Salam sejahtera,

Apa khabar semua pembaca blog EDKS? Topik harini bukan emas ye, kerana saya ingin kongsikan pengalaman saya dan isteri membeli hartanah pertama kami iaitu sebuah ‘serviced apartment’ di bandar Kuantan pada awal tahun 2018. Setelah lebih 5tahun memiliki apartment tersebut, sekarang ialah masa yang sesuai untuk saya kongsikan pengalaman ini.


Intro: Situasi dan Pemikiran Ketika Itu..

Sebelum saya cerita lebih jauh, saya ingin berkongsi tentang situasi ketika itu. Mengapa ini penting? Sebenarnya: We are what we think, sebarang decision-making atau perbuatan yang dibuat pada masa lalu berkait rapat dengan cara pemikiran kita KETIKA ITU. Dan pemikiran kita pula bergantung kepada pengalaman, pembacaan, ilmu dan pemahaman, pengaruh keluarga/rakan sekeliling DAN situasi semasa. Jika difikirkan balik, pelik juga keputusan saya dan isteri membeli ‘rumah pertama’ di Kuantan sedangkan kami berasal dari Kota Bharu (Kelantan) dan bekerja di Kuala Berang (Terengganu), so.. why Kuantan (Pahang)? 🤔:

  1. Fikiran pertama: Kita nak ber’mastautin’ di mana ye? Seperti yang dinyatakan di atas, sebenarnya saya dan isteri berasal dari Kelantan dan di’campak’ ke Terengganu atas urusan kerja. Kadang-kadang kami fikir one day nak balik Kelantan. Kadang-kadang fikir nak stay je kat Terengganu kerana tak jauh pon dari Kelantan, boleh je nak balik setiap weekend. Sebenarnya kitaorang takde plan nak berpindah ke Kuantan pon (apatah lagi membeli rumah di situ), cuma selepas beberapa kali melancong ke sana, somehow saya dan isteri sangat suka suasana dan vibe bandar Kuantan. Malah lokasinya TAK jauh dari Kuala Berang (tempat tinggal kami sekarang) iaitu hanya 2jam perjalanan melalui LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2). Jujurnya Kuantan dah jadi bandar faveret kitaorang untuk short vacation atau pergi shopping/makan-makan on weekends.
  2. Fikiran kedua: Kita kena beli ‘rumah pertama’ sebelum umur 30tahun. Ketika itu umur saya 28tahun dan isteri 29tahun, sikit je lagi nak cecah 3dekad. Orang kata elok beli ‘rumah pertama’ secepat mungkin kerana kos memiliki hartanah semakin mahal disebabkan 1) financing cost seperti caj keuntungan bank dan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) yang meningkat seiring usia, 2) kejatuhan nilai matawang ringgit, 3) kenaikan harga hartanah. Lagipon ‘rumah pertama’ tak semestinya diduduki, boleh je dijadikan pelaburan. Oleh kerana ketika itu saya boleh dikatakan celik kewangan (maaf jika bunyi macam poyo 😅), saya tahu hartanah boleh dilaburkan melalui sewaan (untuk mendapatkan cashflow) atau dijual balik pada masa hadapan untuk menikmati keuntungan melalui price appreciation (harga jual – harga beli).
  3. Fikiran ketiga: Everybody need a place to escape from hustle and bustle of life. Setiap orang mahukan tempat untuk retreat ketika fikiran berserabut dengan kerja/dunia, tak gitu? Selalunya tempat escape/retreat/healing yang berkesan ialah tempat yang tenang serta berdekatan nature – seperti dalam kebun atau hutan, di tepi pantai atau tasik, di tempat sejuk seperti highlands, atau berdekatan aliran sungai dan air terjun. Saya dan keluarga sentiasa berkelah atau bermalam di tempat-tempat sebegini, namun kadang-kadang terfikir alangkah best-nya jika kami MEMILIKI satu tempat yang sesuai untuk dijadikan personal retreat. Bak kata omputih: A place we can call our own.
Healing trip selama 2hari 1malam menaiki houseboat di Tasik Kenyir

