Salam sejahtera,
Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 😊. Harini saya nak share perkongsian terakhir tentang buku Cashflow Quadrant.
Saya harap awak sudah baca Part 1 (link) yang mengandungi huraian terperinci tentang 4 sumber pendapatan iaitu Employed, Self-Employed, Business Owner, dan Investor serta Part 2 (link) yang mengandungi contoh bagaimana seseorang boleh beralih dari satu quadrant ke quadrant yang lain secara sistematik. Hari ni saya hanya ingin membuat kesimpulan, tie up few loose ends, serta kongsikan beberapa contoh lain untuk meningkatkan kefahaman tentang konsep Cashflow Quadrant. Semoga bermanfaat.
Mengapa kita mahu berada di quadrant sebelah KANAN..?
Perkara pertama yang saya ingin huraikan ialah tentang kelebihan berada di quadrant sebelah kanan iaitu BUSINESS OWNER dan INVESTOR. Ramai orang salah faham kerana menyangka mereka yang berada di quadrant ini hanya inginkan DUIT, DUIT dan DUIT. Sebenarnya, kita boleh menjadi seorang yang berduit a.k.a KAYA-RAYA tak kira kita berada di quadrant yang mana. Jadi ‘kuli orang’ (EMPLOYED) pon boleh kaya, contoh: doktor pakar (terutamanya di hospital swasta), pengarah syarikat oil & gas, pilot/engineer/technician dalam aviation industry, accountant di bank terkemuka, dan sebagainya. Saya pasti anda pon ada kenalan yang sangat berjaya (dan kaya) walaupun berstatus ‘makan gaji’ je.
Bagi saya, ‘kekayaan’ bukan point utama bila kita bercerita tentang Cashflow Quadrant kerana dalam hidup ni ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi tahap kebahagiaan seseorang. Sebagai contoh seorang peguam berkaliber yang bekerja di firma guaman sendiri (berstatus SELF-EMPLOYED), yang pagi petang siang dan malamnya setiap hari sibuk dengan persediaan untuk kes mahkamah macam never ending. Walaupun dia seorang jutawan sekalipon, di manakah kebahagian hidupnya jika tiada masa untuk diluangkan bersama keluarga dan aktiviti/hobi lain yang lebih bermakna? 😥 Balance is the key.
Bagi saya, work-life balance ialah sebab utama kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berada di sebelah KANAN. Kerana kerjaya di sebelah KIRI memerlukan pengorbanan besar MASA (dan EMOSI) kita untuk KERJA. Sebaliknya, kerjaya di sebelah KANAN membolehkan kita meluangkan lebih banyak masa (dan komitmen) untuk SELAIN KERJA. Tentunya hidup kita lebih bermakna jika duit ada, masa ada, dan tiada paksaan untuk ‘masuk kerja’, tak gitu? 🙂
Ini tak bermaksud kita tak boleh target untuk memiliki duit yang banyak. Sebenarnya, 95% daripada kita adalah golongan yang berada di sebelah KIRI, sedangkan hanya 5% KEKAYAAN berada di sebelah KIRI. Dan hanya 5% daripada kita berada di quadrant sebelah KANAN, sedangkan 95% KEKAYAAN berada di sebelah KANAN. Oleh itu, jika anda jenis yang nak jadi ’10 orang terkaya di Malaysia’ contohnya, anda perlu berada di sebelah KANAN kerana potensi pendapatan di sebelah KIRI amat terhad, manakala potensi pendapatan di sebelah KANAN unlimited 😁.
Memang benar, berada di quadrant sebelah KIRI itu lebih mudah dan selesa (dah namanya pon comfort zone) namun kelak kita juga yang menyesal kerana tidak mencabar diri untuk mencapai potensi diri yang sebenar. Saya berpendapat amat wajar untuk kita melangkah keluar dari comfort zone ni untuk ke quadrant sebelah KANAN iaitu menjadi BUSINESS OWNER dan INVESTOR. Walaupun dugaan dan cabaran yang getir menanti namun janganlah kita berputus asa kerana hasilnya sangat berbaloi iaitu kita berpeluang untuk mencapai BEBAS MASA DAN KEWANGAN KETIKA USIA MASIH MUDA. Let’s take a moment to let that sink in 💖
The Choice – Apa Pilihan Anda?
Baiklah, setakat ini saya dah terangkan kelebihan dan kekurangan setiap quadrant, dan saya sudah menjawab persoalan mengapa secara ideal-nya kita mahu berada di quadrant sebelah KANAN. However, the real world is far from ideal..
