Salam sejahtera,
Semoga kita semua sihat sentiasa. Alhamdulillah, mujurlah wabak COVID-19 telah diisytiharkan endemic di Malaysia, kembali-lah kita kepada kehidupan normal tanpa sekatan. Oleh kerana kita sudah dibolehkan melancong, hari ini saya nak share tentang pengalaman mengikuti pakej pelancongan yang dianjurkan Public Gold iaitu PG Golden Tour. Sebenarnya saya join PG Golden Tour ni lama sangat dah, iaitu pada bulan May tahun 2018 cuma sekarang baru sempat nak share pengalaman nyer.. 😅
Intro
PG Golden Tour ni dahulunya ialah monthly event, namun selepas musim Covid hanya sesekali je diadakan. Jika mahu join Golden Tour, kita perlu booking selewatnya sebulan sebelum tarikh supaya program berjalan lancar. Sebaik tahu tarikh program, saya terus apply cuti. Maklumlah kerja sibuk dan jadual oncall tight, kena block cuti siap-siap. Selepas ambil cuti, saya terus book slot untuk 3 orang, saya dan isteri dikenakan bayaran 3gram emas (bersamaan RM275 sorang) manakala anak tak dikenakan sebarang bayaran (ketika itu umurnya < 4tahun).
Bayaran ni termasuk pengangkutan (bas pergi dan balik Kuala Terengganu-Penang), penginapan di hotel 4bintang, dan makan minum di Penang. Saya diberitahu yang sebenarnya Golden Tour ditaja sepenuhnya oleh syarikat Public Gold kerana duit yang dibayar tu akan disedekahkan kesemuanya kepada Yayasan Public Gold (sebuah badan amal yang di-sponsor oleh PG) 😊.
Anyway, kitaorang diberikan satu jadual tentatif sebagai panduan. Cuma staff maklumkan siap-siap mungkin akan berlaku perubahan pada jadual bergantung kepada keadaan semasa di Penang nanti. Bila review balik, semua aktiviti yang dirancang tetap berjalan, hanya susunan-nya yang lari dari jadual asal.
03/05/2018 (Travel day)
4PM: Harini hari khamis jadi kerja sampai pukul 3.30PM je di Terengganu. Sebaik pulang, saya dan isteri berkemas dan bersiap-siap untuk short vacation kami ke Penang. Tak perlu bawa banyak barang pon, hanya beberapa helai pakaian dah cukup 😎
5PM: Kitaorang keluar awal dari rumah kerana hajatnya nak dinner siap-siap sebelum naik bas. Saya letak kereta di parking berbayar depan UTC Kuala Terengganu selama 3 malam, harganya RM5/night tak salah. Saya dan isteri memang bukan asal orang Terengganu jadi takde keluarga di sini yang boleh tolong drop off 😅 Nak parking di tempat awam takut dicuri pula. Nak selamat letak di parking berbayar je lah, at least ada orang tolong tengok-tengokkan.
7PM: Selepas makan di KFC, kami naik teksi untuk ke tempat berkumpul iaitu di tugu sebelah stesen minyak Petron di Jalan Tengku Mizan. Rombongan dari Public Gold Kuala Terengganu ni seramai 10orang dan waktu berkumpul untuk naik bas ialah pukul 8PM (sepatutnya lah..). Niat asalnya kitaorang nak solat jamak taqdim Maghrib + Isyak di stesen Petron namun apakan daya, tiada surau kat stesen minyak ni huhu 😪
10PM: Semua orang dah sampai sejak pukul 8PM lagi (termasuk staf Public Gold cawangan Terengganu yang akan menemani kitaorang sepanjang trip ni) namun nasib agak malang kerana bas sampai lambat, pukul 10PM belum sampai lagi.. Bas yang disewa oleh syarikat Public Gold ni akan membawa peserta Golden Tour dari negeri Terengganu DAN Kelantan. Dipendekkan cerita, setelah lama menunggu akhirnya bas sampai dan kitaorang boleh teruskan perjalanan ke Penang, yeay! 🚌
12AM: Sepanjang perjalanan ke Penang, kami berhenti 3kali. Hentian yang pertama ialah di Masjid berdekatan Jabi, Besut (berhenti untuk solat). Hentian kedua ialah di cawangan Public Gold Kota Bharu di mana rombongan seramai 12 orang dari Kelantan join kami. Hentian yang ketiga dan terakhir ialah di R&R Titiwangsa (berhenti untuk ‘qada hajat’). Perjalanan ke Penang tak memenatkan since kitaorang tido je sepanjang perjalanan 😴