Tanjung Lumpur: Dari ‘Perkampungan Nelayan’ ke ‘Waterfront City’

Pernah dengar tak orang yang niat asalnya pergi ke sesuatu tempat (contoh: Kuala Lumpur) hanya untuk melancong, namun tiba-tiba ‘terbeli’ apartment di sana selepas di-bodek ejen hartanah ketika berjalan-jalan di shopping mall? Itulah yang terjadi kepada saya 🤭. Ceritanya: pada bulan Januari 2018, saya dan keluarga pergi ke Kuantan untuk short vacation, kami menginap 1malam je iaitu di hotel The Colony. Saya masih ingat ketika itu kami baru nak lunch di East Coast Mall apabila saya disapa seorang ejen hartanah yang sedang mengempen di booth pameran.

Lalu diceritakan kepada saya tentang projek Kuantan Waterfront Resort City (KWRC) iaitu satu projek jangka masa panjang untuk membangunkan kawasan Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur terletak kurang 5km dari pusat bandar Kuantan dan hanya dipisahkan jambatan yang menyeberangi muara Sungai Kuantan. Memang dekat tempat ni, dari bandar terus naik jambatan dan sebaik turun akan terus masuk ke ‘wilayah’ Tanjung Lumpur.

Kawasan ni asalnya perkampungan nelayan je, tak sangka ia bakal menjadi lokasi pembangunan yang pesat. Projek KWRC ni sekali tengok macam ‘tak mungkin dilaksanakan’ kerana macam terlampau futuristik 🤭. Masakan tidak, visi mereka ingin membangunkan perkampungan nelayan ini menjadi satu bandar tepi laut (Waterfront City) yang moden, merangkumi tanah seluas 500ekar (sebahagiannya ialah kawasan laut yang bakal ditambak pada masa hadapan) yang akhirnya akan transform kawasan ini menjadi:

  1. Pusat Pelancongan: Ada Water Theme Park, Indoor Aquaria, Marina, Hotel, Boutique Resort & Spa
  2. Pusat Komersil: Ada Duty-free Shopping, Premium Outlets, Retail Outlets, Hypermarket
  3. Pusat Bisnes: Ada Signature/Corporate Office, Meeting & Exhibition Centre
  4. Pusat Kesihatan: Ada Medical & Wellness Centre
  5. Residensi: Ada Serviced Apartment/Condominium, Landed House, Floating Villa
Kuantan Waterfront Resort City (KWRC) Property Gallery

Projek Pertama Fasa Pertama

Saya dimaklumkan bahawa pembangunan KWRC sudah bermula dan kini berada dalam Fasa 1 iaitu pembinaan sebuah Serviced Apartment tepi laut (sedang dibina) dan juga Food and Beverage (F&B) outlet yang akan dibina selepas apartment itu siap. Ketika pergi ke Tanjung Lumpur untuk makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, saya lihat kerja pembinaan apartment ini sedang giat dijalankan. Saya dimaklumkan bahawa bangunan ini dijangka siap dalam masa 1tahun atau 2tahun je lagi.

Apa yang menarik tentang Projek Pertama Fasa 1 KWRC ini ialah terdapat perjanjian antara pihak developer (Ideal Heights) dengan syarikat perhotelan antarabangsa terkemuka iaitu Swiss-Bel untuk menyediakan servis hotel bertaraf 4bintang di sini. Menurut ejen hartanah tadi, servis apartment ini dinamakan Imperium Residence dan ia merupakan high-rise yang terdiri daripada 2menara iaitu Tower A (apartment kosong yang dijual kepada mereka yang ingin duduk sendiri atau buat homestay) dan Tower B (apartment fully-furnished yang bakal menjadi bilik-bilik hotel Swiss-Bell).