Oleh itu, persoalan yang lebih penting sebenarnya ialah: ‘Quadrant manakah yang paling bagus untuk SAYA? Di quadrant manakah SAYA sedang berada sekarang? Patut ke SAYA stay di quadrant yang sama? Atau patutkah SAYA cuba melangkah ke quadrant yang lain?‘ (Gantikan perkataan SAYA dengan NAMA ANDA)
Bagi saya, Cashflow Quadrant hanyalah satu financial concept or tool untuk membantu kita membuat pilihan dalam hidup. Ini kerana setiap quadrant ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, there is no one true answer. Antara keempat-empat quadrant tadi, tiada satu pon yang ‘paling bagus’ kerana setiap orang ada personaliti, kecenderungan serta risk appetite masing-masing. Malah, kita boleh buat >1kerja dan berada dalam >1quadrant pada sesuatu masa. Contoh: seorang kerani (EMPLOYED) yang kerja part time sebagai rider Food Panda selepas habis kerja (SELF-EMPLOYED).
Anda selesa (atau menyampah) kerja di bawah arahan bos? Anda suka kerja ikut protokol (atau ikut cara sendiri)? Anda sanggup ambil risiko yang tinggi (atau nak maintain dalam zon selamat)? Anda suka gaji yang tetap dan terhad (atau mahukan lebih dari itu)? Tepuk dada, tanyalah hati. Pilih apa yang paling sesuai dengan matlamat dan personaliti DIRI SENDIRI dan bukannya mengikut kehendak orang lain.
Sebagai contoh: seorang peguam kerajaan telah diajak joint venture bersama kawan-kawannya bagi menubuhkan sebuah firma guaman swasta. Dia akan bekerja sebagai lawyer di syarikat tersebut manakala rakan-rakannya akan mengambil peranan yang lain. Namun dia sudah selesa dengan kerjayanya sekarang dan tak berani nak mengambil risiko bekerja sendiri. Oleh itu dia telah mengambil keputusan untuk stay dengan kerajaan. Kesimpulannya: Peguam ini telah memilih untuk kekal di Quadrant Employed dan enggan melangkah ke Quadrant Self-Employed kerana tidak selesa mengambil risikonya.
Contoh lain: seorang doktor yang bekerja di hospital kerajaan telah membuat keputusan untuk resign, kerana mahu membuka klinik sendiri (dan bekerja di situ). Dia berbuat demikian kerana tidak ingin PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) dengan keluarga, stress kerja yang melampau, dan mahukan gaji yang lebih tinggi. Kesimpulannya: doktor ini telah memilih untuk melangkah dari Quadrant Employed ke Quadrant Self- Employed kerana kerjayanya sekarang menimbulkan banyak masalah dan ingin upgrade ‘gaji’.
Contoh lain: seorang cikgu yang mengajar di sekolah kebangsaan mendapati gajinya tidak cukup untuk perbelanjaan harian semenjak melahirkan anak kelima. Dia mengambil keputusan untuk berniaga part time dengan menjual makanan di pasar malam setiap hari selepas tamat sesi persekolahan. Kesimpulannya, cikgu ni telah memilih untuk tetap berada di Quadrant Employed sebagai seorang guru, namun pada masa yang sama telah melangkah ke Quadrant Self-Employed sebagai seorang penjual makanan kerana inginkan pendapatan lebih untuk menyara anak-anaknya.
Contoh lain: seorang jurutera awam yang kaya mendapati kebanyakan duitnya disimpan dalam akaun bank yang mana hasil tahunan tak sampai 3% setahun. Dia telah mengalihkan sebahagian duitnya ke pelaburan unit amanah (unit trust) dan pelaburan emas yang berpotensi untuk memberi pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang. Kesimpulannya, jurutera yang sangat sibuk dengan kerjayanya (Quadrant Employed) telah memilih untuk melangkah ke Quadrant Investor kerana inginkan ROI (Return-on-Investment) yang lebih lumayan berbanding akaun bank biasa.
Contoh lain: seorang pemilik bisnes vending machine sudah mempunyai pendapatan pasif yang cukup untuk perbelanjaan bulanannya. Namun dia mendapati hidupnya kurang cabaran (malah agak boring) kerana tiada kerja lain yang nak dibuat. Atas sebab itu, dia membuat keputusan untuk bekerja full-time dengan sebuah agensi kerajaan untuk menimba pengalaman yang baru. Kesimpulannya, pemilik bisnes vending machine ini telah memilih untuk berada di Quadrant Employed (walaupun pendapatan pasif dari Quadrant Business Owner sudah mencukupi) kerana inginkan cabaran/pengalaman baru..
Ada juga kerjaya yang mana statusnya bercampur-campur antara EMPLOYED/SELF-EMPLOYED dan juga BUSINESS OWNER/INVESTOR. Contoh: seorang dentist joint venture dengan rakan dentist yang lain untuk membuka klinik pergigian sendiri. Dia dan kawannya bergilir-gilir ‘masuk shift’ di klinik gigi tersebut. Oleh itu statusnya sekarang boleh jadi EMPLOYED (ada gaji tetap, ada cuti tahunan, ada pengganti di klinik sekiranya sakit, etc) dan boleh jadi SELF-EMPLOYED (klinik sendiri kan, tentunya lebih flexible, boleh adjust waktu kerja dengan member, boleh keluar sekejap jika ada urusan peribadi mustahak, etc). Selain itu, dia boleh dianggap sebagai BUSINESS OWNER (sebahagian daripada founder jenama klinik pergigian tersebut) dan juga INVESTOR (memiliki sebahagian share dalam bisnes klinik itu). It’s complicated..!