04/05/2018 (Day 1)
6AM: Kitaorang tiba di R&R Penanti lebih kurang pukul 6AM. Di sini, kami stretching skejap dan solat Subuh. Ada antara kami yang mengambil peluang ni untuk mandi dan tukar baju. Mood melancong baru nak datang ni hehe. By the time kitaorang sambung perjalanan, langit baru nak start cerah ☀️
8AM: Kitaorang melintasi Jambatan Pulau Pinang lebih kurang pukul 8AM. Aktiviti pertama kitaorang di Penang ialah makan roti canai di Restoran Kapitan. Sebelum saya lupa, nak bagitau yang semua makan minum dan penginapan bermula sekarang termasuk dalam harga pakej yang dibayar sebelum ni. Jadi kita hanya sediakan duit poket untuk beli jajan dalam perjalanan pergi/balik, dan (jika mahu) duit untuk beli cenderahati/emas sahaja 🎁
9AM: Selepas perut diisi, tempat persinggahan kami yang seterusnya ialah di PG Gold Museum iaitu muzium emas yang pertama dan satu-satunya di Malaysia. Di sini kami diiringi tour guide yang bercerita tentang geografi lombong emas, cara emas dilombong, cara emas ditempa, kegunaan emas dan banyak lagi. Muzium ni ada banyak tempat yang instagrammable seperti 3D Mural Painting, malah keseluruhan interior design muzium ini direka khas untuk membuatkan kita rasa seperti sedang berjalan dalam sebuah lombong emas, memang WOW..! Selain itu, di sini kita juga berpeluang untuk acah-acah mendulang emas secara hands-on dan juga berpeluang untuk pegang jongkong emas seberat 50kg! 😮 Malah kitaorang juga berpeluang untuk lihat demonstrasi secara live bagaimana acuan jongkong silver seberat 1kg dibuat. Di penghujung muzium ni ada ruangan kedai, ramai yang membeli emas, perak serta cenderahati lain sebagai kenang-kenangan.
11AM: Setelah lebih 2jam berada di PG Gold Museum, kitaorang ke tengah-tengah bandar Georgetown untuk melawat Penang Street Art yang bukan sahaja menjadi satu tarikan istimewa di bandar lama ini, malah menjadi inspirasi kepada goldbar keluaran Public Gold (iaitu design Swing, Bicycle, Motorcycle dan Cat). Lepas selesai bergambar, kitaorang lunch di kedai Ayu Mee Udang untuk menikmati (apa lagi kalau bukan) mee udang yang sungguh istimewa. Seterusnya, kitaorang dibawa ke Eastin Hotel di mana kami akan menginap untuk malam ni. Walaupun tak lama singgah, sempat la nak check-in, letak barang, solat dan berehat seketika di bilik hotel 🛌
4PM: Untuk sesi petang, kami dibawa ke kedai Aurora Italia di Queensbay Mall sebelum terus menuju ke Public Safe iaitu perkhidmatan safety box yang ditawarkan oleh Public Gold. Di sini kami saksikan sendiri betapa ketatnya security PG Safe. Masuk ikut pintu depan, daftar, sahkan identiti dan thumbprint sebelum masuk ke ‘bilik perantara’ yang sempit. Dalam ‘bilik perantara’ ni kami kena tunggu ‘pintu besi di belakang’ ditutup, kemudian barulah satu lagi ‘pintu besi di depan’ dibuka. Selepas ‘pintu besi di depan’ dibuka ada pula grill yang berkunci dan selepas membukanya barulah kitaorang dapat masuk ke dalam bilik yang mengandungi safety box. Fuhh.. memang berpeluh by the time masuk ke dalam. Public Safe juga dilengkapi CCTV, pak guard dan sistem teknologi keselamatan yang terkini, memang mustahil untuk pencuri masuk melainkan dia ada superpower atau boleh berjalan tembus dinding 😂.
8PM: Selepas melawat Public Safe, kitaorang singgah sebentar di kedai tersohor di Penang iaitu Jeruk Madu Pak Ali untuk membeli buah tangan. Selepas itu, kami dinner di Restoran Nasi 7 Benua sebelum pulang ke hotel. Waktu malam tiada aktiviti khas jadi semua orang buat hal masing-masing. Sampai je hotel saya dan keluarga terus naik mandi dan solat sebelum turun balik untuk jalan-jalan di Queensbay Mall. Alang-alang bercuti, nak jugak pusing mall di Penang sambil berwindow shopping.
