Salam sejahtera,

Semoga awak semua sihat sentiasa. Harini saya nak sambung perkongsian tentang Cashflow Quadrant. Saya ingin bagi satu contoh bagaimana kita boleh beralih dari satu quadrant ke quadrant yang lain secara sistematik. Jika anda belum baca bahagian yang pertama, elok go through yang tu dulu (link) supaya mudah nak faham penulisan kali ni.

The Quadrant

Perkara pertama yang kita nak buat harini ialah lukis ‘Cashflow Quadrant’ yang dimaksudkan dan letakkan 4 kategori sumber pendapatan (Employed, Self Employed, Business Owner dan Investor) di quadrant masing-masing. Employed dan Self Employed diletakkan di bahagian KIRI, manakala Business Owner dan Investor diletakkan di bahagian KANAN.

Kebanyakan orang akan memulakan kerjayanya di sebelah KIRI, kemudian slow-slow beralih ke sebelah KANAN apabila sudah ada pengalaman dan modal. Namun ada juga yang tetap kekal di sebelah KIRI selama-lamanya. Se-eloknya kita mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang berada di sebelah KANAN. Mengapa saya kata begitu? Nanti saya huraikan.


Semua Orang Bermula Sebagai Kuli (Makan Gaji)…

Seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan orang akan memulakan kerjayanya di sebelah KIRI dahulu iaitu di quadrant EMPLOYED. Logiknya sebaik tamat belajar tentunya kita mahu cepat-cepat cari kerja kan? Tujuannya ialah: 1) GAJI (perlu duit untuk perbelanjaan dan simpanan), 2) PENGALAMAN (boleh belajar dari mereka yang dah lama dalam bidang). Saya bagi satu contoh yang mudah:

Ahmad ialah seorang graduan jurusan culinary. Dia memulakan career-nya sebagai seorang tukang masak di restoran mamak milik jirannya. Pada peringkat awal gajinya tak seberapa namun tak mengapa kerana perbelanjaannya rendah dan tiada tanggungan. Lagipon apa yang lebih penting baginya sekarang ialah peluang untuk menggilap kemahirannya di bawah pemerhatian jirannya.

Pengalaman bekerja dengan orang ni berbeza-beza, ada yang best dan ada yang depressing. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis bos, kerjasama rakan sekerja, tahap gaji, career advancement dan sebagainya. Sekiranya tempat kerja best, ramai yang sanggup berbakti sampai pencen. Sekiranya tidak, ramai yang lari. Mereka akan ‘lompat’ kerja, dan terus ‘melompat’ sehingga jumpa tempat kerja yang selesa yang boleh dijadikan comfort zone. Walaupun ‘nampak power’ kerana pernah bekerja di banyak syarikat, namun hakikatnya mereka hanya ‘melompat’ di quadrant yang sama iaitu EMPLOYED kerana masih berstatus ‘kerja dengan majikan’.

Selepas bekerja selama 4bulan di kedai mamak milik jirannya, Ahmad mengambil keputusan untuk berpindah ke ibu kota untuk bekerja sebagai tukang masak di kedai masakan western. Ahmad tiada masalah bekerja di tempat lamanya namun dia inginkan kelainan dan mahu belajar sesuatu yang baru. Jika sebelum ini dia bertugas memasak Nasi Briyani dan Roti Canai, kini dia berpeluang belajar memasak menu western seperti Chicken Chop dan Lamb Grill.

Tidak lama selepas itu, Ahmad terus ‘melompat’ ke tempat kerja yang lain untuk meraih lebih banyak pengalaman. Dalam tempoh 3tahun yang seterusnya, Ahmad sudah try bekerja di restoran sushi, bakery store, kedai masakan thai, coffee shop, dan yang terkini dia bertugas sebagai junior chef di sebuah hotel 5bintang. Tempat kerjanya sekarang merupakan satu ‘comfort zone’ untuknya kerana gaji lumayan, kerja tidak membebankan, serta berpeluang untuk menyediakan ‘hidangan 5bintang’ di bawah seliaan mentornya iaitu ketua chef di hotel berkenaan.

Walaupun sering bertukar tempat kerja, hakikatnya Ahmad masih berada dalam quadrant yang sama iaitu EMPLOYED, kerana statusnya sebagai ‘kuli orang’ (kerja untuk majikan) masih tidak berubah

Perjalanan Seorang Tukang Masak Merentasi Quadrant

Apabila kita berada dalam comfort zone, besar kemungkinan kita akan stay di tempat kerja yang sama sehingga bersara. Cuma bekerja dengan orang ni ada limitasinya. Kita perlu kerja ikut protokol, tak boleh nak guna cara tersendiri mengikut kreativiti. Kerja pula ada masanya, kena punch in and out, tak boleh nak datang lambat atau balik awal sangat meskipon tugasan haritu berjaya diselesaikan awal. Bekerja dengan orang ni gaji dah fixed. Memang susah nak tambah pendapatan melainkan ditambah juga bebanan kerja dan tanggungjawab. Limitasi ini berterusan selagi kita masih berada dalam quadrant EMPLOYED. Kadang-kadang perasaan ‘terkongkong’ ini menghalang kita dari merasai kemanisan kerjaya kita.

