Tag

visa

Browsing

Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah bulan lepas saya dan keluarga dipilih sebagai duyufurrahman untuk mengerjakan umrah di Makkah 🕋 Saya doakan kita semua sentiasa dipilih untuk jadi tetamu Allah ke sana, Ameen 🙂

Makkah dan Madinah jadi tuan rumah untuk jutaan umat Islam setiap tahun. Tetamu Allah ni datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan umrah dan haji, serta berziarah ke tempat-tempat bersejarah sebab di sini la bermulanya tamadun Islam yang disampaikan Nabi Muhammad SAW.

Taqabbalallahu minna wa minkum

Selain beribadat, aktiviti yang tak asing lagi bagi pengunjung Haramain ialah ehem.. shopping 🤭 Bukan apa, datang sini jarang-jarang sekali, nak jugak bawa bekalan kurma Madinah, buah tin dan delima dari Taif, jubah serban, sejadah, minyak attar, serta cenderahati dari sana untuk dikongsi dengan kawan dan keluarga di Malaysia.. Kannn

Jadi timbul la satu persoalan, macam mana nak dapatkan duit ‘Saudi Riyal’ (matawang Arab Saudi) untuk kegunaan di sana? Rata-rata orang Malaysia akan bawa duit Ringgit Malaysia (atau US Dollar) untuk ditukarkan kat sana. Cara ni terbukti paling popular tapi takut juga nak bawak duit banyak-banyak, takut hilang dalam perjalanan pula nanti huhu 😥 So.. harini saya nak share dengan awak cara-cara untuk dapatkan wang Riyal di Arab Saudi:


Cara 1: Tukar duit Ringgit kepada duit Riyal di kedai Foreign Exchange (ForEx)

Macam yang saya kata sebelum ni, kebanyakan orang akan guna cara ni untuk dapatkan duit Riyal. Caranya senang je, bawa cash ke mana-mana kedai ForEx dan serah duit Ringgit tu kat kaunter. Tuan kedai akan bagi awak duit Riyal ikut kadar pertukaran semasa. Cuma hati-hati la bawa duit ringgit dari Malaysia tu ye, kalau RM100 je takpe, kalau ribu riban takut juga 🥶

Semasa di Makkah, saya dan isteri singgah di salah satu kedai ForEx kerana nak guna duit Riyal. Kadar pertukaran semasa ialah RM1.00 bersamaan 0.85Riyal. Isteri saya tukar RM350 dan dapat la dalam 297Riyal.. Waduhh mahalnya duit Riyal sekarang. Teringat masa duit Malaysia lebih berharga dari Riyal tak lama dulu. Lemahnya la matawang negara kita sekarang, terasa sangat.. huhu 😭

Cara 2: Keluarkan duit Riyal menggunakan KAD DEBIT di ATM

Kalau awak nak tau, KAD DEBIT yang kita selalu guna untuk cucuk duit kat ATM di Malaysia tu, boleh juga digunakan untuk cucuk duit Riyal kat Makkah hehe 😁 Caranya mudah, pegi je kat mana-mana ATM yang ada logo ‘perbankan international‘ yang sama dengan kad ATM kita (VISA Debit atau Mastercard) dan guna lah kad tu macam biasa kita guna kat Malaysia.

Bagusnya jaringan sistem perbankan di Arab Saudi link dengan VISA/Mastercard, yang seterusnya link dengan sistem perbankan di Malaysia. Jadi mudah la kita nak keluarkan duit Riyal di ATM negara Arab Saudi secara terus dari akaun bank kita di Malaysia.

Masa kat sana, isteri saya keluarkan duit sebanyak 1,000Riyal dari ATM guna KAD DEBIT MAYBANK. Jumlah yang ditolak dari akaun banknya ialah RM1,119.88 TAK termasuk caj tambahan (RM12 per transaksi). Kira-kira, kadar pertukaran semasa untuk Kad Debit Maybank ialah RM1.00 bersamaan 0.89Riyal.

Jika awak nak dapatkan duit Riyal guna cara ni, jangan lupa aktifkan kad debit (supaya boleh digunakan di Arab Saudi) SEMASA berada di Malaysia lagi. Boleh call talian customer service Maybank, atau lagi mudah boleh adjust setting kad debit tu guna Maybank2u je (FREE).

Jangan jadi macam isteri saya, dia lupa nak aktifkan kad debit tu masa kat Malaysia. Dia cuba nak aktifkan kad tu guna Maybank2u bila sudah berada di Makkah, tapi Nombor TAC (yang diperlukan untuk ubah apa-apa setting bila guna online banking) TAK MASUK masa tengah roaming kat Makkah. Jawabnya takde cara lain, dia terpaksa telefon customer service Maybank DARI Makkah.

