Salam sejahtera,

Harini saya nak cerita tentang satu topik yang complex namun sangat penting. Saya perhatikan mereka yang baru nak berjinak dalam dunia emas sering dibelenggu soalan-soalan berkaitan harga emas seperti:

  1. Bagaimana kita nak tahu jongkong emas yang dijual itu harganya murah (atau mahal)?’
  2. Jenama emas mana-kah yang menawarkan harga tertinggi bila kita jual balik emas tu kelak?’

Sebenarnya, bila kita bandingkan harga jongkong emas di kedai, janganlah kita tengok harganya pada face value sahaja. Maksudnya, membeli jongkong emas di kedai yang menawarkan harga paling murah tak semestinya membawa keuntungan paling lumayan. Kebiasaannya, kedai yang menjual jongkong emasnya pada harga yang rendah akan membelinya balik (dari kita) pada harga yang rendah juga..

Harini saya nak terangkan bagaimana kita nak mengenalpasti syarikat yang bukan sahaja menjual jongkong emas pada harga yang rendah, malah mereka juga akan membeli balik emas tersebut pada harga yang tinggi, iaitu dengan menggunakan ‘3Harga‘ dan ‘2Formula‘ sebagai panduan.


3 HARGA: Harga Sell, Harga Buy, dan Harga Spot Gold

1. HARGA ‘SELL’: Ini ialah harga jualan (harga kita beli emas dari syarikat). Perkataan ‘sell‘ digunakan di sini kerana ia merujuk kepada perbuatan kedai menjual emas kepada kita.

2. HARGA ‘BUY’: Ini ialah harga belian (harga kita jual emas kepada syarikat). Perkataan ‘buy‘ digunakan di sini kerana ia merujuk kepada perbuatan kedai membeli emas daripada kita.

3. HARGA ‘SPOT GOLD’: Ini ialah harga emas terkini di pasaran antarabangsa tanpa mengambil kira kos-kos yang lain. Harga spot gold berubah setiap masa (kecuali pada hari minggu) dan dipaparkan dalam matawang USD. Kita boleh rujuk harga spot gold di laman web goldprice.org (link). Oleh kerana kita sedang mengkaji harga emas di Malaysia, harga spot gold yang dipaparkan dalam matawang USD perlu di-adjust kepada Ringgit Malaysia (MYR) terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan mudah di website goldprice.org, hanya perlu klik-klik di menu berkaitan (saya akan tunjukkan kemudian). Harga emas yang dipaparkan akan ditukarkan secara automatik kepada MYR berdasarkan nilai tukaran semasa (foreign exchange).


2 FORMULA: ‘Premium-Over-Spot’ dan ‘Susut Nilai (Spread)’

1. FORMULA ‘PREMIUM OVER SPOT’: Semua syarikat akan menjual emas pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga spot gold kerana mereka perlu menanggung kos-kos lain yang terlibat seperti logistik, insurans, sewa kedai, gaji pekerja dan sebagainya. Perbezaan antara harga jualan (SELL) dan harga SPOT GOLD ini dipanggil Premium-Over-Spot dan ia dikira dalam bentuk peratus.

Formula ini membandingkan harga emas di mana-mana kedai dengan harga emas di pasaran antarabangsa. Sekiranya mahu membeli emas yang ‘MURAH’, elok kita pilih emas yang dijual pada harga yang dekat-dekat dengan harga spot gold (dalam erti kata lain: Premium-Over-Spot yang paling NIPIS). Ini ialah formula untuk mengira premium-over-spot:

(HARGA SELL − HARGA SPOT GOLD)
÷ HARGA SPOT GOLD
× 100

Semakin rendah premium-over-spot, semakin bagus. Ini bermaksud emas yang dijual tersebut murah dan hampir kepada harga emas di pasaran antarabangsa. Umumnya, kita hanya beli emas yang Premium-Over-Spot < 10% untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

2. FORMULA ‘SPREAD’: Spread atau ‘susut nilai’ bermaksud perbezaan di antara harga jualan (SELL) dan belian (BUY) pada suatu masa. Untuk mengelakkan kekeliruan, boleh rujuk balik apa maksud harga SELL dan BUY seperti yang saya terangkan di atas tadi 👆🏻.

Biasanya apabila kita ingin menjual emas di kedai, pihak kedai TAKKAN tawarkan harga belian (BUY) yang sama dengan harga jualan (SELL) di kedai mereka. Sebaliknya, kedai emas akan tawarkan harga belian yang lebih rendah daripada harga jualan semasa, dan perbezaan ini lah yang dipanggil spread atau susut nilai.

