Salam sejahtera 🙂
Saya harap awak semua ada baca sharing saya yang lepas (link). Dalam tu saya ada tulis bagaimana MOMENTUM telah memainkan peranan yang penting untuk melancarkan ‘roket emas’ sehingga harganya NAIK 40% dalam masa kurang 2 tahun..! 🤩 Sebenarnya kenaikan harga emas ni bukan sahaja dipengaruhi faktor teknikal, malah ia juga disokong oleh faktor fundamental kerana suasana ekonomi dan geopolitik sekarang ni sangat kritikal. Jom kita study point ni dengan lebih lanjut 📚
Intro: Fundamental Analysis 101
Ilmu mengkaji ‘supply and demand‘ logam emas dinamakan analisa fundamental. Maksudnya: kita kaji jumlah emas yang berjaya dilombong dan dikitar-semula (supply) dan kita bandingkan dengan permintaan terhadap logam emas dalam pasaran (demand). Umumnya:
- Jika stok emas (supply) rendah, harga emas NAIK
- Jika stok emas (supply) tinggi, harga emas TURUN
- Jika permintaan (demand) rendah, harga emas TURUN
- Jika permintaan (demand) tinggi, harga emas NAIK
Jujurnya, ilmu analisa fundamental ni sangat luas, jadi harini saya nak sentuh tentang satu aspek sahaja iaitu bagaimana permintaan (demand) terhadap logam emas mempengaruhi harganya. Lebih spesifik lagi, saya nak cerita tentang bagaimana status emas sebagai ‘Safe Heaven’ menyebabkan demand dan harganya berubah mengikut keadaan ekonomi dan geopolitik semasa.
Mengapa isu geopolitik (keamanan sesebuah negara) mempengaruhi permintaan terhadap emas? Kerana ketika peperangan, emas sangat berharga berbanding harta-benda yang lain kerana emas laku di mana-mana negara dan ia mudah dibawa keluar. Contoh: Ketika peperangan US-Vietnam, ramai rakyat Vietnam telah menukarkan harta dan tanah mereka dengan EMAS KIM-THANH. Mereka telah lari ke negara lain (termasuk Malaysia), dan mereka telah menggunakan emas ini untuk mulakan hidup baru.
Syurga Pelabur Ketika Ekonomi Tak Menentu
Harini saya nak cerita skit tentang syurga boleh? Tapi bukan syurga akhirat yang saya maksudkan 😅 Topik yang saya nak share ialah EMAS sebagai ‘syurga’ tempat pelabur cari perlindungan semasa keadaan huru-hara. Dalam Bahasa Inggeris, emas ni tersohor dengan gelaran ‘Safe Heaven’.
‘Safe Heaven’ bermaksud tempat yang paling selamat ketika malapetaka sedang berlaku. Contoh: kalau berlaku tsunami, safe heaven ialah tempat yang paling tinggi (seperti di atas bukit atau bangunan) yang mana ombak tsunami tu tak sampai. Contoh kedua: ketika berlaku ribut taufan di sesuatu kawasan, safe heaven ialah rumah atau bunker yang melindungi orang di dalamnya.
Betapa pentingnya ‘Safe Heaven’ kerana di situ lah tempat kita semua akan take cover sementara menunggu waktu susah berlalu. Dari sudut kewangan, safe heaven ialah aset yang paling selamat disimpan ketika berlaku malapetaka seperti kegawatan ekonomi, peperangan, wabak penyakit dan apa sahaja yang boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi dunia.
Dalam keadaan ekonomi huru-hara, tak sesuai nak melabur di tempat yang berisiko tinggi seperti pasaran saham atau perdagangan kerana kebarangkalian untuk rugi sangat tinggi. Dalam keadaan seperti ini, lebih baik kita alihkan harta kita kepada safe heaven yang terlindung daripada bahaya malapetaka tadi, iaitu dengan membeli EMAS 🏆
Sekarang cuba awak bayangkan keadaan dunia atau ekonomi yang huru-hara (contoh yang terkini: wabak COVID-19), SEMUA ORANG akan jadi panik dan terus masuk survival mode. Pada masa begini, priority yang pertama ialah bagaimana nak menyelamatkan NYAWA diri dan keluarga, dan priority yang kedua ialah bagaimana nak menyelamatkan HARTA.
Untuk menyelamatkan HARTA, Sudah tentu pada masa begini semua orang akan berebut nak beli emas kan? Ini menyebabkan permintaan (demand) kepada logam emas NAIK dengan sangat banyak secara tiba-tiba. Ini seterusnya memacu harga emas untuk MEROKET NAIK seperti apa yang sedang kita saksikan sekarang 🚀 Masih pening-pening? Mari baca cerita si pemburu bawah ni:
Si Pemburu Yang Bijaksana
Pada suatu hari, ada seorang pemburu yang tinggal di pinggiran hutan. Untuk kelangsungan hidup, dia ada dua cara untuk mencari nafkah. Pemburu ni TAK boleh buat kedua-duanya sekaligus, dia kena pilih salah satu cara sahaja iaitu sama ada dia nak:
- Masuk hutan untuk memburu rusa
Kalau masuk hutan ni, risikonya besar sebab ada ketikanya banyak serigala dan ada ketikanya ribut petir. Kira mengancam nyawa juga la. Tapi hasilnya sangat lumayan, dapat tangkap seekor rusa pon dah cukup untuk dia hidup sebulan. - Ternak ayam di rumah
Kalau ternak ayam ni, risiko rendah dan selamat, tapi hasilnya tak berapa lumayan, kena ternak beratus ekor ayam baru menyamai hasil seekor rusa.
