Salam sejahtera,

Baru-baru ni seluruh rakyat Malaysia yang layak telah membuang undi ketika Pilihan Raya Umum ke-15. Ini ialah tanggungjawab kita semua demi memilih pemimpin yang akan menerajui negara tercinta untuk 5 tahun yang seterusnya. Semoga wakil rakyat yang terpilih mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan amanah dan saksama.

Saya sendiri teruja kerana ini ialah kali pertama saya mengundi kerana tidak berpeluang berbuat demikian sebelum ini (ketika PRU-13 saya sedang belajar di Ireland, PRU-14 pula saya oncall). Walaupun saya tak berapa minat dan tak pandai komen bab politik, namun boleh saya katakan yang suasana politik di Malaysia memang menarik lately kerana tiada parti yang betul-betul dominan dan semuanya ada fair chance nak menang. Nampaknya rakyat Malaysia sudah semakin matang, educated, mampu berfikir secara rasional, dan mampu membuat pilihan secara adil tanpa perlu obsessed kepada mana-mana doktrin politik.

19 Nov 2022: Pengalaman first time celup jari/mengundi

Ada orang tanya saya pilih siapa? Jika parti politik yang dimaksudkan saya minta maaf kerana saya tak boleh nak share jawapannya (title di atas Clickbait je, undi itu rahsia kan.. 😋), namun jika EMAS yang dimaksudkan tanpa was-was saya boleh katakan yang undian saya telah diberikan kepada.. EMAS Public Gold..! ✨

Sebelum ini saya telah list down kelebihan Public Gold dari segi point-by-point (link), harini saya nak terangkan mengapa emas Public Gold masih relevant sekalipon kini terdapat banyak persaingan dari syarikat emas yang lain.


Persaingan itu sihat dan menguntungkan kita sebagai pengguna

Ketika saya mula-mula simpan emas dulu (iaitu pada tahun 2014), minda saya sebagai seorang millennial ialah saya mahu simpan emas dengan cara yang moden: iaitu proses pembelian dan jualan emas boleh dilakukan secara online menggunakan telefon pintar, SERTA boleh semak harga dan baki emas semasa dalam akaun bila-bila masa, DAN tak dibebankan dengan risiko memegang fizikal emas itu sendiri.

Ketika itu kebanyakan syarikat yang menyediakan servis begini (juga dipanggil Gold Investment Account) ialah institusi perbankan konvensional yang NON-shariah compliant. Hanya terdapat dua syarikat yang menyediakan servis Gold Investment Account yang shariah-compliant ketika itu iaitu Al-Rajhi Bank (Gold-i) dan Kuwait Finance House (Gold Account-i).

Oleh kerana Gold-i Al-Rajhi mengenakan caj simpanan tahunan dan tinggi susut nilainya (sekitar 20%), saya telah membuka Gold Account-i Kuwait Finance House (KFH) yang TIDAK mengenakan sebarang caj simpanan. Sehingga kini saya masih memiliki emas dalam akaun tersebut, dan sepanjang 10tahun ini boleh saya katakan pengalaman menyimpan emas dengan KFH sebagai average. Kelebihan KFH ialah susut nilainya yang kompetitif (5-7%) dan tiada caj simpanan. Namun kelemahannya ialah transaksi jual beli online hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat dan platform online banking-nya juga tak smooth macam bank lain.

Kuwait Finance House Gold Account-i (link)

Sebenarnya pada tahun yang sama, Public Gold juga telah melancarkan servis akaun Gold Accumulation Program (GAP) iaitu pada bulan July 2014, namun statusnya sebagai shariah-compliant hanya disahkan pada tahun 2017. Pada tahun itu juga saya telah membuka akaun GAP Public Gold dan mula menyimpan emas di situ pula. Jika dibandingkan dengan Gold Account-i KFH, jual/beli emas GAP lebih mudah kerana boleh dilakukan 24jam sehari, 365hari setahun (KFH office hour je boleh). Namun susut nilai Akaun Emas GAP lebih tinggi berbanding Akaun Emas KFH iaitu sekitar 8.5%.

Apa yang paling best dengan akaun GAP ialah syarikat Public Gold sentiasa upgrade system-nya dan sentiasa melakukan penambahbaikkan berdasarkan feedback pengguna dan teknologi semasa. Jika dulu nak access akaun GAP hanyalah melalui website, kini sudah ada aplikasi telefonnya yang tersendiri. Jika dulu semua pembayaran dilakukan secara online transfer atau manual, kini pembayaran boleh dilakukan secara terus menggunakan FPX tanpa caj tambahan. Jika dulu pengeluaran emas fizikal hanya dilakukan di cawangan Public Gold, kini emas tersebut boleh di-pos ke rumah menggunakan servis Gold-In-Transit. Jika dulu nak pajak emas GAP memang MESTI keluarkan emas dari akaun terlebih dahulu, kini tak perlu dah kerana servis Ar-Rahnu disediakan secara online. Jika dulu semua permasalahan kena hubungi staf cawangan, kini any problem boleh chat dengan Harri (virtual assistant) di website dan masalah kita akan diselesaikan segera. Jika dibandingkan dengan sistem KFH yang masih berada di ‘takuk lama’, sistem Public Gold memang dah banyak upgrade semenjak saya mula menyimpan emas GAP 6 tahun yang lalu. Kudos!