05/05/2018 (Day 2)
8AM: Kitaorang bangun seawal 6AM. Setelah solat dan bersiap-siap, isteri dan anak turun breakfast di lobby manakala saya stay kat bilik hotel je sebab nak habiskan lebihan makanan semalam. Selepas breakfast kami terus naik bas untuk pergi ke tempat yang paling ditunggu-tunggu iaitu HQ Public Gold di Bayan Lepas (Public Gold Global Business Centre) 😍
9AM: Kami tiba di HQ sekitar pukul 8.30AM dan kitaorang habiskan 30minit yang pertama untuk mengagumi state of the art bangunan HQ Public Gold dan bergambar-gambar. Selepas itu ialah sesi yang amat menyeronokkan iaitu Dream Car Tour. Di sini, kitaorang berpeluang untuk feel naik dua buah kereta mewah iaitu Porsche dan Rolls Royce. Nasib kitaorang baik kerana peserta Golden Tour kali ni tak berapa ramai, jadi kitaorang dapat experience naik kedua-dua kereta. Malah ada peserta lain yang naik berulang-ulang kali. Bukan apa, nak kasi feel tu melekat dalam jiwa tak gitu? 😋
10AM: Selepas asyik naik kereta mewah, kitaorang dibawa Mr Harrison berjalan-jalan di sekitar bangunan HQ sambil berkenalan dengan keluarga Public Gold. Di sini, kami berpeluang jumpa dengan Founder syarikat iaitu Dato Wira Louis serta backbone staff yang lain merangkumi pelbagai department termasuk team marketing, designer, accounting, team online security, team PG Mall dan lain-lain. Selepas round HQ, kitaorang dibawa ke ruang facade untuk sesi penyerahan sijil dan lucky draw. Jika anda dah biasa membeli emas Public Gold tentu anda dah tau yang mereka memang suka bagi emas percuma ketika sesi lucky draw. Begitu juga untuk trip PG Golden Tour kali ni, lucky draw emas 0.5gram goldbar telah diadakan (yang akhirnya dimenangi oleh peserta dari Sarawak..)
12PM: Selepas sesi bergambar, kitaorang dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi Business Presentation dan sesi soal jawab. Kalau awak rasa sesi ni paling boring, pada awalnya saya juga beranggapan begitu. Namun selepas tamat sesi ni, saya rasa sangat enriched kerana Mr Harrison jawab SEMUA PERSOALAN yang kitaorang tanya supaya kitaorang dapat kenal Public Gold dengan lebih dekat. Banyak persoalan di minda saya tentang operasi syarikat Public Gold terjawab selepas sesi ini. Sebagai contoh, bagaimana syarikat Public Gold pastikan stok emas sentiasa ada ialah dengan menyediakan dua lapisan stock reserve. Jika reserve yang pertama dah berkurang, mereka akan terus topup reserve pertama tadi menggunakan reserve kedua, dan pada masa yang sama terus ORDER STOK YANG BARU untuk replenish reserve kedua. Memang takkan habis la stok emas bila buat gini 🤗.
1PM: Sudah sampai masanya kami ucapkan bye-bye kepada semua staf Public Gold yang sangat friendly kerana waktu pon dah lewat dan perut pon dah lapar. Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sanggup menerima dan melayan kami bagai tetamu kehormat gitew. Kami juga ucapkan selamat tinggal kepada peserta Golden Tour yang datang dari negara/negeri lain (Brunei, Sarawak, Kedah, dan Lembah Klang). Kami yang datang dari Kelantan dan Terengganu terus sambung perjalanan menaiki bas untuk balik ke kampung halaman.
3PM: Sebelum meninggalkan Penang, kitaorang berhenti untuk lunch dulu di Restoran Nasi Kandar Makbul, serta solat Zohor-Asar sebelum terus sambung perjalanan menyeberangi Titiwangsa.
8PM: Kami berhenti di Kuala Krai untuk solat Maghrib-Isyak dan betulkan orat. Kitaorang beli jajan sikit-sikit untuk alas perut. Kitaorang tak berhenti lama sebab semua nak cepat-cepat sambung perjalanan balik ke Kota Bharu, dan seterusnya Kuala Terengganu. Kami tiba di Kuala Terengganu sekitar pukul 2AM. Drebar bas turunkan saya dan keluarga di depan UTC Kuala Terengganu tempat kami parking kereta. Maka tamat-lah pengembaraan Golden Tour kami selama 2hari 1malam ke Penang. Alhamdulillah 🙂
Penutup
Jujurnya, bagi saya sesi lawatan ke Penang bersama PG Golden Tour ni exceed expectations. Bukan apa, saya asalnya pergi nak bergambar je, tak sangka pula vacation kali ni amat menyeronokkan. Mungkin apabila pergi trip beramai-ramai naik bas seperti rombongan budak sekolah gini menambahkan lagi excitement nyer.
Semoga ini bukan kali terakhir saya join program ni. Lately makin banyak pula aktiviti yang diselitkan dalam Golden Tour seperti kembara ke Bukit Bendera dan (sebelum dimansuhkan) trip menaiki ferry merentas selat. Malah ada juga sesi PG Golden Tour Merentas Negara iaitu program yang disusun 3hari 2 malam (Penang 2hari + extra night untuk bermalam di HATYAI) dan juga PG Golden Tour di Indonesia di mana Public Gold kini sudah memiliki 3 cawangan di sana. Memang syiok..! 😁
Akhir kata, sekiranya berpeluang menyertai PG Golden Tour, elok-lah awak join at least sekali kerana ia bukan trip melancong semata-mata, kita juga berpeluang mengenali ‘tunjang’ syarikat Public Gold dengan lebih dekat.
Ikhlas dari sahabat emas anda,