Salam sejahtera dan selamat menyambut tahun 2020,

Apa khabar awak semua? semoga sihat dan bahagia sentiasa. Syukur kita diberi kesempatan untuk menyaksikan kejayaan negara mencapai Wawasan 2020, selepas 30tahun Perdana Menteri memperkenalkan visi dan misi beliau tentang masa depan Malaysia kepada kita. Sungguh jauh pandangan beliau kan..

Kita pon kena la macam tu, bayangkan diri kita 30 tahun akan datang. Adakah kita akan sama je seperti sekarang atau jauh lebih baik? Ingat, bukan mudah nak membaiki diri. Kesenangan dan kebahagiaan yang kita idamkan 30tahun akan datang bergantung kepada apa yang kita usahakan hari ini.

Sempena tahun baru, sematkan azam baru yang baik-baik. Kenangan tak best pada tahun-tahun yang lepas tu jadikan sempadan, kenangan yang indah jadikan motivasi dalam diri. Orang dulu-dulu kata, buang yang keruh ambil yang jernih..


Pengalaman manis takkan dilupakan

Sebut pasal kenangan manis ni teringin la pulak saya nak cerita tentang pengalaman saya menang emas percuma baru-baru ni 😍 (Ogos 2019)

Goldbar 0.5gram LBMA versi SWING

Bagi yang tak tahu, salah satu faktor bestnye simpan emas Public Gold ialah sebab syarikat Public Gold amat pemurah. Selalu je diadakan promosi atau lucky draw yang melibatkan hadiah dalam bentuk emas, serendah goldbar 0.5gram dan sebesar 20gram goldbar. Malah sekali sekala ada juga cabutan bertuah lain seperti hadiah iPhone dan pakej umrah tau (hadiah teristimewa stakat ni).

So.. ceritanya masa bulan November 2018, Public Gold telah buat promosi untuk mereka yang buat pembelian emas secara automatic setiap bulan menggunakan Standing Instruction, iaitu setiap RM100 akan diberikan satu tiket lucky draw. Cabutan akan dilakukan setiap bulan dan mereka yang bertuah bakal mendapat hadiah emas percuma 0.5gram hingga 5gram goldbar.

Video promosi Standing Instruction 2018

Jadi, saya pon turut sama join menyimpan secara ‘Standing Instruction‘ bermula bulan December 2018 hingga December 2019. Modal tak banyak pon, saya set RM100 untuk ditolak secara automatik dari akaun Maybank saya untuk pembelian emas GAP (Gold Accumulation Program). Ini melayakkan saya untuk mendapat 1tiket lucky draw setiap bulan.

Sebenarnya, saya tak mengharap sangat pon untuk menang hadiah emas percuma sebab jumlah potongan pon sikit je berbanding orang lain yang buat potongan bulanan yang lebih banyak (mereka akan dapat lebih banyak jumlah tiket lucky draw).

Namun, rezeki milik Allah, Dia-lah yang tentukan nak bagi rezeki kat siapa sahaja yang Dia mahu. Nak dijadikan cerita, untuk lucky draw bulan June 2019, nama saya tersenarai di antara pemenang goldbar 0.5gram. Alhamdulillah 🥰

Setiap bulan lucky draw dibuat untuk pilih pemenang 1keping goldbar 5gram, 10keping goldbar 0.5gram, dan hadiah lain. Rezeki saya dapat 0.5gram goldbar untuk bulan June 2019

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menang lucky draw emas dari Public Gold, sebelum ini pon saya pernah menang hadiah 0.5gram goldbar ketika hadir di salah satu seminar tajaan Public Gold pada awal tahun 2018

Dah la pergi seminar percuma, dapat pula lucky draw emas percuma. Alhamdulillah

Adakah anda pemenang emas percuma yang seterusnya?

Sepanjang 3tahun saya simpan emas bersama Public Gold, boleh saya katakan yang saya sangat happy dan berpuas hati. Produk emasnya sangat berkualiti. Seminar emasnya percuma. Dapat pula peluang menang EMAS PERCUMA. Dan dapat berkenalan dan belajar dengan sifu-sifu emas Malaysia.

Kini saya sendiri menjadi dealer dan speaker untuk Public Gold, aktif mengajak orang untuk simpan ASET EMAS yang tak pernah luput nilainya. Awak dah mula simpan emas? Jika belum, saya boleh bantu awak mula simpan emas hingga pandai inshaAllah 🙂

Ikhlas dari sahabat emas anda,