Antara kelebihan simpan emas ialah:


1. Kalis Inflasi

Kuasa membeli emas terbukti bertahan berabad-abad lamanya. 1 Dinar (4.25gram emas) 1500tahun dahulu boleh beli seekor kambing. Begitu juga hari ini, 1 dinar (bernilai ~RM900) masih boleh beli seekor kambing. Bandingkan dengan kuasa membeli wang ringgit yang makin susut setiap tahun. Zaman ibu bapa kita kecik dulu bawa 10sen je pegi sekolah. Masa tu dengan 10sen dah cukup untuk beli sepinggan nasi. Harini 10sen nak beli biskut pon tak lepas.. Huhu.. 😖


2. Kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang

Walaupun simpan emas takde dividend, tapi NILAInya sentiasa naik dalam jangka masa panjang 😁 Bila kita tengok sejarah harga emas pada tahun-tahun sebelum ini, harga emas sentiasa berubah atau volatile dalam jangka masa pendek, tapi long-term harganya memang terbukti sentiasa NAIK ke atas

Tahun 2003: 1 gram emas = RM30
Tahun 2008: 1gram emas = RM80
Tahun 2015: 1gram emas = RM150
Tahun 2018: 1gram emas = RM180
Tahun 2020: 1gram emas = RM220


3. Emas ialah DUIT SEBENAR

Duit hadir dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit ialah duit kertas (fiat money). Manakala emas ialah duit dalam bentuk logam berharga (precious metal). Bila kita beli emas, sebenarnya kita hanya mengalihkan sebahagian duit kertas kita kepada duit EMAS. Duit itu tetap ada, cuma dalam bentuk yang lebih berharga iaitu emas 🥰

Emas digunakan sebagai matawang oleh tamadun manusia purba seperti Empayar Rome, Byzantine dan tamadun Islam. Hari ini, emas masih digunakan sebagai matawang. Nak guna terus untuk transaksi jual beli pon boleh (sesetengah tempat terima bayaran dalam emas), ATAU nak tukar dulu kepada duit ringgit sebelum guna pon boleh


4. ASET Mampu milik

Ketika ramai orang mengeluh tak mampu nak beli aset hartanah yang makin lama makin mahal, ada orang yang cari alternatif beli ASET MAMPU MILIK iaitu emas. Emas ialah aset kerana nilainya yang semakin naik setiap tahun seperti hartanah. Kini kita boleh simpan aset dengan modal serendah RM100 setiap bulan bersamaan 0.4gram emas. Boleh kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi sebukit emas. Nanti bila jumlah gram emas dah banyak, boleh je nak jual balik emas tu dan tukar kepada aset hartanah pula 🤩


5. Benteng Kewangan

Bila cakap bab kewangan, semua orang mesti pernah dengar istilah ‘dana kecemasan’. Dana kecemasan ni fungsinya sebagai back-up. Masa senang tak nampak gunanya, kita hanya akan menghargai dana kecemasan ni jika tiba-tiba perlukan duit yang banyak. Contoh: bila berlaku musibah kewangan seperti kereta rosak, dibuang kerja, ahli keluarga sakit, bisnes lingkup, dan lain-lain 😰

Selain wang tunai, kita boleh simpan emas sebagai BENTENG kewangan kita yang terakhir. Jika perlu, kita boleh tunaikan ‘benteng emas’ kita ni dengan menjual atau pajak emas tu di ArRahnu untuk dapatkan instant cash. Sebenarnya, ini banyak dilakukan oleh kuasa besar ekonomi dunia seperti negara China dan Russia yang sentiasa menambah gold reserve mereka. Emas ni akan jadi penyelamat negara jika berlaku kegawatan ekonomi atau peperangan


