Tag

emas

Browsing

Salam sejahtera,

Semoga kita semua sentiasa sihat dan maju ke hadapan, banyak lagi impian yang perlu kita kejar dan usahakan, tak gitu? Harini saya fikir saya nak share dengan awak semua tentang kisah bagaimana saya mula menulis. Bukan apa, mana tau kot-kot boleh bagi motivasi kat golongan muda untuk berani buat sesuatu yang belum pernah dicuba sebelum ni 💪

Asalnya menulis ni bukan hobi saya pon. Saya ni sebenarnya lebih gemar membaca, sebab saya suka tambah pengetahuan dan suka cedok pengalaman serta rahsia kejayaan orang lain. Ini banyak membantu saya terutamanya ketika menyelesaikan masalah atau membuat keputusan yang penting dalam hidup.

Datangnya gerak hati untuk menulis..

Ketika saya baru habis belajar tahun 2014 dulu, saya sangat naive bab-bab kewangan dan pelaburan. Oleh kerana lama menganggur, saya manfaatkan masa tu untuk membaca buku dan pergi kelas berkaitan kewangan sebagai persediaan sebelum bekerja. Mujurlah begitu, hasilnya saya bernasib baik kerana ‘terselamat’ daripada masalah kewangan yang selalu memerangkap graduan muda seperti:

  1. Baru mula kerja dah terus ‘angkat’ kereta import. Pastu mula la semput nak bayar ‘kos membela’ kereta mewah. Tak sampai setahun terpaksa jual murah-murah.
  2. Setiap kali masuk gaji terus menjoli sampai licin, macam naik hantu.
  3. Simpanan kecemasan singgit pon takde. Kalau ada emergency, guna kad kredit je hujahnya.
  4. Selamba mengambil komitmen kewangan jangka panjang tanpa memahami apa kebaikan dan implikasinya (contoh: personal loan, premium takaful, etc).
  5. Dan lain-lain

Saya fikir: “Alangkah eloknya jika saya boleh share tentang tip kewangan SEBELUM mereka dah mula bergelumang dalam masalah tu. Banyak manfaatnya dan besar pahalanya inshaAllah”. Namun saya jadi was-was juga. Banyak persoalan yang timbul. Antaranya:


Bisikan 1: Layak ke saya nak share dengan orang ramai tentang kewangan? Saya bukannya pakar pon.

Persoalan ni acap juga mengganggu fikiran saya. Biasa la tu, semua orang ada ‘suara-suara kecil’ yang jika dilayan jawabnya tak ke mana la kita. Jika awak semua perasan, penulisan saya lebih kepada ‘perkongsian pendapat dan pengalaman’, dan bukannya dalam bentuk ‘analisis pakar’. Jadi bila saya menulis, saya tak la rasa inferior sangat, kongsi pendapat je kann 😁

Lagipon, saya memang ada kelulusan sebagai Unit Trust Consultant dan Private Retirement Consultant yang berdaftar dengan FIMM. Saya juga Authorised Dealer dan Speaker berdaftar dengan syarikat Public Gold. Jadi sebenarnya ada je ‘isi’ dalam penulisan saya harapnya hehe

Nampak macam seorang pakar kewangan yang sedang berucap?
Sebenarnya orang biashe2 kongsi pengalaman dan pendapat je ni hihi 😋

Bisikan 2: Boleh ke saya menulis? Saya hanya pernah menulis masa student dulu je, tu pon karangan biasa dan assignment berbentuk fakta.

Oleh kerana saya banyak membaca buku, saya perhati ada pelbagai style penulisan. Lain penulis lain la teknik ‘mengayat’nya. Bab menulis ni saya memang tak pandai sangat. Tak pandai buat ayat catchy yang viral, tak pandai nak hurai benda kompleks supaya jadi simple, tak pandai nak bersastera, dan serba-serbi lagi tak pandai. Jadi saya pilih style menulis yang paling senang iaitu BERCERITA. Kelemahannya ialah banyak bahasa rojak dan bercampur-campur bahasa. Pedulikan.. janji boleh menulis, huhu

Banyakkan membaca untuk belajar ‘gaya’ penulisan orang lain

Bisikan 3: Ada ke orang yang dapat manfaat dari penulisan saya? Diaorang suka ke baca entry saya?

Masa mula-mula nak try menulis dulu, saya buat satu group wasap yang ahlinya kawan-kawan saya yang berminat bab kewangan. Jadi saya cuba test power dalam group kecik ni je dulu. Dari segi pengisian, feedback yang saya dapat agak bagus. Dari segi cara penyampaian, memang banyak la kelemahannya haha

Masa baru nak start dulu, saya practice menulis sambil berseloroh dengan kawan dalam wasap group jee..

