Salam sejahtera,
Bila kita sebut tentang pendidikan, kita akan terbayangkan budak-budak comel dengan pakaian seragam bawa beg penuh dengan buku pegi sekolah. Tak kira peringkat UPSR, SPM, atau Ijazah, mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya cemerlang dalam peperiksaan. Dengan pencapaian ini, mereka akan dapat pekerjaan yang baik, dan secara rasmi TAMATLAH sesi pembelajaran. Lepas ni hanya perlu kerja, kerja dan kerja. Betul ke gini? 🤔
Sudah tentunya TIDAK. Sekalipon kita dah mula bekerja, kita tetap perlu terus DAHAGA dan KETAGIH untuk mencari ilmu yang boleh tingkatkan diri kita sebagai seorang manusia. Harini saya nak cerita sikit pasal diri sendiri, boleh? Jangan tidur yee
Saya dilahirkan pada tahun 1990 di Kota Bharu. Ayah saya seorang doktor dan ibu saya cikgu sains. Saya diterapkan dengan kepentingan pencapaian akademik sejak kecik lagi (tengok background keluarga dah boleh bayang) dan saya selalu di’leter’ supaya belajar bersungguh-sungguh dan target ‘all A’ untuk semua peperiksaan.
Ibu bapa saya pupuk sifat membaca dalam diri saya sejak kecik, sebab tu dari dulu lagi saya memang suka membaca. Ketika sekolah rendah saya suka baca buku ‘Dragonball’ dan majalah lawak antarabangsa masa tu iaitu ‘Ujang’. Lepas masuk sekolah menengah, saya gemar baca buku ‘Harry Potter’, ‘Siri 5 Penyiasat’, ‘Budak Getah’, dan ‘Yu-gi-oh’ 😋
Jokes aside, saya ni memang ‘ulat buku’ la masa student dulu. Rajin membaca, menghafal dan buat latihan sampai betul-betul master dalam sesuatu topik. Selain komik dan fiksyen sebagai hiburan, pembacaan saya lebih kepada topik-topik melibatkan silibus peperiksaan yang semestinya agak.. boring. Tapi kalau tak baca nanti tak leh nak jawab soalan exam pulak, ish susah susah..
Fast forward, kini saya sudah berkerjaya dan tak perlu lagi fikir tentang peperiksaan. Ini bukan bermaksud saya sudah berhenti belajar, bahkan kini menimba ilmu jadi MAKIN SERONOK. Saya perasan yang fikiran saya jadi lebih bebas dan terbuka untuk menerima ilmu baru bila tak dikongkong peperiksaan. Dan kini saya ada lebih banyak masa yang dimanfaatkan untuk belajar topik yang saya betul-betul berminat jee 😍
Kini secara purata, saya baca lebih kurang satu buku setiap bulan. Antara tema yang saya suka baca sekarang ialah teknologi, sejarah tamadun islam, bisnes, motivasi dan produktiviti, hartanah dan pelaburan, serta topik faveret saya iaitu EMAS DAN KEWANGAN.

Sepanjang 5 tahun pengalaman saya menyimpan emas, jujur saya nak kata yang ILMU EMAS ni sangat penting. Sebab tu saya selalu hadiri seminar emas dan kewangan, dan terus-menerus top-up ilmu melalui buku-buku dan artikel berkaitan. Dengan ilmu yang betul, kita boleh elak dari ‘terkena’ kesilapan dan salah faham emas seperti:
Mitos 1: Simpan emas dapat dividend/hasil bulanan.
Beli emas DAPAT EMAS FIZIKAL, bukannya dapat pendapatan bulanan. Terlampau ramai lagi yang tak faham konsep mudah ni, tu yang masih ramai ditipu SKIM CEPAT LINGKUP bertopengkan emas 😢
Mitos 2: Simpan emas hanya untuk orang kaya.
Simpan emas sekarang bukan macam dulu-dulu, masa tu kena ada modal ribu-riban baru boleh beli jongkong emas. Sebenarnya sekarang kita boleh simpan emas dengan modal serendah RM100 je (bersamaan 0.5gram emas 999). Jangan kata orang bekerja, pelajar pon dah boleh mula simpan emas tau sekarang 😁
Mitos 3: Beli emas untuk ‘pelaburan’, tapi beli 1gram je.
Kalau beli emas setakat 1gram elok diniatkan sebagai ‘simpanan’, takut kecewa pulak bila tengok harga emas naik tapi untung seciput je. Jika nak beli emas untuk ‘pelaburan’, kena beli paling kurang 100gram. Contoh katakan harga emas naik RM10/gram. Kalau ada 1gram, untung RM10 je laa. Lain la kalau ada 100gram, naik RM10/g je pon dah dapat untung RM1000..! Barulah PADU 🤩
Mitos 4: Jika harga emas turun, saya PASTI RUGI.
Pemahaman ni salah. Sekalipon harga emas turun belum pasti awak alami kerugian. Gunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli. Kelak bila harga emas naik sikit je awak dah mula nampak untung balik 💪
Mitos 5: Saya kena khatam SEMUA ilmu tentang emas dulu, baru saya mula beli 1gram emas yang pertama.
Sebenarnya, lagi cepat kita mula simpan emas, lagi CEPAT kita faham. Saya selalu syorkan agar kita mula je dulu walaupun belum faham sepenuhnya. Guna modal paling kecik, beli 0.5gram atau 1gram emas je pon takpe. Kelak bila baca buku-buku tentang emas atau dengar seminar tentang emas, kita akan cepat faham bagai span menyerap air 👨🏻🎓
Dengan ilmu emas, kita dapat mengelakkan diri dari kesilapan macam ni. Sebab tu saya galakkan client saya untuk belajar ilmu emas. Sebenarnya, kebanyakan seminar atau sumber bacaan tentang emas ni PERCUMA je. Akhirnya bergantung kepada kesediaan diri sendiri, sama ada mahu bagi sedikit pengorbanan masa dan tenaga atau tidak. Semua ni untuk kebaikan kewangan dan masa depan kita sendiri juga sebenarnya.
P/S: Awak mahu baca buku tentang emas tapi takde modal? Baca ebook percuma tentang emas di sini (link) Atau mahu pergi seminar emas percuma? Hubungi saya di 0148353773. Setiap bulan Public Gold taja seminar emas percuma di seluruh Malaysia (malah di Indonesia pon ada). Saya juga salah seorang speaker Public Gold 😊
Ikhlas dari sahabat emas anda,