Salam sejahtera,

Umat Islam seluruh dunia tentunya tak sabar nak menyambut Hari Raya Aidil Adha minggu depan bukan? Raya Haji sering dikaitkan dengan pengorbanan. Ini merangkumi pengorbanan fizikal, mental dan harta terutamanya bagi bakal haji yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 di Makkah, dan juga mereka yang berpuasa serta mengerjakan ‘ibadah korban’ di tanah air.

Bila disebut ‘ibadah korban’, bayangan haiwan seperti kambing dan lembu datang ke minda. Teringat pula kisah 1dinar telah digunakan untuk membeli seekor kambing pada zaman Arab purba, dan 1dinar yang sama (bernilai RM1,320 ketika penulisan) masih CUKUP untuk membeli seekor kambing harini. Hampir 1,500tahun sudah berlalu namun kuasa membeli emas tetap bertahan. ‘Tok gogek sket habuk’ – bak kata orang Kelantan.

Harga 1dinar Public Gold harini = RM1,320, 5dinar = RM6,590, 10dinar = RM13,190

Jika dibandingkan dengan duit kertas, EMAS ialah ‘duit’ yang tetap utuh nilainya sejak zaman-berzaman. Walaupun ‘harga emas’ somewhat dikawal di pasaran dunia, namun ‘fizikal emas‘ TAK MUNGKIN dikawal atau dimanipulasikan oleh sesiapa. Ini kerana emas fizikal TAK BOLEH ‘dicetak’ atau ‘digandakan’ sesuka hati seperti wang kertas. Emas fizikal perlu dikorek dari perut bumi dan seterusnya melalui banyak langkah pem-‘proses’an sebelum ‘dilepaskan’ ke dalam pasaran. Sebab itu-lah kuasa membeli emas tetap bertahan meskipun kita sedang mengalami kemerosotan nilai wang ringgit yang merisaukan dari hari ke hari.

Asal Usul Logam Emas

Berbalik kepada topik harini, saya sebenarnya nak share tentang asal usul logam emas atau nama saintifiknya AURUM. Untuk memudahkan kefahaman, saya dah compile topik harini dalam bentuk video. Dalam video ni saya ada cerita tentang:

ASAL USUL EMAS: Menurut saintis, AURUM sebenarnya BUKAN berasal dari perut bumi, akan tetapi ia berasal dari BINTANG. Iaitu melalui fenomena letupan bintang SUPERNOVA yang telah menyebabkan terbentuknya zarah-zarah AURUM yang tersebar ke planet-planet di angkasa (termasuklah bumi).

PEMBENTUKAN JARINGAN EMAS (GOLD VEIN): Zarah-zarah emas berada di mana-mana sahaja di sekeliling kita sama ada di darat atau di lautan atau di dalam badan manusia itu sendiri. Namun ia hadir dalam kuantiti yang terlampau sedikit dan tak dapat dilihat oleh mata kasar (apatah lagi mahu dilombong). Fenomena geologi (yang membuat retakan pada permukaan bumi) telah menyebabkan ZARAH-ZARAH emas ni berkumpul dan jadi pekat (bahasa hilir: concentrated), seterusnya terbentuklah logam EMAS yang boleh dilihat, dipegang dan dilombong oleh manusia.

PROSES MENCARI EMAS: Syarikat besar menggunakan ‘mesin eksplorasi’ yang canggih untuk mencari lubuk-lubuk emas yang sesuai untuk dilombong. Manakala mereka yang low budget menggunakan metal detector untuk mencari emas yang berada di permukaan bumi. Hanya perlu swing-swing metal detector tu di sepanjang sungai yang mengandungi emas, kalau ada rezeki jumpa lah seketul dua, hehe..

MELOMBONG EMAS: Kita boleh melombong emas yang melekat dalam batu keras (hard rock mining) melalui terowong bawah tanah (underground mining) atau perlombongan terbuka (open-pit mining). ATAU kita boleh mendapatkan emas yang melekat pada pasir atau tanah melalui proses mendulang (placer mining).

MEMPROSES EMAS: Emas yang telah berjaya diasingkan dari mineral lain akan dihantar ke kilang refiner untuk proses penulenan emas dan juga minting. Emas ini kemudiannya dibungkus, disimpan dan dihantar ke kedai-kedai emas yang berdaftar di seluruh dunia.

EMAS UNTUK DIJUAL: Selepas diproses, emas yang dilombong kini sudah ready untuk dipasarkan secara retail kepada kita semua sebagai end-user. Perjalanan jauh emas dari bintang akhirnya tamat di tangan kita yang membelinya dalam bentuk goldbar dan dinar 🥰. Alhamdulillah..

Saya tak nak bercakap panjang, sila-lah tonton video ini dengan senang hati ye 🙂

Kesimpulan

Akhir kata, janganlah kita samakan NILAI EMAS dengan duit ringgit dalam dompet kita tu. Jika ada peluang, terus alihkan duit tu kepada sekeping dua jongkong emas. Percayalah, berbanding duit kertas yang boleh dicetak sesuka hati, EMAS FIZIKAL ni tak terkira nilainya. It’s PRICELESS.

Proses untuk mendapatkan emas itu sendiri sangat rumit dan memakan modal yang besar. Sudah tentu kita perlu membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang sangat berharga seperti itu. Ibarat tukar ‘duit kertas’ yang MURAH, untuk mendapatkan ‘duit emas’ yang MAHAL. Ayuh segera simpan emas! Jangan asyik bertangguh, tak risau ke nilai ringgit kita dihakis inflasi kaw-kaw seperti matawang Venezuela (link)? Masa tu memang dah terlambat..

Ikhlas dari sahabat emas anda,