Untuk maksimakan keuntungan, kita dinasihatkan untuk memilih emas yang harga BUY dekat-dekat dengan harga SELL kerana ini menunjukkan susut nilai atau spread yang NIPIS. Spread dikira dalam bentuk peratus dan ini formula untuk mengiranya:

(HARGA SELL − HARGA BUY)
÷ HARGA SELL
× 100

Semakin nipis spread (susut nilai), semakin bagus. Ini bermaksud emas yang bakal dibeli dapat dijual balik pada harga yang tinggi pada masa hadapan. Umumnya, kita hanya beli emas yang spread < 10% untuk tujuan simpanan dan pelaburan.


Jom Praktis ‘3Harga’ dan ‘2Formula’

Baiklah saya dah terangkan secara teori apakah ‘3Harga’ dan ‘2Formula’ yang perlu dikaji setiap kali kita buat perbandingan harga emas antara syarikat yang berbeza. Namun tanpa mencubanya sendiri awak takkan faham apa yang saya maksudkan. Di sini saya bagi contoh bagaimana saya buat kajian untuk bandingkan harga emas yang ditawarkan 4 syarikat yang berbeza. Antara condition yang saya tetapkan untuk perbandingan kali ni ialah:

  1. Untuk perbandingan secara adil, kualiti jongkong emas mestilah sama. Oleh itu dalam contoh ini saya pilih jongkong emas yang beratnya 100gram, ketulenannya 999, dan diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA). Anda boleh baca tentang LBMA di sini (link).
  2. Saya hanya pilih syarikat yang mempamerkan harga emas (‘Sell’ DAN ‘Buy’) secara online di website syarikat masing-masing. Nama syarikat tak didedahkan untuk privasi.
  3. Harga emas yang saya screenshot ialah pada 13hb April 2020 lebih kurang pukul 5AM. Ketika saya screenshot, market sedang tutup (hari weekend) jadi TIADA BIAS dari segi intraday price fluctuations.
  4. Harga spot gold pada masa tu ialah RM234/gram (anda boleh rujuk screenshot di bawah). Oleh kerana item yang dipilih ialah 100GRAM goldbar, harga spot item tersebut bersamaan RM23,400.
Arrow hijau: HARGA SPOT GOLD.
Arrow biru: CARTA HARGA EMAS (jika mahu lihat sejarah harga emas)
Arrow purple: Ubah matawang kepada ringgit (MYR) dan berat kepada gram (g)

Contoh 1: 100g LBMA Gold Bar (dijual syarikat Public Gold)

HARGA SELL (Arrow hijau) = RM24,417
HARGA BUY (Arrow biru) = RM22,708
HARGA SPOT GOLD (13/4/2020) = RM23,400

PREMIUM OVER SPOT:
(HARGA SELL − HARGA SPOT GOLD)
÷ HARGA SPOT GOLD
× 100

= (RM24,417 − RM23,400)
÷ RM23,400
× 100
= 4.34%

SPREAD (SUSUT NILAI):
(HARGA SELL − HARGA BUY)
÷ HARGA SELL
× 100

= (RM24,417 − RM22,708)
÷ RM24,417
× 100
= 6.99%


Contoh 2: 100g Gold Bar PAMP (dijual syarikat AAA)

HARGA SELL (Arrow hijau) = RM27,039
HARGA BUY (Arrow purple) = RM17,858
HARGA SPOT GOLD (13/4/2020) = RM23,400

PREMIUM OVER SPOT:
(HARGA SELL − HARGA SPOT GOLD)
÷ HARGA SPOT GOLD
× 100

= (RM27,039 − RM23,400)
÷ RM23,400
× 100
= 15.55%

SPREAD (SUSUT NILAI):
(HARGA SELL − HARGA BUY)
÷ HARGA SELL
× 100

= (RM27,039 − RM17,858)
÷ RM27,039
× 100
= 33.95%


Contoh 3: 100g Gold Bar Argor-Heraeus (dijual syarikat BBB)

HARGA SELL (Arrow hijau) = RM24,341
HARGA BUY (Arrow biru) = RM23,031
HARGA SPOT GOLD (13/4/2020) = RM23,400