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi apa pemburu yang bijaksana ni buat, ketika musim ribut petir atau serigala keluar memburu, dia akan duduk di rumah dan TERNAK AYAM. Lebih baik jangan ambil risiko masa tengah bahaya ni. Walaupun hasil ayam tak sebanyak rusa, tapi lagi SELAMAT.
Sebaliknya, kalau masa tu musim cuaca baik dan musim serigala tido, dia akan masuk hutan untuk BURU RUSA. Risiko memang ada, tapi lebih terkawal berbanding sebelum ini. Oleh itu si pemburu akan masuk ke hutan dan cuba untuk tangkap rusa, tentu hasilnya lebih LUMAYAN.
Si Pelabur Yang Bijaksana
So.. awak tanya apa kaitannya cerita Si Pemburu tadi dengan topik harini? Jawapannya ada dalam cerita Si Pelabur Yang Bijaksana. Tukar senario tadi jadi macam ni:
- Pemburu = pelabur
- Ternak ayam = pelaburan selamat, contoh: EMAS (Safe Heaven)
- Tangkap rusa = pelaburan berisiko tinggi, contoh: PASARAN SAHAM, PERDAGANGAN
- Ribut Petir dan Serigala = Peperangan, kegawatan ekonomi, wabak penyakit, dan faktor-faktor lain yang berisiko tinggi.
Si pelabur ialah seorang yang celik kewangan dan dia gunakan sebahagian pendapatannya untuk melabur. Untuk menjana keuntungan, dia boleh ‘tanam modal’ di dua tempat yang berbeza iaitu:
- Bisnes dan Pasaran Saham
Secara umum, pelaburan dalam pasaran saham atau bisnes mampu menjana keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang pendek. Namun ia juga datang dengan risiko kerugian yang tinggi (malah bankrap terus pon boleh!). - Emas
Pelaburan dalam logam emas biasanya menjana keuntungan yang sederhana, dan biasanya mengambil masa yang lebih panjang. Namun risiko pelaburan emas lebih rendah kerana harga emas biasanya sangat stabil.
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi apa si pelabur ni buat, ketika ekonomi bagus dan dunia aman (risiko lebih terkawal) dia akan pilih pelaburan dengan potensi hasil yang lebih lumayan seperti PASARAN SAHAM DAN BISNES.
Tapi bila keadaan ekonomi gawat, peperangan, wabak penyakit, geopolitik tak stabil (atau apa sahaja faktor yang berisiko tinggi), si pelabur akan beralih kepada pelaburan yang lebih selamat iaitu EMAS.
Kesimpulannya: bila ekonomi subur, TAK RAMAI orang nak membeli emas (permintaan rendah), jadi harga emas akan STATIK atau TURUN. Sebaliknya, bila ekonomi gawat, SEMUA ORANG nak membeli emas (permintaan tinggi), jadi harga emas akan NAIK..
Emas tetap BERSINAR ketika seluruh dunia kelam dan suram
Cuba lihat graf harga emas 2018-2020 ni, kita boleh lihat bagaimana faktor-faktor fundamental menyokong harga emas untuk naik dan terus naik. Dari trade war US-China hingga ketegangan politik US-Iran dan yang terkini wabak COVID-19 yang dahsyat, suasana ekonomi dan geopolitik dunia yang tak stabil menyebabkan pelabur mengalihkan duit mereka dari pelaburan berisiko tinggi kepada pelaburan yang lebih selamat iaitu EMAS. Sebenarnya, ini ialah satu bayangan untuk kita kerana kelak ‘akan datang satu zaman yang mana tiada apa yang berharga melainkan dinar dan dirham’. Wallahu a’lam.
Penutup
Semoga perkongsian saya tentang analisa teknikal dan fundamental bantu awak semua untuk faham mengapa harga emas naik dengan begitu mencanak sekali sekarang ni.
Pesanan akhir, janganlah kita terlampau asyik nak meneka pergerakan harga emas sedangkan satu gram emas pon belum kita miliki..! 😓 Sebenarnya ramai orang yang terperangkap dalam masalah ni. Mereka menyekat diri mereka sendiri daripada membeli emas secara konsisten sebab kononnya “nak tengok pergerakan harga dulu, mana tau kot-kot turun lagi…“
Kesiann.. Alangkah ruginya mereka. Ketahuilah, even pakar pelaburan emas pon terus-menerus membeli emas fizikal sekalipon harganya telah naik. Takkan la orang biashe-biashe macam kita nak tengok dari tepi je? Huhu.
Ingat pesanan ni: “beli dan beli emas, dan kemudian tunggu (pergerakan harga yang seterusnya)“. Bukannya “tunggu dan tunggu, dan kemudian TAK membeli (akhirnya 1gram emas pon takde)“. Semoga anda yang baca entry ni sampai habis bukan orang yang jenis macam ni 😉
Ikhlas dari sahabat emas anda,