Salam sejahtera,
Apa khabar awak semua? Semoga kita semua sihat sokmo-sokmo. Harini saya nak share tentang struktur syarikat Public Gold. Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi jom kita berkenalan dengan syarikat Public Gold (PG), mana tau kot-kot jatuh cinta 🤭
Sebenarnya saya pon baru dengan Public Gold Group ni, saya pertama kali membeli emas PG pada tahun 2017, lebih kurang 7 tahun yang lalu. Sesiapa yang pernah beli emas Public Gold, dia akan diberi satu kod yang unik untuk dia sahaja. Sebagai contoh, PG Code saya ialah PG00104489. Sesiapa yang sudah ada PG Code, dia terus dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga Public Gold. Dengan PG Code ni kita boleh login ke akaun online untuk menyempurnakan semua urusan dengan Public Gold.
Bila disebut Public Gold, semua orang akan terbayangkan jual beli emas namun ramai tak tahu yang itu hanya-lah salah satu daripada sayap-sayap syarikat Public Gold. Jom kita berkenalan dengan PG Group:
Public Gold Mint
Ini ialah sayap Public Gold yang kerjanya menghasilkan jongkong emas atau dalam bahasa yang mudah, ini lah ‘kilang emas’ Public Gold. Public Gold Mint Sdn Bhd ialah syarikat yang berdaftar di Penang tapi saya pon tak tahu lokasi sebenar kilangnya. Kalau awak nak tahu, sebenarnya kilang emas TAKKAN bagitau lokasinya kepada umum (atas faktor keselamatan). Bila dilihat dari luar, kilang tu mungkin nampak macam bangunan biasa je. TIADA signboard atau papan tanda yang menunjukkan tempat tu sebenarnya ialah kilang emas. Antara produk emas yang dihasilkan Public Mint ialah jongkong Bunga Mas/Tai Fook (link) dan syiling 1Dinar/5Dinar/10Dinar (link).
Public Gold Marketing
Jongkong emas yang dihasilkan PG Mint akan dihulurkan kepada sayap syarikat Public Gold yang kedua iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd untuk dipasarkan dan dijual. Sehingga kini terdapat lebih 20 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, Singapura, dan Indonesia untuk memudahkan pelanggan membeli dan menjual emas. Selain menjual produk PG Mint, PG Marketing juga memasarkan produk yang diimport dari luar seperti Public Gold LBMA Bullion yang diimport dari Turkiye (link) dan jenama emas perhiasan dari Italy iaitu Aurora Italia.
Public Safe
Selepas dah beli jongkong emas banyak-banyak, tentu kita pening kepala nak cari tempat menyimpan barang yang sangat berharga tu kan? Usah risau, Public Gold ada satu sayap yang menyediakan khidmat peti besi swasta pada harga yang berpatutan iaitu Public Safe Sdn Bhd. Buat masa ni Public Safe hanya ada satu cawangan iaitu di Relau, Penang. Mungkin pada masa hadapan syarikat akan buka cawangan di negeri lain pula inshaAllah.
Koperasi Dagang Emas (KDE)
Satu-satunya sayap Public Gold yang bunyi-nya lain sikit (kerana tiada perkataan Public 😬) ialah Koperasi Dagang Emas Berhad yang menyediakan perkhidmatan ArRahnu kepada kita semua. Jika anda ingin pajak Emas LBMA Public Gold, pajak-lah di KDE kerana mereka takkan buka seal LBMA tersebut. KDE juga merupakan ArRahnu pertama yang menerima pajakan produk SILVER/PERAK di Malaysia.
PG Jewel
Jika anda rasa Public Gold hanya buat emas dalam bentuk jongkong sebenarnya tanggapan anda SALAH. Nama sayap Public Gold yang handle produk barang kemas ialah PG Jewel. Jika anda tak pernah tengok kedai emas yang namanya PG Jewel sebenarnya tanggapan anda BETUL. Sebab PG Jewel hanya beroperasi secara online di website pgmall.my. Anda boleh view katalog barang kemas PG Jewel di sana dan seterusnya open order mana-mana barang kemas yang berkenan di hati. Emas tersebut akan dihantar terus ke alamat rumah anda menggunakan courier yang dilindungi insurans. Sangat moden, tak gitu?
PG Mall
Sekiranya anda biasa shopping online menggunakan app seperti Shopee dan Lazada, ketahuilah yang syarikat Public Gold menyediakan platform e-commerce Made-in-Malaysia iaitu PG Mall. Terdapat banyak produk yang dijual di sini (contoh: barangan Mydin, Nestle, Watsons, etc) termasuklah jualan produk emas secara online oleh PG Jewel, Aurora Italia dan PG Gold Museum. Malah konsep ConsuMerchant PG Mall membolehkan kita semua menjana pendapatan sambil berbelanja, memang unik..!
PG Gold Museum
Selain menyediakan produk dan servis berkaitan emas, Public Gold juga terlibat dalam industri tourism iaitu melalui pakej pelancongan PG Golden Tour dan lawatan ke PG Gold Museum di Penang. Muzium ini ialah muzium emas yang pertama dan satu-satunya di Malaysia. Saya sendiri pernah sertai salah satu pakej PG Golden Tour ke Penang. Memang best! Saya ada kongsikan pengalaman tersebut dalam sharing sebelum ini (link)
PG Foundation
Jika sayap-sayap sebelum ini berunsurkan bisnes, PG Foundation pula merupakan sayap amal jariah bagi syarikat Public Gold yang banyak membantu yayasan anak yatim dan juga ibu tunggal.
Penutup
Itulah sikit sebanyak info tentang kumpulan Public Gold sebagai pengenalan. Semoga perkongsian saya ni menarik minat awak untuk menjadi sebahagian dari pelanggan (dan seterusnya keluarga) Public Gold.
Ikhlas dari sahabat emas anda,