Salam Ramadhan Kareem untuk semua 😊
Masa berlalu dengan cepat. Saya rasa baru je masuk tahun baru 2019, sedar-sedar sekarang dah separuh tahun dah. Dan saya rasa macam baru-baru ni je masuk bulan Ramadhan, sekarang dah tinggal beberapa hari je nak raya..
Bila sebut tentang raya ni teringat time kecik-kecik dulu, benda yang paling syiok tentulah pegi beraya sambil kumpul DUIT RAYA, tak gitu? 😍 Bila fikir-fikir balik, rasanya banyak jugak dapat duit raya dari sedara-mara masa tu tapi tak tau la habis ke mana semuanya huhu..
Masalah ke’bocor’an duit raya anak
Jika orang dewasa pon pening dengan masalah duit habis, apatah lagi budak- budak yang dapat duit raya setahun sekali je. Saya pasti masalah ‘kebocoran’ duit raya ni akan terus berlaku selagi ibu bapa tak kreatif mencari jalan untuk ‘selamatkan’ duit raya anak-anak.
Sedangkan duit raya ni kalau dikumpulkan semuanya dari anak lahir hingga besar, akan cecah ribuan ringgit juga jumlahnya (ni tertakluk kepada kemurahan hati pak cik dan mak cik masing-masing ye 😏). Duit ni tentunya akan membantu anak kita bila dia dah besar nanti, ketika dia benar-benar memerlukan ‘duit lebih’ untuk mengharungi dunia dewasa yang jauh lebih mencabar..
Jika awak salah seorang ibu/bapa yang menghadapi masalah ‘kebocoran duit raya’ seperti ini, usah risau. Ada beberapa cara untuk simpan duit raya anak kita tu agar ia kekal sehingga dewasa. Salah satu cara yang unik ialah dengan menyimpan EMAS RAYA macam keratan akhbar bawah ni 💖
Ada 2 cara nak simpan EMAS RAYA ni iaitu:
1. Bagi EMAS RAYA sebagai pengganti duit raya anak-anak tersayang
Caranya boleh bagi jongkong emas 1gram versi Aidilfitri 2019 kat setiap orang anak. Selitkan jongkong emas ni dalam sampul duit raya dan berikan kepada anak-anak untuk disimpan
2. Kumpul semua duit raya anak-anak, dan tukarkan duit tersebut kepada jongkong EMAS
Katakan satu rumah dapat RM10. Jika anak pergi beraya ke 20 buah rumah, dah dapat RM200. Duit sebanyak tu dah cukup untuk ditukarkan kepada 1gram EMAS RAYA
Seronoknya duit bila DIBELANJA, dan seronoknya emas bila DISIMPAN. Dengan menyimpan duit raya dalam bentuk emas, tentunya anak-anak takkan sewenang-wenangnya habiskan untuk beli mainan, mercun atau gula-gula. Menyemai sifat menabung dalam diri anak-anak tentunya lebih mudah dengan emas.
Malah kenangan Aidilfitri lebih tersemat indah dalam memori apabila dikaitkan dengan goldbar emas versi raya yang design-nya terhad untuk tahun itu sahaja. Selain itu, NILAI emas lebih kekal dalam jangka masa panjang berbanding duit kertas yang dihakis inflasi saban tahun.
Jangan terkejut jika trend menyimpan emas raya ni semakin BOOM. Saya diberitahu yang jualan goldbar 1g versi raya tahun ni melepasi 6,000 keping tau.. Maknanya secara keseluruhan rakyat Malaysia membeli lebih 6 KILOGRAM emas raya untuk tahun ni saje..! 😲
Jadi.. antara duit raya dan emas raya, yang mana satu pilihan awak? Jika tak pasti bagaimana nak simpan emas raya boleh wasap saya.
Ikhlas dari sahabat emas anda,