Pendek kata cuba muhasabah diri, quadrant manakah kita berada sekarang dan adakah kita okey jika kita berada dalam quadrant tersebut SEPANJANG HIDUP kita? Jika jawapannya ialah YA, maka tiada masalah, stay je la dalam quadrant tu.. Jika TIDAK, maka kita ada pilihan untuk melangkah ke quadrant yang lain 🏃.
My Choice
Tidak lengkap rasanya perkongsian tentang Cashflow Quadrant tanpa berkongsi sedikit tentang kisah hidup saya sendiri. Saya pernah berkongsi sebelum ini tentang kerjaya saya sebagai seorang pegawai perubatan di hospital kerajaan yang sungguh mencabar (link). Apa yang saya TAK PERNAH cerita ialah tentang character saya yang menyebabkan saya ni TAK sesuai langsung berada dalam quadrant EMPLOYED (dan seterusnya terpaksa melangkah ke quadrant lain secepat mungkin 😅). Untuk mengelakkan anda menguap ketika membaca segment ini, saya akan kongsikan perangai/peribadi saya dalam bentuk list:
- Bila saya kerja, saya jenis yang tak boleh ikut KEPALA ORANG LAIN. Maksudnya jika saya ada tugasan, saya akan sempurnakannya IKUT CARA SAYA SENDIRI dan kadang-kadang cara saya tu bukan seperti yang bos mahukan. Saya juga jenis yang rebellious dan tak suka dipaksa. Jika saya TAK MAHU buat sesuatu, tiada siapa yang boleh memaksa.
- Saya jenis yang suka kerja RILEKS-RILEKS saja. Tak suka serious sangat, tak suka overwork, tak suka adrenaline rush. Saya bukannya malas, saya cuma nak bekerja at my own pace. Time sibuk kita pulun, time lengang kita goyang kaki. Agak-agak doktor kerajaan boleh goyang kaki? Jangan harap.
- Saya perlukan FLEXIBILITY, kadang-kadang saya terpaksa keluar ketika waktu kerja untuk settle urusan remeh-temeh seperti menghantar/mengambil anak di tadika/transit dan sebagainya. Tentunya saya rasa bersalah kerana takut rezeki tak berkat namun terpaksa buat juga kerana tiada orang lain yang boleh uruskan hal ehwal anak.
- Saya jenis yang STRAIGHT TO THE POINT dan sememangnya tak gemar birokrasi atau politik tempat kerja. Sebab tu saya suka jika sesuatu projek/kerja tu WITHIN MY CONTROL tanpa mengharapkan dana/persetujuan/kelulusan/bantuan dari pihak lain untuk berjaya. Saya juga tak suka buat sesuatu yang SIA-SIA seperti mesyuarat yang tak habis-habis. Bukan apa, saya jenis yang suka hit the ground running dan bukannya sembang kari sedangkan kerja asyik bertangguh tak siap-siap.
- Saya tak kisah kerja long-hours, namun sebagai balasan saya mahukan lebih banyak off-day. Ketika bekerja dengan kerajaan saya bukan sahaja bekerja long-hours, saya juga kurang (atau tiada langsung) rest day. Memang overworked to the max. Situasi ini never ending sepanjang saya bekerja kerajaan.
- Saya sudah hilang passion pada dunia perubatan dan tidak lagi over-zealous untuk sambung master/nak jadi pakar seperti zaman muda-muda dulu (link). Pendek cerita saya memang dah takde sebab langsung nak terus bekerja sebagai doktor kerajaan.
Oleh kerana character saya yang rebellious 👻 + situasi kerja ketika itu yang overwork & inadequate rest 🥴 + logistik keluarga tak stabil yang memerlukan saya lebih flexible 👨👩👦👦 + sedih dan rasa bersalah tak dapat spend lebih banyak masa dengan anak yang semakin membesar (Big Why ❓) telah membuatkan saya nekad berhenti kerja kerajaan untuk bekerja di klinik sendiri (swasta). Kiranya setelah 5 tahun berada dalam quadrant EMPLOYED, saya telah memberanikan diri untuk venture ke quadrant yang lain. Sekiranya anda nak tahu bagaimana saya lakukannya, boleh baca di sini (link).
Penutup
Saya harap beberapa siri perkongsian berkaitan Cashflow Quadrant membantu kita semua untuk memahami jenis sumber pendapatan yang ada serta membantu kita memilih career path yang dimahukan. Akhir kata, semoga kita semua berada di kalangan mereka yang berada di sebelah KANAN, jika bukan sebagai Business Owner, dapat jadi Investor pon ok dah. Tak gitu? 😉
Ikhlas dari sahabat emas anda,