Emas Perhiasan

Membeli emas perhiasan (barang kemas)

 

Mungkin anda seorang wanita yang gemar memakai emas perhiasan. Atau mungkin anda seorang lelaki mencari cincin atau gelang emas sebagai hadiah kepada orang yang tersayang. Boleh kata hampir semua orang tentu akan membeli barang kemas paling kurang sekali sepanjang hidupnya, kan kan? Jika sebelum ni anda tak tahu mana nak beli barang kemas yang ketulenannya dipercayai, kini anda tak perlu gusar.

Anda boleh beli barang kemas 916 oleh PG Jewel (anak syarikat Public Gold) yang bukan hanya cantik, bahkan murah harganya. Ada banyak design cincin, gelang, subang, dan anklet yang moden dan paling trendy. Yang paling best tu anda tak perlu susah-susah keluar rumah, barang kemas yang anda beli tu akan dihantar terus ke rumah anda menggunakan courier (diinsuranskan sepenuhnya). Kiranya anda goyang kaki je la kat rumah sementara tunggu emas tu sampai hehe.

Barang kemas PG Jewel boleh dibeli dekat platform PG Mall iaitu salah satu platform beli-belah online seperti Lazada, 11street dan Shopee. Proses pembelian di PG Mall memerlukan kita daftar sebagai pengguna, pilih barang kemas yang diminati, buat pembayaran dan isi maklumat penghantaran (sebagaimana platform beli-belah online yang lain). Usah risau, saya akan tunjukkan step-by-step cara buat pembelian emas perhiasan PG Jewel untuk memudahkan anda.

 

Ikuti langkah-langkah berikut:

 

1. Daftar akaun percuma PG Mall sebagai shopper (pembeli) di sini. Lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah dan klik ‘Register Now‘. *Nota: jika anda ada akaun Public Gold sebelum ni, anda tak perlu daftar akaun PG Mall. Anda boleh login menggunakan PG Code dan password sedia ada.

 

2. Anda akan terima notis ‘pendaftaran berjaya’ macam bawah ni. Sekarang anda perlu buat pengesahan email sebelum akaun anda aktif sepenuhnya.

3. Periksa email anda dan buat pengesahan (validation). Klik ‘Confirm Email‘.

 

4. Kini akaun PG Mall anda sudah aktif dan anda boleh gunakannya untuk membeli di laman web PG Mall. Klik pada link log in.

5. Masukkan email dan password anda dan tekan ‘login‘.

6. Anda akan dibawa ke paparan utama website PG Mall. Antara barang yang dijual di PG Mall ialah produk runcit (seperti Nestle dan Mydin Store), produk elektronik (seperti Vivo), produk kesihatan (seperti Hubrix, Brands dan Ogawa) dan sebagainya. Oleh kerana kita nak beli barang kemas, kita kena cari kedai online PG Jewel. Tekan link ‘Official Store’ pada menu.

7. Taip ‘pg jewel’ pada ruangan carian dan anda akan nampak paparan seperti di bawah. Klik pada ruangan PG Jewel Gallery dan anda akan dibawa ke galeri jualan barang kemas 916

8. Sekarang anda boleh ‘cuci mata’ tengok semua koleksi barang kemas yang dijual di Galeri PG Jewel. Ada pelbagai barang kemas dijual seperti cincin, rantai, gelang, subang dan anklet dengan pelbagai design. Semua barang kemas ni dibuat dengan emas ketulenan 916 (22karat). Pilih mana-mana barang kemas yang anda berkenan dan klik pada gambar untuk baca perincian.

9. Di paparan seterusnya anda boleh lihat perincian barang kemas yang anda berkenan tu. Anda juga boleh pilih saiz dan jumlah barang kemas yang anda ingin beli. Tekan ‘add to cart‘.

10. Tekan ‘checkout‘ jika anda sudah selesai membeli

 

11. Sekarang anda dibawa ke paparan ‘CART’ dan boleh periksa balik barangan kemas yang telah anda pilih tadi. Jika ok, tekan ‘Continue‘. *Nota: Jika anda ada coupon atau voucher, boleh isi di ruangan kod kupon sekarang

12. Oleh kerana ini pertama kali anda membeli di PG Mall, anda perlu masukkan info Nama, Telefon dan Alamat tempat barang kemas tu akan dihantar. Tekan ‘Add New‘ dan borang seperti di bawah akan keluar. Isi hingga penuh dan tekan ‘Save‘.

13. Semak sekali lagi dan pastikan alamat shipping betul (barang kemas anda akan dihantar ke situ). Jika ok, tekan ‘Proceed to Checkout‘. *Nota: Barang kemas anda akan dihantar oleh courier servis DHL yang diinsuranskan sepenuhnya. Jadi usah risau barang kemas tu rosak atau hilang di tengah jalan, anda dilindungi 🙂

14. Anda akan dibawa ke paparan rumusan. Periksa balik item yang dibeli, jumlah bayaran dan alamat penghantaran. Pastikan betul dan puas hati. Kemudian baru klik pada cara bayaran iaitu FPX (online banking) dan tick pada kotak terma dan syarat. Jika ok, klik ‘Place Order

15. Seterusnya anda akan dibawa ke platform online banking. Pilih bank anda dan buat bayaran macam biasa (sama seperti pembelian di mana-mana website).

16. Siap..! Sekarang awak boleh goyang kaki kat rumah je sambil tunggu barang kemas awak tu sampai 🙂 *Nota: jika ada apa-apa masalah, boleh terus hubungi customer servis melalui telefon: 6011 – 1069 7916 atau email enquiry@pgmall.my