Salam sejahtera semua,
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan kita untuk menegakkan sesuatu yang haq. Apabila kita menghayati kehebatan sejarah tamadun Islam, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dari aspek kerohanian, pentadbiran negara, pengurusan bandar, pelaksanaan undang-undang, kesejahteraan masyarakat, serta kemakmuran ekonomi termasuklah kestabilan sistem matawang.
Menyebut tentang matawang (atau nama sempoi-nya DUIT), apa kata harini kita berkenalan dengan sistem matawang orang dulu-dulu. Mereka TIDAK menggunakan sistem ‘duit kertas’ seperti apa yang kita gunakan hari ini, bahkan duit yang mereka gunakan sebenarnya lebih berharga kerana ia diperbuat daripada logam EMAS dan PERAK.
Hari ini saya nak berkongsi tentang duit syiling yang digunakan dalam tamadun Islam suatu ketika dahulu. Syiling emas ni bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Syiling emas ini merupakan bukti kehebatan satu tamadun yang pada suatu ketika dahulu pernah menguasai se-pertiga dunia. Duit syiling yang saya maksudkan ialah tak lain tak bukan.. DINAR EMAS.
Sejarah Dinar Emas
Ketika datangnya Nabi Muhammad SAW membawa ajaran Islam (sekitar tahun 570 – 632 Masihi), semenanjung Tanah Arab TIADA matawang mereka sendiri. Bahkan duit yang digunakan ketika itu banyak dipengaruhi oleh tamadun besar di sekitarnya iaitu empayar Rom dan Parsi. Kerajaan Rom dan Parsi menggunakan duit syiling yang diperbuat daripada emas dan perak sebagai medium of exchange dalam semua aspek kewangan (transaksi bisnes, bayar gaji askar, kutipan cukai, etc). Ia didapati secara meluas bukan setakat di tanah jajahan mereka, malah juga didapati di kawasan-kawasan sekitar termasuklah Semenanjung Tanah Arab. Ketika itu, Rasulullah SAW mengiktiraf penggunaan duit ini dan diceritakan bahawa Baginda sendiri pernah menggunakan duit emas untuk membeli kambing dan duit perak sebagai mas kahwin.
Selepas wafatnya Baginda SAW, urusan pentadbiran umat Islam dipikul oleh Khulafa Ar-Rasyidin, dan selepas mereka, kerajaan Bani Umaiyyah pula mengambil alih pucuk kepimpinan. Sekitar tahun 695 Masihi iaitu ketika umat Islam bernaung di bawah Khalifah Bani Umaiyyah yang ke-5, matawang emas yang pertama dalam tamadun Islam telah dihasilkan dan duit emas ini dipanggil DINAR. Mengapa ia dilakukan? Diceritakan bahawa pada masa tu syiling emas Rom (Solidus) yang biasa digunakan dalam pasaran semakin berkurangan. Sebaliknya, kehadiran syiling emas dari tamadun Byzantine yang padanya diukir gambaran Nabi Isa AS serta simbol salib semakin banyak dalam pasaran (mereka beragama Kristian).
Tentunya umat Islam tidak senang menggunakan duit syiling dengan simbol-simbol begini. Lalu Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah mengarahkan syiling emas pertama dalam tamadun Islam dihasilkan untuk menggantikan penggunaan syiling Byzantine. Nama syiling emas ini ialah ‘DINAR’. Nama dinar diambil dari nama syiling perak tamadun Rom iaitu Denarius, dan spesifikasi yang ditetapkan ketika itu ialah 1dinar bersamaan 4.25gram emas yang berketulenan 22karat.
Sejak awal penghasilannya pada tahun 695, sehingga-lah tahun 1923 (iaitu tahun jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah), duit rasmi yang digunakan oleh umat Islam ialah syiling DINAR (emas) dan Dirham (perak). Namun, setelah jatuhnya kerajaan Islam yang terakhir, negara-negara Islam TIDAK lagi menggunakan dinar sebagai duit. Kita telah meninggalkan ‘wang sunnah’ ini dan menggantikannya dengan ‘wang fiat’ (duit kertas).
Sebab tu ramai antara kita tak tahu dan tak faham yang EMAS ini sebenarnya ialah DUIT. Nak buat macam mana, memang sejak lahir lagi kita telah di-program-kan untuk lihat duit kertas sebagai matawang dan TAK PERNAH pula kita lihat emas digunakan sebagai duit dalam transaksi jual beli. Hanya satu tempat je yang kita pernah tengok emas iaitu gelang dan rantai yang dipakai oleh ibu dan isteri kita. Sebab tu kebanyakan kita hanya melihat emas sebagai perhiasan wanita semata-mata. Maka terkuburlah WANG DINAR ditelan zaman, kehebatannya terus dilupakan bersama keagungan empayar Islam suatu ketika dahulu. Huhu 😢
Bangkitnya Dinar sebagai PELINDUNG KEKAYAAN
Seperti yang kita semua tahu, teknologi ‘minting‘ moden membolehkan penghasilan syiling emas yang beratnya lebih tepat, ketulenannya lebih asli, dan design syiling yang lebih teliti dan cantik. Antara ‘syiling emas moden‘ terawal yang dihasilkan ialah South African Krugerrand. Syiling emas ini telah dihasilkan sejak tahun 1967 hingga sekarang, dan denominasi berat yang digunakan ialah troy ounce (Oz). 1Oz bersamaan 31.10gram. Tujuan asal syiling emas moden ini dihasilkan bukanlah sebagai medium transaksi (matawang), sebaliknya ia bertujuan untuk MELINDUNGI KEKAYAAN seseorang dan dijadikan aset berharga untuk simpanan jangka masa panjang.
