Salam sejahtera,

Semoga semua sihat-sihat belaka. Harapnya awak semua dah baca story yang saya tulis bulan lepas (link) sebab harini saya excited nak share sambungan ceritanya 🤩

Saya selalu sebut yang EMAS ialah matawang yang paling unggul kerana ia tetap laku di mana sahaja kita berada dalam dunia. Nilai emas tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, tetap berharga sejak tamadun purba hingga abad ke-20 dan percayalah ia akan tetap berharga hingga akhir zaman nanti.

Ketika di Makkah, saya nak test power laa.. Hajatnya nak tukar emas yang saya miliki dengan duit Riyal. Nak tengok setakat mana penerimaan emas di sana 😁


Ini kisahnya..

Emas yang saya bawa ialah sekeping 1 Dinar Public Gold yang saya beli 2tahun lepas (Nov 2017) pada harga RM803. Bagi yang tak tahu, 1 Dinar Public Gold ialah 4.25gram emas berketulenan 999 (24karat) yang ditempa di Turkey oleh syarikat NADIR METAL REFINERY. Emas ni ditempa dalam bentuk syiling (coin) ikut piawaian antarabangsa dan diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).

Yakin dengan NILAI emas yang dibawa dalam poket, saya redah je masuk mana-mana kedai emas yang ada. Dialognya lebih kurang begini:

Saya: “Do you BUY gold?” (awak beli emas tak?)

Tuan kedai: “Yes” ~sambil menganggukkan kepala

Saya: ~Keluarkan 1Dinar dari poket dan beri kepada tuan kedai

Tuan kedai: ~Meneliti 1Dinar tadi dengan penuh minat dan asyik. Tak pernah jumpa 1Dinar agaknya kata saya dalam hati

Saya: “This gold is minted in Turkey and sold in Malaysia. Its purity is 999 and it is LBMA certified” (Emas ni ditempa di Turkey dan dijual di Malaysia. Ketulenannya 999 dan diiktiraf LBMA) ~saya mula buka cerita sambil tunjuk kepada ‘sijil emas’ di bahagian belakang kad supaya tuan kedai yakin yang 1Dinar ni diiktiraf antarabangsa dan bukannya cikai atau palsu

Tuan kedai: ~Tunjuk 1Dinar tadi kat kawan sebelah, borak-borak, bincang-bincang, dan mula tekan kalkulator untuk tunjukkan harga yang ditawarkan kepada saya. “Ok? Halal”

Saya: ~Lihat paparan kalkulator- harga yang ditawarkan ialah 700Riyal. “OK 👌”

Seterusnya tuan kedai keluarkan emas dari seal pada kad dan timbangnya atas neraca elektronik sebelum menyerahkan 700Riyal kepada saya. Dia takde pulak buat apa-apa ujian ketulenan kat emas tu. Agaknya dia dah yakin emas tu tulen lepas menilik lama dan status emas tu pula LBMA.

EMAS tetap bernilai dan dimahukan walau di mana anda berada dalam dunia ni..

Kena usaha lebih sikit la..

Jika tanya saya mudah ke tak guna cara ni untuk dapatkan duit Riyal, saya akan kata cara ni paling susah berbanding cara lain 😅 (rujuk Part 1) sebab kita kena masuk banyak kedai emas sebelum jumpa yang okay.

Tak semua kedai mahu beli emas yang saya bawa tu. Ada juga kes yang mana pekerja kedai tak berani nak beli 1Dinar tu dan minta saya datang balik bila bos ada. Malah, setiap tuan kedai akan tawar harga yang berbeza-beza. Jadi kita kena rajin survey cari harga yang tertinggi.

Dalam kes ni, saya ditawarkan harga serendah 650Riyal hingga 700Riyal untuk 1Dinar. 700Riyal ni kira-kira bersamaan RM823, sedikit lebih tinggi dari harga semasa ‘PG Buy’ untuk 1Dinar (iaitu RM816) jadi saya terima tawaran tu.