Sebenarnya, tak perlu risau sangat pon tentang ‘tahap kesukaan’ pembaca. Be yourself, tulis je apa-apa yang bermanfaat dengan gaya tersendiri. Pelan-pelan kita akan tarik audience yang ‘sebulu’ dengan kita, ye tak?

Zaman sekarang ni kita hanya perlu google je apa-apa topik yang kita minat, nanti keluar la senarai panjang nama website yang berkaitan. Dalam banyak-banyak website tu, tentu ada beberapa yang kena dengan apa yang kita cari, dan penulisannya juga kena dengan jiwa kita. Dah tentu kita akan follow penulis tu bukan? Website yang lain tu bukannya tak bagus, cuma kita tak berkenan je. Begitu juga orang lain yang membaca hasil penulisan kita. Jika dia suka gaya kita, dia akan like dan follow kita. Jika tidak, mereka sambung cari website lain di google. Simple as that..! 😬

Bisikan 4: Susahnya nak cari idea untuk menulis, patut ke saya tulis semua benda yang terlintas di fikiran?

Sambung cerita tadi, berbekalkan semangat just do it, saya mula aktif menulis di blog dan FB page berkenaan tema personal finance. Rupanya bukan mudah nak menulis ni. Betul orang kata yang kita takkan dapat lakukan sesuatu secara sempurna at first time. Kita akan banyak buat silap dan belajar daripadanya.

Antara kesilapan utama saya dulu ialah saya TAK FOKUS pada satu-satu topik. Kononnya saya nak tulis semua isu termasuk simpanan, pelaburan, wasiat, takaful, emas, pinjaman, saham, unit trust, hartanah dan banyak lagi. Masa tu saya menulis di website celik-kewangan.com.

Bila bercampur-baur gini, kepala saya pon jadi pening. Harini nak tulis pasal wasiat ke pasal takaful? Esok nak share pasal emas ke pasal unit trust? Tulat nak komen tentang pasaran saham ke pasaran hartanah? Minggu depan nak rekomen produk hibah ke produk SSPN i-Plus? Sakit kepala..

Akhirnya saya pon hilang minat dan tak konsisten menulis.. Lagipon mana ada orang search semua benda sekaligus gitu, kita akan search SATU TOPIK je pada satu-satu masa.. kurang menarik kalau kita buat blog rojak gitu..

Dalam kenangan: celik-kewangan.com

Jadi saya pon bermuhasabah. Saya tanya diri sendiri, apa sebenarnya topik kewangan yang PALING SAYA SUKA dan saya boleh menulis tentangnya tanpa jemu. Dan saya jumpa jawapannya iaitu EMAS. Maka lahirlah blog emasdulukiniselamanya.com 🌠

Kini setiap masa penulisan saya fokus kepada emas je. Omputih kata: “Keep It Super Simple (KISS)”. Cuma sekali-sekala saya selitkan juga sharing tentang aspek kewangan yang lain dan kisah kehidupan, boring jugak kalau takde perkongsian lain ye tak? Huhu

Bisikan 5: Macam takde orang baca je blog ni, perlu ke saya sambung menulis lagi?

Antara benda paling mengecewakan ialah apabila kita ‘tak nampak’ faedah dari penulisan kita. Bukan apa, takde orang komen, takde orang pm tepi, takde orang like. Kita pon tertanya-tanya, “Ada orang baca tak blog ni sebenarnya?” Huhu.

Masa awal penulisan, tak dinafikan kadang-kadang tu kita syok sendiri je sebenarnya.. Maksudnya, belum ada orang baca pon penulisan kita tu 😂 Saya guna ayat belum ada sebab suatu hari nanti ada la tu orang yang akan baca, suka dan dapat manfaat dari penulisan kita.

Saya ada mengenali seorang penulis blog dan buku kewangan yang terkenal di Malaysia. Terkejut juga saya bila dia bagitau yang 2 TAHUN dia jadi penulis blog yang ‘syok sendiri’ sebelum hasil tulisannya dapat perhatian orang 😯

Sebenarnya kita sendiri tentukan sama ada kita nak sambung menulis atau tak, terutamanya blog yang dikenakan bayaran tahunan. Saya sendiri akan terus menulis kerana saya percaya jika penulisan saya dapat memberi inspirasi, mendidik dan membaiki kewangan orang lain, saya turut dapat faedahnya di dunia dan di akhirat inshaAllah..

Tahun pertama saya menulis blog, kebanyakan harinya TIADA viewer langsung. Sekarang dapat la jugak dalam 5 hingga 15 orang sehari 😅

Penutup

Akhir kata, hidup ini satu pilihan. Tiada sesiapa yang menyuruh atau memaksa kita untuk menulis kan? Namun, sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Dan penulisan ialah salah satu cara untuk berbuat demikian 😊

P/S: saya ingin refurbish blog emasdulukiniselamanya.com, jadi website ni akan down untuk beberapa hari pada bulan Februari ni ye.