6. Instrumen Pelaburan

Emas juga boleh dijadikan instrumen pelaburan kerana harganya bergerak naik dan turun setiap masa. Dengan membeli emas pada harga rendah dan jual ketika harga emas naik, kita boleh jana pendapatan yang lumayan. Malah emas juga dikenali oleh pelabur sebagai ‘safe heaven’ bermaksud emas ialah pelaburan yang paling selamat jika keadaan ekonomi dan politik semasa tak stabil. Jika anda aktif melabur dalam pasaran saham, hartanah atau pelaburan lain yang tinggi risikonya, elok jika anda alihkan sebahagian pelaburan anda kepada emas supaya portfolio pelaburan anda lebih stabil dan risiko lebih terkawal 🧐


7. Capai impian anda dengan EMAS

Ingin berkahwin? Simpan 1dinar setiap bulan selama 2 tahun. InshaAllah keseluruhan akan ada 24dinar. Guna beberapa keping dinar sebagai mas kahwin atau hantaran, dan selebihnya boleh ditunaikan untuk biaya majlis perkahwinan.

Ingin beli rumah? Simpan 1dinar setiap bulan selama 5 tahun. InshaAllah keseluruhan akan ada 60dinar, cukup untuk bayar muka untuk rumah berharga <RM500,000

Ingin pergi umrah setiap tahun? Simpan 1dinar setiap bulan. Tiba bulan Oktober setiap tahun inshaAllah dah ada 10dinar, cukup untuk 1 orang pergi umrah.

Ingin buat simpanan untuk anak? Simpan 1gram setiap bulan untuk setiap orang anak dari lahir sehingga umur 18tahun. InshaAllah keseluruhan akan ada dalam 200+gram emas bila anak besar. Boleh tunaikan untuk support anak sambung belajar atau buat modal bisnes.

Untuk setiap kes di atas, jangan risau tentang kenaikan kos sebab emas ni kalis inflasi, asalkan cukup jumlah gram emas macam atas tu inshaAllah tercapailah impian anda 🤗


8. Magnet kekayaan

Banyak kali try simpan duit tapi selalu tak jadi? Apa kata try simpan emas. Emas ni MAGNET kekayaan. InshaAllah dengan emas, gaji kita bertahan lebih lama. Kita sentiasa rasa ‘tak berduit’ walaupun dalam peti besi emas bertimbun-timbun. Bila rasa tak berduit, kita akan belajar hidup bersederhana. Poket kita yang asyik bocor sebelum ni dah ditampal, dan kita akan kurangkan membeli barang-barang mewah. Kebanyakan gaji kita akan digunakan untuk membina aset masa depan. Buat gini 5 tahun dan tengok tahap kewangan anda berbanding kawan yang TAK simpan emas 😉


9. Mudah ditunaikan

Jika harga emas dah naik berbanding harga kita beli, kita boleh jual balik emas tu di kedai untuk dapatkan TUNAI. Wang tunai yang kita dapat tu boleh guna untuk beli rumah, kahwin, pegi umrah dan lain-lain. Bagaimana kalau harga emas belum naik? Seperti yang kita tahu, nak tunggu harga emas naik secara ketara bukan sekejap, kadang-kadang bertahun-tahun baru naik. Kalau nak guna cash macam mana? Jangan risau, emas ni special.. Kita boleh tunaikan emas TANPA menjualnya dengan menggunakan khidmat pajakan di Ar-Rahnu. Kita boleh tebus balik emas ni dengan bayaran ansuran bulan-bulan 😊


10. Dijadikan emas indah pada pandangan manusia

Maksudnya, manusia ni dah lumrahnya memang suka emas. Bila simpan emas, hati jadi seronok. Bila tengok jumlah gram emas dalam tabung makin bertambah, hati jadi makin seronok. Bila rasa cam nak beli sport rim baru, tengok duit tak cukup ingat nak korek tabung.. tapi bila tengok EMAS dalam tabung tu terus tak jadi.. sebab sayang la nak ‘korbankan’ emas ni semata-mata untuk sport rim.. Bila betul-betul dah sampai masa untuk guna duit, hati terpaksa lepaskan emas tu dengan hati yang berat.. gitu la lebih kurang ‘drama’ si penyimpan emas. Yang pasti tabung emas tahan lebih lama. Cer bayangkan bila kita simpan duit kertas. Agak-agak ada feeling gitu ke? 😉