Ada apa dengan ‘100gram’ emas?

Salam sejahtera,

Apa khabar awak semua? Semoga sihat-sihat sokmo. Saya harap kita semua terus-menerus simpan emas secara konsisten sampai kita miliki paling kurang 100gram emas. Saya selalu sebut tentang 100gram emas dalam blog dan ebook yang saya tulis. Harini teringin pulak nak cerita kenapa saya sangat OBSES dengan 100GRAM ni hihi 😁

Nombor 100 lambang ‘kesempurnaan’

Apabila kita bagi markah kat sesuatu, kita selalu sebut dalam bentuk PERATUS. Kalau kita bagi markah 50% untuk rekabentuk suatu rumah contohnya, maksudnya hanya separuh je design yang kena dengan taste kita. Jika kita bagi markah 100% maknanya design rumah tu memang cun melecun gitew.

Begitu juga menyimpan emas ni, anggap la macam satu ujian. Dah namanya pon ujian, takkan la kita nak puas hati dengan markah 1% je ye tak? Mesti la kita nak dapat markah sempurna 100%.

Andaiannya camni, 1gram emas yang awak simpan tu ibarat markah 1%. Jika awak dah ada 10gram emas, anggap la awak dah capai 10%. Agak-agak macam mana nak score markah perfect dalam ujian ni? Teruskan menyimpan hingga awak ada 100gram EMAS, maknanya awak dah capai markah tertinggi sebanyak 100%. Mudah je kan? 😉

Jadikan 100gram emas ‘benteng kewangan’

Zaman sekarang ni penuh dengan cabaran dan risiko. Nak beli rumah kena cari yang paling kurang 3-tier security, baru boleh tido nyenyak malam-malam. Nak beli kereta kena cari yang 5-star safety rating, baru rasa konfiden nak jalan jauh. Bukan apa, malang ni tak berbau. Buat apa nak ambil risiko yang membahayakan nyawa sedangkan ada pilihan untuk bina ‘benteng’ yang lebih baik? Tak gitu?

Awak mesti nak tanya apa kaitannya dengan emas, ye tak? 😋 Sebenarnya kita ni tak pernah bebas dari risiko KEWANGAN. Bila-bila masa je tragedi boleh berlaku dan selalunya masa tu kita kena guna duit yang banyak sekaligus. Kena buang kerja, hilang punca pendapatan, kematian suami/isteri, kereta rosak, ditimpa penyakit atau cacat kekal dan sebagainya. Ketika musibah berlaku, susah nak cari orang yang sanggup membantu. Akhirnya kita mengharapkan ‘benteng kewangan’ yang kita bina selama ni mampu bertahan hingga selesai masalah kita.

Selain polisi takaful, ‘benteng 100gram emas‘ akan banyak membantu kita. Nilai 100gram emas ketika penulisan ni lebih kurang RM20,000, cukup untuk dijadikan modal perniagaan kecil, atau dijadikan wang belanja sementara cari kerja baru, atau at least boleh elakkan kita dari mengemis atau berhutang dengan orang lain, huhu. Ayuh mula bina benteng 100gram emas harini.

Tak terlalu sikit, tak terlalu banyak

Saya nak bagi satu tip. Bila kita nak tetapkan matlamat kewangan, pastikan matlamat tu tak terlampau mudah sebab nanti potensi diri kita yang sebenarnya tak dapat digilap. Tapi jangan pula letak matlamat yang terlampau impossible, susah sangat nanti mudah putus asa pulak..

Bagi saya untuk memiliki 100gram EMAS tidaklah mudah dan tak juga susah, just nice je. Bergantung kepada pendapatan masing-masing, ada orang berjaya simpan 100gram emas dalam masa 10tahun, 5tahun, 1tahun, atau kurang dari tu.

Jika anda dari golongan have-have, saya cadangkan beli je terus 100gram emas segedebuk dan jadikannya salah satu aset dalam portfolio harta yang dimiliki. Jangan risau, duit anda tu ada, cuma bentuknya dialihkan dari kertas kepada EMAS 😊

Luaskan pintu rezeki kita dengan berzakat

Harta yang kita miliki perlu dizakatkan bila cukup ‘haul’ dan ‘nisab’, begitu juga dengan simpanan emas. ‘Nisab’ bagi simpanan emas ialah 85gram, dan ‘Haul’nya ialah 1tahun. Bila kita miliki emas sebanyak 100gram (lebih dari nilai nisab iaitu 85gram), kita mesti keluarkan zakatnya selepas setahun.

Ada orang yang ‘hilang semangat’ bila tahu simpan emas sebanyak tu perlu zakat. Katanya nak simpan emas sampai 80gram jee, supaya dapat mengelak dari keluarkan zakat emas tu. Heloo, saya nak tanya sikit ni, pernah ke korang jumpa orang yang bayar zakat jadi MAKIN MISKIN..? 🤔

Rebutlah peluang untuk luaskan lagi pintu rezeki kita. Mari simpan 100gram emas, dan mari keluarkan zakatnya bila sampai masanya. Kelak jangan terkejut jika tiba-tiba rezeki kita makin lama makin bertambah. Bukankah janji bantuan Allah bersama orang-orang bertaqwa? 😊

Awak dah ada 100gram emas?

Alhamdulillah, setakat ni saya dah bantu 10% dari client saya untuk miliki 100gram emas fizikal. Ada yang mula dari tangan kosong, ada yang pernah beli emas sebelum ni tapi tak konsisten, ada juga jenis yang memang dah ada duit dan nak simpan emas, cuma nakkan orang lain tolong ‘pujuk’ dan bagi motivasi je baru nak beli 😋

Tahniah adik ipar saya alihkan duit mas kahwinnya kepada 100gram GOLDBAR. Jika tak dialihkan kepada emas, duit tu akan habis ntah ke mana juga akhirnya nanti huhu..

Saya percaya awak juga boleh miliki 100gram EMAS 🙂 Jika anda perlukan seseorang untuk ‘tunjukkan jalan’, saya boleh bantu anda mula simpan emas dan beri bimbingan berterusan hingga berjaya inshaAllah

Ikhlas dari sahabat emas anda,