Tag

limited edition

Browsing

Salam Ramadhan Kareem untuk semua 😊

Masa berlalu dengan cepat. Saya rasa macam baru je masuk tahun baru 2019, sedar-sedar sekarang dah separuh tahun dah. Dan saya rasa macam baru-baru ni je masuk bulan Ramadhan, sekarang dah tinggal beberapa hari je nak raya..

Bila sebut tentang raya ni teringat time kecik-kecik dulu, benda yang paling syiok tentulah pegi beraya sambil kumpul DUIT RAYA, tak gitu? 😍 Bila fikir-fikir balik, rasa banyak jugak dapat duit raya dari sedara-mara masa tu tapi tak tau la habis ke mana semuanya huhu..

Jika orang dewasa pon pening dengan masalah duit habis, apatah lagi budak- budak yang dapat duit raya setahun sekali je. Saya pasti masalah ‘kebocoran’ duit raya ni akan terus berlaku selagi ibu bapa tak kreatif cari jalan untuk ‘selamatkan’ duit raya anak-anak.

Sedangkan duit raya tu kalau dikumpulkan semuanya dari anak lahir hingga besar, akan cecah ribuan ringgit juga jumlahnya (ni tertakluk kepada kemurahan hati pak cik dan mak cik masing-masing ye 😏). Duit ni tentu akan banyak membantu anak kita bila dia dah besar nanti, iaitu masa yang dia benar-benar perlukan dana tambahan untuk mengharungi dunia dewasa yang jauh lebih mencabar..

Jika awak ibu atau bapa yang hadapi masalah ni, usah risau. Ada beberapa cara untuk simpan duit raya anak kita agar kekal hingga dia besar, dan salah satu cara unik ialah dengan menyimpan dalam bentuk EMAS RAYA macam keratan akhbar bawah ni 💖 

Menabung EMAS RAYA ialah salah satu cara kreatif yang ibu bapa boleh buat untuk pastikan duit raya anak-anak ‘selamat’ disimpan sehingga mereka besar

Ada 2 cara nak simpan emas raya ni iaitu:

1. Bagi EMAS RAYA sebagai pengganti duit raya anak-anak tersayang

Caranya boleh bagi jongkong emas 1gram versi Aidilfitri 2019 kat setiap orang anak. Selitkan jongkong emas ni dalam sampul duit raya dan berikan kepada anak-anak untuk disimpan

2. Kumpul semua duit raya anak-anak, dan tukarkan duit tersebut kepada jongkong EMAS

Katakan satu rumah dapat RM10. Jika anak pergi beraya ke 20 buah rumah, dah dapat RM200. Duit sebanyak tu dah cukup untuk ditukarkan kepada 1gram EMAS RAYA


Seronoknya duit bila DIBELANJA, dan seronoknya emas bila DISIMPAN. Dengan menyimpan duit raya dalam bentuk emas, tentunya anak-anak takkan sewenang-wenangnya habiskan untuk beli mainan, mercun atau gula-gula. Menyemai sifat menabung dalam diri anak-anak tentunya lebih mudah dengan emas.

Malah kenangan Aidilfitri lebih tersemat indah dalam memori bila dikaitkan dengan goldbar emas versi raya yang design-nya terhad untuk tahun itu sahaja. Selain itu, NILAI emas lebih kekal dalam jangka masa panjang berbanding duit kertas yang dihakis inflasi saban tahun.

