan kita access akaun GAP.
  • Mereka yang ingin buat potongan gaji bulanan untuk membeli emas secara automatik (optional). Kita boleh daftar Standing Instruction untuk pembelian emas secara automatik setiap bulan melalui platform GAP, hanya perlu tetapkan jumlah potongan dan tarikhnya sahaja.
  • Mereka yang ada anak <18tahun. Kita boleh buka akaun emas GAP berasingan untuk setiap anak untuk tujuan simpanan pendidikan contohnya. Boleh buka akaun GAP untuk anak seawal kelahiran (sebaik ada Birth Certificate) dan serahkan sepenuhnya kepada anak apabila sudah cukup umur.

Penutup

Melalui Akaun Emas, proses menyimpan jongkong emas sekarang sangat mesra pengguna. TIADA lagi kesusahan nak semak harga emas, TAK PERLU dah susah-susah keluar rumah untuk beli emas, TAK PAYAH risau mana nak simpan atau sorok emas dan lain-lain. Sekarang kesemuanya boleh dicapai di hujung jari menggunakan telefon sahaja, bukan overstatement jika saya katakan Akaun Emas ialah satu REVOLUSI yang telah mengubah cara kita melabur/menyimpan emas selama-lamanya..

Jujurnya saya harap semua yang membaca entry ini memiliki paling kurang SATU akaun emas. Saya sendiri ada dua akaun emas iaitu akaun GAP dan akaun emas Kuwait Finance House. Kebanyakan emas yang saya beli disimpan dalam akaun tersebut kerana saya tak mahu risau tentang risiko emas dicuri atau hilang (atau rumah terbakar). Ini membolehkan saya tidur malam dengan lebih tenang..

Jika anda belum ada akaun emas, boleh hubungi saya untuk buka akaun GAP dengan modal serendah RM100 sahaja. Jika anda prefer nak buat sendiri, boleh klik sini untuk daftar (link).

Ikhlas dari sahabat emas anda,