Pengalaman saya mula simpan emas fizikal


Pengembaraan emas saya bermula sekitar pertengahan tahun 2014. Masa tu saya baru habis belajar Medic di perantauan. Sebaik sahaja balik ke Malaysia, saya terus berhubung dengan MARA HQ kerana saya nak selesaikan terus bayaran hutang pelajaran menggunakan wang biasiswa yang saya simpan sepanjang 5tahun. Mengikut perjanjian, saya dikehendaki membayar 1% daripada jumlah keseluruhan biasiswa. Alhamdulillah saya berjaya selesaikannya tanpa masalah.

Alangkah bestnya bila dah settle bayar hutang tu. Walaupun belum bekerja dan tiada pendapatan tetap, saya tetap bahagia sebab kepala tak serabut fikir tentang hutang pelajaran yang selalu menghantui graduan muda zaman sekarang. Oleh kerana saya masih ada lebihan wang simpanan, saya fikir saya mahu laburkannya kerana mahukan keuntungan yang lebih baik berbanding simpanan dalam Tabung Haji. Saya tanya pendapat orang sekeliling dan yang mula-mula sebut tentang emas ialah bapa mertua saya.

Dia mencadangkan saya simpan sebahagian duit dalam bentuk emas. Saya tanya dia soalan yang sama dengan orang lain yang tak pernah simpan emas tanya saya harini iaitu: “Mana untungnya simpan emas?”. Jawapan yang diberikan bapa mertua saya simple je iaitu: “Awak beli sekarang pada harga sekian-sekian, nanti bila harga emas tu naik, awak jual balik emas tu untuk dapatkan keuntungannya”. Masa tu takde pulak dia ceritakan dekat saya tentang kelebihan simpan emas yang lain. Mungkin dia pon tak tahu kot huhu.

Anyway, berbekalkan ‘info ringkas’ dari bapa mertua saya tadi, saya ‘tutup mata’ dan mula membeli emas walaupun kurang faham lagi sebenarnya. Masa tu harga emas hanya sekitar RM135/gram sahaja. Disebabkan kurang pengalaman dan takde guidance, saya telah jual emas tu pada harga RM150/gram selepas setahun lebih. Niat masa tu, kononnya nak beli balik emas dalam kuantiti yang lebih banyak bila harga emas turun balik nanti. Sebaliknya berlaku, harga emas terus naik hingga mencecah hampir RM200/gram. Huhu..!

Selepas lebih 5tahun menyimpan emas, sekarang baru saya faham NILAI EMAS. Tak mungkin saya dapat memahaminya jika saya tak ‘tutup mata’ dan beli je emas masa baru bermula dulu.. Memang betul orang kata ilmu menjadikan kita pandai, dan pengalaman menjadikan kita bijaksana. Harini saya mahu bantu anda mulakan pengembaraan emas dengan cara yang paling mudah, murah dan patuh shariah, inshaAllah 🙂


KELEBIHAN SIMPAN EMAS


Bila kita sebut tentang simpanan, kita selalu fikir nak simpan duit dekat mana? Dalam ASB, Tabung Haji atau bank? Walaupun simpanan dalam bentuk wang kertas ada dividend, tapi lepas ditolak inflasi tak banyak sangat pon hasilnya sebenarnya.

Satu niche simpanan yang orang kita banyak tak tahu ialah kita boleh simpan logam berharga iaitu EMAS. Walaupun simpan emas tiada dividend, tapi NILAInya sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Antara kelebihan simpan emas ialah:

KALIS INFLASI

KENAIKAN HARGA EMAS

EMAS IALAH DUIT

ASET MAMPU MILIK

BENTENG KEWANGAN

INSTRUMEN PELABURAN

SIMPANAN PERKAHWINAN

SIMPANAN BUAT RUMAH

SIMPANAN PENDIDIKAN

MAGNET KEKAYAAN

MUDAH DITUNAIKAN

PENYEJUK MATA


KELEBIHAN EMAS SYARIKAT PUBLIC GOLD


Orang selalu tanya saya, jenama jongkong emas mana yang paling bagus? Sebenarnya, mana-mana jenama pon bagus asalkan emas tu tulen. Tapi se-eloknya pilih la jenama yang dipercayai serta paling lengkap secara PAKEJ. Secara umum, kita nak jenama emas tu memenuhi ciri-ciri seperti:

  1. Harga rendah
  2. Susut nilai rendah (10% ke bawah)
  3. Stok tiada had (tak mengganggu pembelian)
  4. Jaminan 100% belian balik (senang nak jual balik)
  5. Banyak cawangan
  6. Sistem yang mudah dan TAK CEREWET

Setakat ni, saya tengok emas jenama Public Gold yang penuhi semua kriteria ni. Jenama lain mungkin ada yang tawarkan harga atau susut nilai yang lebih rendah, namun mereka selalunya tak terima belian balik atau sangat cerewett 😖 Antara kelebihan simpan emas Public Gold ialah:


BAGAIMANA RUPA PRODUK EMAS PUBLIC GOLD?


Item emas gred simpanan (juga dipanggil BULLION) terdiri daripada emas berbentuk jongkong (goldbar) dan emas berbentuk koin (dinar). Kedua-duanya berketulenan 999 dan diiktiraf LBMA.

Berat Goldbar:

0.5gram
1gram
5gram
10gram
20gram
50gram
100gram
250gram
1kilogram

Berat Dinar:

1 Dinar (4.25gram)
Half Dinar (2.125gram)
5 Dinar (21.25gram)
10 Dinar (42.5gram)

Tonton video produk emas Public Gold

APA KATA MEREKA YANG SUDAH MULA SIMPAN EMAS?


Terima kasih doc sebab perkenalkan akak dengan EMAS Public Gold. Kalau tak, sampai bila-bila akak takkan kenal GOLDBAR..

Puan Narimah

Saya ni dulu ‘bodoh sombong’ kononnya tak minat emas, lambat sangat rasanya celik emas. Zaman bujang-bujang dulu dapat gaji bukannya reti nak beli emas. Reti perabis je.. bukak kabinet dapur penuh barang plastik, tupperware, periuk belanga, rasa rugi je. Alangkah bagusnya kalau saya beli emas..

Cikgu Zaleha

Terima kasih atas perkongsian tentang emas. Dah habis baca, mantap penulisan tuan, rasa semangat lak nak simpan emas haha..

Dr Fazreen

Saya dulu beli jongkong emas di Pos Arrahnu yang tinggi harganya. Nasib baik doc nasihatkan saya untuk beli emas guna akaun GAP Public Gold. Memang jauh lebih murahh..

Hakimie

Saya jual 30% daripada simpanan emas saya untuk hantar anak pergi belajar ke Turki. Kebetulan harga emas tengah naik sekarang. Sayang juga nak jual emas tu sebenarnya. Tak apalah, janji tak berhutang..

Ustaz Megat

Jongkong emas Public Gold ni dah la murah nak beli, harga jual balik tinggi pulak tu. Public Gold tawar harga RM1,920 untuk jongkong emas 10gram jenama XXX yang saya mahu jual baru-baru ni (11% bawah harga pasaran). Sedangkan bila saya tanya di kedai asal saya beli jongkong tu, harga yang ditawarkan hanya RM1,820 (15% bawah harga pasaran).

Cikgu Nurizam

Recommended PG Dealer, very helpful and full of knowledge.

Dr Md Hazwan

AKHIR KATA..


Semoga perkongsian saya bermanfaat untuk anda yang membaca cerita saya sampai habis. Untuk informasi emas yang lebih mendalam, boleh baca ebook percuma yang saya tulis di sini (link). Akhir kata, jika anda tak pernah simpan emas sebelum ini, saya nasihatkan bagi peluang kepada diri sendiri untuk mulakan simpanan emas dengan modal serendah RM100. Elakkan membaca sahaja tanpa bertindak, rugi je ilmu yang dipelajari tu huhu.


BELI PRODUK EMAS PUBLIC GOLD HARI INI
KLIK LINK DI BAWAH