Kedai Joharat Zamzam Gold & Jewellery ni menawarkan harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan kedai emas yang lain. Lokasi: shoplot bahagian bawah Hotel Hilton baru. Hati-hati masuk kedainya, memang silau mata tengok emas-emas tergantung tu 😁

Memang betul orang kata travelling akan buka minda kita dan jadikan kita lebih matang. Banyak persoalan yang berlegar di fikiran saya sebelum datang ke Makkah terjawab bila saya sendiri merasai pengalaman tukar 1Dinar kepada Riyal. Di sini saya nak share beberapa kesimpulan yang dibuat, semoga bermanfaat untuk semua:


Situasi 1: “Mana lagi bagus, saya bawa duit Ringgit ke Arab Saudi dan tukar kepada Riyal di Foreign Exchange (ForEx), ATAU

Saya beli dulu emas di Malaysia guna duit yang ada, kemudian bawa emas tu untuk ditukar kepada Riyal di sana?”

Orang selalu tanya soalan ni kat saya. Sebelum ni saya pon tak tau jawapannya, tapi sekarang saya boleh bagitau jawapannya dengan konfiden: Jika awak memiliki duit Ringgit, bawa duit tu ke Makkah dan tukar ke Riyal di kedai ForEx lebih bagus daripada awak beli emas di Malaysia untuk dibawa dan dijual di sana.

Katakan awak ada RM900. Dalam situasi pertama awak bawa duit ni ke Makkah dan tukar pada kadar RM1 = 0.85Riyal di kedai ForEx, anda akan dapat sekitar 765Riyal.

Dalam situasi kedua, awak guna RM900 tadi untuk beli 1Dinar di Malaysia. Kemudian bawa 1Dinar tu ke Makkah di mana awak jualnya pada harga 700Riyal. Terdapat perbezaan sebanyak 65Riyal jadi jelas yang situasi pertama lebih untung.

Ini berlaku disebabkan susut nilai sekitar 10% bila kita jual emas tu. Kalau setakat beli emas hari ni kat Malaysia, lepas tu nak jual balik di Makkah minggu depan, memang takde kelebihan pon la. Perlu tetapkan mindset kita bahawa simpanan emas ni jangka masa panjang baru ada untungnya.

Situasi 2: “Jika saya merancang untuk pergi ke umrah, dan saya mahu buat simpanan dalam bentuk emas, bila waktu yang optimum untuk saya mula menyimpan?”

Dalam perkongsian-perkongsian terdahulu, saya selalu tekankan yang simpanan emas ni untuk jangka masa panjang. Ada tahun harga emas naik banyak, ada tahun harga statik dan ada tahun harga emas turun. Secara umum bagi masa 3 tahun untuk nilai emas betul-betul naik sebelum gunakannya untuk apa-apa sebab.

Sama la bila awak plan nak simpan emas untuk pegi umrah atau haji. Jika awak plan nak pegi umrah pada tahun 2025, paling lewat tahun 2023 tu dah kena start menyimpan. Pada pendapat saya ini yang paling optimum.

Jika anda mahu pergi umrah dalam jangkamasa terdekat, saya cadangkan awak simpan dalam bentuk Ringgit Malaysia je sebab belum tentu harga emas naik melebihi harga spread (susut nilai sebanyak ~10%) dalam masa setahun. Saya akan terangkan lebih lanjut tentang susut nilai lain kali.

Situasi 3: “Emas jenis mana yang bagus saya bawa ke Makkah?”

Katakan awak memang nak simpan emas untuk ke umrah, bagus jika awak tahu dari awal jenis emas mana yang sesuai untuk dibawa. Ketika di sana, saya perasan yang tuan kedai memang perhati sungguh-sungguh pada 1Dinar yang saya bawa tu. Saya tak salahkan dia, tentunya dia mahu elak kes tipu seperti emas palsu. Sebab tu saya cadangkan awak bawa emas yang miliki sijil antarabangsa seperti LBMA je ke sana.

Jika awak sudah biasa dengan produk emas Public Gold, tentu awak tahu Public Gold ada produk versi LBMA, dan ada yang tidak. Untuk dibawa ke Makkah, saya hanya cadangkan produk LBMA sahaja dan pastikan ‘seal‘ emas tu TAK PERNAH dibuka (contoh: dibuka ketika pajak). Tuan kedai emas yang saya pergi tu banyak kali sentuh jarinya dekat ‘seal‘ 1Dinar yang saya bawa untuk pastikan ‘seal‘ tu memang tak pernah dibuka dan memang takde sebarang muslihat.