Ikhlas dari sahabat emas anda,

Salam sejahtera semua,

Harini saya nak share tentang salah satu fungsi emas yang ramai orang tak tahu atau tak perasan. Selalu bila sebut tentang emas, kita hanya fikirkan barang kemas dan emas jongkong, tak gitu? So.. harini jom kita tengok kegunaan emas yang lain iaitu sebagai bahan mentah dalam industri pembuatan dan teknologi.

Zaman sekarang ni kita tak boleh lari dari penggunaan gajet, kan? Semua orang mesti ada guna handphone, tab atau laptop sama ada untuk kerja atau hiburan seperti update status di media sosial. Bila pulang ke rumah pula, mesti ada guna pelbagai alat elektronik yang lain seperti television, komputer, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.

Awak tahu tak sebenarnya alat elektronik yang kita guna tiap-tiap hari ni perlukan sedikit EMAS dalam pembuatannya. Mungkin tak banyak, tapi sifat emas sebagai logam konduktor yang lasak dan tahan hakisan membuatkannya bahan mentah yang tiada gantinya dalam gajet berteknologi tinggi.

Sebagai contoh, harini saya nak cerita tentang 5G iaitu teknologi rangkaian internet berkelajuan tinggi yang bakal menggegar dunia dalam masa beberapa tahun akan datang. Tonton video tentang 5G di bawah:

Seperti yang anda dah lihat, perkembangan teknologi 5G memerlukan pembinaan infrastruktur baru seperti ‘menara pencawang’ yang mampu support teknologi 5G. Tujuan saya share tentang penggunaan emas dalam industri dan teknologi ni supaya awak boleh bayangkan peningkatan NILAI emas pada masa hadapan.

Macam contoh di atas, pembinaan menara-menara 5G tentunya akan menggunakan bahan mentah seperti EMAS dalam kuantiti yang banyak. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan logam EMAS. Dan ini seterusnya akan menaikkan harga EMAS dunia dalam jangka masa panjang 😁

Istimewa kan logam emas. Permintaan untuk emas akan sentiasa naik seiring dengan pertambahan populasi manusia di dunia ni. Sebab tu simpan EMAS ni sangat berbaloi, nilainya akan sentiasa naik. Sebaliknya berlaku bila kita simpan wang kertas, yang mana nilainya akan dihakis inflasi setiap tahun.

Jika anda tak pasti bagaimana nak simpan emas, saya boleh bantu.

Ikhlas dari sahabat emas anda,

Salam sejahtera semua 🙂

Harini terdetik di hati saya nak berkongsi cerita tentang INFLASI. Inflasi ni macam musuh dalam selimut, belum sempat kita elak sedar-sedar dia dah tikam kita dari belakang. Sebab tu penting untuk kita semua faham apa itu inflasi dan cara nak lindungi kekayaan kita dari inflasi.

Inflasi ialah HAKISAN NILAI pada duit yang menyebabkan kenaikan harga barang. Nak senang faham, boleh bandingkan nilai Ringgit Malaysia masa zaman kita kecik-kecik dulu dengan sekarang. Kalau dulu bawa RM50 ke supermarket boleh beli barang penuh troli, tapi skarang nak beli susu dan pampers anak pon tak lepas..! 😞

Inflasi akan terus berlaku selagi tu kita guna duit kertas yang senang dimanipulasi. Nak tau macam mana matawang dimanipulasi? Camni.. Individu biasa macam kita, bila tak cukup duit kita kena pergi kerja untuk hasilkan pendapatan, betul? Kalau kita tak jana pendapatan lebih, kita takkan dapat tampung keperluan hidup kita.. Takde cara lain melainkan kena kerja, betul?

Tapi ada satu entiti yang tak terikat kepada syarat ni iaitu KERAJAAN. Fikir camni, katakan kerajaan sesebuah negara takde duit dan mereka gagal jana pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan negara, takkan mereka nak ‘shut down‘ terus semua fasiliti dalam negara? Takkan mereka nak tutup semua hospital, siapa nak rawat rakyat yang sakit nanti? Takkan mereka nak tutup semua balai polis, siapa nak tangkap penjenayah? Takkan mereka nak tutup semua sekolah, mana kanak-kanak nak pergi belajar?