Kadang-kadang ada juga mereka yang sebelum ini berada dalam zon selesa, namun sesuatu berlaku yang menyebabkan mereka ‘terkeluar’ daripada comfort zone tersebut, contoh: 1) baru berkahwin dan suami tak benarkan kerja long-hours, 2) ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan waktu kerja flexible untuk menjaga mereka. Atas sebab-sebab ni, ada antara mereka yang dah lama EMPLOYED mengambil keputusan untuk bekerja sendiri, iaitu beralih ke quadrant SELF-EMPLOYED. (Nota: perkataan ‘sesuatu berlaku‘ di atas di-highlight kerana untuk kebanyakan orang, ini ialah Big Why yang memaksa mereka mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja).

Namun kerja sendiri ni ada limitasi-nya juga. Bukan apa, semua kerja kita perlu buat. Jika kita sakit atau cuti, takde siapa yang boleh menggantikan tempat kita, maksudnya tiada pendapatan untuk kita hari tu. Sekiranya ada kecemasan yang memerlukan kita ‘bercuti panjang’, kita terpaksa mengorek duit simpanan untuk terus survive. Itu kalau ada tabung simpanan lah, kalau takde memang nahas. Sebab itu-lah kalau boleh kita taknak lama dalam quadrant SELF-EMPLOYED ni, sebaiknya mahu upgrade ke quadrant BUSINESS OWNER secepat mungkin.

Setelah hampir 3tahun berada dalam ‘comfort zone’, Ahmad mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebenarnya Ahmad ok je bekerja sebagai chef di hotel 5bintang, namun baru-baru ni dia diuji dengan kelahiran seorang anak OKU (orang kurang upaya) yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Memikirkan masa depan keluarganya, Ahmad mengambil keputusan untuk balik ke kampung halaman dan memulakan perniagaan kedai makan di situ. Ini membolehkan dia dan isterinya bekerja secara flexible, serta berdekatan keluarga just in case bantuan mereka diperlukan.

Sepanjang >5tahun bekerja di pelbagai jenis restoran tidaklah sia-sia. Melalui pengalamannya, Ahmad sedar yang kebanyakan restoran yang ‘laku keras sepanjang tahun’ ialah kedai berasaskan masakan thai atau western. Ahmad juga tahu bahawa antara kedua-dua menu tersebut, masakan western lebih tinggi keuntungannya kerana ramai orang sanggup ‘bayar mahal’ untuk menikmati masakan western yang sedap. Oleh kerana lama bekerja di kedai masakan western dan hotel 5bintang, Ahmad sudah ada resepi masakan western yang unik dan premium serta berpotensi untuk diniagakan.

Ahmad telah menggunakan duit simpanannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan sendiri. Untuk menjimatkan kos, dia sendiri menjadi tukang masak di kedai tersebut dan isterinya sebagai pembantu. Selain memasak, Ahmad perlu menjalankan ‘kerja bisnes’ yang lain seperti membeli bahan mentah, cuci kedai, sebar flyers/aktiviti pemasaran, kira duit untung/rugi perniagaan, dan sebagainya. Siapa tauke? Ahmad. Siapa pekerja? Ahmad juga. Dia-lah bos, dan dia-lah juga kuli. Hidup mati kedai makan tersebut bergantung 100% kepada Ahmad.

Ahmad kini menjadi ‘tauke’ dan ‘kuli’ di kedai masakan western miliknya. Dia tidak dibenarkan sakit/ambil cuti melainkan terpaksa ‘tutup kedai’ kerana bisnes Ahmad ‘tak leh jalan’ tanpa kehadirannya.

Dari Pendapatan AKTIF ke Pendapatan PASIF

Setelah sekian lama bekerja sendiri (pendapatan AKTIF), ada dua skill yang akan berkembang dalam diri. PERTAMA: hasil kerja semakin mantap, KEDUA: pengurusan bisnes semakin bagus. Ini kerana apabila kerja sendiri, kita bukan setakat buat kerja, kita mesti pandai berbisnes supaya ada orang yang sanggup bayar kita untuk hasil kerja kita tadi. Lama-kelamaan, kita akan bertemu satu SISTEM BISNES yang ‘menjadi’.

Bila dah ada SISTEM, kita boleh menggaji orang lain untuk menjalankan ‘pekerjaan bisnes’ bagi pihak kita. Ini membolehkan kita menjana pendapatan secara PASIF kerana SISTEM BISNES tersebut terus berjalan tanpa perlu kita hadir ke tempat kerja. Malah potensi pendapatan sebagai BUSINESS OWNER ni UNLIMITED. Sekiranya pendapatan sekarang tak cukup, kita boleh merangka strategi bisnes untuk meningkatkan jualan seperti membuka lebih banyak cawangan. Mudah je, hanya perlu copy paste SISTEM BISNES tadi di cawangan kedua, ketiga, dan seterusnya.