Sebelah kanan: 10gram goldbar LBMA
Sebelah kiri: 1Dinar LBMA
Arrow purple: ‘sijil’ emas
Arrow kuning:seal‘ emas

Sebelum pegi sana, saya beranggapan orang Arab tentu suka nak beli syiling emas 1Dinar ni sebab inilah matawang yang digunakan ketika zaman Rasulullah SAW. Namun saya tak tau diaorang berminat untuk beli goldbar atau tidak. So saya saje try usha usha nak tengok kot-kot diaorang berminat nak beli 10gram Goldbar LBMA yang saya bawa dalam wallet. Respond yang saya terima agak mengejutkan, tuan kedai tu hampir-hampir MENDESAK saya untuk jual goldbar tu kepadanya! 😂 “Give me, give me!” katanya dan harga yang ditawarkan pon lebih bagus dari 1Dinar.

Lagi satu isu yang saya perasan ketika di sana ialah masalah neraca elektronik yang digunakan kat sana gagal menunjukkan berat yang sebenarnya. Dalam kes saya, neraca tu hanya detect berat satu dinar tu sebagai 4.2gram sedangkan berat sebenarnya ialah 4.25gram. Untuk mengelakkan masalah ni berlaku kat awak, saya cadangkan bawa item emas yang lebih berat serta cukup-cukup gramnya seperti jongkong emas 10gram LBMA

*Nota tambahan: saya tak try jual Goldbar versi Bungamas atau Tai fook atau emas perhiasan semasa di sana. Jadi saya tak dapat nak komen dari segi penerimaan emas ni kat sana

Situasi 4: “Saya dah berjaya simpan sejumlah emas yang cukup. Adakah saya patut bawa emas yang disimpan ke sana untuk ditukar kepada Riyal, ATAU

Saya jual emas tersebut di Malaysia dulu, dan bawa duit Ringgit hasil jualan tu ke Makkah untuk ditukar kepada Riyal di ForEx?

Jawapan: dua-dua pon boleh. Jika awak nak maksimumkan keuntungan, mungkin jual emas disana lebih bagus. Dalam kes saya, saya ditawarkan:

  1. 700Riyal untuk 1Dinar
    – Cuba lihat pada harga semasa. Jika saya jual 1Dinar tu di Malaysia saya akan dapat RM816, yang bila ditukar akan dapat 693Riyal. Perbezaan sebanyak 7Riyal sahaja.
  2. 1,700Riyal untuk 10gram Goldbar
    – Cuba lihat pada harga semasa. Jika saya jual 10gram goldbar tu di Malaysia, saya akan dapat RM1,919, yang bila ditukar akan dapat 1,631Riyal. Perbezaan sebanyak 69Riyal.
    *Jelas lebih untung jika jual emas di Makkah berbanding di Malaysia
Harga ‘PG Buy’ semasa:
Jual 1Dinar di Malaysia = RM816
Jual 10g Goldbar di Malaysia = RM1,919

Namun begitu, jika awak rasa tak nak menyusahkan diri ke hulu ke hilir keluar masuk kedai emas di Tanah Suci nanti, pada pendapat saya ok je jika awak nak jual emas tu di Malaysia dulu dan bawa Ringgit hasil jualan tu ke Makkah. Spread emas Public Gold sangat kompetitif, serendah 6% hingga 9% je. Jadi awak akan dapat good price sekalipon jual di Malaysia.. 🙂


Akhir kata..

Mari kita sematkan niat sungguh-sungguh dalam hati untuk pergi ke Baitullah Haram untuk mengerjakan umrah, bertawaf, bertahajjud, bertaubat dan berdoa dengan sepenuh jiwa raga. Semoga menjadi bekalan untuk kita bila kembali kepada-Nya suatu hari nanti Ameen.

Semoga penulisan saya kali ni bermanfaat untuk semua bakal tetamu Allah yang membaca. Pesanan akhir, jangan underestimate berapa banyak wang Riyal yang anda perlukan di sana nanti..

Especially jika anda pergi dengan isteri yang sedia tahu memang shopaholic .. 😵

Ikhlas dari sahabat emas anda,