Dipendekkan cerita, jika sesebuah negara gagal menghasilkan pendapatan yang cukup untuk tampung semua keperluan negara, kerajaan perlu buat sesuatu. Dan kerajaan ada satu ‘helah’ yang mereka boleh gunakan yang individu biasa macam kita tak boleh nak buat iaitu.. Jika mereka takde duit, mereka boleh CETAK duit kertas lebih dari sepatutnya untuk cukupkan keperluan negara 🤥

Ya, semudah itu. Tak cukup duit? Kita print lagi banyak duit dan guna duit tu untuk bayar gaji pegawai kerajaan serta bil-bil fasiliti kerajaan. Genius..! Agak-agak la kan, duit yang dicetak lebih pada sepatutnya tu ADA NILAI ke? Tentulah TIDAK, duit tu hanyalah kertas semata-mata 😰

Bila lama-lama buat gini, agak-agak apa akan terjadi? Saya pasti awak dah dapat teka.. Bila duit kertas dimanipulasi begini untuk jangka masa yang lama, matawang tu akan merudum NILAINYA. Dalam erti kata lain, inflasi akan berlaku. Cuma ada negara yang lebih extreme inflasinya berbanding yang lain. Saya bagi contoh satu kajian kes yang terkini iaitu matawang Venezuela iaitu ‘bolivar’.


Kajian kes: Kos cetak duit bolivar lebih MAHAL daripada nilai duit tu sendiri..

Venezuela ialah negara yang kaya dengan sumber petroleum dan gas, yang menjadi sumber pendapatan utama untuk negara mereka. Sekitar tahun 2008-2014, harga minyak mentah dunia setinggi $100-$140 per barrel dan negara Venezuela kaya-raya hasil keuntungan jualan minyak ke seluruh dunia.

Bila ada banyak duit gitu, kerajaan Venezuela guna sebahagian besar kekayaan tu untuk naik-taraf infrastruktur kerajaan dan projek sosial (Nota: kerajaan Venezuela berfahaman sosialisma). Perbelanjaan kerajaan naik dengan banyak bila kerajaan ‘upgrade’ semua fasiliti ni. Ye la kan, bila beli infrastruktur mahal yang canggih-canggih, kos ‘membela’ infrastruktur ni pon akan naik. Silapnya kerajaan Venezuela terlampau mengharapkan kepada satu sumber pendapatan, dan mereka tak guna kelebihan masa senang ni untuk bina sumber pendapatan yang lain..

Selepas waktu senang, datang la waktu susah.. Pada tahun 2014, harga minyak mentah dunia jatuh menjunam hingga paras terendah sekitar $40 per barrel iaitu penurunan sekitar 70%. Bayangkan kalau tiba-tiba gaji kita dipotong sebanyak 70%, tak ke menggelabah kita dibuatnya? 🥶 Itulah yang berlaku kepada Venezuela. Pendapatan negara terjun gaung, sedangkan kos nak ‘menggerakkan’ negara sangat tinggi. Duit tak cukup, dan sumber pendapatan selain petrol tak mampu nak tampung keperluan negara.

Solusinya? Kerajaan Venezuela pilih untuk MENCETAK lebih banyak ‘bolivar’ dari sepatutnya dan guna duit kertas ‘fotostat’ ni untuk menggerakkan negara.. 😖 Apa terjadi ialah satu keadaan HYPERINFLASI yang menyebabkan nilai bolivar jatuh merudum. Kadar inflasi di Venezuela bakal mencecah 1,000,000% akhir tahun ni menurut IMF..! Bandingkan kadar inflasi menggila ni dengan kadar inflasi di Malaysia iaitu sekitar 3% setahun je.. Senang cerita, matawang bolivar ibarat dah takde nilai. Sekarang kos untuk mencetak duit bolivar tu lebih mahal daripada duit bolivar tu sendiri.. huhu 

Sebahagian rakyat Venezuela kembali kepada sistem transaksi kuno iaitu barter disebabkan krisis matawang bolivar

Antara pengajaran yang kita boleh ambil daripada cerita kejatuhan ekonomi Venezuela ni ialah:

1. Jangan percaya 100% kepada duit kertas. Simpan sebahagian harta kita dalam bentuk logam berharga iaitu emas. Tidak seperti duit kertas, emas fizikal tak boleh dimanipulasi dan tak boleh dicetak, satu-satunya cara nak memiliki emas fizikal ialah melalui perlombongan, kena korek dan keluarkan emas tu dari perut bumi. Sebab tu emas KALIS INFLASI.

2. Jangan harapkan pada satu sumber pendapatan sahaja. Bina juga sumber pendapatan kedua dan ketiga. Jika kita dibuang kerja atau tak boleh nak sambung kerja utama kita, paling kurang kita boleh tampung kehidupan melalui sumber pendapatan yang lain. Takde la kita dan keluarga terpaksa berhutang dengan orang lain atau mengemis di jalanan..

3. Jangan lupa diri ketika senang, kawal perbelanjaan dan bina dana kecemasan sebagai persediaan untuk hadapi sebarang bencana.

Akhir kata saya harap awak semua belajar sesuatu dari penulisan kali ini. Silakan share ye. Jika anda mahu simpan emas fizikal tapi tak tahu caranya, boleh call/wasap saya direct 🙂

Ikhlas dari sahabat emas anda,