Jangan terkejut jika trend menyimpan emas raya ni semakin BOOM. Saya diberitahu yang jualan goldbar 1g versi raya tahun ni melepasi 6,000 keping tau.. Maknanya secara keseluruhan rakyat Malaysia membeli lebih 6 KILOGRAM emas raya untuk tahun ni saje..! 😲

Jadi.. antara duit raya dan emas raya, yang mana satu pilihan awak? Jika tak pasti bagaimana nak simpan emas raya boleh wasap saya 😉

Ikhlas dari sahabat emas anda,

Salam sejahtera semua,

Baru-baru ni YDPA kita yang ke 15 iaitu Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan yang telah disandang baginda sejak 2016. Jadi hari ni, saya nak kongsikan salah satu implikasi daripada peletakan jawatan baginda iaitu.. Pembuatan jongkong emas 1gram versi YDPA 15 akan DIHENTIKAN selama-lamanya. Jadi jongkong emas LIMITED EDITION ni bakal jadi RARE ITEM tak lama lagi huhu.. 😖

Ok.. alang-alang tu saya nak cerita sikit tentang emas yang dibuat untuk tujuan KOLEKSI. Baik.. kalau kita tengok orang di sekeliling kita, ramai je orang yang suka kumpul barang-barang ‘special’ yang disukai, betul? Ada yang suka kumpul figura, kumpul komik, kumpul handbag, kumpul tudung, kumpul barang antik dan sebagainya. Dan mereka ni sanggup bayar pada harga PREMIUM (lebih pada harga pasaran semasa) semata-mata untuk dapatkan koleksi item LIMITED EDITION, apatah lagi item RARE yang susah didapati, betul?

Begitu juga dengan emas. Memang benar kebanyakan orang beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, yang mana mereka akan cuba dapatkan emas pada harga yang PALING RENDAH untuk meraih keuntungan maksimum. Tapi ada juga orang yang membeli emas sebagai KOLEKSI. Mereka selalunya akan ‘kejar’ item-item emas yang LIMITED EDITION yang memiliki design yang unik. Contohnya design emas yang bertemakan perayaan dan individu masyhur seperti YDPA 15. Tentunya COLLECTORS ni sanggup bayar pada harga PREMIUM untuk dapatkan ITEM EMAS RARE. Makin sikit jumlah emas yang dihasilkan, makin TINGGI harga yang sanggup dibayar pengumpul emas untuk dapatkannya 😃

Berbalik kepada jongkong emas 1gram versi YDPA 15, emas ni sebenarnya kerjasama antara Public Gold dan POS Malaysia yang mana niat asalnya hanya 30,000 keping sahaja bakal dihasilkan. Dan emas ni akan dijual di Pejabat Pos dan Public Gold sepanjang 5tahun pertabalan baginda, namun.. Apabila YDPA 15 meletakkan jawatan baginda, penghasilan jongkong emas ni dihentikan serta-merta, jadi tak sampai 30,000 unit pon ada dalam pasaran sekarang.. Ingat, makin sikit jumlah design yang dihasilkan, makin rare dan makin mahal-lah item emas ni nanti..

Masa awal pelancaran emas YDPA 15 ni haritu, harganya ialah RM250. Selepas ~3,000 keping habis dijual, harganya dinaikkan ke RM270. Setelah baginda letak jawatan baru-baru ni, harganya telah naik ke RM300..! Sebagai perbandingan, 1gram emas yang sama (design biasa) boleh dibeli pada harga RM195 je..

Buat masa ni, kita masih boleh beli emas YDPA ni di pasaran online. Cuba bayangkan bila stok emas ni sudah habis dijual online, dan item ni dah jadi RARE. Yang mana mereka yang pernah membelinya sahaja yang memilikinya dalam dunia ni.. agak-agak berapa harga emas YDPA 15 ni masa tu? 😮


Harga 1gram goldbar versi YDPA15 sudah naik ke RM300/pcs sejak peletakan jawatan baginda

Elok jika kita semua simpan paling kurang sekeping jongkong emas 1gram versi YDPA 15 ni. Sekalipon kita bukan pengumpul emas tegar, kita tetap boleh jualnya balik pada harga PREMIUM pada masa hadapan, ye tak? Kalau awak tak pasti macam mana nak dapatkan emas versi YDPA ni boleh contact saya.

Ikhlas dari sahabat emas anda,