Salam sejahtera semuaa,

Harap semua sihat-sihat belaka. Harini tetiba saya rasa cam nak share dari mana datangnya nama emasdulukiniselamanya. Bukan apa, orang kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Jadi kalau dah tahu dari mana datangnya nama EDKS, maybe nanti awak semua lebih kenal dan cinta team EmasDuluKiniSelamanya, ye tak? 

Semuanya bermula tahun lepas, masa tu saya cuba fikirkan #hashtag yang sesuai untuk membezakan saya daripada penulis yang lain. Mengapa perlukan #hashtag awak tanya? Sebenarnya bila kita mula menulis di alam maya, aspek branding memang sangat penting untuk memudahkan orang cari kita. Salah satu strategi branding ialah menggunakan #hashtag unik yang tiada orang lain gunakan.

Tapi memang susah nak cipta satu idea atau nama yang sesuai, jadi mati kutu jugak la awal- awal tu. Dah la saya ni bukannya kreatif sangat bab-bab mencari nama ni sebenarnya. Tapi orang kata kalau cerita pasal personal branding ni kita kena fokus pada jati diri sendiri dan cari aspek unik atau special pada diri kita yang mahu dikongsikan dengan orang lain. Antara perkara yang saya fikirkan masa tu ialah:

1. Saya seorang educator, bukannya dealer semata-mata

Bila orang tanya saya tentang emas, saya akan sentiasa bagi penerangan secara keseluruhan dan bukannya yang positif sahaja. Contohnya jika orang tanya saya soalan seperti “bagus ke simpan emas ni?”, saya akan menerangkan kedua-duanya, iaitu kelebihan DAN kekurangan simpan emas. Ini kerana saya mahu mereka dapat gambaran yang tepat dan realistik tentang emas.

Saya lihat diri saya sebagai seorang cikgu emas yang aktif berkongsi tentang emas. Saya juga mahu semua orang tahu yang saya bukannya jenis yang profit-oriented semata-mata atau dalam bahasa mudah, saya bukannya jenis yang bagitau semua yang bagus-bagus je sebab nak dapat komisyen lebih. Sebenarnya, kerja utama saya dah cukup untuk makan minum saya dan keluarga.

So.. saya tercari-cari #hashtag yang bersesuaian dengan profile saya ni. Asalnya saya fikir mahu gunakan hashtag seperti #cikguemas atau #goldeducator, namun saya rasa bunyinya agak umum dan kerek skit maka saya cancel la huhu

2. Saya seorang yang pentingkan fundamental emas

Ada orang beli emas semata-mata kerana nak dapatkan keuntungan duit ringgit dengan menjualnya balik pada harga yang lebih tinggi. Sebaliknya, ada orang beli emas kerana percaya emas ialah duit sebenar yang kalis inflasi dan bebas manipulasi. Saya ni jenis yang kedua.

Bagi saya duit ringgit yang kita gunakan sekarang bagus untuk short term sahaja kerana dalam jangka masa panjang nilai duit ringgit sentiasa dihakis inflasi. Untuk simpanan long term, duit emas lebih sesuai kerana sudah terbukti kuasa membelinya bertahan untuk berkurun lamanya. Bagi saya, aspek fundamental emas ni lebih penting berbanding keuntungan wang ringgit hasil jualan emas. Awak akan baca lebih banyak tentang isu ni dalam artikel saya yang lain.

Maka saya fikirkan hashtag seperti #emaskalisinflasi atau #emasialahduitsebenar tapi bunyinya macam terlalu spesifik dan hanya sesuai digunakan dalam artikel yang berkaitan dengan isu tu je..

3. Kembali kepada asal usul kita..

Ketika dah buntu, saya terasa nak kaji balik sejarah emas kerana saya nak tahu bila manusia mula guna emas sebagai duit. Saya tengok emas pertama kali digunakan sebagai matawang oleh tamadun purba Lydia iaitu 600 tahun Sebelum Masihi. Wow, dah lebih 2,500tahun tu..! Sejak tu, memang terbukti tamadun-tamadun lain juga tengok emas sebagai sesuatu yang amat berharga, diaorang pon turut sama guna EMAS sebagai matawang. Antaranya tamadun Greek, Rome, Parsi dan juga tamadun Islam.

Walaupun manusia purba ni berasal dari tempat dan zaman yang berbeza, namun mereka semua tetap bersependapat yang EMAS ni sangat berharga, kan? Padahal kalau tengok peta dunia sekarang, tamadun Lidya tu dekat Turki, tamadun Rome tu dekat Italy, tamadun Parsi dan tamadun Islam di tanah Arab, jauh sesangat la diaorang ni. Dah la beza antara tamadun ni beratus-ratus tahun lamanya. Walaupun begitu, mereka tetap lihat emas sebagai sesuatu yang amat berharga.

Yang best tu, kita hari ni jauh di Malaysia pon anggap EMAS sesuatu yang sangat berharga, betul tak? Dan saya percaya manusia 1000 tahun akan datang pon akan lihat emas sebagai sesuatu yang berharga. Tak exaggerate kalau kita kata emas ni akan selama-lamanya berharga di mata manusia, kan? Sekarang cuba bandingkan nilai EMAS yang kukuh zaman-berzaman dengan nilai WANG RINGGIT yang makin susut nilainya setiap tahun. Agak-agak la kan, 1000 tahun akan datang masih ada nilai lagi ke Ringgit Malaysia? Huhu

Maka dari situ datang la ilham untuk saya gunakan hashtag #emasdulukiniselamanya yang bila dipendekkan jadi la EDKS. Dengan memilih nama ni, saya mahu semua orang faham yang EMAS yang kita beli dan simpan akan tetap kekal BERNILAI dan BERHARGA selama-lamanya inshaAllah 

Ikhlas dari sahabat emas anda,