Akaun GAP Public Gold sentiasa di-upgrade dari semasa ke semasa

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Semenjak berlakunya ‘Gold Rush’ sekitar tahun 2019-2020, saya lihat berlaku kenaikan yang mendadak dari segi jumlah syarikat yang menyediakan servis Akaun Emas patuh shariah di Malaysia. Jika dahulu Gold Investment Account patuh shariah hanya ditawarkan Bank Al-Rajhi dan KFH, kini bank-bank lain turut sama jump in the bandwagon seperti Bank Muamalat (Muamalat Gold-i), Maybank Islamic (MIGA-i), dan Affin Islamic (Affin Emas-i). Jujurnya, saya tiada personal experience dengan mana-mana Akaun Emas ini jadi susah nak komen. Pada hemat saya, jika awak mahu buka mana-mana akaun, pastikan TIADA caj simpanan dan susut nilai <10% barulah berbaloi.

Selain syarikat perbankan, saya lihat banyak syarikat lain yang turut sama menyediakan servis Akaun Emas. Saya sering ditanya persoalan seperti “Bagus tak kalau saya buka Akaun Emas ABC?” atau “Apa kelebihan simpan dalam Akaun Emas XYZ?”. Jujurnya jawapan yang saya berikan adalah sama seperti di atas tadi iaitu: Saya tiada personal experience dengan mana-mana Akaun Emas ini jadi susah nak komen. Lagipon saya suka persaingan yang sihat dan tak suka condemn mana-mana pihak.

Namun selepas melihat bermacam-macam kekeliruan dalam kalangan client saya sendiri, saya rasa elok juga saya bagi komen sepatah. OK nombor satu sekali, jika sesiapa datang kat kita dan ajak beli emas syarikat tertentu untuk dapatkan DIVIDEND atau PASSIVE INCOME atau HIBAH, silakan lari sejauh mungkin kerana itu ialah Skim Cepat Lingkup Bertopengkan Emas.

Lari jauh-jauh kalau nampak advert macam ni

Seterusnya ada member saya tanya tentang HelloGold. Oleh kerana platform tersebut mengenakan Annual Administrative Fee sebanyak 2% setahun, bagi saya platform lain yang tidak mengenakan sebarang caj tahunan lebih menarik. Ada juga yang bertanya tentang Quantum Metal. Melihat kepada produk Gold Convert Account dan Gold Asset Enhance yang ditawarkan, saya rasa mungkin platform tersebut lebih sesuai untuk mereka yang ingin melabur emas secara agresif menggunakan leverage (bahasa lain: hutang). Bagi mereka yang konservatif (macam saya) yang menyimpan emas sikit-sikit slow and steady guna duit cash yang ada di tangan, takpe je kalau tak guna platform ni pon.

Kemudian ada juga akaun Uncang Emas dari KABGold yang sistem-nya mirip Akaun GAP, mungkin kerana CEO syarikat tersebut merupakan Dealer Public Gold pada asalnya, saya sendiri pernah bergambar dengan beliau di salah satu seminar percuma dianjurkan Public Gold 😊 (link). Selain itu ada juga yang sebut-sebut tentang akaun emas Goldina. Bila saya cuba research, website dan app emas-nya TAK dijumpai, bila tengok posting facebook/twitter pon macam dah outdated kerana TIADA posting terkini, maybe dah ‘gulung tikar’ kot. Sebab tu saya prefer simpan emas dengan syarikat yang dah well established, fikiran lebih tenang dan tak takut ditipu atau syarikat jatuh bankrap. Public Gold sendiri sudah lebih 15tahun beroperasi dalam perdagangan emas dan TIADA seorang pembeli emas pon yang bayar namun tak dapat emasnya. Trusted and strongly recommended 👍.


Akhir kata..

Setelah hampir 10 tahun menyimpan emas dalam Gold Account-i KFH dan 6 tahun dalam Akaun GAP Public Gold, boleh saya katakan yang tiada platform yang sempurna kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri (macam parti politik juga la kan?). Sekiranya kita berjaya jumpa platform yang menepati peribadi dan matlamat kewangan kita (bahasa mudah: kena dengan jiwa), maka tak perlu pon terikut-ikut orang lain yang mungkin mempunyai matlamat kewangan yang berbeza dengan kita. Akhir kata, sempena demam PRU-15 undian saya telah diberikan kepada:

Ikhlas dari sahabat emas anda,