Selepas 3tahun menjalankan perniagaan sendiri, Ahmad akhirnya jumpa formula perniagaan kedai masakan western yang berjaya. Dia telah jumpa resepi dan senarai menu yang ‘high demand’ di pasaran, ‘portion hidangan’ serta ‘pricing’ yang sesuai, berjaya ‘secure’ bekalan bahan mentah dari ladang berdekatan, melatih tukang masak untuk memasak mengikut cara yang dimahukan, mengambil staf sokongan yang cukup untuk menjalankan kerja sampingan di kedai, menggunakan kaedah marketing online untuk menarik pelanggan datang ke kedainya, dan lain-lain. Senang cerita kedai masakan western-nya kini dah ada SISTEM yang ‘menjadi’ dan kerja Ahmad sekarang hanyalah ‘supervise’ pekerja-pekerjanya tadi agar menjalankan SISTEM tersebut dengan lancar.

Dengan adanya BISNES BERSISTEM, Ahmad tak perlu hadir ke kedainya setiap hari. Dia bebas untuk buat apa sahaja yang dia mahu kerana tiada lagi kekangan masa dan tidak terikat dengan tempat kerja. Setiap akhir bulan, dia berhak mengambil gajinya sebagai ‘director’ dan sebagai ‘owner’ dia juga berhak mengambil dividend dari keuntungan bisnesnya bila-bila masa. Sekiranya mahu, Ahmad boleh mengembangkan bisnes kedai masakan western-nya dengan membuka cawangan baru di tempat lain. Dia hanya perlu ‘copy’ sistem bisnes di kedainya sekarang dan ‘paste’ sistem tersebut di kedai cawangan kedua, ketiga, dan seterusnya (jika mahu).

Penat lelah Ahmad selama ini membuahkan hasil yang lumayan kerana restorannya kini telah membuka banyak cawangan, setiap satunya memberikan ‘gaji bulanan’ dan dividend kepada Ahmad secara pasif.

Semua Orang Boleh Melabur

Sekarang anda tentu nak tanya soalan ni: ‘Bagaimana dengan quadrant yang ke-empat iaitu INVESTOR?’ Sebenarnya, semua orang boleh melabur tak kira apa status pekerjaan mereka sekarang. Orang yang bekerja dengan majikan, yang bekerja sendiri, dan yang memiliki bisnes bersistem, ketiga-tiga mereka boleh melabur. Walaupun sekarang kita berada di quadrant yang lain, pada masa yang sama kita juga boleh berada di quadrant INVESTOR.

Kini Ahmad merupakan BUSINESS OWNER kepada 5 cawangan kedai masakan western yang berjaya. Hasil keuntungan yang diperolehinya memang banyak namun dia tetap berhati-hati. Ahmad sedar bahawa cabaran/pesaing boleh muncul pada bila-bila masa dan ini berpotensi untuk menggugat bisnes kedai makan dan status kewangannya sekarang.

Oleh sebab itu, Ahmad mengambil keputusan untuk menggunakan lebihan duit yang dia ada sekarang untuk melabur dalam pasaran hartanah. Dia telah membeli sebidang tanah yang luas dan membina beberapa buah rumah yang disewakannya kepada orang lain. Hasil kutipan duit sewa tersebut sikit sebanyak menambahkan lagi pendapatan dan kekayaan Ahmad, serta menjadi ‘backup plan’ just in case sesuatu berlaku kepada bisnes kedai makan-nya kelak.

Selain memiliki bisnes kedai makan, Ahmad kini memiliki portfolio pelaburan hartanah yang menambahkan lagi pendapatan dan kekayaan-nya melalui hasil sewaan dan kenaikan harga hartanah.

Penutup

So… enjoy tak baca cerita kerjaya Ahmad si tukang masak? Bermula dari quadrant EMPLOYED, Ahmad telah mengambil keputusan drastik untuk beralih ke quadrant SELF-EMPLOYED kerana ingin berpindah ke kampung halaman. Seterusnya, dia menggunakan semua pengalaman ketika berada di quadrant sebelah KIRI untuk melangkah kaki ke quadrant sebelah KANAN iaitu sebagai BUSINESS OWNER, dan seterusnya menjadi INVESTOR yang memiliki portfolio hartanah yang mengagumkan.

Saya harap awak belajar sesuatu dari cerita ni. Sebenarnya kita semua boleh melakukannya walau apa jua bidang atau kepakaran kita. Gantikan nama ‘Ahmad’ kepada nama kita dan gantikan kerjaya ‘tukang masak’ kepada kerjaya kita sekarang (contoh: Nabil si pegawai perubatan). Sekarang bayangkan bagaimana kita boleh ‘merangka’ perjalanan kita merentasi Cashflow Quadrant. Selamat mencuba! 💪🏻

Bulan depan saya ingin kongsikan entry terakhir berkaitan buku Cashflow Quadrant ni inshaAllah, bila dah ada link-nya nanti saya akan share di sini (link).

Ikhlas dari sahabat emas anda,