Oleh kerana saya bukan rakyat Kuantan, pada mulanya saya tak berminat nak membeli hartanah di sana. Namun saya diberitahu bahawa sebenarnya ramai je orang luar (terutama dari Kuala Lumpur) yang membeli apartment di Tower B Imperium Residence. Ini kerana apartment tersebut bakal disewakan terus kepada syarikat Swiss-Bel untuk dijadikan hotel mereka. Ia dilakukan melalui pakej GRR (Guaranteed Rental Return) dengan menandatangani dua perjanjian iaitu 1) perjanjian jual beli dan 2) perjanjian sewa selama 10tahun. Antara bundle lain yang diberikan kepada kami ialah free funishing (+ free re-furnish selepas 10tahun), free monthly maintenance fee, free management fee (tak perlu bayar apa-apa kepada pihak hotel yang menguruskan apartment kami), free car park x1 dan free-stay voucher selama 7hari setahun.

Jujurnya, pembelian hartanah kami di Kuantan lebih kepada keputusan yang impulsive (serta-merta) berbanding sesuatu yang difikirkan atau dikaji secara mendalam 😅. Bukan apa, pakej yang di-offer memang ngam-ngam kena dengan pemikiran saya dan isteri ketika itu. Seperti yang saya sebut di atas, kami ingin membeli ‘rumah pertama’ sebelum umur 30tahun namun tak pasti ingin ‘bermastautin’ di mana. Dalam kes sebegini, membeli hartanah untuk tujuan pelaburan lebih sesuai.

Apatah lagi pelaburan tersebut datang sekali dengan pakej perjanjian sewa 10tahun, diuruskan secara percuma, serta membolehkan saya dan keluarga escape ke hotel 4bintang di bandar Kuantan secara percuma selama 7hari setahun untuk menikmati panorama laut seluas mata memandang sambil mendengar bunyi deruan ombak dan tiupan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Memang WIN..!

Setiap pemilik diberikan Free-Stay Voucher selama 7hari setahun di Hotel Swiss-Bel Kuantan

Tower B, Seaview, Studio Unit, Lowest Floor, Last Unit

Mengapa saya kata pembelian apartment kali ini bersifat impulsive? Ini kerana saya dan isteri terus membuat bayaran booking pada HARI YANG SAMA kami berjumpa ejen hartanah berkenaan. Untuk mengelakkan salah faham berkaitan ‘Money Personality’, sebenarnya saya sangat TAK MENGGALAKKAN sesiapa pon membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan (terutama sesuatu yang major seperti membeli rumah) without sleeping over it first untuk mengelakkan pembelian berasaskan emosi.

Namun ada sebabnya mengapa kami berbuat demikian iaitu adanya urgency dari segi jumlah unit yang masih ada. Apartment Imperium Residence terbahagi kepada 2menara berketinggian 28tingkat yang mengandungi 16bilik setiap tingkat (12studio suite + 4family suite). Walaupun sekali pandang nampak macam banyak pilihan, namun sebenarnya tak banyak pon kerana hanya separuh berada di Tower B yang sesuai untuk investor jauh (kerana dilengkapi pakej GRR). Daripada keseluruhan bilik di Tower B pula, hanya separuh yang menghadap ke laut (Sea-view) dan selebihnya menghadap ke bandar Kuantan (City-view). Sekiranya mahu melabur semata-mata, tiada masalah untuk ambil yang city-view, namun apartment ni bakal menjadi regular retreat untuk kami sekeluarga oleh itu sea-view is a MUST..! 😁

Oleh kerana pembelian apartment kali ni ialah investment hartanah yang pertama untuk saya dan isteri, kami prefer bayaran loan yang rendah supaya risiko lebih terkawal. Itulah sebabnya kami memilih studio suite yang lebih murah harganya. Harga family suite 2kali ganda lebih tinggi dan saya rasa ia lebih sesuai untuk mereka yang ingin ‘bermastautin’ di apartment tersebut versus mereka yang stay sekali-sekala seperti saya. Jika anda pernah beli hartanah high-rise, tentunya anda tahu bahawa semakin tinggi apartment yang dibeli, semakin mahal harganya. Ini kerana view mereka yang berada di tingkat atas lebih cantik berbanding di bawah. Oleh kerana saya mahu kurangkan kos pelaburan, apartment di tingkat paling bawah lebih ideal.