Maka timbul satu idea dalam minda Muslimin – jika syiling emas moden dengan berat 31.10gram boleh dihasilkan, tentunya kita boleh hasilkan syiling yang beratnya 4.25gram juga, tak gitu? Jika ini dilakukan, ia lebih bertepatan dengan jiwa kita kerana berat syiling 1dinar dalam sejarah tamadun Islam ialah 4.25gram. Apa kata kita bangkitkan semula syiling emas dinar yang telah lama terkubur dengan menghasilkan syiling DINAR MODEN?
Dengan teknologi minting yang semakin baik, kini terdapat banyak syarikat dari seluruh dunia yang mampu menghasilkan syiling emas yang beratnya 4.25gram (bersamaan 1dinar) serta diukir dengan corak dan kalimah yang cantik-cantik. Antara dinar terawal yang berjaya ‘bangkit’ ialah dinar yang dihasilkan di Dubai pada tahun 1992 serta Dinar Kelantan yang mula dihasilkan sejak tahun 2006 (berketulenan 22karat). Setelah lama dinar emas terkubur ditelan zaman, kini ia telah kembali. Namun kembalinya dinar emas hari ini BUKAN sebagai duit (medium of exchange), bahkan sebagai ASET simpanan umat Islam.
Terdapat perselisihan faham di antara dinar scholars apabila menetapkan ketulenan emas untuk syiling dinar moden ni. Ada yang menetapkan ketulenannya kepada 22karat (916) seperti yang ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan ketika menempa dinar yang pertama dalam tamadun Islam. Dan ada yang menetapkan ketulenannya kepada 24karat (999) kerana ini lebih mirip kepada syiling emas Solidus yang digunakan secara meluas ketika zaman permulaan tamadun Islam dahulu. Tiada masalah, mana-mana pon bagus untuk kita simpan asalkan ia emas yang tulen 🙂
Produk Dinar Public Gold
Antara syarikat emas yang turut sama menghasilkan ‘dinar moden’ ialah Public Gold. Sebenarnya Public Gold mula menempa syiling dinar sejak awal penubuhannya lagi iaitu pada tahun 2009. Diceritakan bahawa pada masa tu, team Public Gold diketuai Dato’ Wira Louis (selaku founder syarikat) telah menemui beberapa ilmuan, ahli sejarah dan professor yang mahir tentang dinar termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan input-input ilmiah berkaitan wang dinar. Sejak itu, syarikat Public Gold sangat aktif mempromosikan produk ‘dinar moden’ dengan mengadakan seminar-seminar percuma di seluruh Malaysia untuk menggalakkan orang ramai menyimpan emas dan menghidupkan kembali ‘roh’ dinar yang telah sekian lama meninggal. Huhu.
Terdapat dua jenis produk dinar Public Gold. Yang pertama ialah LBMA Dinar yang diimport dari Turki, dan yang kedua ialah LOCAL Dinar yang dihasilkan di Malaysia. Perbezaan dinar ini bukanlah pada mutunya kerana kualiti kedua-duanya sangat-lah cemerlang dengan ukiran yang cantik dan teliti serta emasnya pula berketulenan 999. Bahkan perbezaannya lebih kepada kesan terhadap HARGA emas disebabkan aplikasi cukai GST (Goods and Services Tax) oleh kerajaan suatu ketika dahulu. Saya sudah menerangkan secara terperinci kesan GST terhadap harga emas di Malaysia dalam artikel yang lalu, awak boleh membacanya di sini (link).
Kelebihan LBMA Dinar ialah ia diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA), ini bermaksud emas ini diterima secara meluas di pasaran antarabangsa. Malah, tak exaggerate jika saya katakan produk 1dinar LBMA Public Gold ialah produk dinar emas yang paling widely circulated di dunia sekarang (kita boleh buat anggaran jumlah kepingan 1dinar LBMA yang telah dihasilkan dengan melihat certificate number 1dinar LBMA yang terkini). Manakala kelebihan LOCAL Dinar pula ialah kita boleh buka bekas plastik emasnya, ini memudahkan proses memajak emas di ArRahnu. Malah, ramai juga yang suka buka packaging ni untuk ambil syiling dinar dan letak atas tangan, katanya nak ambil feel ‘aura emas’ gituu 😬 Di sini saya sertakan jadual perbandingan antara LBMA Dinar dan LOCAL Dinar Public Gold:
LBMA Dinar:
1 Dinar (4.25gram)
Half Dinar (2.125gram)
5 Dinar (21.25gram)
10 Dinar (42.5gram)
LOCAL Dinar:
1 Dinar (4.25gram)
5 Dinar (21.25gram)
10 Dinar (42.5gram)
Penutup
Bagi saya, dinar emas bukannya sekeping logam emas yang berharga semata-mata, bahkan ia adalah lambang kehebatan tamadun Islam yang telah berdiri teguh untuk beribu tahun lamanya. Akhir kata, semoga anda yang membaca perkongsian kali ini sehingga habis mendapat inspirasi untuk menyimpan DINAR EMAS.
Walaupun syiling dinar tidak lagi digunakan sebagai matawang, simpanlah dan jadikannya aset yang akan MELINDUNGI KEKAYAAN kita dari segala malapetaka yang tak diduga. Jika awak tak pasti bagaimana nak memiliki syiling dinar ini boleh wasap saya untuk bantuan.
Ikhlas dari sahabat emas anda,