Komplikasinya? Dipendekkan cerita hangus lah RM77 buat bayar bil telefon ketika roaming untuk call customer service Maybank huhu 🤦‍♂️

Cara 3: Keluarkan duit Riyal menggunakan KAD KREDIT di ATM

In case awak tak tahu, KAD KREDIT berbeza dengan kad debit. Cara mudah nak faham kad kredit ni, anggaplah ia macam KAD HUTANG. Selalunya orang akan guna kad kredit untuk membeli barang di kedai secara hutang.

Dalam kes ni, kita guna KAD KREDIT tadi untuk dapatkan duit Riyal dengan cara berhutang dengan bank. Caranya sama macam guna kad debit, hanya perlu cari ATM yang ada simbol VISA atau Mastercard (ikut logo yang tertera dekat KAD KREDIT awak).

Dah namanya pon KAD HUTANG, jangan lupa nak bayar balik bila dah balik Malaysia nanti. Guna kad kredit ni kena disiplin, sebab kita boleh cucuk duit Riyal sebanyak mana yang kita mahu (tertakluk kepada nilai maksimum kad kredit). Jangan lupa diri, nanti semput bayar hutang pula bila dah balik Malaysia nanti, huhu

Mudahnya guna KAD KREDIT ni sebab tak perlu activate apa-apa. TAK perlu setting Maybank2u, TAK perlu call customer service. Cucuk je kad yang kita guna buat isi minyak petrol kat Malaysia tu dalam ATM, dan keluar la duit Riyal yang dimahukan. Saya dan isteri cuba pelbagai kad kredit di sana, rekod transaksinya lebih kurang macam ni:

  1. Maybank Islamic Ikhwan Platinum (VISA): Keluarkan 100Riyal, jumlah yang ditolak ialah RM114.23 (RM1.00 bersamaan 0.87Riyal) TAK termasuk servis caj tetap sebanyak RM18 per transaksi.
  2. Maybank Islamic Ikhwan Gold (Mastercard): Keluarkan 500Riyal, jumlah yang ditolak ialah RM568.25 (RM1.00 bersamaan 0.87Riyal) TAK termasuk servis caj RM28.41 (5% dari nilai transaksi).
  3. HSBC Amanah (VISA): Keluarkan 200Riyal, jumlah yang ditolak ialah RM227.91 (RM1.00 bersamaan 0.87Riyal) TAK termasuk servis caj tetap sebanyak RM50 per transaksi.

Cara 4: Tukar EMAS kepada duit Riyal di Kedai Emas

Cara yang terakhir ni unorthodox skit. Jarang-jarang skali jumpa orang bawa emas dari Malaysia untuk tukar dengan duit Riyal di Makkah hehe. Saya akan ceritakan lebih panjang bulan depan ye inshaAllah 😉


Kesimpulan

Setiap cara ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Tukar duit Ringgit kepada Riyal di Foreign Exchange terbukti cara paling popular, cuma ada risiko dicuri atau hilang. Cerita ahli jemaah hilang beg duit ialah biasa dan selalu jer berlaku kat sana, jadi berhati-hatilah..

Cucuk duit Riyal dari ATM Arab Saudi lebih selamat. Bukan apa, tak perlu pegang duit tu lama-lama berbanding mereka yang bawa duit dari Malaysia. Cuma jadilah pengguna yang bijak. Pastikan kita activate siap-siap KAD DEBIT tu masa di Malaysia untuk mengelakkan bayar kos roaming. Malah kadar pertukaran KAD DEBIT MAYBANK paling bagus setakat saya di sana (RM1.00 = 0.89Riyal) dan caj per transaksi juga lebih murah berbanding kad kredit (RM12 per transaksi je) .

Oleh kerana caj tambahan yang dikenakan tetap per transaksi, lagi bagus kita keluarkan jumlah besar sekaligus (cth: 1,000Riyal dalam 1x transaksi) daripada kita keluarkan sikit-sikit banyak kali (cth: 250Riyal sebanyak 4x transaksi). Kes kedua akan dikenakan servis caj 4kali ganda, banyak beza tu

Nota kaki: saya tak try guna kad debit bank lain semasa di sana, jadi kalau awak nak guna kad ATM selain Maybank, double check dulu dengan customer service semasa di Malaysia ye

Selain tu, bawa la jugak KAD KREDIT. Cucuk duit guna kad kredit memang lebih mahal cajnya, namun dia ada satu kelebihan berbanding kad debit iaitu awak boleh keluarkan duit Riyal LEBIH daripada duit yang awak miliki dalam bank sekarang.

Contoh: sekalipon awak hanya ada RM200 dalam bank di Malaysia, awak tetap boleh keluarkan 1,000Riyal (asalkan kadar maksimum kad kredit tu belum dicapai). Ini sangat membantu kalau ada emergency. Omputih kata just in case something happens and you need money, boleh la guna kad kredit tu, huhu

Saya harap perkongsian kali ni bermanfaat untuk semua. Jangan lupa baca Part 2 nanti ye 😊

Ikhlas dari sahabat emas anda,