Kesimpulannya, saya mengambil keputusan untuk membeli sebuah studio apartment di Tower B Imperium Residence, yang menghadap ke laut (Sea-view) dan berada di tingkat paling bawah. Cuba teka berapa banyak unit yang memenuhi kriteria tadi yang masih available untuk dibeli? Jawapannya: satu sahaja, itu pon sebenarnya dah ada orang booking namun loan application dia kena reject. Senang cerita take it or leave it, kalau tak dibeli terus harini maksudnya ia bakal dirembat orang lain soon. Jika ini berlaku tak payah beli langsung lah kerana unit yang lain tak sesuai dengan situasi dan budget kami.

Selepas mendengar presentation ejen hartanah tadi, saya dan isteri mengambil masa sekitar 5jam – 6jam untuk cool down dan bermesyuarat sambil-sambil pergi makan dan tengok wayang (cerita: Jumanji). Akhirnya kami membuat keputusan untuk proceed dengan pembelian apartment yang dinyatakan, so kami pergi ke booth tadi dan bayar RM5,000 sebagai booking fee. What was supposed to be a normal holiday trip end up being an investment trip..! 🤪

Kini kami sekeluarga mempunyai ‘tempat sendiri’ untuk retreat di bandar Kuantan. Salah satu bilik di hotel Swiss-Bel ni dimiliki saya dan isteri 🤗 (video link: https://www.facebook.com/swissbelhotelkuantan/videos/1642494925918128)

Hari Yang Di Nanti-Nantikan

Ketika saya dan isteri membeli apartment Imperium Residence pada awal tahun 2018, ia masih under construction. Pembinaan rancak berlangsung selama 2tahun dan akhirnya siap pada awal tahun 2020. Namun pada waktu itu seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 dan perintah lockdown sedang dikuatkuasakan menyebabkan kami tak dapat nak visit ‘rumah baru’ kami tu. Sekitar bulan September 2020 baru-lah saya dan keluarga berpeluang untuk escape ke Kuantan untuk merasai pengalaman menginap di Swiss-Bel Hotel buat pertama kalinya.

Semenjak itu, setiap kali pergi ke Kuantan kami akan menggunakan Free-Stay Voucher yang diberikan. Ini menjimatkan kos keseluruhan vacation kerana saya tak perlu bayar duit penginapan. Oleh kerana expenses rendah, saya memang prefer melancong ke Kuantan je berbanding ke negeri atau tempat lain especially time tengah semput (you know what I mean).

Kalau boleh saya nak jejak semua tempat pelancongan berdekatan bandar Kuantan, cuma biasalah kalau bawa anak kecil ni boleh pergi satu atau dua tempat je setiap kali pergi. Antara tempat yang telah saya jejaki ialah Pantai Balok, Pantai Cherating, Teluk Cempedak, Air Terjun Sungai Pandan, Sungai Lembing, Zoo Gambang, Taman Esplanade, Taman Gelora, Taman Bandar dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi tempat yang belum dilawati seperti Menara Kuantan 188, inshaAllah akan sampai jua suatu hari nanti 🙂.

Saya dan keluarga selalu retreat ke Kuantan (terutama sejak ada ‘rumah persinggahan’ di sana 🏠)

Akhir kata..

Setelah 5tahun memiliki Imperium Residence, boleh dikatakan saya sedikit pon tak menyesal dengan pembelian/pelaburan hartanah serviced apartment ini. Free-stay vouchers yang diberikan bukan sahaja memudahkan kami escape ke Kuantan malah menjimatkan kos. Oh ye lupa nak bagitau, sebenarnya pembelian apartment ini tak melibatkan kos lumpsum atau komitmen bulanan yang tinggi pon.

Oleh kerana perkongsian kali ini lebih kepada thought process (apa yang saya fikirkan ketika itu) serta decision-making process (bagaimana saya membuat analisa dan keputusan dalam pelaburan) TANPA berkongsi in-depth bab kewangan dan pelaburan hartanah, saya akan terangkan dengan lebih detail tentang kos pemilikan Imperium Residence serta komitmen bulanan dalam perkongsian yang akan datang (link).

Ikhlas dari sahabat emas anda,