PREMIUM OVER SPOT:
(HARGA SELL − HARGA SPOT GOLD)
÷ HARGA SPOT GOLD
× 100

= (RM24,341 − RM23,400)
÷ RM23,400
× 100
= 4.02%

SPREAD (SUSUT NILAI):
(HARGA SELL − HARGA BUY)
÷ HARGA SELL
× 100

= (RM24,341 − RM23,031)
÷ RM24,341
× 100
= 5.38%


Contoh 4: 100g Gold Bar Perth Mint (dijual syarikat CCC)

HARGA SELL (Arrow hijau) = RM25,226
HARGA BUY (Arrow biru) = RM22,762
HARGA SPOT GOLD (13/4/2020) = RM23,400

PREMIUM OVER SPOT:
(HARGA SELL − HARGA SPOT GOLD)
÷ HARGA SPOT GOLD
× 100

= (RM25,226 − RM23,400)
÷ RM23,400
× 100
= 7.80%

SPREAD (SUSUT NILAI):
(HARGA SELL − HARGA BUY)
÷ HARGA SELL
× 100

= (RM25,226 − RM22,762)
÷ RM25,226
× 100
= 9.76%


RUMUSAN

Analisa perbandingan harga Goldbar 100g yang ditawarkan empat syarikat berbeza pada 13/4/2020

Bila sudah disenaraikan ‘3Harga’ dan ‘2Formula’ kesemua syarikat tadi, sekarang mudah kita nak tengok jongkong emas syarikat mana-kah yang berbaloi dibeli. Bila ditengok sekali imbas, syarikat pertama yang saya TAKKAN beli emasnya ialah syarikat AAA. Ini kerana SPREAD/susut nilainya terlampau tinggi. Jika saya beli emas AAA, saya akan LAMBAT untung dan jumlah keuntungan pon akan jadi SEDIKIT berbanding saya beli emas dari syarikat-syarikat yang lain.

Bila diimbas kali kedua, syarikat kedua yang saya akan rule out ialah CCC kerana PREMIUM-OVER-SPOT emasnya lebih tinggi berbanding syarikat BBB dan Public Gold. Ye lah kalau ada barang yang sama kualitinya dijual pada dua harga yang berbeza, tentunya kita akan pilih yang lebih murah kan?

Maka tinggal-lah jongkong emas syarikat Public Gold dan syarikat BBB. Kedua-duanya bagus dan sesuai dibeli untuk pelaburan atau simpanan. Namun dalam pelaburan emas, kita perlu pertimbangan faktor-faktor selain harga. Antara isu yang kita kena fikirkan ialah kemudahan untuk membeli/menjual emas tersebut.

Dalam contoh di atas, walaupun syarikat BBB menawarkan harga premium-over-spot dan spread yang lebih rendah daripada Public Gold, namun proses untuk membeli/menjual agak sukar kerana syarikat tersebut hanya ada 3 cawangan di Malaysia DAN stok emas pon selalu habis (jika anda perasan, ada ditulis ‘Out-of-stock‘ dalam screenshot di atas). Apabila kita ingin menjual emas yang dibeli, kita perlu serahkan jongkong emas tersebut. Sekiranya ada 3 cawangan sahaja di seluruh Malaysia, anda boleh bayangkan betapa sukarnya berbuat demikian (secara logistik). Jika kita cuba untuk menjual emas tu di kedai SELAIN syarikat tersebut, kita TAKKAN dapat menikmati spread yang rendah kerana kedai lain tidak akan menawarkan harga belian setinggi itu bagi produk emas pesaing mereka.

Kelebihan jongkong emas Public Gold bukan sahaja pada harganya yang sangat kompetitif, bahkan berurusan dengan syarikat juga mudah kerana emas boleh di-order pada bila-bila masa secara online (24jam sehari) dan emas tersebut boleh dipos ke rumah atau diambil di mana-mana cawangan Public Gold (terdapat lebih 20 cawangan Public Gold di Malaysia, Singapura, dan Indonesia). Ini memudahkan kita ambil (atau hantar) stok emas ketika berurusan dengan pihak syarikat.

Penutup

Akhir kata, jadikan-lah ‘3Harga’ dan ‘2Formula’ ini sebagai panduan untuk mengenalpasti produk emas pelaburan yang berbaloi. Sekiranya masih konfius, saya cadangkan awak baca balik dari awal hingga akhir beberapa kali sehingga faham sepenuhnya kerana sharing kali ini memang sangat rumit. Sekiranya masih pening, atau anda berhajat nak membeli jongkong emas namun tak tahu caranya, boleh wasap saya untuk info lanjut.

Ikhlas dari sahabat emas anda,